Showing posts with label HATTM. Show all posts
Showing posts with label HATTM. Show all posts

25 February 2015

Pengalaman Pertama Suntikan Monovisc

Saya dijadualkan untuk menerima suntikan Monovisc, iaitu suntikan gel pada lutut - cakap orang biasa macam kita pada 16 Februari 2015. Menjelang tarikh itu saya dah sangat gelisah kerana membayangkan jarum yang mestinya besar untuk masukkan gel dalam lutut. Saya jumpa dengan beberapa kawan yang menerima suntikan yang sama dan rasa gelisah hilang sedikit demi sedikit.

Apa bila doktor bertugas arahkan bengkokkan lutut, saya dan rasa semacam, rupanya ada beberapa prosedur sebelum suntikan diberi. Dalam bercerita dan banyak tanya untuk hilangkan gemuruh akhirnya suntikan selesai tanpa saya rasa sakit sangat. Mustahil tidak sakit, tetapi sakitnya boleh ditahan, doktor ada suntikkan ubat tahan sakit terlebih dahulu jika tidak mungkin saya terjerit juga nanti.

Alhamdulillah segalanya selamat, kini dalam tempoh untuk membiasakan diri dengan perubahan lutut yang sepatutnya lebih baik. Sekarang ni lutut masih terasa ketat lagi.

11 November 2013

Hari Persandingan Anak Bungsu Pn Hafisah dan Tn Haji Ibrahim

Pada 3 November 2013 iaitu hari Ahad, saya dan Lt Kol (B) Noor Sabrina telah dijemput oleh sahabat lama kami Pn Hafisah Haj Ahmad untuk meraikan persandingan anak bungsunya Nor Akmal Farahin binti Haji Ibrahim dengan suaminya Muslim. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Setapak di mana suami Pn Hafisah bertugas sebagai guru. Saya mendoakan agar perkanwinan mereka akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt seperti mana perkahwinan ayah dan ibu mereka. Pesanan saya kepada mereka semoga bertoleransi melayari kehidupan berumah tangga. Cari persamaan dan jurang perbezaan perlu dikecilkan dengan segera.

Kami tiba hampir jam 1 tengahari dan para jemputan sedang tiba,. Kami bernasib baik dapat tempat duduk walaupun berkongsi dengan keluarga yang lain. Sekejap tu tiba beberapa sahabat yang bertugas di HATTM. Antara PW En Aisyah, Pn Salmah dan suami. Kami bertemu dengan Zanita (Ita),  dan juga Suhaimi. Lama betul saya tak berjumpa dengan mereka semua.

Saya dan Lt Kol Noor Sabrina bergambar kenang-kenangan bersama dengan ibu pengantin perempuan dan tak tahu bila lagi nak berjumpa.
Terima kasih kerana menjemput kami.

30 April 2012

Lunch di Jom Bali 27.4.12

 Meriah apabila staf HAT Mizan dan JPNWP
makan bersama

 Harap-harap persahabat kekal hingga di akhir hayat

 Cik Pah, Ani, Saya dan Nor


 Nita, Liza dan Rizal 

 Saya dan Hafisah

 Nita dan Liza

Sya di sebelah Cik Pah - rakan sekelas Al Quran di Masjid Negara


02 April 2012

Pejabatku - HATTM


Saya di pejabat saya semasa menjawat jawatan Pegawai Tadbir Awam Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Ini adalah posting saya ke 8.


11 January 2012

Jumpa Semula Selepas 3 Bulan

Semalam 10 Januari 2012 adalah appoinment saya dengan Pakar Ortopedik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM). Pagi lagi saya dah tiba di HAT TM - saya terus ke Jabatan Pengimejdan (X-Ray) untuk mengambil X-Ray kedua-dua lutut dan tangan kanan. Selepas itu saya terus ke Jabatan hasil dan Pendaftaran untuk mengambil nombor untuk berjumpa dengan pakat di Klinik Ortopedik. Hari Selasa memang hari yang sangat sibuk bagi doktor-doktor di klinik ini kerana pesakit yang ramai. Semasa saya tiba di Klinik, pesakit dah beratur untuk dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

Setelah habis saya ke Farmasi hospital untuk mengambil ubat.

Setelah itu saya terus ke pejabat sahabat saya Lt Kol Noor Sabrina dan macam biasalah bila berjumpa kami bersembang. Dan kemudian terus ke Pejabat Tadbir Awam berjumpa dengan rakan-rakan di sana. Foto di atas saya bersama dengan wanita-wanita pujaan pejabat ini dari kanan saya Nor yang berbaju purple Vidia Yee, diikuti dengan Nieza dan sebelah kiri saya pula adalah Nita. Manakala foto sebelah yang lentuk sakan tu adalah Zila .

Saya bersama dengan 2 jejaka Pejabat Tadbir Awam HATTM, sebelah kanan saya Syuhaimi dan di sebelah kiri saya adalah Rizal. Kalau dilihat dari jauh nampak macam body guard kata Vidia dan Nieza.

Pejabat mereka dah cantik dengan dinding dan pintu kaca di hadapan pejabat. Bila pintu sentiasa ditutup rapat, mudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan tak perlu bimbang macam sebelum ini terpaksa berbisik-bisik. Lagi pun pintu pejabat boleh dikunci apabila tiada sesiapa di dalam pejabat kerana menghadiri acara HAT TM.

Seronok berjumpa mereka, walau bagaimanapun saya tak dapat jumpa Hafisah, Gee dan Liza, mungkin kalau ada jodoh jumpa lain kali. Insyallah.......

11 December 2011

Kek Perpisahan Dari Staf Awam HATTM

Kek yang disediakan oleh sahabar-sahabat saya di Pejabat HATTM, semasa jamaun perpisahan yang diadakan pelbagai makanan yang ada, dan saya pada masa itu sungguh kenyang, oleh yang demikian kek ini tak sempat saya jamah hanya makan kepingan coklatnya sahaja.

Sekarang ni, bila tengok dalam gambar nampak sedap sangat dan baru mula menyesal kerana tak sempat nak rasa. Hai kawan-kawan di HATTM, boleh buat lagi ke keknya.

The most important thing - I already miss you all.

03 November 2011

Nama Yang Ku tinggalkan di HATTM

Sebelum meninggalkan hospital ini sempat saya merakamkan tanda nama saya pada pintu pejabat saya. Pintu pejabat yang sering diketuk oleh rakan-rakan sekerja dan sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan nasihat atau mencurahkan isi hati masing-masing. Pintu ini nampaknya akan terus tertutup selagi Pegawai Tadbir Awam (PTA) yang baru tidak melaporkan diri.

Ini pulak adalah tanda nama saya dalam kumpulan pengurusan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, mungkin kini nama saya telah dicabut keluar kerana saya sudah tiada di hospital dan kini ianya hanya mampu menghiasi blog ini sahaja. Bagi saya ianya hanya tinggal kenangan sahaja, Dan tanda nama ini menunjukkan bahawa saya pernah memberikan perkhidmatan di hospital ini, walau pun mungkin jasaku tidak seberapa. Kini saya bersedia untuk menaburkan jasa saya di pejabat baru. Umpama kata pepatah yang saya reka sendiri "di mana bertapak, maka di situlah kita berumah" maknanya di mana kita di tempatkan atau berada maka di situlah kita menetap dan berusaha. Ok tak perumpamaan saya.

29 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 2.

Di samping 4 buah mug Vintage yang dihadiahkan kepada saya seperti yang dimaklumkan di post sebelum ini, sahabat-sahabat saya juga menghadiahkan sebuah mangkuk hidangan Vintage yang sangat menarik bentuknya.

Banyak sungguh hadiah yang diberikan kepada saya. Apa yang dapat saya ucapkan hanyalah terima kasih banyak-banyak, hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya.

Saya sangat-sangat berharap agar diri ini tidak dilupakan, memang agak mustahil untuk kita berbual setiap hari. Tetapi sekiranya terlihat kelibat saya di mana-mana web, tegur-tegurlah... hanya cara maya ini yang boleh mendekatkan kita. Tinggalkan sedikit pesanan atau komen di blog ini.

Saya menyimpan hasrat untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Suria

Satu lagi tanda hati yang saya terima. Ianya adalah dari seorang sahabat yang dulunya adalah ahli keluarga Pejabat Tadbir Awam dan kini beliau memberikan perkhidmatan dan kepakarannya dalam bidang ISO untuk organisasi ini dan di tempatkan di Pejabat Kualiti. Jatuh bangunnya projek ISO HAT TM ini secara relatifnya adalah terletak di tangannya. Orang yang saya maksudkan ini adalah Suria yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Su.

Dalam kesibukan memastikan projek ISO berjalan terus, sempat juga Suria menyiapkan sesuatu untuk saya. Kebanyakan staf memang memahami saya kerana saya sememangnya suka dengan bau-bauan berasaskan aromatherapy. Boleh dikatakan setiap hari, saya akan memasang bau-bauan seumpama ini di dalam bilik pejabat saya. Kerana pada saya bau-bauan ini sering kali memberikan saya tenaga yang murni di mana tenaga ini dialirkan dalam diri saya dan menjadikan aura diri lebih jelas dan bertenaga. Bukannya saya percaya pada kekuatan aura, tetapi pada saya aura juga adalah kejadian Allah yang boleh menjadikan pembawakan diri seseorang pada hari itu lebih menyerlah dan ceria. Itu pandangan saya aje.

Lilin aromaterapi hadiah dari Suria amat sesuai dinyalakan di dalam bilik tidur saya, menjadikan suasana bilik tidur lebih romantis dan bertenaga. Su... terima kasih atas pemberiannya, semoga Su dimurahkan rezeki oleh Allah, diberikan ketenangan diri dan keluarga serta cepat-cepat dinaikkan pangkat. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika saya pernah mengusik hati Su secara sengaja atau tidak, halalkan segal-galanya. Insyallah jika diizinkan Allah kita akan bersua nanti.

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 1.

Tanpa saya sedari rupa-rupanya beberapa orang pegawai awam di HAT TM telah merancang untuk mengadakan majlis perpisahan mengejut untuk saya. Dan mereka juga telah didokong oleh semua staf-staf awam lain. Bukan setakat jamuan malahan mereka telah memberikan saya suatu tanda hati yang mahal. Sesungguhnya saya amat terharu dengan usaha tuan-tuan dan puan-puan ini.

Tak sangka pengenalan yang singkat ini telah mencetuskan ikatan hati yang kukuh antara kita. Saya amat berharap agar ikatan ini janganlah terlerai begitu sahaja. Bagi saya budi baik kalian saya simpan baik-baik dalam hati dengan diikat kukuh supaya tidak terhilang. Pada saya setiap pertemuan itu pasangannya adalah perpisahan. Selepas bertemu, kita sendiri tak tahu berapa lama kita dapat bersama untuk bertemu, berkomunikasi, bertukar fikiran, berdebat dan akhirnya idea kolektif terbentuk, kerana semuanya di tangan Allah SWT.

Namun begitu semua ini biarlah berjalan dengan rasa ikhlas dan kasih, kerana walau apa pun yang berlaku, masa itu kita masih dalam barisan yang sama. Kita berjuang untuk mencipta hasil terindah untuk organisasi, jangan sekali-kali kita membiarkan nafsu menawan akal fikiran waras - kerana jelas sekali ianya menjatuhkan sesebuah organisasi serta paling malang memisahkan sebuah ikatan persahabatan.

Terima kasih wahai sahabat-sahabatku atas pemberian ini yang mengembirakan saya. Rasanya saya tahu siapa punya idea kerana semacam faham-faham sahaja hadiah ini merupakan koleksi peribadi saya. Tanda hati ini telah berjaya memberi persepsi bahawa walaupun saya tidak berada di kalangan kalian, kalian mampu untuk terus bergerak mencapai yang terbaik untuk organisasi. Saya sentiasa mendoakan agar semua sahabat-sahabat saya di HAT TM berjaya dalam bidang masing-masing.

28 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Koperal Zaraini

Salah seorang sahabat saya yang sangat ceria, walaupun ada kalanya dia menghadapi masalah dia akan terus tersenyum. Adanya dia di pejabat menjadikan suasana pejabat juga ceria. 3 statement yang boleh menerangkan Kpl Zaraini (berbaju biru), ialah sentiasa senyum, rajin dan pandai sangat memasak. Kpl Zaraini juga dipanggil dengan Kpl Bro oleh rakan-rakannya - saya tak tahu secara khusus kenapa tapi rasanya boleh agak - kerana dia suka sebut perkataan BRO. Itu hanya agakan saya sahaja.

Pejabat Kpl Zaraini, iaitu Pejabat Tadbir Tentera bersebelah dengan Pejabat Tadbir Awam. Warga di sini menggunakan kemudahan yang sama jadi selalulah kami bersua muka dengannya. Tentang masakannya, saya sangat suka sekali terutamanya Laksam Kelantan- yang sangat saya suka, eeemmmm........ enaknya dan dapat saya bayangkan kepekatan kueh laksamnya, buat saya terkeliur sekarang ini. Kerana keenakan laksamnya, tanpa malu-malu saya minta dibungkuskan untuk saya bawa balik ke rumah dan nikmatinya sekali lagi. Kelakarnya bila saya kenangkan semula.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kpl Zaraini kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun tak lama. Terima kasih juga atas tanda hati ini, sampai 2 set brouch dihadiahkan kepada saya. Akan saya ingat kenangan bersamanya. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf khusus daripadanya jika di sepanjang persahabatan kita, beliau ada terasa hati dengan kata-kata dan tingkah laku saya. Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum, sebabnya dah banyak yang saya makan masakannya. Saya doakan agar Kpl Zaraini dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagian berkeluarga dan dinaikkan pangkat dengan segera.

Harap kita boleh jumpa lagi.

26 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Matron Daram



Hello semua sahabat-sahabatku terutamanya seorang sahabat saya yang bernama Matron Daram, salah seorang sahabat yang masih bertugas di HAT TM. Apa khabar agaknya dia, saya harap dia sihat-sihat aje. Saya yang sebenarnya tak berapa yakin dia akan baca blog saya ini, tapi tak apalah harap sahabat-sahabat yang lain boleh menyampaikan apa yang saya nak pesankan ini kepadanya nanti.


Saya cuma nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepadanya atas kesudian dia menghadiahkan kepada saya gelas kristal yang comel ini, warna dan bentuknyanya yang sangat menarik akan saya sisipkan kenangan ini di dalam hati saya. Setiap kali melihat gelas ini akan terbayanglah wajah dia yang kadang kala serius tetapi selalunya mesra dan kelakar, tapi tak tahulah dengan orang lain dia macam mana. Sebagai Ketua Jabatan kepadanya saya tak menghadapi banyak masalah bertugas dengannya.

Suka saya nak tinggalkan sedikit pesanan untuk sahabat saya ini - Saya amat berharap kepada Nita, Gee, Vidia, Nur, Nieza atau Liza tolonglah sampaikan kepadanya. Kata-kata itu ialah "Matron ini akan menjadi seorang yang lebih popular dan dikasihi di kalangan stafnya jika dia menukar sedikit caranya menangani staf-stafnya kepada cara yang lebih menyayangi dan mengasihi mereka. Semua staf klinikal yang ada di HAT TM semuanya baik-baik belaka, mereka hanya menunggu kelahiran seorang pemimpin yang terbaik untuk membawa mereka ke mercu kegemilangan". Saya nampak ciri-ciri itu ada dalam diri Matron Daram hanya dia perlu menukar sedikit cara komunikasi beliau. Cara yang sekarang ini bukan tak bagus, tetapi lebih bagus lagi jika ada perubahan.

Saya adalah salah seorang pengkaji manusia, saya tahu apa yang disukai manusia dan apa yang paling mereka tidak suka. Dalam diri setiap manusia mesti ada sedikit rasa ego dan harga diri. Sekiranya ego manusia dicemar, akan timbul pelbagai masalah dan isu. Jadi untuk tangani manusia ada cara tertentu. Manusia akan berasa aman dan nyaman jika berdampingan dengan ketua yang selesa dengannya. Jauhi sikap pilih kasih kerana ianya tidak pernah terbukti membantu setiap ketua memenangi hati pekerja. Dengan peningkatan tahap akademik, staf tidak layak dilayan seperti dulu-dulu dan perubahan mesti berlaku.

Perubahan dalam tingkah laku manusia akibat dari peningkatan taraf akademik tidak boleh dipandang remeh. Percayalah jika ianya dipandang remeh, sesebuah organisasi itu tidak akan berjaya dalam melayari bahtera organisasinya ke pulau impian. Kita perlu menyedari ke mana negara ini ingin dibawa oleh pemimpin negara. Negara ini sedang menuju ke negara maju, oleh itu rakyat negara ini juga berubah dari segi taraf kehidupan, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan banyak lagi. Jangan terlalu lama berpegang kepada "sekolah lama" kita. Berubahlah. Itu saja yang saya nak pesan, dan pesanan ini juga kepada semua sahabat-sahabat yang lain. Bye jumpa lagi.....

24 October 2011

Farewell Untuk Saya - Part II

Apa agaknya yang mencuit hati Ketua Unit Rekod - Encik Halim melihat gelagat 3 wanita jelita (Nieza, Yatie dan Linda). Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Halim dan semua stafnya kerana membenar, tidak keberatan dan membantu untuk majlis ini diadakan di pejabatnya. Dalam kesibukan tugasan harian, sempat juga majlis yang meriah ini diadakan.




Ini antara sahabat-sahabat di HAT TM yang terdiri dari pelbagai skim perkhidmatan. Dalam foto kelihatan SN Priya, PJ Daram, Jas, Yatie, Henness, Hafisah, Lt Kol Noor Sabrina dan saya.






Kelihatan Shuhaimy dengan sataynya, di sebelahnya Ruzaimi dan di belakang kelihatan Rizal bersedia untuk menyerang makanan di atas meja. Ketiga-tiga mereka adalah 'orang kuat' kami di HAT TM.







OK skot, berbaris satu-satu dan sedia untuk ambil makanan, tahu dah Khairie memang dah lapar sambil-sambil pegang perut - sebabnya kami beri ucapan panjang sangat kot. Kelihatan Encik Burn dan staf-staf lain.









Manjanya Nik, malu-malu nak makan sambil diperhatikan oleh Nita, Alisa dan SN Noraidah.









Kenapa semua orang ni nampak boring je? ada apa-apa ke yang saya tak tahu. Cerita sikit Nieza !!!!!






Barisan tulang belakang HAT TM, tanpa mereka dan sahabat-sahabat yang lain - akan pincanglah operasi keseluruhan HAT TM. Setiap daripada mereka telah diamanahkan dengan fungsi masing-masing yang perlu di laksanakan.
Terima kasih sekali lagi kalian semua... usaha dan budi baik semua tak mungkin akan saya lupakan.

23 October 2011

Farewell Untuk Saya - Part I

Pada hari akhir saya di HAT TM, sahabat-sahabat telah membuat kejutan dengan mengadakan jamuan perpisahan. Jamuan ini telah diadakan di Unit Rekod HAT TM, hasil kerjasama jamuan ini meriah dan ikhlas saya katakan, saya amat terhau dengan inisiatif mereka. Bagi semua orang yang bakal meninggalkan sesuatu tempat, inilah saat yang paling sukar untuk ditempuhi, apabila melihat wajah-wajah sahabat yang selama ini memberikan kerjasama kepada saya. Pengerusi majlis Puan Hafisah menjemput Ketua Bahagian Pengurusan, Lt Kol Noor Sabrina binti Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Bagi memberkati majlis ini, Encik Ismail bin Ghani, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan sudi membacakan doa. Sebelum itu Yang Berusaha pengerusi juga meminta saya untuk meninggalkan sedikit pesan. Apa lah yang ada pada saya untuk meninggalkan pesan untuk semua sahabat, sebabnya yang sebenarnya mereka lebih arif dalam melayari kehidupan di dunia Allah yang fana ini. Walau bagaimanapun aku turunkan sedikit ilmu dan petua bagi menjalani hidup sejahtera di dalam sesuatu organisasi. Bagi saya, ketua dalam sesuatu organisasi memainkan peranan yang sangat utama, di mana ketua perlu ada ilmu dalam mengesan sikap dan perilaku semua kakitangan di bawahnya.

Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia dengan fitrah di mana semua manusia itu suka dan teruja akan semua yang terbaik, tercantik, terbesar, terkaya dan banyak lagi ter - ter. Malangnya di dunia ini tidak semua manusia mendapati apa yang dikehendakinya. Di samping itu juga Allah jadikan manusia dengan sikap, pemikiran, perilaku, pengalaman dan tahap kefahaman yang tidak serupa, oleh yang demikian perlulah diingat bagi menangani kakitangan tidak boleh dengan cara yang sama.

Mungkin sesuatu cara itu sesuai untuk Vidia, untuk Yatie atau Zaki contohnya, tetapi ianya mungkin tidak sesuai untuk Nor untuk Rizal atau Linda. Walau abgaimanapun mesti ada cara-cara untuk menangani mereka, inilah seninya mempelajari sikap kakitangan. Tapi apa yang saya lakukan adalah saya akan berbaik dengan semua orang dan lahirkan dalam diri mereka bahawa kita adalah dalam satu keluarga.

Lahirkan rasa hormat, sayang dan kasih kepada mereka dan keluarga mereka. Menegur dan berbincang dengan nada dan tonansi suara yang sedap didengar. Seperkara lagi, tanamkan dalam ingatan setiap staf kita bahawa kita sebagai ketua sentiasa ada untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi oleh mereka sama ada masalah pekerjaan atau pun masalah peribadi. Bantu mereka sedaya upaya kita.

Saya nak berkongsi ilmu sikit lagi, kerana terlupa nak cakap pada masa itu. Selain dari staf yang mudah menjadi sahabat, terdapat juga staf yang sedikit sukar untuk ditangani, sebenarnya mereka ini mempunyai masalah lain seperti masalah kewangan (paling tinggi peratusnya), masalah keluarga dan masalah dalam diri seperti tidak suka melihat kebahagian orang lain. Jadi memang ada di antara mereka yang akan menjadi ketua dalam kelas mereka dan cuba mencari pengaruh lain. Tetapi solongan ini biasanya tidak ramai. Tangani mereka mengikut peraturan Kerajaan yang sedang berkuat kuasa seperti minta bantu pegawai psikologi, bawa ke pengetahuan organsisi yang lebih tinggi.

Staf kita adalah sahabat kita dalam menjamin objektif organisasi tercapai. Ingatlah