Showing posts with label Bulan. Show all posts
Showing posts with label Bulan. Show all posts

25 February 2013

Neil Armstrong Dikebumi Di Ohio


Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung, semalam. 
- Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls

LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama (?) menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia dan disemadikan di Cincinnati, Ohio. Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.

Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."

Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama. Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama.

23 February 2013

Misteri Kaabah Yang Menggegarkan NASA

Manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan, Neil Amstrong telah membuktikan kepada dunia bahawa Kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Dan fakta ini telah diteliti melalui sebuah kajian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi dati kapal angkasanya Apollo 11, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Namun para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dan mereka terus mengumumkannya secara rasmi di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website mengenai perkara tersebut telah hilang/ dipadamkan di mana ianya seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi di sebalik penghapusan kandungan website tersebut. Tentu ada sesuatu yang amat tidak disenangi oleh pihak tertentu mengenai kebenaran yang didapati dari pengembaraan ini.

google+earth+ +kaabah,+mekkah Misteri Kaabah Yang Menggegerkan NASA
Pun begitu ada pihak-pihak yang  melakukan penelitian lebih lanjut mengenai kenyataan para astronot tersebut dan ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang  mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak ada pengakhirannya), hal ini terbuktikan bahawa ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berterusan ujud/ ada. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah (Baitulallah) di planet Bumi dengan Kaabah (Bailtulmakmur) di alam akhirat (syurga).

Jom kita menjelajah secara minda ke kutub utara dan selatan. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang dinamakan sebagai ‘Zero Magnetism Area’, iaitu kawasan di mana apabila kita menggunakan kompas, jarum kompas tidak akan bergerak sedikit pun kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua-dua kutub. Di manakah tempat itu? Ramai yang mempercayai bahawa kawasan itu adalah di Kota Mekah.

Itulah sebabnya jika seseorang itu tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita sedang charge berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di Barat (di mana agaknya?), ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem cerekawala kita. Kesahihan ini belum dapat disahkan lagi... saya juga masih tercari-cari di mana agaknya musium tersebut.. jika ada yang memakluminya bolehlah updatekan artikel ini.

Masih ingatkan anda akan sebuah hadis di mana sabdanya, Rasulullah SAW: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

P/S Saya tiada maksud yang membawa cerita dongeng, hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dan pencetus idea, manalah tahu esok-esok lahirnya para astronot muslim yang boleh menghantarkan foto-foto rahsia alam dan cekrawala kepada dunia sejagat.

Asronot Wanita India Buktikan Kebenaran Cerita Neil Armstrong Tentang Kota Bercahaya

Satu pesanan pendek tersebar mengenai berita kemasukan Islam oleh Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu. Berita seperti ini bukanlah pertama kali di mana sebelum ini astronot pertama ke bulan yangberasal Amerika Syarikat iaitu Neil Armstrong juga pernah diberitakan memeluk agama Islam sekembalinya dia dari bulan.

Adakah berita ini benar atau sebaliknya? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak menyukai dengan berita ini. Lalu disebarkan pula berita yang disiarkan adalah berita bohong.

Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.

Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang sangat aneh di mana semasa menuju ke bumi beliau terlihat suatu permandangan aneh. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap gulita, ada pula sebahagian kecil bumi yang nampak terang benderang seperti bercahaya. Kawasan tempat bercahaya itu adalah MEKAH dan MADINAH seperti di gambar setelit di bawah.



Sunita mengatakan, pemandangan dari atas kelihatan seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya beliau di mana dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah.

Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya di bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah. Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap suara Azan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan kebenaran kepada Astronout ini? Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.

Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia mendengar sebuah suara yang kemudiannya dia mengenalinya sebagai SUARA AZAN. Tepatnya semasa Neil diundang ke seminar di Universiti Kaherah, Mesir, untuk menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan masuknya waktu solat, moderator menghentikan persembahannya untuk mendengarkan azan. Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa mendarat di bulan.”

Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah seorang profesor di universiti itu mengetahui tentang Islam. Hasilnya tidak lama setelah itu, dia pun menjadi muallaf.

Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan benar-benar menjadi polemik di beberapa masyarakat. Tetapi bagi kita umat muslim, kita tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar.

Kita tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat kita dan dunia.

Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam setelah kembali dari bulan, hamua Allah sahaja yang maha mengetahui, apa yang boleh dilakukan oleh kita hanyalah berharap agar Allah Swt telah memberikan hidayah kepada mereka.

Bagaimanapun juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan berita ini. Padahal jika Allah menghendaki kejadian terdengarnya suara azan di bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana seperti yang Allah firmankan di akhir surah Yasin jika ia mengkehendaki sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia. Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga seluruh dunia.

Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai "agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang miskin", atau apapun tuduhannya, tetapi semakin hari semakin ramai yang memeluk agama suci ini dan rata-rata mereka berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.

Walallahualam.... saya cuba mencari berita terkini Sunita tetapi tiada ....

20 February 2013

Legenda Neil Armstrong Meninggal Dunia Bersama 'Misteri'

Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong 
berada dalam model lunar selepas mendarat di permukaan bulan. - Foto EPA
LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan sebelum akhir dekad tersebut.

Armstrong berjalan di bulan telah dipapakan  melalui televisyen dan ianya disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu.

Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Tetapi menurut maklumat kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting. Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, NASA dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya itu.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan. Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap. Menurut NASA, masalah ini timbul dari salah satu daripada 2 kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat. Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, bahawa Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998), operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston NASA. HAM memintas mesej yang disaring oleh NASA daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya. Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi NASA berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh NASA.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum di NASA, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak." Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa untuk menyembunyikan keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah Armstrong melihat UFO?.

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Apollo 11 sememangnya ada merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak dari menyebut perkataan UFO sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 11.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

P/S Yang sebenarnya bermacam-macam cerita yang kita dengar kesemuanya adalah untuk menjadikan topik ini lebih sensasi. Walau bagaimanapun keadaan sebenarnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Saya tidak hairan dengan cerita mengenai AS yang cuba untuk menyembunyikan sesuatu kejadian atau fenomena kononnya atas asar keselamatan tetapi ada kemungkinan alasan sesuatu keadaan itu disembunyikan adalah mengenai kebenaran Islam yang jika disiarkan akan menyebabkan ramai rakyatnya kembali ke jalan yang benar ini. Walllahualam....

Betul ke Neil Armstrong Tidak Ke Bulan?

Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan
Neil Armstrong berada di bulan. - Foto EPA
WASHINGTON – Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.

Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.

P/S: Betul ke berita ini? sukar untuk kita tidak mempercayai bahawa Armstrong tidak mendarat di bulan, kerana selama ini kita memang disogokkan dengan cerita yang sangat sensasi ini bahawa manusia sudah mendarat di bulan. Bagi saya mendarat di bulan pun bukannya suatu perkara yang mustahil kerana tiada apa yang mustahil sekiranya diizinkan yang maha kuasa.

15 February 2013

Misteri Ucapan Neil Amstrong

20 Julai 1969, Komander Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah, "That's one small step for man, one giant leap for mankind".

Ucapan keramat tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV secara langsung di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri iaitu, "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada ketika itu, orang-orang di NASA berpendapat ia hanya suatu sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat, tidak ada nama Gorsky dalam rekrut angkasawan Amerika mahupun Soviet.

Bertahun-tahun selepas itu, ternyata masih ramai yang masih tertanya-tanya dan bingung memikirkan maksud sebenar ucapan Armstrong itu. Setiap kali diajukan soalan, Armstrong hanya tersenyum tanpa mahu mendedahkan apa yang dimaksudkannya itu.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam sebuah temubual, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Kali ini barulah Armstrong mahu mendedahkan rahsia tersirat soalan itu. Katanya, disebabkan Mr. Gorsky telah meninggal dunia, maka beliau berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Ceritanya bermula pada tahun 1938, iaitu ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman rumah. Sedang asyik bermain, salah seorang rakannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Tuan empunya rumah tersebut ialah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola, dia terdengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah kepada Mr. Gorsky. Dan jeritan itulah yang membuatkan Armstrong yang masih kecil pada masa itu tidak boleh melupakan kejadian itu seumur hidupnya.

Kata Mrs. Gorsky, "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!!!"

p/s: Cerita ni admin tak pasti betul ke salah, kalau tak nak caya sudah, tak berdosa pon.. Hahaha

Sumber: http://www.lamankongsi.com

03 December 2012

Planetary Alignment On 3 Dec 2012???

There are articles on planetary alignment that will take place tomorrow (3 Dec 2012) this alignment is on the Pyramids at Giza where planets mercury, venus and saturn will inline on the said pyramids. Is it true or fake?

However I had read the below article regarding the same pyramids - please read for our new knowledge:

On May 20, 2012, for the first time in 26,000 years, the Sun and Moon, and the constellation responsible for our spiritual evolution and ascension, the mystic Pleiades, will align in a spectacular, full Annular Solar Eclipse and a rare solar eclipse alignment will happen between the Earth, the Sun and, our central Sun, Alcyone in the Pleiades Constellation…”

“The Pleiades was clearly revered by the Mayans, who in the area of Chichen Itza knew that the Sun casts a snake-like shadow on the side of the north stairway of the Kukulcan pyramid during the spring equinox. Some scholars have calculated that about 60 days after this shadow’s appearance, when the sun reaches its zenith over the Pyramid at mid-day (May 20 – May 23), there is another direct alignment with the Pleiades. This Pleiades-sun alignment may have a direct connection with Quetzalcoatl, the feathered serpent that came to bring a greater wisdom to the planet.”

“The ancient Egyptians also singled out the Pleiades as a female goddess, probably most often recognized as Neith, the ‘Divine Mother’, or Hathor, who took on the form of a cow (who carried the seeds of life). Pyramidologists working in Egypt in the last twelve years have found pyramidal texts that suggest the Egyptians revered the Pleiades as a higher divine star system, especially Alcyone, its brightest star.”

“The Pleiades are a well-known sight in the Northern Hemisphere in winter and in the Southern Hemisphere in summer, and have been known since ancient times to cultures all around the world. Early Dakota stories speak of the ancestors as being the Pleiades. The Hopis called the Pleiadians the ‘Chuhukon’, meaning those who cling together. They considered themselves direct descendents of the Pleiadians.”

“Navajos named the Pleiades the ‘Sparkling Suns’, the home of the ‘Black God’. The Iroquois pray to them for happiness. The Cree claim to have come to Earth from the stars in spirit form first and then became flesh and blood. Some Native Americans believed that all tribes in North America came from the Pleiades. That they were actually descendants and had been given a task by the Pleiadians to keep the Earth safe.”

© Copyright 2012 – International Metaphysical University. All Rights Reserved
Star Home
by: Sphinx DMT