Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts
Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts

10 August 2015

Beraya Dengan 'Adik'

Adik nama kucing Shima bersma dengan Ammar, abang si Adik tu, sukalah Adik bila didokong oleh tuannya.

Sayangnya Adik tak pakai baju raya, berbogel sejak dari pagi

Saya bersama Adik di pagi raya pertama Aidilfitri

Tengok je perut dia macam dah makan ketupat dan lemang yang berlebihan. Saya sendiri pun tak dapat ambil foto dengan kucing-kucing saya di pagi raya hanya sempat bersama Oky pada raya yang lepas.

03 August 2015

Mak Dengan Anak dan Cucu Lelaki Di Aidil Fitri 2015

Foto kenang-kenangan emak semasa raya Aidilfitri 2015. Emak bersama dengan anak-anak lelakinya. Emak nampak sangat kecil dan comel tapi masih tidak ditenggelamkan oleh anak-anaknya yang dah makin membesar. Dari kanan adik saya Hj Azmee, sebelahnya Hj Adnan, emak dan Hj Azman. Semoga mereka tetap kekal berbakti kepada emak, kerana khidmat anak-anak lelaki kepada kedua ibubapanya adalah yang utama (aula)

Manakala yang ini adalah foto emak bersama dengan cucu-cuc lelakinya. Dari kanan duduk adalah Amir, emak, Ammar dan berdiri kanan adalah Amir, Amir dan Amirul. Amir ada 3 dalam keluarga saya. Amir di hadapan adalah Amiruddin Azman, Dua Amir di belakang adalah Amiruddin Amin (anak Ain) dan Amir Azmee.

29 July 2015

Suasana Raya FBS 2015

Ruang ini sentiasa menjadi ruang acara bermaaf-maafan bagi keluarga kami. Kalau dulu anak-anak saudar kacil dan kini mereka sudah besar, dan kadang-kala kita pulak yang nampak kecil.

Sayangnya acara seperti ini berlaku setiap 2 tahun sekali.

Orang bujang kami

28 July 2015

Bersalaman Dengan Mak Di Aidil Fitri 2015

Ini mak saya, Hjh Asipah binti Hj Mamod, foto terbaharu mak semasa raya pertama aidil fitri 2015.

Macam biasa selepas pulang dari solat sunat aidil fitri, amalan keluarga kami sedikit berubah. Mulai tahun ini selepas selesai solat aidil fitri, kami akan terus pulang ke rumah untuk acara bersalam-salaman dan sumbangan duit raya kepada yang layak menerimanya.

Sebagai anak sulung dalam keluarga saya mendahului senarai untuk bersalaman dan memohon ampun maaf dari emak atas segala dosa yang saya lakukan secara sengaja atau tidak. Semoga emak maafkan kami semua.

24 July 2015

Beraya Di Gerai Durian Tangkak

Raya pertama beraya di gerai jual buah di Tangkak, banyak juga buah durian yang kami makan, almaklum lama betul kami tak makan durian kerana bulan puasa, mana tidaknya bimbang kepanasan badan dan jatuh demam.

Sedap .... durian di sini memangnya baik-baik, isinya tebal dan lemak serta manis..

Selesai makan Shima cuci tangan takut baunya melekat....

Adik saya Hj Nan sedang berunding untuk membeli durian, sedangkan kami dah habis makan pun.

Kesempatan Bergambar Raya 2015

Saya bersama dengan adik saya Ain dan Shima. Masa ini kami baru sahaja selesai menunaikan solat sunat di Masjid FBS.

Ain bersama dengan anak bungsunya Amir. Dah besar panjang Amir

Saya bersama dengan anak saudara saya Amir, semoga Allah swt merahmati dia, memberkati dia, memberikan hidayah yang lebih kepada dia, selamatkan dia dalam kehidupan, capaikan cita-cita dia dan yang paling utama capaikan juga cita-cita saya dan mamanya supaya Amir menjadi ustaz hafiz terbilang nanti.

Yang ini Shimah bersama anak bujangnya Ammar, tingginya Ammar dari ibunya. Kalo dulu masa bayi dan masa dia masih kecil, tak renggang dari pingggan ibunya dan duduk dalam pangkuan je.... Ammar tak suka dengan orang lain jadi ibunya jadi kenderaan dia selalu. Semoga Ammar sentiasa ingat jasa ayah dan ibu dia sentiasa.

22 July 2015

Solat Hari Raya Di FBS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kami dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Felda Bukit Senggeh. Selesai sahaja solat saya mengambil peluang untuk merakamkan beberapa foto sebagai kemnang-kenangan


Ini mewakili ahli wanita keluarga saya. Tak nampak mak pun, mungkin mak bersolat bersama-sama dengan sahabat-handai kerana mak baru je balik menetap di FBS. Semua wajah nampak ceria dan gembira.

Tu pun mak di kelilingi sahabat-sahabatnya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Masjid ini memang penuh dengan pengunjungnya al-maklumlah masjid ni bukannya luas sangat berbanding dengan kehadiran anak-anak rantau yang pulang beraya.

Lama tak jumpa berpeluk-pelukan melahirkan perasaan rindu dan syukur.
Selamat Hari Raya semua!!!

25 August 2014

Open House PPW Keramat

Tuan rumah - Tuan Tajudin bin Mohamad Mor Timbalan Pengarah mengetuai Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) Keramat. Pada 15 Ogos 2014 yang lepas saya dijemput untuk menghadiri jamuan hari raya aidil fitri yang diadakan oleh PPW Keramat.

PPW Keramat terletak di Tingkat 9 TH Selborne. Mengunjungi TH Selborne mengingatkan saya akan pejabat lama saya yang berada di Tingkat 1 dan 2, masa tu saya bertugas dengan Kementerian Pertahanan di Bahagian Perolehan. TH Selborne adalah pejabat yang terlibat dengan penjualan borang tender dan sebutharga di samping tugas-tugas yang berkaitan.

Saya bersaa dengan Ketua Sektor Pengurusan Akademik - Puan Halimah Haron yang sama-sama meraikan jemputan.

Antara hidangan yang disediakan. tetapi ada lagi juadah yang tidak sempat dirakam termasuk satay, lemang, nasi beryani. Semuanya sedap-sedap belaka. Terima PW Keramat atas jemputan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin.

Jamuan Hari Raya JPWPKL 2014

Pada 20 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal JPWPKL mengadakan jamuan hari raya aidil fitri 2014. Jamuan ini diadakan selepas perhimpunan bulanan Jabatan. Ruang Jabatan yang terhad memaksa jamuan ini diadakan di parkir kenderaan staf Jabatan.

Saya bersama dengan pegawai-pegawai Jabatan yang sedang menjamu selera. 
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin semua warga Jabatan.

21 August 2014

Nizam and Nadias' Open House

Antara yang hadirdi rumah terbuka Zulhsnizam (Nizam) iaitu salah seorang staf UPT. Nizam menjemput kami ke rumah terbukanya pada 10 Ogos 2014 yang lalu. Antara yang hadir Kak Limah, dan Anne.

Tuan rumah bergambar kenang-kenangan dengan emak saya dan Kak Limah.


27 July 2014

Selamat Hari Raya Aildil Fitri 2014

Selamat menyambut hari raya aidilfitri pada 28 Julai 2014. Bagi yang beraya di kampong berhati-hati ketika memandum saya doakan selamat dan perjalanan.

08 June 2014

Aidil Fitri 2005

Selepas menghadiri Kursus Asas Penerbitan dan Pengeditan Video pada 5 Jun 2014 yang lalu, saya teringat akan beberapa foto lama yang telah diimbas. Antara foto-foto itu adalah foto kenang-kenangan menyambut Aidil Fitri tahun 2005 dulu semasa ayah kami masih ada lagi. 

Inilah percubaan pertama saya dan hasilnya bolehlah tahan. Tiba-tiba teringat jikalah dulu saya menyimpan foto-foto lama untuk dijadikan video untuk tatapan generasi selepas saya, setidak-tidaknya untuk mereka mengenal rumpun keluarga mereka.

22 August 2013

Oky Beraya Dengan Kami

Tahun ini adalah tahun pertama Oky beraya dengan kami sekeluarga. Pada mulanya Oky sangat takut kepada semua ahli keluarga saya melainkan Shima sebab Shima yang memberi dia makan semasa dia menjadi stray cat di Kota Tinggi. Lama kelamaan Oky mesra dengan Amir Ain mungkin kerana Amir selalu kendong dia. Oky pernah mencari Amir sehingga ke bilik, itu menandakan Oky sudah mengenali individu.

Kalau ikutkan jenis kucing ini, dia tidak terlalu takut pada manusia, sebaliknya Oky akan menyorok di bawah katil, meja dan kerusi apabila ada orang yang datang ke rumah kami. Tahun ini Oky kenyang makan daging, setiap kali orang menyiang daging Oky akan dapat habuannya.

Kenapa muka kucing jenis ini serius dan tidak mesra?

Tetamu di Pagi Syawal

Awal pagi syawal selepas acara bersalaman dan mohon kemaafan di kalangan keluarga, kami dikujungi oleh tetamu yang pada setiap hari raya akan menjadi tetamu yang paling awal. Mereka adalah anak-anak abang Senin dengan Kak Jah, kalau tidak silap Hasrin (Rin) dan adik-adiknya bersama dengan keluarga masing-masing. Abang senin dan Kak Jah adalah jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah kami, ditambah pula mereka adalah bersaudara dengan kelaurga saya.

 Saya mengucapakan Selamat hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin serta terima kasih atas kesudian dan melapangkan masa untuk menziarahi kami.

Memandangkn kami juga belum bersarapan jadi kami makan bersama dengan tetamu kami, kerana ramai rasanya lebih selesa apabila makan bersila di atas lantai.

20 August 2013

Generasi Kami Di Pagi Raya

Inilah generasi keturunan kami, anak saudara saya tidak ramai hanya 11 orang sahaja. 7 adalah lelaki dan 4 adalah perempuan. Anak bujang generasi kami dari kanan Amirul, Amir Azman, Ammar, Adi Nur Rasyid (Abang), Amir Ain dan yang paling kecil di hadapan tu adalah Amir Azmee. Yang tiada di dalam gambar adalah Mohammad Firdaus (Adik).

Manakala yang ini adalah anak dara kami dari kanan adalah Adlina, Adila (Kak Long), Adriana (Wawa) dan Afifa (Kak Ngah). Dah besar mereka dan kalau panjang umur boleh melihat mereka berkeluarga nanti.

Salam dan Mohon Ampun Maaf

Abang (Adi Nur Rasyid) sedang bersalaman dengan Emak, iaitu We' (panggilan untuk nenek dalam keluarga saya) mereka.

Giliran Amir Azman pula bersalaman dan mohon maaf dari We' dia.

Ini adalah Adlina.

Kak Long (Adila) dan Kak Ngah (Afifa) bersalaman dan memohon maaf dari saya dan Pak Ngah mereka (adik saya Adnan)

Wawa (Adriana) bersalaman dengan saya. Budak ini memang sangat manja. Saya ingat lagi semasa keluarga adik saya Azmee tinggal bersama saya. Wawa sangat suka duduk atas pangku saya dan 'slide' turun.

Amirul bersalaman dengan Mak Usu dia (Ain)

Amir Ain, adalah anak bungsu Ain sedang bersalaman dan mohon maaf dari Mamanya.

Wawa sedang berhadapan dengan Pak Ngahnya (adik saya Adnan). Adnan suka betul mengusik budak ini dan dia memanggil Wawa 'patung cendana' tak tahulah kenapa...

Acara salam dan memohon ampun anak kepada ibubapanya. Amirul sedang bersalaman dengan Ibunya Roza, Adlina sedang ebrsalaman dengan ayahnya Azmee, Amir Ain sedang bersalaman dengan Pak Langnya (adik saya Azman), Amir Azmee sedang bersalaman dengan Mak Langnya dan Wawa sedang bersalaman dengan Mak Ngahnya. Alhamdulillah tamat acara ini dengan sempurna dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.