Showing posts with label 9 Zukhijjah. Show all posts
Showing posts with label 9 Zukhijjah. Show all posts

14 October 2013

Doa Hari Arafah


Dari ‘Aisyah ra berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
yang bermaksud: “di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim no. 1348).

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

yang bermaksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan). Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 10: 33).

Dikesempatan hari ini juga saya berdoa ke hadrat Illahi supaya menyelamatkan diri saya, ibubapa, adik beradik, sanak saudara dan seluruh umat Muhammad saw dari seksa kubur dan api neraka, dikuatkan iman dan dijauhkan dari fitnah Dajjal. Semoga Allah swt menyelamatkan saudara-saudara kita di Syria, Mesir, Pelastine, Mynmar, Thailand, Afganistan, Pakistan, Filippina dan juga di Malaysia.

13 October 2013

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)   Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)   Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

3)   Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka. Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, ameen…

Sumber: muzir.wordpress.com

24 October 2012

JANGAN LUPA: Esok Ulang Tahun Kemenangan ISlam

Assalamualaikum wahai saudaraku sekelian, ingatkah saudara saudari bahawa esok adalah hari ulang tahun kemenangan bagi agama Islam. Hari esok pada lebih kurang 1,400 tahun yang lalu di Padang Arafah, iaitu pada Haji terakhir Rasulallah saw, Allah swt telah menyampaikan kepada Rasulallah saw bahawa itulah harinya di mana Allah telah menyempurnakan agama suci kita ini.

Apa yang patut kita buat untuk meraikan hari itu, iaitu esok? ramai alim ulama Islam menyarankan esok adalah hari terbaik untuk berpuasa kerana Allah, sebagai tanda menyucapkan rasa syukur kita dipilih Allah untuk menganuti agama ini yang tidak ada tolok bandingnya di alam sejagat ini. Jadi jom saudara-saudaraku kita berpuasa sunat esok, biar syaitan dan kaum kerabatnya meluat melihat kita yang ramai-ramai berpuasa sunat. Lagi pun pada esok hari juga syaitan akan tertunggeng-tunggeng seperti apa yang berlaku pada 1,400 tahun yang lalu.

Jangan lupa ya, esok sama-sama kita berpuasa ya.