Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label River Cruise. Show all posts
Showing posts with label River Cruise. Show all posts
14 February 2012
Melaka Day Cruise - Part IX - Hospital Pakar Putra Melaka
Semasa menyusuri Sungai Melaka dengan bot, kami melimpasi Hospital Pakar Putra Melaka, di mana ayah saya dirawat di hospital ini selama sebulan sebelum ayah yang kami cintai menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital ini pada 18 Disember 2008.
Dulu semasa kami menemani ayah, kami sendiri sentiasa melihat/ menyengok ke jendela melihat keindahan sungai ini dan Kampong Morter.
Kalau tak silap saya 2 kali ayah dan emak menikmati keindahan Melaka dari dalam bot dan ayah juga melihat keindahan malam di sungai ini dan Kampong Morter dari hospital ini.
13 February 2012
Melaka Day Cruise - Part VIII - Sambungan Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka
Hari hampir senja, kami dah balik semula ke jeti tempat kami mula-mula naik bot, iaitu di Taman Rempah. Cuba lihat replika tanjak (head gear) orang dulu-dulu.
Air sungai belum bersih sangat, warnanya hijau dan berlumpur, walaupun begitu sampah sangat kurang dan tidak seperti di sungai-sungai lain Malaysia.
Masih ada peluang lagi untuk merawat air sungai supaya lebih bersih lagi. Kerjasama semua pengunjung dan rakyat diperlukan
Malangnya saya masih lagi berjumpa dengan pemuda-pemuda yang bersikap membuang sampah di khalayak ramai atau di tempat umum.
Melaka Day Cruise - Part VII - Pokok Bakau
Di pertengahan pelayaran yang singkat ini, kami melalui kawasan habitat yang dilihat sesuai untuk pertumbuhan pokok dari jenis spesies bakau. Walaupun tidak banyak tetapi pokok ini dilihat subur hidup di gigi air.
Dicelah-celah pokok bakau ini diletakkan beberapa buah lampu yang berwarna warni, saya rasa di waktu malam kawasan ini akan menjadi sangat cantik dengan kilauan mentol lampu dan bayangannya di permukaan air.
Pokok bakau merupakan jenis pokok yang dapat menahan pukulan ombak dan kerana faktor ini, Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengekalkan pokok berkenaan di samping berguna untuk menghalang hakisan di tebing sungai.
12 February 2012
Melaka Day Cruise - Part VI - Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka
Selama 40 hingga 45 minit pelayaran ini, saya dapat merakamkan pelbagai rupa budaya dan tinggalan penjajah serta Kerajaan Melaka lama.
Sungai ini dan Kampong Morter juga telah berpuluh tahun malahan mungkin beratus tahun menyaksikan pelbagai aktiviti dan peristewa yang berlaku di Melaka.
Hospital yang penuh makna bagi kami sekeluarga.
Di sinilah jejak-jejak pendakwah Islam memasuki Melaka untuk menyampaikan agama Islam yang mulia kepada Sultan Melaka dan seterusnya kepada rakyatnya.
Lihatlah pemandangan indah di gigi air sungai.
Ada lagi foto-foto menarik............
Melaka Day Cruise - Part V - Flora De La Mar
Ini adalah bangunan Quayside, yang dulunya dijadikan gudang oleh penjajah dan kemudian digunakan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Di hujung bangunan Quayside, terletaknya replika ‘Flora De La Mar’ iaitu kapal portugis yang tenggelam di perairan Melaka ketika perjalanan balik ke Portugal. Kapal ini telah dibina di Lisbon pada tahun 1502.
11 February 2012
Melaka Day Cruise - Part III - Kincir Air Lama
Subscribe to:
Posts (Atom)