Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

28 February 2015

SOLAT JENAZAH

Solat jenazah!!! ramai yang pandang solat ini bagai tidak penting dalam hidup. Malahan solat ini adalah penutup solat bagi yang hidup. Alangkah baiknya jika yang menyolatkan kita adalah ahli keluarga sendiri. Jadi ahli keluarga mesti ambil tahu mengenai bagaimana untuk mendirikan solat ini. Artikel ini saya pinjam dari fb.

Belajarlah wahai lelaki..apakah kau tidak malu bila tidak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah yang meninggalkan dunia yang fana ini .. Itu sahajalah penghormatan terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita. Solat jenazah bukannya susah, solat ini tidak perlu rukuk atau sujud hanya berdiri sahaja. Di bawah adalah cara solat jenazah.

Cara Ringkas Solat Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sahlah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

20 February 2014

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah.

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat.

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748)

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA.

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748)

Jumlah Rakaat Solat Dhuha.

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadith-hadith berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273)

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:

Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176)

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti di bawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadith Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. Rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadith Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadith ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadith ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadith Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadith ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719)

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

27 December 2013

12 KEAJAIBAN SHALAT TAHAJUD

“Jika matahari sudah terbenam, aku gembira dengan datangnya malam dan manusia tidur karena inilah saat hanya ada Allah dan aku.”

Sejarah telah mencatat bahwa Rasulullah Saw dan para sahabat selalu melaksanakan shalat tahajud. shalat tahajud adalah shalat yang sangat mulia. Keajaiban melaksanakan shalat tahajud telah tercatat dalam alquran. Ada beberapa keajaiban shalat tahajud berikut ini.

1.   Shalat Tahajud sebagai tiket masuk surga

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2.   Amal yang menolong di akhirat

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah).” (QS. Az Zariyat: 15-18)

Ayat di atas menunjukkan bahwa orang yang senantiasa bertahajud Insya Allah akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.

3.   Pembersih penyakit hati dan jasmani

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah shalat malam, karena sesungguhnya shalat malam itu adalah kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kamu, (shalat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, (shalat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

4.   Saranan meraih kemuliaan ...

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, karena engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, karena engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahwa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah shalat waktu malam dan ketidakbutuhannya di muliakan orang lain.” (HR. Al Baihaqi)

5.   Jalan mendapatkan rahmat Allah ...

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan shalat dna membangunkan istrinya. Jika sang istri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

6.   Saranan Pengabulan permohonan ...

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan shalat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Saw Bersabda,

“Dari Jabir berkata, bahwa nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

7.   Penghapus dosa dan kesalahan ...

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

8.   Jalan mendapat tempat yang terpuji ...

Allah berfirman: “Dan pada sebagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’:79)

9.   Pelepas ikatan setan ...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Setan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di shalat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

10.   Waktu utama untuk berdoa ...

Amru Ibn ‘Abasah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar?”, Rasulullah Saw menjawab, “Tengah malam terakhir, maka shalat lah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya shalatwaktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya)” (HR. Abu Daud)

11.   Meraih kesehatan jasmani ...

“Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang saleh sbelum kalian. Wahana pendekatan diri pada Allah Swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (HR. At-Tarmidzi)

12.   Penjaga kesehatan rohani ...

Allah SWT menegaskan bahwa orang yang shalat tahajud akan selalu mempunyai sifat rendah hati dan ramah. Ketenangan yang merupakan refleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari di masyarakat.

Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Keajaiban shalat tahajud sudah terbukti, maka bertahajudlah!

Mungkin masih banyak lagi keajaiban shalat tahajud yang mungkin terlewat dari tulisan ini. Yang pasti shalat tahajud merupakan shalat yang bagus sebagai ibadah tambahan bagi kita.

Subhanallah .. Shalat tahajud benar-benar dahsyat dalam meraih kebaikan dunia akhirat ..

Sumber: fb Kata-Kata Hikmah

03 September 2013

Cara Ringkas Solat Jenazah

Lokasi Jenazah Untuk disolatkan
Kalau di Mekah dan di Madinah, boleh dikatakan selalu kita akan bersama-sama untuk menyembahyangkan jenazah. Namun tahukah kita cara sistematik dalam melaksanakan solat tersebut.

Pada pandangan saya, setiap orang Islam mestilah tahu untuk melaksanakan solat jenazah untuk ahli keluarga terutamanya untuk emak atau ayah yang meninggal dunia. Silat jenazah bagi kedua-dua orang tua adalah merupakan penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita.

Cara Ringkas Solat Jenazah :

1.   Angkat Takbir Pertama "Allahuakbar" dan lintaskan niat dalam hati iaitu "Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala". Jadi menjadi makmum maka tambahlah dalam niat "sebagai makmum kerana Allah Taala". Kemudian bacalah Alfatihah sehingga akhir

2.   Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah seperti dalam tahiyyat akhir

3.   Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh di bawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4.   Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat-rapat, dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..

29 August 2013

5 Waktu atau Azab Allah swt

Ini bukan ular yang dimaksudkan
Kisah di bawah ini adalah sebagai panduan untuk kita dalam melayari kehidupan kita sebelum kita bertemu dengan alam kubur nanti. Setiap yang hidup itu pasti akan mati.

Di zaman pemerintahan Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:”

1.   Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2.   Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.   Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

6 seksa di dunia:
1)   Allah mengurangkan berkat umurnya
2)   Allah memanyahkan rezekinya
3)   Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4)   Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5)   Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6)   Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut:
1)   Mati dalam keadaan amat dahaga
2)   Mati dalam keadaan lapar
3)   Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur:
1)   Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2)   Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3)   Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa di Padang Mahsyar:
1)   Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2)   Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3)   Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang
4)   Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang ke dalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh - Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60,000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor - Sekali meninggalkannya, dosanya seperti membunuh 1,000 umat Islam

Dosa meninggalkan solat asar - Sekali meninggalkannya, seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib - Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak - Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada di bumi dan langit.

21 July 2013

Bilangan Raka'at Solat Tarawih

Solat tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat islam, sama ada daripada golongan ulama salafmaupun khalaf sejak zaman Khalifah Umar Ibnu Al- Khattab r.a. sehinggalah ke zaman kita sekarang.

Tidak seorang pun antara imam-imam mazhab yang empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada satu riwayat saja yang menerangkan iaitu Imam Darul Hijrah (Imam Malik bin Anas) yang menambah sehingga 30 raka'at.

Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari Imam Malik yang berdasarkan pada amalam penduduk madinah bersumberkan dari nafi' yang berikut: "saya menjumpai umat Islam (Madinah) mengerjakan solat tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at."

Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada Imam Malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur ulama daripada kalangan Syafi'i, Hambali dan Hanafi mengatakan bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at. oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara imam-imam mazhab yang empat. semoga allah s.w.t. melindungi orang-orang mukmin daripada permusuhan yang membinasakan.

Dalil-dalil Para Mujtahidin

Para imam mujtahid menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat Al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. saib berkata: "pada zaman Umar Ibnu Al-Khattab r.a. umat islam mengerjakan solat tarawih dalam bulan ramadhan sebanyak 20 raka'at."

Mereka berhujah juga dengan hadith riwayat imam malik dalam kitab al-muwatta' dan riwayat Al-Baihaqi daripada Yazid bin Rauman. Yazid bin Rauman berkata: "pada zaman Umar Ibnu Al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan solat tarawih sebanyak 23 raka'at." yakni, 20 raka'at tarawih dan 3 raka'at witir.
mereka juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-hasan yang mengatakan bahawa umar r.a. telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat di belakang Ubai bin Ka'ab sebagai imamnya dengan mengerjakan solat tarawih 20 raka'at. Ubai bin Kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan ramadhan. apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan ramadhan, Ubai bin Ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat di rumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "Ubai telah lari."

Ibnu Qudamah menceritakan di dalam kitab Al-Mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat tarawih iaitu 20 raka'at. dan diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa bilangan raka'at tarawih itu 36 raka'at. dia berkata: "solat pada malam-malam bulan ramadhan adalah 20 raka'at. ia adalah sunnat muakkad dan orang yang mula-mula mengerjakannya adalah nabi muhammad s.a.w. adapun nama tarawih itu dinisbahkan kepada Umar Ibnu Al-Khattab r.a. ini kerana umar menghimpun umat islam untuk mengerjakan solat tarawih secara jemaah di belakang Ubai bin Ka'ab yang bertindak sebagai imam."

Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, Umar Ibnu Al-Khattab keluar ke masjid, kebetulan ketika itu umat Islam solat di masjid sendiri-sendiri, lalu Umar berkata: "sebaiknya aku himpunkan mereka di bawah pimpinan seorang ahli qiraat." maka beliau pun mengumpulkan umat islam dan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan menyaksikan orang ramai mengerjakan solat di belakang imam. Maka berkatalah Umar Ibnu Al-Khattab: "sebaik-baik bida'ah adalah ini."

Seterusnya Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa yang dipilih oleh Imam Ahmad bin Hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at ini dipilih oleh Al-Thauri, Abu Hanifah dan Al-Syafi'i, sedangkan imam Malik memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk Madinah dan bagi kami, sesungguhnya Umar Ibnu Al-Khattab ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat di belakang Ubai bin Ka'ab sebanyak 20 raka'at.

Imam Malik meriwayatkan dengan sanad dari Yazid bin Abdurrahman: "umat islam pada zaman Umar mengerjakan qiyamullail sebanyak 23 raka'at."

Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau telah menyuruh seseorang untuk menjadi imam tarawih pada bulan ramadhan dan mengerjakan 20 raka'at. ini adalah seperti ijma'. seterusnya Ibnu Qudamah berkata: "seandainya seluruh penduduk madinah mengerjakan 36 raka'at, nescaya bilangan raka'at yang dikerjakan oleh Umar Ibnu Al-Khattab dan telah diijma'kan oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk diikuti. kerana sesungguhnya penduduk Madinah mengerjakan bilangan raka'at sedemikian itu hanya kerana mereka ingin menyemai amalan penduduk Makkah bertawaf tujuh kali setiap selesai dua kali salam (empat raka'at). Oleh sebab itu penduduk Madinah menggantikan tujuh kali tawaf tadi dengan empat raka'at. namun demikian, apa yang telah ditetapkan oleh para sabahat Nabi Muhammad s.a.w.adalah lebih utama untuk diikuti."

Diriwayatjan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "semoga Aallah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami."

Berhubung dengan ayat-ayat yang dibaca dalam solat tarawih, Imam Ahmad berkata: "seseorang yang menjadi imam solat tarawih hendaklah membaca ayat-ayat yang dirasakan dapat meringankan makmumnya dan bukan yang memberat-beratkan mereka. jadi bacaan ayat-ayatnya adalah yang meringankan bagi makmumnya." Al-Qadhi berpendapat bahawa bacaan ayat suci Al-Quran itu sunnat khatam dalam satu bulan agar dapat didengar oleh semua jama'ah dan hendaknya jangan menambah daripada satu kali khatam itu kerana khuatir memberatkan kepada makmum yang solat di belakang.

Kami berpendapat bahawa yang masyhur dalam mazhab maliki adalah 20 raka'at berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid berijma' atas keutamaan mengerjakan 20 raka'at.

Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya 'Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik' juzuk 1:552, beliau menulis: "bahawa solat tarawih itu 20 raka'at dilaksanakn selepas solat isyak dan salam setiap dua raka'at selain witir. di dalam tarawih itu disunnatkan dikerjakan di rumah jika masjid telah penuh dengan jama'ah yang mendirikan solat tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada solat tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."

Begitu juga imam syafi'i dan imam abu hanifah berpendapat bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at berdasarkan ijma para sahabat pada zaman khalifah umar al-faruq. imam ibnu abdil bar menerangkan: "sungguh benar adanya daripada ubai bin ka'ab bahawa beliau solat tarawih dengan 20 raka'at bersama umat islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat."

Di dalam kitab 'Al-Mukhtasor' yang disusun oleh imam al-muzani disebutkan bahawa Imam Syafi'i berkata: aku melihat orang ramai di Madinah mengerjakan solat tarawih 39 raka'at tetapi yang lebih aku sukai adalah yang 20 raka'at kerana ia yang diriwayatkan daripada Umar. demikian juga di Makkah, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan mengerjakan solat witir 3 raka'at."

Penjelasan Imam Al-Turmuzi di dalam kitab hadithnya yang bertajuk 'Sunan Al-Turmuzi'menerangkan : "majoriti ahli ilmu mengerjakan solat tarawih berdasarkan kepada riwayat daripada Umar, Ali dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain, iaitu 20 raka'at. bilangan ini juga yang dipegangi oleh Imam Sufyan Al-Thauri, Ibnu Al-Mubarak dan Al-Syafi'i. Syafi'i berkata: "aku menjumpai umat islam dinegeri aku makkah mengerjakan solat tarawih 20 raka'at."

Ibnu Rusyd dalam kitab 'Bidayah Al-Mujtahid' berkata: "imam Malik dalam satu riwayat mengatakan imam Abu Hanifah, imam al-syafi'i dan imam ahmad memilih 20 raka'at selain witir." Imam Nawawi menerangkan: "mazhab kami menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam."

Demikian juga dengan pendapat imam Abu Hanifah serta murid-muridnya, dan juga Imam Ahmad, Abu Daqud dan juga Qadhi 'Iyadh yang diambilnya daripada jumhul ulama. Imam Malik sendiri berkata: "solat tarawih terdiri daripada 9 tarwihat (istirahat) yang jumlahnya 36 raka'at selain witir."

Seterusnya Imam Nawawi berkata: "hujah mazhab kami berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dengan sanadnya yang sohih daripada Aal-Saib bin Yazid Al-Sahabi r.a., beliau berkata: 'umat Islam pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dalam bulan Ramadhan, sedangkan pada zaman khalifah Usman mereka mengerjakannya 200 (dua ratus) raka'at sehingga mereka bersandar pada tongkat-tongkat mereka kerana terlalu letihnya berdiri."

Yazid bin Rauman berkata: " umat islam pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab r.a. mengerjakan qiyam Ramadhan dengan solat 23 raka'at (tarawih dan witir)." (riwayat Imam Malik dalam 'al-muwatta')

Akan tetapi Al-Baihaqi mengatakan bahwa hadith tersebut di atas adalah musral, sebab Yazid bin Rauman tidak bertemu dengan Umar Ibnu Al-Khattab. Seterusnya Al-Baihaqi mengatakan bahawa dengan berpandukan kepada hadith-hadith yang diterangkan tadi, umat Islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan witir tiga raka'at. Al-Baihaqi meriwayatkan juga daripada Ali k.w. bahawa solat tarawih 20 raka'at.

Imam Ibnu Taimiyah menerangkan dalam kitab 'al-fatawa' : "benar bahawa Ubai bin Ka'ab mengerjakan solat pada bulan Ramadhan bersama umat Islam sebanyak 20 raka'at dan witir tiga raka'at. jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu ditengah-tengah para sahabat muhajirin dan para sahabat Ansar dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya)."

Di dalam kitab "majmu'ah al-fatawa al-najdiyah' disebut bahawa Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab memberikan jawapan tentang bilangan raka'at tarawih: "bahawa Umar r.a. ketika mengumpulkan umat islam yang diimamkan oleh Ubai bin Ka'ab, bilangan raka'atnya adalah 20 raka'at."

Demikianlah keterangan-keterangan daripada para ulama pimpinan Islam sama ada daripada golongan salaf maupun khalaf yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. jelaslah bahawa solat tarawih itu 20 raka'at yang dikerjakan oleh umat Islam sekarang ini adalah amalan yang benar, yang tidak dapat disangkal lagi.

Perlu diketahui bahawa 20 raka'at inilah yang dikuatkan oleh amalan para sabahatradiallahu'anhum dan diijmakan oleh imam-imam mujtadij iaitu imam mazhab yang empat. mereka semua adalah lambang hidayah dan merupakan pancaran ilmu setiap masa dan setiap zaman. bilangan 20 rakat'at inilah yang telah diperintahkan oleh Umar Al-Faruq r.a. yang mana allah s.w.t. telah menjadikan kebenaran pada lisan dan di dalam hatinya sebagaimana yang diterangkan didalam hadith-hadith yang sohih.

Ikutan kita dua masjid yang mulia. Ikutan kita kaum muslimin ialah dua buah masjid yang mulia. yang pertama Masjidil Haram (di Makkah) yang telah dijadikan sebagai qiblat bagi masjid-masjid umat Islam, sama ada yang di timur atau di barat. dalam hal ini Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) bagi manusia, ialah Baitullah di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Surah Ali Imran:96)

Yang kedua ialah Masjid Nabawi (di Madinnah) yang didirikan atas dasar takwa dan allah s.w.t. telah memuji penghuninya sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud: "sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu mengerjakan solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang suci." (Surah Al-Taubah: 108)

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: Amalan Penting Dalam Islam, Siri Bimbingan Mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

20 July 2013

Mengapa Disebut Solat Tarawih

Solat pada malam bulan Ramadhan disebut solat 'tarawih' kerana solatnya yang panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat ini maka ianya disebut "tarawih".

Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi' menerangkan bahawa 'altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'tarwihah' adalah isim marrah (isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'ar-rahah'.

Jadi makna 'tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata'taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'assalam'. Disebut 'tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.

Di dalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat, Nabi Muhammad s.a.w. berkata pada bilal: "marilah kita beristirehat dengan solat.'

Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! maka kita akan beristirehat dengan solat itu, istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana di dalamnya sebagai munajat kepada Aallah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."

Dengan demikian solat tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm. Melalui sumber: Amalan Penting dalam Islam, Siri Bimbingan Mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

19 July 2013

Orang Yang Mula-Mula Mengerjakan Solat Tarawih

Tahukah anda siapakah orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih?, menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "solat tarawih adalah sunat muakkad, orang yang pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w., hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa beribadat pada malam hari bulan ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripadaNya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (riwayat Imam Muslim)

Manakala Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "pada suatu malam nabi Muhammad s.a.w. solat di masjid, maka para sahabat mengikuti solatnya pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi di masjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar ke masjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (riwayat Muslim)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid, kebetulan pada malam bulan Ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat di tepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. bertanya: 'siapa mereka itu?' ada yang menjawab 'mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca Al-Quran, tetapi Ubai bin Kaab solat di tengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yang mereka lakukan itu." (riwayat Abu Dawud)

Adapun panggilan solat tarawih adalah dinisbahkan kepada khalifah Umar Ibnu A-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan Ramadhan itu di bawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul Qari, beliau berkata: "saya keluar bersama Umar Ibnu Al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan di bawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat di bawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."

Seterusnya Abdurrahman bin Abdul Qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluar lagi dengan Umar dan pada ketika itu umat islam mengerjakan solat di belakang seorang Qari. Maka Umar berkata: "sebaik-baik bid'ah adalah ini". Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat islam mengerjakan pada awal malam." (dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari)

Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih di atas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan ramadhan adalah junjungan agung kita Nabi Muhammad s.a.w. .

Baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana Nabi Muhammad s.a.w. khuatir solat tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya.

Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh Al-Bukahri dan muslim maksudnya: "sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan kemudian solat di masjid. Beberapa orang mengikuti solat baginda Rasulullah s.a.w. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka.

Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun di masjid bertambah ramai lagi. Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya.

Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar ke masjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid. Setelah selesai solat subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam Ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'

Dalam riwayat yang lain disebutkan: "sehingga Nabi Muhammad s.a.w. wafat keadaan masih tetap seperti itu."

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

18 July 2013

Solat Tarawih: Hukum Dan Keutamaannya.

Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat isyak dan sebelum solat witir.

Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya di hati kaum muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh allah (s.w.t.)." (riwayat Al-Bukhari)

Maksud daripada hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca al-quran dengan penuh keimanan kepada allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan taubat nasuha. demikianlah pendapat para ulama fekah.

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

17 July 2013

Arahan Untuk Solat Tarawih

Petunjuk Dari Al-Quran

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Maksud ayat 183 Surah al-Baqarah)

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk dan penjelasan-penjelasan mengenai petinjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu sesiapa antara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah berpuasa pada bulan itu." (Maksud ayat 185 Surah al-Baqarah)

Dan, seterusnya Allah s.w.t. memuji terhadap sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam (khususnya malam-malam bulan Ramadhan): "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah s.w.t.)." (Maksud ayat 17-18 Surah al-Zariyat)

Petunjuk Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan puasa Ramadhan atas kamu sekelian dan aku mensunnahkan atas kamu agar beribadat pada bulan Ramadhan. Jesteru sesiapa yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah s.w.t." (Riwayat Ashab al-Sunan)

Maksudnya: "Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, Allah (s.w.t.) melimpahkan rahmatNya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. Pada bulan itu Allah (s.w.t.) melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu dihadapan para malaikat. Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepada-Nya kebaikan-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa Jalla pada bulan Ramadhan." (Riwayat al-Nasai)

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

04 July 2013

Professor AS Masuk Islam Kerana Mengkaji Solat Berjemaah

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Oleh: Wan Marzuki Wan Ramli

02 July 2013

Kiamat menurut Agama Islam

Sejak akhir-akhir ini rasanya banyak sudah Allah menurunkan tanda-tanda alam ini akan mengalami akhir hayatnya. Kejadian akhir zaman ini yang digelar juga sebagai kiamat telah dijanjikan Allah dengan seksaan yang sangat pedih. Oleh itu sebelum tibanya saat itu Allah akan mematikan para ulama terlebih dahulu. 

Mari kita lihat tanda-tanda akhir menjelang kiamat kerana tanda-tanda kecil semuanya sudah ditunjukkan. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut:

*   Kemunculan Imam Mahdi
*   Kemunculan Dajjal
*   Turunnya Nabi Isa (AS)
*   Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
*   Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
*   Pintu pengampunan akan ditutup
*   Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar
*   Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
*   Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
*   Pemusnahan/runtuhnya Kabah
*   Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
*   Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
*   Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Maka kirimlah dan berpesanlah sesutau yang baik kerana kiriman dan pesanan yang terpenting adalah kiriman yang berkaitan dengan ibadah..... maka fikir-fikirkanlah.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Bekunkah itu yang pernah dijanjikan oleh iblis semasa dia dihalau dari syurga... apabila iblis bergabung dengan dajjal yang bermata satu:itu... makin sukarlah manusia untuk melupakan akhirat malahan hidup hanya untuk duniawi sahaja. Kita lihat kepada ibadat solat sahaja... apakah kerugian jika meninggalkannya:

Subuh: Cahaya wajah akan pudar.

Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.

Asar: Kesihatan mulai terganggu.

Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.

Isya': Kedamaian dalam tidur sukar didapatkan.

:: Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama ::

30 May 2013

Solat Atas Air?

Gambar hiasan
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikit pun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

18 May 2013

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.   Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.   Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.   Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.   Orang lelaki yang melarikan diri.
5.   Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.   Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.   Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.   Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.   Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

29 April 2013

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Persoalan khusyuk dalam solat dalam dalam diri setiap muslim, kerana menyempurnakan solat yang khusyuk menjadi impian setiap dari mereka, begitu jugalah dengan saya. Oleh itu apabila menjumpai sahaja tajuk ini saya akan menyimpannya dan berkongsi dengan anda. Semoga kita mendapat manfaat darinya. Mari kita lihat kisah berikut:

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia seorang yang sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1.   bertaubat;

2.   menyesali dosa yang dilakukan;

3.   tidak tergila-gilakan dunia;

4.   tidak mencari/ mengharap pujian orang (riya');

5.   tinggalkan sifat berbangga;

6.   tinggalkan sifat khianat dan menipu; dan

7.   meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Bagaimana pula dengan kita, adakah kita berwudhu batin dan zahir? bagaimana kalau selepas ini kita mencuba cara-cara dari Hatim tadi. Untuk musim ini (di mana kita sedang dalam PRU13) sudah tentu ada kalanya percakapan, ucapan, tulisan dan perbuatan kita yang melanggar 7 perkara di atas, adakah setiap kali solat kita sudah bertaubat? Berdosa dengan Allah... Allah akan ampunkan apabila kita bertaubat, tetapi berdosa dengan manusia, hanya manusia itu sahaja yang akan maafkan barulah Allah akan ampunkan kita?. Jadi pesanan saya pada diri saya dan anda berhati-hati untuk bertindak....

25 April 2013

Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

16 February 2013

KEUTAMAAN SHALAT SUNNAH RAWÂTIB

Ada beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan keutamaan shalat sunnah Rawâtib secara umum, dan ada juga yang khusus pada satu shalat sunnah Rawatib tertentu, seperti keutamaan shalat sunnah sebelum Subuh.

Di antara hadits yang menunjukkan keutamaan shalat sunah Rawâtib secara umum, ialah hadits Ummu Habîbah, yang berbunyi:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Tidaklah seorang muslim shalat kerana Allah setiap hari dua belas raka'at shalat sunnah, bukan wajib, kecuali akan Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. [5]

Jumlah raka'at ini ditafsirkan dalam riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasâ-i, dari hadits Ummu Habibah sendiri, yang berbunyi:

قَالَتْ أُمُّ حَبِيبَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Ummu Habibah berkata,"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:'Barang siapa yang shalat dua belas raka'at maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga; empat raka'at sebelum Zuhur dan dua raka'at setelahnya, dua raka'at setalah Maghrib, dua raka'at sesudah 'Isya`, dan dua raka'at sebelum shalat Subuh'."

Dalam riwayat lain dengan lafaz :

مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Barang siapa yang terus-menerus melakukan shalat dua belas raka'at, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga. [HR an-Nasâ-i][6].

Riwayat ini menunjukkan sunnahnya membiasakan dan secara rutin agar kita mengerjakan shalat dua belas raka'at tersebut setiap hari. Sehingga, siapapun yang membiasakan diri melakukan sunnah-sunnah Rawâtib ini, ia termasuk dalam keutamaan tersebut. Dan ini dikuatkan dengan perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , sebagaimana tersebut dalam hadits Ibnu 'Umar berikut ini.

حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَكَانَتْ سَاعَةً لَا يُدْخَلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا حَدَّثَتْنِي حَفْصَةُ أَنَّهُ كَانَ إِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ وَطَلَعَ الْفَجْرُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ

Aku hafal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sepuluh raka'at: dua raka'at sebelum Zuhur dan dua raka'at sesudahnya, dua raka'at setelah Maghrib, dua raka'at setelah 'Isya, dan dua raka'at sebelum shalat Subuh. Dan ada waktu tidak dapat menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam . Hafshah menceritakan kepadaku, bila muadzin azan dan terbit fajar, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat dua raka'at.[7]

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim terdapat tambahan lafaz:

وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ فَأَمَّا الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ فَفِي بَيْتِهِ

Dan dua raka'at setelah Jum'at. Adapun (shalat sunnah Rawatib) Maghrib dan 'Isya dilakukan di rumahnya.[8]

Dalam riwayat Muslim berbunyi:

فَأَمَّا الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ وَالْجُمُعَةُ فَصَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ

Adapun (shalat sunnah Rawâtib) Maghrib, Isya dan Jum'at, aku lakukan bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di rumahnya.[9]

Sumber: fb Sham Kamakaze

07 February 2013

Bergerak yang Membatalkan Solat

Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.

Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:

فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.

KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.

KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.

KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau:

وهو الأصح وقول الأكثرين

Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]

Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

28 September 2012

Hasad Dengki Dan Iri Hati

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "3 macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya walau seorang pun iaitu: 
Buruk sangka;
Hasad dengki; dan T
akut sial kerana sesuatu.

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika  hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang
 baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

 Risau hati yang tak putus-putus;
Bala yang tidak berpahala;
Tercela yang tidak baik;
Dimurka Allah s.w.t.; dan
Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya"  Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab di antara mereka ada rasa iri hati dan hasud-menghasud."

 Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

Pemerintah kerana zalim;
Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan);
Kepala desa kerana sombong;
Pedagang kerana kianat;
Orang dusun kerana kebodohan; dan
Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi:  "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).

Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

 Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia  ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga  dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk ke neraka?"

Abul Laits berkata: "3 macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:

Orang yang makan haram';
Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang); dan
Siapa yang di dalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin.

Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu: Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)

Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang  malam.         Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini

Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang  berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?"

 Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:

Jika bertemu harus diberi salam;
Jika mengundang harus didatangi;
Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar;
Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah;
Jika sakit harus diziarah; dan
Jika mati harus dihantar jenazahnya.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan di dalam mandi itu sebab di bawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:"Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu  sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah  s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t.dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan di lututmu dan  renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota di tempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua di tanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk di antara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu di antara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki  di tanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak  sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang  malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang  berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika  engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya  banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria  salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk  manisnya  iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan  kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang  dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari  ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan  siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika  engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu  yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Di dalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki
 dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari  Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya."

Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi  Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.  Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua,  dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin  Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran  sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk  kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya  akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan  bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun  malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika  berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa  sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga  malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata  kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Sebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya  telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis:  "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan  kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam  di rumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau  tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka  pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu: Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain. Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?" Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya.

Dia membantu kepada iblis laknatullah

Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan  kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan  jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul  maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat  kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."