Kadang-kadang kita tak sangka ada antara sahabat-sahabat kita umpama gunting dalam lipatan. Sama-sama gelak, berbual, berbincang tapi dalam diam-diam lain pulak ceritanya. Lebih buruk lagi bila sesuatu isu yang sepatutnya jadi iktibar kepada semua, menjadi isu hangat dan boleh menimbulkan syak wasangka dan lebih buruk melaga-lagakan kawan-kawan.
Bagi kita atas nama "sahabat" sukar untuk menyelam hati masing-masing - adakah apa yang dikatakan di depan kita sama yang akan dikatakan di hadapan "orang" lain. Walau apa pun Allah Taalah yang menjadi saksi dan nampaknya kita kena tunggu "mahkamah agung" bersidang baru tau apa yang sebenarnya berlaku. Bagi aku - segalanya telah dimaafkan - supaya "pemergian" kita nanti dengan "penerbangan terus" tanpa henti-henti.
Kata orang tua-tua rambut sama hitam, tapi hati lain-lain - betul ke perumpamaan tu?, sebab zaman ni ada yang dah tak rambut hitam lagi, ada yang perang dan paling menakutkan warna rambut biru dan hijau. Walau apa pun warna rambut memang hati kita lain-lain - untuk menyelamnya kena ada satu alat lain yang boleh memberitahu kita - apa yang tersirat dalam hati seseorang itu. Kalaulah boleh ku baca hatimu!!!!
Hari ini saya tiba-tiba rasa curiga terhadap sahabat-sahabat saya di pejabat, dan tiba-tiba saya rasa sangsi terhadap apa yang pernah diperkatakan dulu, adakah ianya disalahertikan dan disampaikan kepada seseorang secara salah atau bagaimana? - kenapa ayat percakapan seseorang itu semacam menuduh? pening juga difikirkan. Siapa yang betul ????. Itu atau ini??
Dalam keadaan rasional, aku perlu cepat bertindak, akhirnya 2 perkara perlu akau lakukan, iaitu pertama - akau kena diamkan diri dulu, dan kalau perlu minta maaf dari sidia kerana telah tersinggung atas apa yang mungkin aku katakan tapi bukan itu yang aku maksudkan. Kedua - diamkan diri tak perlu banyak cakap yang tak penting - "tak perlu nak nasihatkan sesiapa" just make friends with other, make world more chearful - just that.
Oklah - malam ini boleh fikirkan dengan lebih tenang dan rasional.
Percaya bahawa perbuatan baik akan dibalas baik oleh Allah.
