Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts

12 May 2013

Walaupun Ibubapa Itu Babi

Gambar Hiasan
Nabi Musa as adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa as sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara ! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Yang menjadi persoalan saya adalah - adakah lagi anak-anak seperti cerita di atas, kerana di zaman ini amat sukar mencari anak yang benar-benar dapat menjaga kedua ibubapa sebaik mungkin. Usah lihat jauh saya sendiri pun tidak dapat menjaganya setiap hari kerana kami tinggal jauh terpisah kerana saya bertugas di Kuala Lumpur sedangkan ibu saya tinggal di Melaka. Walau sudah bertahun saya memohon untuk berkhidmat di Melaka, nampaknya belum ada rezeki lagi.... Mohon anda semua mendoakan agar saya dapat bertukar ke Melaka secepat mungkin.

Video: Buatmu Ibu - Aiman


Untuk tatapan semua sahabat-sahabatku... kenangilah jasa ibu kita yang mengorbankan dirinya hanya untuk membesar dan mendewasakan kita.

27 January 2013

Video: Layanlah Ibubapa Sebaiknya

Kali pertama mendengar nasihat dari ustaz ini mengenai pesanan untuk mengasihi kedua ibu bapa membuatkan saya teringat kepada banyak tingkah laku saya yang mungkin menyakiti hati ibu bapa saya. Kini apabila ibu bapa sudah semakin tua mereka akan menjadi extra sensitif, mereka mungkin tidak lagi seperti dulu-dulu semasa mereka muda, di mana mereka akan memarahi kita. Kini mereka akan mendiamkan diri dan makan hati tanpa kita menyedarinya.

Betul kata ustaz - kalau kita tidak muhasabah diri, mungkin kita akan melupakan ibu bapa kita terus, maklumlah kita sibuk mencari rezeki dan sibuk dengan keluarga sendiri. Ibu bapa yang jauh terus jauh dari mata dan hati.......

15 January 2013

Taat Kepada Ibu Bapa

Adakah kita juga sanggup mendokong ibu kita?
NABI Sulaiman as dikurniakan oleh Allah dengan pelbagai mukjizat bagi meyakinkan umatnya akan kekuasaan dan kebesaran Allah swt. Baginda bukan saja mampu berinteraksi sesama manusia, malah baginda mampu berkomunikasi dengan haiwan dan jin. Inilah mukjizat yang teristimewa yang dikurniakan Allah kepadanya dalam melaksanakan misinya menyebarkan ajaran Islam kepada umatnya.

Dikisahkan pada suatu hari semasa Nabi Sulaiman as berkelana antara langit dengan bumi maka tibalah baginda di suatu lautan yang bergelombang besar. Untuk meredakan gelombang, baginda telah memerintahkan angin agar tenang, maka tenang pula lautan itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin menyelam dalam lautan hingga ke dasarnya. Di situ, jin melihat sebuah kubah daripada permata putih tanpa lubang, kubah itu diangkat ke atas lautan itu dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan. “Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Nabi Sulaiman kemudian meminta pertolongan Allah untuk membuka tutup kubah itu.

Baginda terkejut, apabila melihat seorang pemuda dalamnya. Siapakah kamu? Adakah kamu kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia," jawab pemuda itu perlahan-lahan.
“Bagaimana engkau berada dalam keadaan begini,” tanya Nabi Sulaiman lagi. Pemuda berkenaan kemudian menceritakan riwayatnya hingga boleh tinggal dalam kubah dan berada dasar lautan.

Diceritakan, ibu pemuda itu sudah dan tidak berdaya untuk bergerak. Pemuda itulah yang memapah dan mengendong ibunya ke mana saja dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya dan ibunya pula tidak putus-putus mendoakannya.

Antaranya, ibu itu selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

Nabi Sulaiman kemudian bertanya kepada pemuda itu: “Bagaimana kamu berbakti kepada mereka?” Pemuda itu mula bercerita: “Saya menjaga mereka hingga mereka tua. “Kedua-dua ibu bapa saya sangat taat kepada Tuhan. Sejak kecil hingga dewasa, saya dijaga dan dipelihara dengan sempurna. “Mereka selalu memohon kepada Tuhan supaya saya menjadi orang yang taat kepada perintah Allah. Ayah saya meninggal dunia pada usia tuanya dalam penjagaan saya.

“Ibu saya pula lemah dan sering sakit-sakit. Matanya buta dan kakinya lumpuh. “Sayalah satu-satunya yang menjaga segala keperluannya seperti membersihkan badannya dan memandikannya. “Segala keperluan makan dan minumnya saya uruskan. “Saya menyuap makanan dan minuman ke mulutnya seperti dia suapkan saya ketika kecil.

“Saya selalu bermohon kepada Tuhan. Ibu saya juga bermohon agar saya dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini. “Ibu saya juga bermohon kepada Tuhan agar selepas kematiannya nanti saya diberi tempat khusus yang letaknya bukan di bumi dan bukan juga di langit,” katanya.

Pemuda itu meneruskan ceritanya : “Selepas ibuku meninggal dunia, aku berjalan di pantai. “Dalam perjalanan, aku melihat sebuah tempat yang diperbuat daripada permata. “Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu. Aku masuk ke dalamnya.”

Nabi Sulaiman kagum dengan cerita pemuda itu. Baginda ingin mengetahui lebih lanjut latar belakang pemuda ini. “Kamu hidup pada zaman mana?” tanya Nabi Sulaiman. Jawabnya: “Saya hidup pada zaman Nabi Ibrahim.”

Nabi Sulaiman mengira-ngira berapa usia pemuda itu. Alangkah terkejutnya kerana umur pemuda itu hampir mencecah 1,400 tahun. Namun wajahnya berseri-seri, tiada uban pada rambutnya, kulitnya masih tegang. “Bagaimanakah saudara dapat merasai nikmat dan mendapat rezeki daripada Tuhan dalam kubah ini?” tanya Nabi Sulaiman.

Pemuda itu menjawab: “Selepas saya berada di sini, barulah saya tahu Tuhan telah menjadikan syurga untuk saya dalam kubah ini.” Nabi Sulaiman bertanya lagi “Tunjukkan pada saya syurga itu.” Pemuda itu diam seketika, kemudian dia menadah tangannya memohon kepada Tuhan.

Tiba-tiba suasana kubah yang gelap itu menjadi terang-benderang indah bercahaya. Terpampang pemandangan yang begitu indah di depan Nabi Sulaiman dan tenteranya. Sungai mengalir tenang, kebun bunga yang subur, pohon merendang, kolam madu dan susu terpancar indah.

“Wahai pemuda, ini syurga! Saudara mendapat anugerah daripada Tuhan,” kata Nabi Sulaiman. “Ini kurnia Tuhan kepada saya. Saya mendapat rezeki daripada pelbagai sumber dan buah-buahan beraneka rasa dan jenis. Semua makanan yang saya ingini terhidang,” jawab si pemuda.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan antara bumi dengan langit kagum dengan pemuda itu. “Bagaimana engkau boleh hidup dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

Pemuda itu menjelaskan: “Dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana aku berada. Di langit atau di udara. “Namun, Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika tinggal dalam kubah itu."

Nabi Sulaiman bertanya lagi: “Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" Pemuda itu menjawab: "Jika aku lapar, Allah menciptakan pohon dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. “Jika aku haus, maka keluarlah air yang teramat bersih. Lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

Nabi Sulaiman ingin mengetahui lagi: “Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?" Jawab pemuda itu: “Apabila terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih. “Dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Apabila matahari terbenam, kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam."

Nabi Sulaiman mendengar penerangan pemuda itu dengan penuh kagum. Baginda seolah-olah tidak mahu berhenti mendengarnya. “Cukuplah sampai di sini. Sekarang saya harus bersolat bagi mengadap Tuhan,” kata pemuda itu mengakhiri perbualannya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali. Pemuda itu terus tinggal dalamnya.

Itulah balasan Allah terhadap seorang pemuda yang berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Allah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Ini jelas diterangkan melalui firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra’, ayat 23)

Berbakti kepada ibu bapa adalah berbuat baik, mentaati, melaksanakan hak, jauh daripada perilaku menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan itu, adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga.

Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." 

13 March 2012

Surat Kepada Anak


Kerana kesebukan kehidupan seharian, ramai antara kita yang lupa kepada 2 insan yang ditakdirkan untuk menjadi ibu bapa kita. Kita sangat sayangkan mereka semasa kita kecil kerana mereka adalah payong tempat kita berlindung, mereka juga adalah tempat kita mengadu hal dan mereka juga tempat kita mendapatkan keperluan sosial.

Setelah kita berdikari dan berkerja mereka terpaksa kita tinggalkan, adakala mereka tinggal sendiri dan makin jauh dari kita. Sehingga kita terlupa keperluan mereka, lupa pada kekuatan yang makin jauh dari mereka, adakalanya mereka tidak berdaya untuk bergerak dan sepatutnya kita yang menjadi kaki mereka dan tangan mereka tidak kuat untuk menyuap makanan dan kita yang sepatutnya menyuap mereka... sebaliknya di mana kita?????

04 March 2012

Iklan : Kasih sayang ibu dan ayah (Thailand)


Hebat sungguh ciptaan iklan ini, sungguh menyentuh perasaan saya, betapa kasih sepasang suami isteri kepada anak yang bakal lahir. Kasih seorang ayah kepada anak yang akan dilahirkan, pesanan ditinggalkan kepada Sang anak yang masih berumur 1 hari untuk menjaga ibunya selepas dia meninggal.

04 January 2012

Couple married 72 years dies an hour apart, holding hands

posted by Rob Kerby, Senior Editor

Without the other, neither wanted to live, according the children of an elderly couple that died last week. Gordon Yeager, 94, and his wife Norma, 90, were married for 72 years, reports LifeSiteNews. However, their life together ended Wednesday after they were both injured in a car crash. They arrived at a local hospital so badly hurt that officials saw hey could not recover, according to ABC news.



They were placed together in a bed, where they lay holding hands. Even then, says their son, Dennis Yeager, the couple’s concern was only for each other. “She was saying her chest hurt and what’s wrong with Dad? Even laying there like that, she was worried about Dad,” he said. “And his back was hurting and he was asking about Mom.” Gordon died at 3:38. But people in the room at the time say they were confused when Gordon stopped breathing, but his heart monitor continued to pick up a heartbeat. That was when they realized that the monitor was detecting Norma’s heartbeat, through their clasped hands. “And we thought, ‘Oh my gosh, Mom’s heart is beating through him,” Dennis Yeager said. Norma died an hour later. “Dad used to say that a woman is always worth waiting for,” Dennis Yeager said. “Dad waited an hour for her and held the door for her.”

Read more: http://blog.beliefnet.com

I am very excited by this story and wish to share with you my friends. Nowadays, it is difficult to find a couple who blessed by God to live and die together. After 72 years living together, I can not imagine how one of them will continue living alone.

I personally have the experience when my beloved father left us at the end of 2008. It was difficult for mother to accept the fact that our daddy had died, but after 3 years thank goodness mummy is able to accept that daddy was not with us anymore, even though we know she is still missing father badly.

Wajah Orang Tersayang

Setiap manusia itu dijadikan Allah dengan pakej yang lengkap, ada rasa sayang dan benci, pun begitu Allah maha kuasa menyediakan senjata dan perisai bagi menangani kehidupan yang penuh dengan 1001 rasa itu. Maka tidak lari dari setiap insan akan rasa marah kepada seseorang terutama orang yang tersayang.

Tidak dapat dinafikan apabila timbul rasa benci dan diikuti dengan perasaan marah, seseorang itu akan memandang wayah orang yang dimarahi dengan perasaan geram.... rasa ingin sahaja di....kan orang itu. Benarkan??? tetapi masih adakah lagi rasa benci, apabila kita mengamati wayah sang insan yang tersayang itu sedang nyenyak dalam tidurnya yang lena?? … biasanya kita sendiri apabila menghadapi situasi begitu, maka terbang hilang rasa marah dan benci yang bersarang dalam hati tadi.

Mungkin inilah juga sumber ketahanan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, marah hanya sekejap dan kasih sayanag makin subur dan tetap kuat kepada anak-anaknyanya betapa besar dan beratnya dosa si anak yang telah ‘menyakiti’ hati si ibu …aduhai betapa bersih dan sucinya kasih itu. Kini lihatlah ibu anda ... perhatikan kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulunya halus membelai-belai tubuh kita itu kini menjadi kasar karena kerasnya hidupnya yang berusaha untuk membesarkan anda dan kini semuanya telah dimamah usia. Dia jugalah yang dulu itu setiap hari mengurus keperluan kita, meleteri kita hanya kerana erti kasih dan sayang, malangnya kasih sayangnya itu sering kita salah artikan.
Kepada yang masih lagi mempunyai ayah, curi-curi lihatlah semasa dia tidur, betapa dahulunya ayah mempunyai badan yang segak dan gagah itu kini beliau semakin tua dan kurang bermaya, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut mulai terpahat di wajahnya. Dialah orangnya yang tiap bersama sang matahari memerah keringat untuk mendapatkan sesen dua bagi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Dialah orangnya yang rela melakukan apa saja asal perut anak-anaknya kenyang dan mendapatkan pendidikan terbaik.

Kini cuba anda perhatikan pula pasangan anda yang sedang lelap dengan damai yang terlahir diwajahnya, adakah anda masih menafikan bahawa anda memperoleh kekuatan dari pasangan anda itu dan perasaan yang dikurniakan oleh Allah itu makin kuat mencintainya sepenuh hati.

Cuba lihat budak-budak tu tidur - lasak dan macam-macam gaya.


02 January 2012

Azam Tahun Baru : Kasih Sayang Kepada Ayah dan Emak

Kepada kawan-kawan yang aku sayangi, ingat tak dulu semasa kita masih di kelilingi oleh keluarga kita, bersama ayah, emak, abang, kakak dan adik-adik. Semasa meningkat remaja semua manusia tidak dapat berfikir secara waras. Orang muda penuh dengan harapan, anggapan dan cita-cita yang melangit tingginya... ingatkan dulu, kita mempunyai pelbagai perkara yang ingin dilakukan dan kita selalu berangan-angan untuk menjadi popular. Dalam melayani cita-cita, kerap kali kita gagal berfikir dengan wajar, syukur alhamdulillah masih ada lagi insan yang amat menyanyagi kita dan mereka inilah yang menjadi pagar mengawal supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul. Adakalanya apabila kita terhampir jatuh, pagar tadi akan menahan dirinya supaya kita tidak terjerumus ke lembah bahaya. Adakalanya tindakan pagar ini menyakitkan kita... tetapi tindakan itu semata-mata untuk menyelamatkan kita. Pada masa itu kita tidak berfikir begini malahan kita sering kali menuduh mereka sebagai tidak memahami jiwa orang muda dan cuba mengawal kita mencapai cita-cita.

Kita semua mesti pernah mendengar kata-kata seperti berikut keluar dari mulut ayah dan emak kita "esok bila engkau ada anak baru engkau tahu bagaimana perasaan ayah dan emak, bila anak tidak ada di depan mata" rupanya marah itu tandanya sayang.

Kini ayah dan emak kita dah tua, dan ada di antara kita yang dah jadi ayah dan emak pun, apabila memandang ayah dan emak kini... perasaan kita akan bercampur baur antara rasa silap yang amat sangat masa kita remaja dulu dengan kesedaran bahawa kini kita pula mempunyai perasaan yang sama dengan mereka. Kini anak-anak kita pula yang menyangkakan kita ini cuba mengongkong dan tidak menyayangi mereka. Rupa-rupanya sejarah telah berulang dan betapa silapnya kita dulu... kalau kita mampu untuk memutarkan semula masa ke zaman remaja kita, kita berjanji pada diri bahawa akan kita dengari leteran mereka dan akan kita patuhi arahan mereka kerana kini baru kita tahu bahawa MARAH ITU TANDA SAYANG.

Merunungi wajah ayah dan emak yang sudah tua, dengan kata-katanya yang kurang difahami dan pendengarannya yang tidak jelas ditambah dengan ingatannya yang sekejap ada dan sekejap hilang... apa pula anggapan kita kepada mereka..... Pesanan saya jangan diulangi lagi kesilapan remaja kita, kerana percayalah bahawa sejarah akan berulang sekali lagi. Jika kita layani mereka yang tidak bermaya ini dengan baik maka balasannya anak-anak kita akan melayani kita lebih baik dari apa yang kita lakukan kepada ayah dan emak kita, sebaliknya jika kita layani mereka dengan buruk, bukan sahaja anak-anak akan melayani kita dengan buruk malahan kita dilaknati Allah. Sudah tentu tiada pintu syurga yang boleh kita lalui, walau sebanyak mana amalan kita kepada Allah kerana ayah dan emak adalah kunci utama pintu syurga kita.

Awal tahun ini, jadikanlah azam melayani ayah dan emak dengan lebih baik lagi, kerana azam ini mudah dicapai dan ganjarannya amat lumayan.

Saya menasihati akkawan-kawan dan juga diri saya sendiri. Semoga dirahmati Allah sentiasa.

23 November 2011

Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu

Artikel yang bagus, walaupun dah lama tetapi ianya masih lagi beguna untuk menceduk ilmu darinya.

Dipetik dari: http://muzir. wordpress. com/2009/ 05/13/oh- muslim-bahagiaka nlah-ibumu/

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya. Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.

Selepas itu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya. Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا“Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.” - Surah an-Nisa: 36.

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا“Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” - Surah an-An’am: 151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam Al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH. Kita dilarang menderhakai ibubapa. Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata’ala. Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha. Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM. Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’. Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.

Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh. Abu Hurairah r.a berkata:“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Amr bin al-’As r.a berkata yang maksudnya: “Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad. Rasulullah s.a.w berkata: Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi: Jihad di jalan ALLAH.” - Hadith riwayat al-Bukhari.

Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting. Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad. Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur. Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w. Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya. Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni. Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian. Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa. Setiap kita biasa melakukan kesilapan. Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH. Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menginggung hati mereka. Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa. wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Consultant
May 13, 2009
HP No : 019-3826408
Email : shahmuzir@yahoo. com
Website: www.takafulonline. net

20 November 2011

Hebatnya Doa Ibu

Kita semua tahu bahawa doa seorang ibu tidak terhijab, dalam erti kata yang lain Allah mengkabulkan doa seorang ibu itu tanpa menapisnya dahulu, kalau doa itu baik maka baiklah yang dinikmati oleh anak-anak, tetapi jika buruk doa itu, maka berlakulah cerita-cerita rakyat seperti Si Tanggang, Malim Kundang dan sebagainya. Oleh yang demikian di sini suka saya nak berpesan kepada semua sahabat-sahabat sama ada anda seorang anak atau seorang ibu, berhati-hatilah apabila berhubungan dengan ibu kita, jangan sekali-kali menyakiti hatinya atau berhati-hati mengeluarkan kata-kata terhadap anak-anak anda. Jika marah sekalipun jangan sekali-kali terkeluar ayat yang memaki atau mencela anak, takut-takut Allah akan memakbulkan kata-kata itu.

Saya nak berkongsi dengan apa yang ibu saya lakukan, terutamanya apabila anak-anak menaliponnya. Sebenarnya ibu saya mempunyai suatu kebiasaan/ doa yang menyebabkan saya suka menaliponnya setiap hari, kadang-kadang pada hari Sabtu dan Ahad, saya akan menalipon dia berkali-kali hanya untuk mendengar doanya di akhir perbualan kami. Kata-katanya yang pendek tetapi ikhlas itulah mungkin menyebabkan saya dikurniakan Allah hidup tenang dan berjaya, merasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah kepada saya. Doa ibu saya cuma 3 perkatan iaitu "berjaya anak mak" itu saja.

Jadi sahabat-sahabatku, jangan lupakan ayah dan ibu kita, kalau tak balik kampong sekali pun, janganlah sampai tidak menalipon mereka. Ingatlah bahawa kata-kata mereka adalah hikmat dan tangkal hidup kita.

Di atas, foto mak saya semasa kami di Jeddah di tepi Laut Merah (masa kami mengerjakan haji bersama dengan ayah), angin yang kuat macam nak menerbangkan mak saya.

15 November 2011

ADAB TENTANG KETAATAN KPD IBU-BAPA

Di antara anak dengan bapanya di sudut kacamata Albanna Mutiara Ilmun adalah:

Wajib atas para pendidik untuk mengajarkan abad tata-tusila dgn ayah-ayah dan ibu-ibu mereka; iaitu seperti berikut: Tiada berjalan di hadapan mereka, tiada memanggil mereka dgn nama-nama mereka, tiada duduk di sisi mereka, tiada merasa bosan terhadap nasihat-nasihat mereka, tiada memakan makanan yg mereka lihat kpdnya, tiada berada di tempat yg tinggi dari tempat mereka, tiada membantah perintah mereka...dan lain-lain lagi.

Semua adab susilah ini dipetik dari firman Allah Ta'ala:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا

أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا، وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ

الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan Tuhanmu tlh memerintahkan supaya kamu jgn menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dgn sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jgnlah kamu mengatakan kpd keduanya perkataan "ah" dan jgnlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kpd mereka perkataan yg mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dgn penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua tlh mendidik aku waktu kecil". >: Ayat 23-24: سورة الإسراء

Dan tlh bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

مَـابَرَّ أَبَاهُ مَـنْ سَدَّدَ إِلَيْـهِ الطَّـرْفَ بِالْـغَضَبِ

"Tiada mentaati ayahnya, orang yg menajamkan pandangan kpd ayahnya dg marah"

Daripada Siti Aisyah رضي الله عنه, bahawasanya beliau berkata:

أَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ وَمَعَهُ شَيْخٌ فَقَالَ لَهُ: يَاهَذَا: مَنْ

هَذَا الَّذِيْ مَعَكَ؟ قَالَ: أَبِيْ، قَالَ: فَلَاتَمْشِ أَمَامَـهُ، وَلَاتَجْلِسْ قَبْلَـهُ، وَلَاتَدْعُـهُ

بَاسْمِـهِ، وَلَاتَسْتَسِبَّ لَـهُ

"Tlh datang kpd Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seorang lelaki dan dgnnya ada seorang tua, maka bertanya Rasulullah kpdnya: "Wahai fulan! Siapakah orang tua yg datang bersama-samamu ini? Jawab orang itu: "Ini ayah saya! Maka berkata Rasulullah: Jgn engkau berjalan dihadapannya, jgn duduk disampingnya, jgn memanggilnya dgn menggunakan namanya, dan jgn mencelanya"

Pernah Umar bin Zaid ditanya: Bagaimana anakmu mentaatimu? Jawabnya: Tdk pernah aku berjalan diwaktu siang, melainkan dia berjalan dibelakangku. Dan tiada pernah diwaktu malam, melainkan dia berjalan dihadapanku. Dan tdk pernah dia mendaki keatas rumah, melainkan aku sentiasa dibawahnya.

Diriwayatkan dpd Abu Ghassan Adh-Dhabbi, katanya: Sekali periatiwa aku keluar berjalan dgn ayahku di Zhahri-Harrati, maka aku ketemui oleh Abu Hurairah رضي الله عنه dan berkata: Siapa dia ini? Jawabku: Ini ayahku. Berkata Abu Hurairah: Jgn berjalan dihadapan ayahmu! Tetapi berjalanlah dibelakangnya, atau disampingnya. Dan biarkan orang lain menghalang antara engkau dgn dia. Jgn berjalan diatas sutuh rumah bapamu, dan jgn makan daging yg melilit ketulang yg tlh dilihat oleh ayahmu, barangkali dia ingin memakannya.

Ibnu Hibban tlh meriwayatkan didlm Sahihnya, bahawa datang seorang kpd Abu Darda' رضي الله عنه dan berkata: Sesungguhnya ayahku sentiasa mengambil berat terhadap diriku, sehinggalah dia mengahwinkanku. Tetapi sekarang dia menyuruh aku mentalakkan isteriku itu. Menjawab Abu Darda': Aku bukanlah dari orang yg suka engkau menderhakai ayahmu, dan tdk pula dari golongan orang yg akan menyuruh mantalakkan isterimu. Akan tetapi, jika engkau mahu, bolehlah aku membicarakan kpdmu apa yg aku pernah mendengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم baginda bersabda:

اَلْوَالِدَُ وْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، فَحافِظْ عَلَى ذٰلِكَ الْبَابِ إِنْ شِئَتَ أَوْدَعْ

"Ayah itu pintu yg paling tengah dari pintu-pintu syurga, maka hdklah engkau menjaga pintu itu baik-baik jika perlu, ataupun tinggalkan saja"

Ibnu Majah dan Ibnu Hibban tlh meriwayatkan didlm Sahihnya daripada Ibnu Umar رضي الله عنه katanya:

كَان تَحْتِيْ امْرَأَةٌ أُحِبُّهَا، وَكَانَ عمَرُ يَكْرَهُهَا، فَقَالَ لِيْ: طَلِّقْهَا، فَأَبَيْتُ، فَأَتَى

عُمَرُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَ ذٰلِكَ لَهُ، فَقَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى

اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَلِّقْهَا

Saya mempunyai seorang isteri yg saya cintainya, dan Umar (bapaku) membencinya. Ia menyuruh saya mentalakkannya, tetapi saya enggan. Maka Umar pun mendatangi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan memberitahunya perkara itu. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata kpdku: Talakkanlah dia"

Menderhaka, ertinya melakukan maksiat, pelanggaran, tiada menunaikan hak. Diantara penderhakan, ialah seorang anak itu memandang kpd ayahnya dgn pandangan rendah ketika marah, apabila sang anak menganggap dirinya sama dgn ayahnya, apabila sang anak enggan mencium tangan kedua ibu-bapanya, ataupun tiada mahu bangun utk menghormati keduanya dan apabila kebanggaan diri mempengaruhi sang anak, sehingga dia merasa malu utk dikenal dgn nama ayahnya, terutama sekali jika sang anak tlh mendapat pangkat tinggi dlm masyarakat.

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

25 December 2010

Share Iklan Hari Raya Petronas



Ambillah iktibar dari iklan ini, hargailah mereka berdua (ibu bapa) selagi mereka masih ada. Jangan biarkan penyesalan menghantui kita nanti.