Showing posts with label Saddam Hussien. Show all posts
Showing posts with label Saddam Hussien. Show all posts

25 April 2015

3 Momen Saddam Husein: Mencukur Jenggot, Bertasbih pada Allah, dan Berpidato

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh sahabat kita dari Indonesia mengenai Sadam Hussien. Mari kita baca dan anda nilaikan sendiri apa yang diperkatakan oleh Sadam.

KETIKA berada dalam bui, Sadam Husein pernah ditanya: “Wahai Sadam, sekarang Iraq (hancur) tak ada kedamaian dan keamanan di sana. Jika kau keluar dari bui, butuh berapa lama untuk memulihkan kondisi ini?”

Sadam menjawab: “Saya hanya membutuhkan tiga momen. Ketika saya mencukur jenggot saya, ketika bertasbih kepada Allah, kemudian saya berpidato maka kembalilah kedamaian di Iraq.”

Awal Saddam dipenjara, adalah awal penurunan moral dan nilai-nilai Islam di Iraq. Sejak kedatangan Amerika ke Iraq dalam usaha penjajahan, bukan rahasia lagi jika para tentara AS gemar sekali mengadakan pesta minuman keras dalam jumlah banyak. Mereka menularkan kebiasaannya minum minuman keras itu kepada rakyat Iraq.

Di zaman Saddam Hussein, walaupun rejim ini termasuk diktator juga, namun saat itu tak ada bar, pub, atau tokok-toko yang menjual minuman keras. Kini, semua itu bisa ditemui dengan bebas dan terbuka di pelosok Baghdad.

Rumah bordil pun banyak yang beroperasi dan saling berebut pelanggan. Begitu pun bioskop yang kembali dibuka dan banyak memutar film-film yang berbau porno. Dulu, polisi Iraq akan menangkap pelaku kemaksiatan dan si pelaku harus mempertanggungjawabkan perbuatannya itu. Kini hal itu sudah tak ada lagi.

Tara Rasyid, seorang optamologis di Baghdad menyatakan tadinya ia bersyukur ketika Saddam Hussein digulingkan. Namun, enam bulan setelah itu, kehidupan di sekitarnya berubah menjadi neraka. “Saya selalu khawatir jika suatu waktu akan terjadi perang saudara,” ujarnya lirih kepada BBC. “Sekarang saya tidak pernah lagi percaya kepada para politisi di negara kami.”

Sedangkan Mateen Dooski, 45, berasal dari daerah Dohuk, Iraq sebelah utara, mengeluhkan sulitnya perekonomian yang tak terkendali di negaranya

SELENGKAPNYA: https://www.islampos.com/3-momen-saddam-husein-mencukur-je…/

Sumber: Islampos

Nak tahu pandangan saya: saya berpendapat hukum yang dijatuhkan kepada Saddam Hussien tu zalim. Itu hanya permainan politik dan tentunya pelakunya anda sendiri maklum!!

31 December 2013

Syiah Gantung Saddam Hussein?

Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.

“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran. “Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja". “Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak". “Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan".

“Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”

Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan. “Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya. Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah ertinya : “Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak

Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: “Kami akan gantung dia.” Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. – AFP

----------------------------------------------------------------

Kesimpulan.

Saddam membunuh puak Syiah , seperti hitler telah membunuh puak Yahudi, pada zaman mereka supaya kita tahu bahayanya Syiah dan Yahudi.Lihatlah sekarang Amerika lah yang mengatur puak Syiah menjadi Perdana Menteri dan membunuh Saddam Hussin.Sebenarnya isu nuklear takder pun di IRAQ tapi sebab utama Syiah, Yahudi dan Amerika ingin menguasai IRAQ yang pada waktu itu negara yang pengeluar minyak terbesar di dunia dan antara terkaya di dunia.Tahukah anda duit masa Saddam Hussin 1dinar Iraq bersamaan dengan RM10 kita sekarang.

Sumber: fb Akademi Al Quran

01 August 2013

Pemerintahan Dajjal Sudah Bermula?

Pergolakan yang berlaku di Syria antara syiah dengan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) amat-amat membimbangkan. Kezaliman yang dilakukan oleh syiah sememangnya di luar kotak pemikiran manusia. Perilaku mereka lebih ganas dan zalim daripada kaum Israel.

Saya tertanya-tanya adakah mereka itu tergolong dalam agama Islam? jika tidak di manakah kedudukan mereka? adakah mereka hanyut dalam dunia sendiri dan asyik dengan hasutan iblis dan rakan sekongkol mereka iaitu Israel? atau mereka terang-terangan adalah kafir atau mungkinkah sekadar munafik? Saya bukan ahlinya untuk menjawab persoalan tersebut, tetapi kita tidak boleh mendiamkan diri dengan apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Syria.

Mari kita dengar apa pandangan ulama Syria yang berhadapan dengan isu ini .

Kehadiran Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syria di UKM baru-baru ini, telah menjelaskan tentang keadaan saudara kita ASWJ di sana. Syeikh Muhammad menegaskan 3 sebab mengapa negara Syria perlu diutamakan berbanding Palestine.


Keadaan di Syria jauh lebih teruk dari Palestine. Cuba bandingkan apabila ASWJ telah dibunuh dengan kejam jika di Palestine kematian rakyatnya seramai 60 ribu orang dalam tempoh 60 tahun, tetapi di Syiria, seramai 60 ribu orang ASWJ yang telah dibunuh dan terkorban dalam tempoh 2 tahun sahaja, namun begitu angka itu adalah jumlah yang dilaporkan, jumlah sebenar adalah jauh lebih ramai kerana kematian yang tidak direkodkan.

Fatwa telah dikeluarkan oleh ulama-ulama seluruh dunia, dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah bahawa keutamaan berjihad di negara Syria lebih diutamakan kerana di bumi ini nanti (Dimasyh) adalah tempat di mana Nabi Isa as akan turun, dan Syam Syria juga di mana Imam Mahdi akan muncul.

Jihad di negara Syria juga diibaratkan sebagai berjihad di Palestine menentang musuh agama suci Islam. Sesungguhnya sehingga ke hari ini, masih ramai lagi yang belum mengetahui akan bencana yang sedang dialami oleh umat Islam di Syria. Ini sebabkan tindakan Syria yang tidak membenarkan maklumat dan media asing di negara tersebut begitu juga mereka tidak membenarkan bantuan asing masuk.

Sangat sedih apabila mendengar kata-kata Sheikh Muhamad mengenai serangan yang dilakukan ke atas masjid, sehinggakan tiada satu masjid di Syria yang tidak dibom oleh mereka. Masjid dihina bila mana orang Syiah mencabuli wanita ASWJ di dalam masjid. Tidak dapat dibayangkan apabila kita mengetahui di Syiria tiada hospital yang sedia membantu ASWJ. 


Sekiranya mereka ditembak, dibom dan dicederakan, mereka dibiarkan begitu sahaja. Mereka menanggung kesakitan hingga mereka menemui ajal. Bayangakan apabila si ibu tak boleh membuat apa-apa dan melihat anak dan ahli keluarganya mati, kemudian mereka terpaksa merahsiakan kematian ahli keluarganya, jika diketahui, si ibu dan ahli keluarga yang lain akan ditangkap dan dibunuh. 

Tahukah anda mengapa Syiah melakukan  kekejaman sedemikian?, ini disebabkan mereka berpendapat dan percaya bahawa darah ASWJ adalah halal, mereka juga percaya sekiranya mereka dapat menyembelih ASWJ, darah yang mengalir di bumi ni akan membangkitkan ketua mereka iaitu Al Masih Ad Dajjal Laknatullah. Perasan tak anda bahawa kepercayaan mereka ini sangat sama dengan kepercayaan kaum Israel.

Pesan Ulama


*    Umat Islam ASWJ Syria tidak hanya memerlukan bantuan dari segi kewangan semata-mata kerana tiada cara bantuan boleh dibawa masuk ke Syiria. Pun begitu bukan juga mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya apa yang diharapkan agar perkara ini dapat sampaikan kepada semua umat Islam di dunia. Setiap dari kita perlu mengambil tahu tentang apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di seluruh dunia, maka dengan itu kita boleh bersatu dan doa-doa kita akan menjadi lebih ampuh.


*    Di akhir zaman ini kita perlu pandai memilih pemimpin yang benar-benar mempunyai ilmu Islam dan membawa negara di bawah pemerintahan Islam, kerana pemimpin sebegini sahaja yang boleh dipercayai.

Fakta

Dengan berlakunya kekejaman oleh rejim Basyar di Syria, saya melihat seperti ada satu pola susunan yang strategik untuk pembentukan kerajaan di bawah pemerintahan Dajjal. Jom tengok angka di bawah (angka di bawah hanya anggaran sahaja - tidak boleh digunakan dalam mana-mana kajian akademik):


*    Dalam tempoh lebih kurang 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 60 ribu umat Islam di bumi tersebut. 

*    Kini rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 60 ribu umat Islam ASWJ. 

*    Diberitakan jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) telah mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam.

*   Jumlah keseluruhan umat Islam ASWJ yang dibunuh oleh puak Syiah di Syria adalah lebih kurang 106 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang jauh lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. 

*   Jadi berapa ramai ASWJ yang dibunuh oleh Syiah dalam setahun? iaitu secara purata mereka membunuh seramai 3,500 orang ASWJ dalam setahun selama, manaka Yahudi Zionis Israel membunuh umat Islam di Palestine dengan purata 1,000 orang setahun. jadi siapa yang lebih kejam?

*    Melihat kepada kaedah dan kepercayaan mereka seperti ada kaitan di antara kedua-dua puak ini. Tapi apa dia matlamat mereka sama, iaitu untuk membangkitkan pemerintahan Dajjal?


Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria.

1.   Penyerahan Bukit Golan kepada Israel

2.   Penyiaran 4 rangkaian agama Iran dari stesen di Israel

3.   Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah

4.   Kaitan Yahudi Israel dengan Yahudi Iran. 70.000 Yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.

5.   Darah yahudi dalam tubuh Ahmadinejad, itu memang betul tetapi saya sangat berharap dan berdoa agar beliau tetap di laluan Allah yang lurus. Namun kita perlu berhati-hati....

6.   Sejarah keujudan syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang Yahudi Yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.

7.   Lihat peta di atas. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna 3 negara dikuasai oleh syiah dan ianya seolah-olah bercantum dalam peta. Apa yang anda andaikan?


Bagaimana pula dengan pemerintahan semasa Regim Saddam Hussien yang sangat dibenci oleh Israel dan syiah. Adakah anda lihat kenapa Saddam menghapuskan kaum syiah? Sezalim Saddam dia tidak membunuh anak-anak dengan zalim seperti mana yang dilakukan oleh Israel dan syiah. Apa yang kita dan lakukan semasa Saddam dihukum dulu? Akhirnya kita nampak dengan jelas bahawa penghukuman Saddam oleh USA adalah untuk menyelamatkan Israel dan syiah. Dan inilah yang berlaku (di Syiria) selepas itu.

Maka kita kena pula berhati-hati dengan apa yang terjadi di Mesir kerana kronologi peristewa lebih kurang sama je - dalangnya USA dan Israel, dan mesin pemusnah dari dalam negara itu sendiri.