Showing posts with label 5S. Show all posts
Showing posts with label 5S. Show all posts

03 November 2013

Bengkel Penambahbaikan Teguran Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

Kali ni Bengkel Penambahbaikkan Teguran Audit Anakab Persekitan Berkualiti 5S oleh MPC dijalankan di KLIH.

Niza bersama saya menghadiri bengkel ini..

Gaya yang jarang saya lakukan, gaya tak sengaja.

02 November 2013

Bengkel Penambahbaikkan 5S (Audit Mentor) di BTPN

Pada 3 dan 4 hb September 2013 yang lalu, satu Bengkel untuk menjawab persoalan Audit Mentor 5S (PPW Bangsar Pudu) telah diadakan. Bengkel ini adalah untuk penambahbaikkan 5S Jabatan kami.

Pembahagian kumpulan mengikut fungsi dan keperluan hasil Audit tersebut.

Perbincangan dalam kumpulan oleh Zon tertumpu kepada pengemaskinian Folder Zon masing-masing.

Masing-masing sebuk dengan mencurahkan idea semasa perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Namun begitu ada juga yang sempat termenung mungkin memikirkan nasib diri.

16 March 2013

Terima Kasih DBKL

Terima kasih DBKL dan pekerja-pekerja mereka kerana membantu Jabatan kami untuk menjayakan acara Gotong Royong 5S Jabatan ini.

Kelihatan beberapa orang pekerja BDKL sedang menyelenggara kolam ikan Jabatan

Terima kasih ya


14 February 2013

Kenangan Kursus 5S JPWPKL

Surat panggilan kursus 5S JPWPKL yang dihantar kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat.



Penceramah dari Putrajaya

Seorang lagi penceramah dari JPW 

3 orang hero 5S JPWPKL



18 July 2012

5S JPNWP - Gotong Royong 1

Pada 14hb Julai 2012 yang lepas, iaitu pada hari Sabtu jabatan saya telah melancarkan 1 aktiviti dalam menghidupkan Program 5S yang baru hendak dilaksanakan di Jabatan ini. Seawal jam 7.30 pagi kami beramai-ramai telah melapurkan diri di Auditorium untuk mendengar ceramahan yang disampaikan oleh Encik Semawi Zakaria dari Malaysia production Corporation (MPC) dengan tajuk ceramahnya Amalan Persekitaran Berkualiti.. bagus ceramahnya, penuh dengan ilmu bermanfaat.
Sabahat-sahabat saya Puan Nur Hijjah, Puan Radzita dan Puan Raja juga tidak ketinggalan menghadirkan diri. Pada hari ini saya berpeluang untuk melihat pelbagai fesyen dan gaya, maklumkan hari ini pakaian adalah smart casual juga ramai yang mengenakan pakaian berseluar - mudah untuk bergerak dan mengemas nanti. Saya sendiri juga mengenakan slack dan dress pendek.


Cik Surayati yang lebih mesra dengan panggilan Nina, saya di sebelahnya dan Hijjah, kami sempat berfoto sementara mendengar ceramah. Foto ini buat kenang-kenangan untuk kami.
Walaupun program ini dibuat pada hari Sabtu, tetapi kedatangannya agak menggalakkan. Memandangkan Y.Bhg. Pengarah Pelajaran tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadairi acara rasmi yang lain tetapi acara yang sudad ditetapkan ini terpaksa juga diteruskan.


Semoga impian untuk menjadikan Program 5S berjaya dilaksanakan di jabatan ini. 

05 July 2012

Terima Kasih

Tekunnya mereka mengemas dan membersihkan pantry kami

Puan Rahmah sibuk mengemas dan menyusun kutleri manakala dan Pn Khalipah sedang membancuh air untuk sarapan pagi.

Saya mewakili semua pegawai dan staf di Unit kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah dihulurkan oleh Pn Rahmah, Pn Fatimah dan Pn Sau Chin kerana membantu kami mengemas pejabat ini. Esok adalah hari akhir mereka di pejabat kami dan mereka akan balik ke sekolah tempat tugas mereka. Keberadaan mereka sangat membantu kami... leganya