05 November 2012

Dari Jendela Ancasa Express Kuala Lumpur

 Gambar-gambar ini saya ambil dari tingkat 15 Hotel Ancasa Express Pudu Raya Kuala Lumpur. Pada masa itu saya sedang menghadiri kursus selama 2 hari. Sayangnya  pada masa ini hujan turun dengan agak lebat jadi cermin hotel dicemari dengan titisan hujan.

 Nun jauh di sana kelihatan bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur.

 Yang ini adalah bangunan Maybank.

Jalan Pudu yang kurang sebuk setelah beberapa bas express dipindahkan ke stesen lain seperti Hentian Putra untuk laluan ke pantai timur dan ke selatan di stesen tasek selatan.

04 November 2012

Kelas Al Quran: Hari Kelas Minggu Akhir

 30 Oktober 2012 merupakan hari ke2 akhir kelas kami sebelum kami menghadapi peperiksaan pada 3 November. Tak sangka begitu cepat berlalunya 2 tahun.. tiba-tiba dah nak berakhir.
Saya merakamkan foto pada hari ini, kerana selepas ini susah untuk kami bertemu/ berkumpul semula. Timah, Sya dan Nita.

 Ju dan beberapa rakan-rakan yang lain


Zura leka denga hp dia

Jamaliah dan Juwariah dua orang kawan baik

Nilai Murni: Amanah dan Integriti

Salam Integriti untuk semua,

Sempena Bulan Integriti bagi negara saya, saya ingin mencoretkan artikel ringkas mengenai amanah dan integriti. Semua nilai-nilai murni yang ada pada diri setiap manusia adalah kejadian fitrah oleh Allah. Allah menjadikan manusia dengan sifat terbaik, oleh itu manusia adalah jadian yang paling sempurna di alam semesta ini. Setelah dilahirkan di dunia ini, Allah mengirim bersama 'fikiran', 'iman' dan 'nafsu' untuk menguji dan membentengi seseorang itu.

Insan di dunia hidup dan dikenali dengan sifat-sifat yang dijana bersma dengan fikiran, iman dan nafsu. Jika seseorang itu hidup dengan landasan fikiran dan iman maka terselamatlah dia tetapi sebaliknya jika seseorang itu hidup mengikut nafsu maka amat celakalah hidupnya. Kita boleh umpamakan insan yang hidup tidak di atas landasan mereka umpamakan pokok yang tidak berdaun hanya yang ada dahan-dahan yang tidak mampu menjadi perlindungan untuk insan maupun haiwan.

Yang sebenarnya bukanlah begitu sukar untuk hidup secara bersih, jujur, amanah dan berintegriti, modalnya hanya satu iaitu memiliki seketul hati yang baik dan ikhlas serta jiwa yang murni. Maka dari itu lahirlah setiap perbuatan, keputusan dan tindakan penuh dengan kemurnian budi, ikhlas, adil dan saksama. Insan sebegini akan sentiasa mentaati undang-undang penciptanya dan undang-undang dunia di mana dia bermastautin. Hasil dari tindakan insan ini maka mereka diberi lebel seperti boleh dipercayai, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti.

Antara amalan-amalan terpuji yang menjadi pegangan insan-insan jenis ini adalah adil, saksama dan tidak pilih kasih, ikhlas, boleh diharap dan dipercayai, menjaga kepentingan harta benda awam, Oleh yang demikian sempenan bulan baik ini saya menyeru diri saya, sanak saudara dan semua sahabat-sahabat saya untuk mendidik diri menjadi insan berintegriti.

Sekian dari saya, terima kasih..

03 November 2012

Hari Ini Saya Suspen dan Berdebar

Nanti pada jam 2.30 petang saya dijadualkan menduduki peperiksaan Bahagian Pertama bagi Kelas Al Quran Masjid Negara 2010/ 2012. Memang suspen dan mendebarkan.... apa agaknya soalan yang akan keluar dan adakah saya dapat mengingati semua yang telah diajar oleh Ustaz Ramli.

Sejak malam tadi dan hingga sekarang ini saya sedang giat untuk mengulang kaji.... walaupun dah agak terlewat tetapi lebih baik daripada tidak membuka buku kan?????

Kepada semua kenalan yang mengenali saya... minta tolong supaya mendoakan saya untuk dapat menjawab semua soalan yang diberikan, supaya saya mendapat keputusan yang cemerlang... Amin

Zalimnya Manusia (Itu) ........

  Lihatlah betapa kecilnya anak-anak kucing ini. Dibuang oleh manusia yang zalim dan tidak mempunyai keperi-kemanusiaan. Yang sebenarnya saya sekeluarga sangat merasa marah dengan apa yang dilakukan oleh manusia kejam tersebut... kami doakan agar Allah memberi dia petunjuk dan alangkah baiknya jika Allah memberi mereka pengajaran kerana menyeksa anak-anak kucing yang tidak bedosa ini.

  Pada 27 Oktober 2012 yang lalu saya bersama emak, Ain dan Amir bertolak ke Tampin dari Kota Tinggi. Kami balik awal kerana esoknya Ain ada kelas tambahan dengan anak muridnya. Kami bertolak dari Kota Tinggi lebih kurang jam 2 petang dan selepas penat di dalam kereta kami pun tiba di rumah Ain kira-kira jam 5 petang lebih.

Sebaik sahaja kami tiba, kami terdengar suara anak kucing yang sangat nyaring, setelah mengintai mencari bunyi anak kucing tersebut kami jumpa seekor anak kucing yang baru dilahirkan dengan mata yang masih tertutup merayap-rayap mencari ibunya. Kesiannya......   Sepanjang petang dan malam itu anak-anak kucing ini memanggil-manggil ibunya mungkin kerana kehausan dan kelaparan, malangnya tiada seekor ibu kucing pun yang datang.

Sehingga pagi keadaan anak-anak kucing itu masih lagi sama dan menjerit-jerit mencari ibunya. Selepas sarapan pagi, saya dan Ain menangkap seekor ibu kucing (Si Hitam) yang mempunyai 5 ekor anak yang sudah besar untuk untuk membantu menyusukan anak-anak kucing ini. Sedih kami lihat semasa kami membantu anak-anak kucing itu untuk menyusu kepada Si Hitam tetapi anak-anak kucing itu gagal menemui puting susu Si Hitam. Lama kelamaan Si Hitam menjadi gelisah dan kami terpaksa melepaskannya pergi.

Apa nak dibuat lagi anak-anak kucing ini terlalu kecil untuk diberikan susu anak manusia. Saya dan Ain merasakan mungkin umur anak-anak kucing ini tidak panjang kerana suhu badan anak-anak kucing kuning ini sudah sejuk dan saya berpendapat mereka sudah kehilangan tenaga. Saya jangkakan manusia yang tidak berperikemanusian itu telah membuang anak-anak kucing ini tanpa ibunya di asrama sekolah di mana adik saya mengajar dan jika itu benar dilakukan memanglah mereka cuba membunuh haiwan yang tidak bersalah ini. Hanya allah sahaja yang maha mengetahui semoga anak-anak kucing ini selamat hendaknya........

02 November 2012

Gambar Kenangan Kursus PAP JPWPKL

Gambar ramai setelah tamat Kursus di atas bagi kumpulan 3. Saya seronok berkongsi pengetahuan dengan mereka dan saya amat berharap agar mereka dapat mengambil semua yang baik dan amalkannya... saya juga mendoakan agar mereka semua sukses dalam kerjaya dan kehidupan.

Kelebihan Surah Dalam Al Quran

Assalamualaikum semua,

Bagi muslim Al Quran adalah merupakan kitab yang menjadi pegangan dan panduan dalam melayari kehidupan di dunia ini. Di dalam Al Quran pelbagai manfaat disediakan oleh penciptanya, manusia hanya perlu mencari sahaja. Melalui rakan-rakan, guru-guru dan pembacaan, di bawah ini saya senaraikan beberapa surah yang boleh digunakan dalam kehidupan harian sama ada sebagai ubat maupun sebagai tangkal:

1.   Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞
2.   Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞
3.   Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞
4.   Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞
5.   Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞
6.   Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞
7.   Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞
8.   Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq dan surah yang disamakan dengan sepertiga Al-Quran. Apabila dibaca bersama Surah Al-Falq dan An-Nas boleh dijadikan pendinding semasa tidur. ۞
9.   Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan sihir manusia dan syaitan. ۞
10.  Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was dan membenteng kita dari bisikan syaitan yang direjam.۞

Di dalam Al Quran juga terdapat ayat-ayat yang sangat berkuasa untuk menangani syaitan dan kaum kerabatnya, kerana ayat-ayat ini menjadi pembakar kepada syaitan-syaitan ini, berikut adalah reaksi syaitan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan Al Quran.

1.  Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞
2.  Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞
3.  Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞
4.  Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞
5.  Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke dan tidak dapat bangkit. ۞
6.  Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'
Oleh itu sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~ Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti......insyaallah

01 November 2012

Cara Kurangkan Sakit Ketika Dicabut Nyawa

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:

Bacalah surah Al-Ikhlas 3X

Selawat ke atas Nabi

Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.

Amalan yang perlu dijauhi:

Dusta

Khianat

Mengadu domba

Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

"Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?".

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:

"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."