Showing posts with label Pandangan Saya. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Saya. Show all posts

08 December 2014

Etika Dan Nilai Murni Insan: Akauntabiliti Sepanjang Hayat

Ramai di antara kita yang bergelar pekerja semakin tipis dengan semangat positif dalam diri terutamanya anak-anak muda zaman ini. Setelah diperhatikan dan perbualan secara rambang bolehlah saya simpulkan ramai yang bekerja adalah kerana untuk menyara kehidupan masing-masing dan bukannya untuk menaburkan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Apa nak dihairankan kerana zaman ini adalah zaman kehidupan dunia yang mesti dicapai tanpa mengira apa caranya. 

Paling mengejutkan ramai kumpulan ini adalah dari penjawat awam yang bergelar guru. Jika dulu golongan guru adalah insan yang paling dihormati dan disanjung. Mereka dijadikan contoh oleh ibubapa, tetapi kini mereka menjadi contoh buruk kepada anak-anak murid mereka. Sikap tidak bertanggungjawab dan tiada akauntabiliti yang boleh dicontohi amat membimbangkan saya.

Apa ertinya seseorang penjawat awam yang beriltizam dengan memberi sepenuh tumpuan kepada kerjanya, bersikap dedikasi dan prihatin jika apa yang dilaksanakan dengan sempurna tidak disertakan dengan roh iman. Apa gunanya jika seseorang penjawat awam telah menunjuk dan membuktikan usaha dengan tabah dan bersemangat tanpa mengenal penat lelah tetapi tidak disertakan dengan keikhlasan, hasilnya tidak membuahkan hasil dengan roh, sebaliknya hasilnya adalah kosong kerana apa yang ingin dicapai adalah semata-mata kerana prestasi yang dikejarnya pada setiap akhir tahun.

Sukar juga rupanya untuk mencapai kepuasan yang mutlak dalam diri seorang penjawat awam. Bukankah setiap penjawat awam diajarkan bahawa kesukaran yang mendatang perlu dilihat dan diatasi secara objektif demi untuk membuahkan kejayaan yang cemerlang. Pekerjaan apa sekalipun perlu dilakukan bersama dengan roh iman dalam diri, kerana dengannya memastikan hasil dan/ atau upah yang diterima adalah halal dan menyeronokkan hidup. Tapi cuba tanyakan diri sendiri apa yang telah kita capai setelah sekian lama berkhidmat???? Itu jugalah yang sering saya tanyakan pada diri ini, apa tah lagi menjelang umur persaraan saya.

Tetapi yang perlu kita sentiasa ingatkan adalah bahawa semua pekerja yang mempunyai akauntabiliti pastinya akan sentiasa melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepadanya dengan roh diri dan kerja itu sendiri. Dia akan memastikan objektif dan sasaran kerja dan organisasinya insyaallah dicapai dengan sempurna dan berkesan. 

04 December 2014

GST - Good & Services Tax - Part 1

GST ... buat masa ini rakyat Malaysia ramai yang tidak suka dengan 3 huruf ini. 3 huruf ini buatkan ramai ahli ekonomi dan tukang cukai lahir di Malaysia secara tiba-tiba. Semua buat andaian dan ceramah dalam pelbagai media sosial ikut kefahaman.

Macam-macam yang saya baca, ada yang logik dan ada yang sangat merapu. Ramai juga yang beranggapan bahawa Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan GST semalam (tiba-tiba)

Ramai juga yang tidak tahu apakah maksudnya 3 huruf tu.... Ramai yang dengan yakin mengatakan GST adalah Government Service Tax. Masih ramai juga yang tidak tahu bahawa GST telah diamalkan di hampir keseluruhan dunia. Paling memalukan ada yang mengatakan kenapa Malaysia tidak mengikut cukai seperti yang diamalkan oleh Singapura negara maju rantau ini. Sebelum saya berikan pandangan saya, apa kata kita lihat pengertian cukai.

Apa yang dimaksudkan dengan cukai?. Cukai adalah kaedah yang ditentukan oleh sesuatu Kerajaan bagi pengumpulan hasil daripada syarikat, kumpulan atau individu.

Kenapa cukai dikenakan oleh hampir semua negara?. cukai yang dikutip adalah bagi membiayai perbelanjaan negara dalam perbagai bidang seperti keselamatan, ekonomi, pembangunan fizikal dan sosial.

Bila mula sejarah cukai di negara ini?. Bila ya? Pernahkah anda membaca sejarah Kesultanan Melayu Melaka di mana dalam pemerintahan di zaman tersebut telah wujud jawatan Syahbandar di mana bertanggungjawab untuk memungut cukai (customs dues) di pelabuhan. Cukai yang dikutip dibalas semula dengan Kerajaan Melaka pada masa itu memberikan perlindungan kepada kapal-kapal
yang menggunakan selat dan perairan Melaka serta ianya juga merupakan bayaran kerana penggunaan kemudahan disediakan oleh Kerajaan. Inspirasi ini melahirkan duti kastam pada masa kini.

Apa manfaat cukai kepada kita?. Secara ideal kita boleh katakan bahawa cukai adalah dari rakyat kepada rakyat dan ianya manfaat dalam pelbagai bentuk. Paling mudah difahami adalah cukai pintu yang kita bayar diberikan semula dalam bentuk kebersihan kawasan rumah termasuk potong rumput, pungutan sampah dan sebagainya.

Banyak negara mengkaji cukai-cukai yang dikenakan dan berpendapat bahawa GST adalah kaedah cukai terbaik dan terkesan untuk rakyat. Di negara kita GST bukannya cukai baru atau cukai yang direka semalam, malahan bukan ciptaan Kerajaan Malaysia jadi pengertian GST adalah singkatan kepada Goods and Service Taxes atau Cukai Barangan dan Perkhidamatan.

GST juga di kenali dengan nama lain seperti VAT iaitu value added taxes (cukai nilai tambah). Macam yang sebukkan tadi GST bukan ciptaan Kerajaan Malaysia, jadi dari mana datangnya GST ini?. Yang sebenarnya GST telah mula diperkenalkankan di Perancis pada tahun 1954, oleh seorang ahli percukaian yang bernama Maurice Lauré. Maurice berpendapat GST perlu menggantikan sistem percukaian yang sangat bergantung kepada jualan bagi mengimbangkan dengan sistem cukai pendapatan yang tidak signifikan dan impak yang tidak jelas.

Maurice memperkenalkan cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna - lebih tepat kita dikenakan cukai apabila menjadi pengguna. Kaedah cukai ini juga dikenali oleh ahli ekonomi sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax).

Pada amnya GST dipungut daripada pengguna oleh kerajaan, seperti yang disebutkan di atas pengguna terdiri daripada pengguna individu dan yang utama adalah dari pengilang, pemborong, pembekal dan peniaga yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai di bawah Akta GST. Secara khusus pula GST akan dikenakan oleh organisasi-organisasi perniagaan kepada pengguna dengan syarat tambahan selain dari berdaftar di mana jumlah jualan tahunan produk atau perkhidmatan melebihi jumlah yang ditetapkan. Di Malaysia, organisasi perniagaan tersebut hendalah mempunyai nilai jualan tahunan pada RM 500 000 ke atas.

Tidak seperti Sale Service Tax (SST), GST dikenakan cukai dalam setiap tahap urus niaga iaitu daripada pengilang, pemborong, pembekal dan akhirnya peniaga. Manakala jumlah jualan barangan dan perkhidmatan merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai. Maka, organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal atau bersetuju untuk membekal barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Semasa Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan menegaskan sekiranya berlaku penyelewengan GST oleh peniaga, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Di samping itu ,harga bekalan yang dijual akan ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah diambil kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini juga dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Banyak lagi maklumat tentang cukai dan GST ini dan insyallah saya akan sambung kemudian. Saya harapkan semua fahamkan dulu sesuatu isu itu sebelum melompat mengambil keputusan berhujah tanpa pengetahuan yang betul.

Jumpa lagi nanti....

03 December 2014

Sedih Akan Botakkah Tanah Airku Nanti

Dalam perjalanan saya dan rakan-rakan ke utara (ke Ipoh), saya terpegun dengan pembangunan negara yang agak pesat. Dan tiba di suatu tempat saya terpandang pula dengan gunung dan bukit yang hampir gondol. Malahan ada gunung dan bukit yang dah hilang menjadi tanah lapang.

Sedih hati apabila terbayangkan dulunya kawasan ini menghijau, tetapi kini dan makin kenuning-kuningan menampakkan tanah dan batu serta marmar yang berharga. Mungkin disebabkan hasilnya yang bernilai maka ada pihak yang terpaksa mengambil tindakan mengadaikan aset bumi demi pembangunan (atau demi kocek dan perut????). Tapi saya sedar siapalah saya nak membantah hanya saya menyuarakan rasa hati sahaja.

Ya kerana kegersangan tanah ini nanti pastinya ada yang jadi kaya, ada yang mampu meningkatkan kehidupan sendiri hanya yang akan dikongsi dengan rakyat marhain yang kurang cerdik adalah keringat dan tulang empat kerat. Sampai bila pencerobohan dan rogol tanah airku akan berterusan?????

29 April 2014

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA

Semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Obama di Malaysia pada 26 hingga 28 April 2014, saya terbaca akan kenyataan ini dan rasakan ianya patut dikongsi bersama. Bandingkan keperibadian Presiden Obama dengan Presiden Bush, dan kemudian anda nialaikan sendiri artikel ini.

Kisah ini pernah ditulis oleh Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk :

"Surat daripada Dr Mahathir".

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata "Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri" Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.

Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera! Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam. Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri! Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.

Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya. Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas. Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!

Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera. Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir. Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan.

Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya. Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata "Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?" "Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah.

Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah" " Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.

Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "

"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang beramanah"

Sumber: fb ASSU

Pandangan saya:

Kita tak perlu takut pada sesiapa, hanya kepada Allah taalah sahaja yang kita patut takut dan bergantung harapan. Sebaliknya kita (manusia) cukup dengan menghormati mereka (manusia lain), dan jadikan mereka sahabat - maka akan memudahkan segala urusan. Sebaliknya jika kita takut pada seseorang secara automatis orang tersebut akan jadikan kita ini hamba balaci mereka, maka akan berlakulah episod-episod yang banyak berlaku pada pemimpin dunia Islam hingga tidak berani 'angkat muka'.

Sebaliknya sikap mereka sangat berbeza apabila kita hanya tunjukkan sikap hormat tetapi tunjukkan juga bahawa kita mempunyai maruah - nah lihat sendiri tindak tanduk kedua-dua pihak akan jadi sangat berbeza. Dengan lain perkataan saya suka dengan sikap Tun itu...

27 March 2014

Saya Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku semua. Tentunya anda tertanya-tanya ke mana agaknya saya pergi? adakah saya sudah meninggalkan dunia ini atau mungkinkah saya kurang sihat? atau terlalu sibuk. Betul tanggapan anda tu. Alhamdulillah saya masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk bernafas dan diberikan masa untuk memohon keampunan dariNya.

Ada 3 sebab mengapa saya menyepikan diri melebihi 1 minggu. Pertama kerana saya memberikan banyak waktu untuk mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370. Akhirnya kehilangannya hampir terbongkar dengan penemuan beberapa objek yang mungkin kepunyaan pesawat tersebut di lautan Hindi di koridor selatan. Sedih, pilu, dan kasihannya kepada sahabat dan saudara kita yang mempunyai ahli keluarga tersayang di dalam pesawat tersebut.

Sebab kedua adalah kerana saya dikasihi Allah dan Allah swt mengurniakan saya dengan demam, batuk dan asthma. Walaupun begitu saya tidak mampu untuk tidak ke pejabat, dalam keadaan tidak sihat dan tidak bersuara saya masih ke pejabat kerana sebab yang ketiga, iaitu sibuk.

Alhamdulillah ke hadrat Illahi saya dah hampir pulih - jadi saya menyengok semula blog kesayangan saya untuk bersama dengan anda yang saya kasihi walaupun kita tidak bersua muka. Saya doakan anda tak kira di mana berada sentiasa dalam lindungan Illahi dan diberikan kesihatan yang baik dan rezeki halal yang melimpah ruah.

Jangan lupa ikuti saya nanti. Salam kasih sayang dari saya untuk semua... muah

01 November 2013

Penduduk Asal Filipina Beri Amaran Kepada Orang Cina Filipina

1.   Masyarkat asal Filipina telah mengeluarkan kenyataan rasmi di akhbar mereka untuk membidas orang Cina di Filipina kerana orang Cina Filipina mempertikaikan hak orang asal Filipina untuk dikongsi atau disama ratakan.

2.   Seorang rakyat Filipina mengatakan orang cina yang diberi kebenaran tinggal di Filipina telah membuat tuntutan yang boleh mengancam kepada pergaduhan kaum dan ancaman kepada politik negara.

3.   "Ceramah yang diberikan oleh orang cina di Filipina adalah tidak rasional dan seperti menghasut orang asal untuk melawan kerajaan yang sedia ada. Orang cina berkata negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Filipina adalah zalim. Kenyataan ini adalah kenyataan menghasut dan tidak langsung menghormati perlembagaan negara Filipina. Ramai orang cina Filipina dilihat seperti menyebarkan ideologi komunisme" kata dari seorang orang asal Filipina.

4.   Orang asal Filipina tidak akan bertolak ansur dengan ancaman sedemikian dari cina Filipina dan sebaliknya akan terus menangkap bagi mana-mana cina Filipina yang kurang ajar terhadap tuntutan hak hak kesamarataan itu.

5.   "Kerajaan Filipina tidak akan takut dan jika orang cina cuba mengancam negara kita dengan mogok dan demonstrasi, maka kita akan bertindak balas dengan tindakan keras dan memenjarakan orang-orang cina ini semua"

6.   Sebelum ini kerajaan Filipina telah memberi amaran kepada orang cina untuk jangan menuntut hal tidak boleh dipertikaikan seperti mana yang telah ditulis di dalam perlembagaan Filipina. Orang asal Filipina menggesa kaum cina yang tinggal di Filipina untuk mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan menasihatkan kepada orang cina supaya bertindak lebih diplomatik. Mana-mana warga Cina yang bekerja di dalam kerajaan perlu berhenti jika terlalu angkuh dan jangan cuba bertindak bercakap seperti penyanggak di negera kami ini.

7.   Warga Cina sepatutnya berasa malu dengan kerajaan Filipina, kerana kami selaku orang asal telah membenarkan anda tinggal di negara kami ini. Di Amerika Syarikat, khabar angin menyatakan orang cina telah mula menuntut untuk menjadi pemerintah di Amerika dan meminta supaya dipertimbangkan tuntutan ini atas sebab ramai orang cina di Amerika juga membayar cukai. Khabar angin yang lain menyatakan orang cina mulai menyatakan bahawa orang asal Amerika juga sebenarnya adalah pendatang.

Sumber: fb Boikot Barangan Cina DAP

Pandangan saya: 

Keadaan yang sama sedang berlaku di Malaysia. Yang lebih buruk lagi apabila ada di antara kaum ini yang cuba mereka-reka sejarah kononnya orang Melayu juga adalah pendatang. Apabila perkara terjadi, saya merasakan tidak patut negara ini ditukar nama daripada TANAH MELAYU kepada Malaysia. TANAH MELAYU (land of Malay) benar-benar menunjukkan bahawa negara ini adalah milik orang Melayu. Tapi kini nama hanya tinggal nama.

Pada saya tidak salah jika kita berkongsi negara dan sumber rezeki dengan mana-mana kaum sekali pun, tetapi sifat hormat-menghormati perlu ada dalam diri semua rakyat. Semua rakyat bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian supaya dapat hidup dalam suasana yang aman. Sayangnya ianya sudah tidak berlaku lagi sekarang ini. 

Saya perhatikan semenjak PRU13, sikap kebanyakan orang Cina telah berubah sama sekali, tuntutan mereka melampaui batas, hinaan dan cemuhan mereka sangat menyakit hati dan menguris perasaan orang Melayu dan Islam. Saya dapat jangkakan mengapa mereka berkelakuan begitu, tetapi eloklah saya simpan sahaja dalam hati supaya tidak memburukkan keadaan.

Saya lihat kelemahan adalah pada sikap terlalu lemah oleh Kerajaan yang memerintah, sikap seperti lalang membuatkan kaum pendatang yang kini telah diterima sebagai rakyat negara ini merasakan mereka boleh memperkotak katikkan Kerajaan dengan tuntutan yang mengarut. Mereka memang sudah lupa bahawa banyak hak dan aset orang Melayu dan Islam telah kongsi dan hilang. Tetapi malangnya balasan yang mereka berikan adalah racun yang memecah belah dan membunuh.

Saya sangat sedih apabila apa yang berlaku kini diperhebatkan dengan hasutan orang melayu yang kecewa terutamanya dalam politik. Kerana politik dan dendam orang Melayu dan Islam ini sanggup memecah belahkan orang Melayu dan Islam sendiri. Saya sentiasa berdoa agar orang Melayu dan Islam bersatu semula dan memperkukuhkan barisan mereka demi menyelamatkan negara ini dan agama Islam. Semoga Allah swt memelihara negara ini.

22 September 2013

Wasiat Chin Peng - Apa Pandangan Saya

Kepada KOMUNIS2 di Malaysia, ini ada wasiat terakhir untuk korang.

The following is a copy of Chin Peng's farewell letter obtained by Malaysiakini's correspondent in Bangkok:

“My dear Comrades, my dear Compatriots,

When you read this letter, I am no more in this world.

It was my original intention to pass away quietly and let my relatives handle the funeral matters in private. However, the repercussions of erroneous media reports of me in critical condition during October 2011, had persuaded me that leaving behind such a letter is desirable.

Ever since I joined the Communist Party of Malaya and eventually became its secretary-general, I have given both my spiritual and physical self in the service of the cause that my party represented, that is, to fight for a fairer and better society based on socialist ideals. Now with my passing away, it is time that my body be returned to my family.

I draw immense comfort in the fact that my two children are willing to take care of me, a father who could not give them family love, warmth and protection ever since their birth. I could only return my love to them after I had relinquished my political and public duties, ironically only at a time when I have no more life left to give to them as a father.

It was regrettable that I had to be introduced to them well advanced in their adulthood as a stranger. I have no right to ask them to understand, nor to forgive. They have no choice but to face this harsh reality. Like families of many martyrs and comrades, they too have to endure hardship and suffering not out of their own doing, but out of a consequence of our decision to challenge the cruel forces in the society which we sought to change.

It is most unfortunate that I couldn't, after all, pay my last respects to my parents buried in hometown of Sitiawan (in Perak), nor could I set foot on the beloved motherland that my comrades and I had fought so hard for against the aggressors and colonialists.

My comrades and I had dedicated out lives to a political cause that we believed in and had to pay whatever price there was as a result. Whatever consequences on ourselves, our family and the society, we would accept with serenity.

In the final analysis, I wish to be remembered simply as a good man who could tell the world that he had dared to spend his entire life in pursuit of his own ideals to create a better world for his people.

It is irrelevant whether I succeeded or failed, at least I did what I did. Hopefully the path I had walked on would be followed and improved upon by the young after me. It is my conviction that the flames of social justice and humanity will never die.

Farewell, my dear Comrades!
Farewell, my dear Compatriots!
Farewell, my dear Motherland!”

Sumber: fb Anti Semua Salah UMNO (ASSU)

Pendapat saya: Surat orang yang nak mati, bunyinya biasa macam tulah, tapi yang kelakarnya dia mengaku tanah air dia adalah Tanah Melayu (Malaysia kini) sedangkan dia tidak pernah memohon untuk menjadi rakyat negara ini. Dia perlu ingat bahawa dia lahir semasa pemerintah British dan dia menjadi 'British subject' dan keadaan ini sama dengan saya kerana saya dilahirkan di Singapura dan semasa memohon untuk membuat Kad Pengenalan Malaysia secara tidak langsung ayah saya memohon untuk saya menjadi rakyat negara ini. Maka saya menjadi rakyat Malaysia walaupun ini bukannya tanah tumpahnya darah saya. 

Kalau dah dia bukan rakyat negara ini, dia perlu mendapatkan kelulusan untuk masuk ke negara ini. Jangan ada pihak yang mengada-gada untuk membawa dia masuk, perlu diingat dia menyebabkan ramai orang Melayu iaitu penduduk asal negara ini terbunuh dengan kejam dan zalim. Tidak sedar diri, dia merempat di negara orang dan membuat onar pula dengan kejahatan dia. Rakyat negara ini terutamanya orang Melayu memang baik, kerana menerima keturunan/ sandara mara dia (dalam DAP dan PAS) di negara ini dan menjadi wakil rakyat pulak tu. Hairan saya memikirkan orang Melayu yang pernah dizalimi oleh Chin Peng masih mengundi untuk keturunan Chin Peng ini. Nanti apabila negara ini dapat ditawan oleh DAP baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.

Semasa 13 Mei saya dan keluarga saya tidak merasainya kerana kami tinggal di dalam kem tentera (ayah saya seorang tentera) tetapi saudara mara saya di kampong teruk dikerjakan oleh PKM, ramai saudara saya dibunuh dengan ditembak, diseksa dan dipancung. Kini baru saya dapat mengagak bahawa keluarga Cina yang menetap sama di kampong itu mungkin menjadi tali barut PKM, keadaan ini sama sahaja dengan apa yang berlaku sekarang ini. Mereka tidak dapat berjuang di dalam PKM jadi mereka berjuang di dalam DAP.

Saya harap sangat agar orang Melayu cepat sedar dan menolehlah semula ke belakang dan melihat sejarah. Bukalah sedikit hati dan berdoakan agar Allah memberikan sedikit hidayah untuk mengetahui kebenarannya. Ingatlah peribahasa ini "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna".

15 September 2013

Pandangan Dunia Terhadap Tun. Dr Mahathir

Berikut adalah pandangan tokoh-tokoh terkemuka dunia terhadap Tun Dr. Mahathir.

"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal" - Margaret Thatcher - Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya bertajuk 'The Downing Street Years', hlm. 502

"Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas" - Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit

"Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di Hemisfera Selatan" - Thabo Mbeki - Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995

"Di bawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh" - Benazir Bhutto - Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur

"Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat" - Shaykh Muhammad Hisham Kabbani - Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

sumber: http://www.lamankongsi.com

Pandangan saya pula sebagai rakyat: 

Semasa saya berada di luar negara seperti Australia, USA, Perancis, Itali, Arab Saudi dan lain-lain negara, rata-rata rakyat negara lain menyatakan bahawa Malaysia sangat beruntung mempunyai PM seperti Tun, bila saya tanya mengapa, antara mereka berkata bahawa Tun sangat berani menyuarakan pandangannya, Tun bukan seorang yang hipokrat dan beliau akan memperjuangkan apa yang dipercayanya. Pandangan mereka juga adalah pandangan saya kerana sikap Tun sangat tegas menjadikan negara ini dikenali di mata dunia. Tun tidak pernah gentar bersuara di pentas dunia, terutamanya dalam mempertahankan agama Islam. Sayangnya ada di antara rakyat Malaysia yang tidak nampak perkara ini dan suka mendengar apatah lagi menuduh tanpa menkaji dan siasat lebih mendalam. Paling mendukacitakan orang Melayu sentiasa tanpa usul periksa juga membenci Tun, saya memang tidak memahami mereka, yang kelakarnya mereka-mereka ini tanpa segan silu menggarap apa sahaj keuntungan dari program Kerajaan atau menerima pula bantuan yang diberikan oleh Kerajaan yang mereka benci. Itulah dia manusia selalu nampak kesilapan orang tapi percaya mereka seperti malaikat tidak pernah berdosa.

05 September 2013

Antara Sunni dan Syiah Oleh Tun Mahathir

MAHATHIR MOHAMAD 31 Ogos 2013 http://www.sinarharian.com.my/

1. Sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari ini kita baca dalam akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.

2. Melihat akan permusuhan dan bunuh-membunuh di antara Sunni dan Syiah, musuh-musuh Islam, Yahudi dan sekutu mereka amat gembira. Bagi mereka, sama ada Sunni atau Syiah, semuanya adalah orang Islam dan seteru mereka. Kerja mereka untuk melemah dan musnahkan Islam dan orang Islam sedang dibuat oleh orang Islam sendiri.

3. Permusuhan antara Sunni dan Syiah ini tidak berlaku di Malaysia kerana buat sekian lama semua orang Islam di negara ini terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Sunni pengikut Imam Shafei. Mereka semua berpegang kepada ajaran Islam yang sama. Walaupun perbezaan politik memisahkan di antara orang Islam di Malaysia, tetapi ia tidak sampai kepada membunuh dan berperang.

4. Sekarang ini ajaran Syiah sedang dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas. Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.

5. Lambat laun permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.

6. Kesan daripada ini ialah negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan Syiah bermusuh.

7. Selama ini kita berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.

8. Kepada kamu agama kamu, kepada kami agama kami (Lakum dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.

Entri ini dipetik dari blog Tun Mahathir, chedet.cc

PS: Pada pandangan saya pula, melihat kepada amalan dan kepercayaan syiah saya sangat yakin bahawa syiah yang diamalkan bukan dalam golongan Islam. Bagaimana kita boleh terima syiah sebagai Islam jika terlalu banyak ajaran Islam dipesongkan dan menghalalkan darah Islam sunni. Apa yang perlu dilakukan adalah mewarwarkan kepada dunia bahawa syiah bukan Islam agar semua dunia tahu akan kedudukan ini. Ini adalah penting apabila syiah secara terang-terang mengadakan hubungan baik dengan Israel dan kafir yang lain dalam membantai orang Islam.

28 August 2013

Ketua Negara Termiskin Di Dunia

Kenalkah anda dengan lelaki tua di sebelah ini? Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyat Uruguay. Jose Mujica digelar 'Presiden termiskin dunia', disebabkan sifat pemurahnya yang sanggup mendermakan 90% daripada gaji bulanannya kepada rakyat miskin.

Setiap bulan, pemimpin mesra rakyat ini hanya membelanjakan AS$1,250 (RM3,877.50) sahaja. Sekali pandang, beliau kelihatan seperti warga emas yang hidup bersama isteri di dalam sebuah rumah yang telah usang dan memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle yang berharga AS$1,945 (RM6,023) sahaja.

Namun, siapa sangka lelaki beruban dan hanya berpakaian biasa ini adalah Presiden Uruguay yang amat disayangi rakyatnya. Jose Alberto Mujica Cordano atau Jose Mujica, 78 tahun, adalah ahli politik Uruguay dan Presiden negara itu sejak 2010 sehingga ke hari ini.

Pengamal vegetarian ini digambarkan sebagai 'Presiden termiskin dunia', apabila menyumbangkan 90% daripada gaji bulanannya untuk dimanfaatkan kepada orang-orang miskin serta pengusaha kecil. Mujica dilahirkan pada 20 Mei 1935.

Bapanya Demetrio Mujica adalah lelaki berbangsa Sepanyol dan ibunya bernama Lucy Cordano berketurunan Itali. Keluarga ibunya adalah pendatang miskin dari Piemonte, Itali. Sementara bapanya pula lahir daripada keluarga petani kecil-kecilan yang kemudian diisytiharkan muflis sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1940 iaitu sewaktu Mujica berumur 5 tahun.

Sewaktu meningkat remaja, Mujica melibatkan diri dalam sukan berbasikal di bawah naungan beberapa persatuan. Ketika zaman mudanya pula, Mujica aktif dengan pergerakan Parti Nasional sekali gus menjadi pemangkin kepada keakrabannya dengan ahli politik terkenal, Enrique Erro.

Mujica bagaimanapun bertemu jodoh tatkala melewati usia 70-an iaitu pada 2005. Beliau menamatkan zaman bujang bersama Lucia Topolansky yang merupakan ahli setia Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Tupamaro (MLN-T) dan berstatus Senator Uruguay.

Mujica dan isterinya masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka menetap di kawasan ladang di pinggir bandar Montevideo dan menjalankan aktiviti menanam bunga chrysanthemum sebagai cabang ekonomi sekeluarga. Menariknya, Lucia tidak mengeluh dengan keputusan suaminya untuk meneruskan kehidupan seperti rakyat miskin tanpa kemewahan duniawi. "Beliau enggan tinggal di dalam istana Presiden yang mewah atau menggunakan orang gaji," kata Lucia.

Bekas pemimpin gerila

Pengalaman di masa lalu merupakan petanda mengapa Mujica memilih untuk hidup seperti rakyat biasa. Beliau yang juga bekas pemimpin gerila berhaluan kiri, MLN-T, mengguna pakai strategi yang diakui agak kejam buat dirinya demi membantu rakyat miskin. Sebelum dilantik sebagai Presiden, Mujica begitu aktif dengan pergerakan MLN-T dan pernah dihukum penjara selama 14 tahun pada 1972. Namun, masih ada beberapa pihak yang panas punggung apabila Mujica dilantik menerajui negara dengan alasan 'beliau tidak layak digelar Presiden'. Tidak mengalah dengan kritikan, Mujica yang dilabelkan sebagai individu berpengetahuan luas amat disukai rakyat kerana memiliki sifat kepimpinan melalui teladan. Aktivis kemanusiaan antarabangsa melaporkan, corak kepimpinan Mujica amat telus di mana beliau mengimplementasikan kehidupan sederhananya yang sangat mudah. "Beliau menunjukkan contoh terbaik dengan meneruskan kehidupan mudah dan berbakti dengan alam tanpa mewujudkan jurang darjat dalam masyarakat walaupun bergelar pemimpin negara," katanya.

Gaji Mujica perkapita- AS$150,000 (RM465,300) setahun.- 90 peratus diserahkan kepada penduduk.- Guna AS$15,000 (RM46,530) setahun.

Bandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang lain, sememangnya tidak akan ada lagi manusia seperti Presiden ini, bagaimana pula dengan pemimpin negara kita? lihat rumah mereka, lihat isteri mereka, lihat anak-anak mereka yang hidup dalam kemewahan yang melampau sedangkan rakyatnya masih ramai yang miskin dan dinafikan hak mereka. Kira sahaja aset orang melayu dan bumiputera yang semakin hari semakin menipis - pada saya inilah melambangkan pemimpin yang menambah kekayaan dan kekuasaan. Sedihnya.....

04 July 2013

Alhamdulillah Langit Kembali Cerah

Cantiknya langit, biru betul.... pada pandangan saya keadaan bencana jerebu sudah diatasi keseluruhannya setelah beberapa kali hujan turun dngan lebatnya. Hujan yang turun tu umpama mencuci kepada semua partikel-partikel halus, habut dan debu di udara akibat dari kebakaran besar yang berlaku di Indonesia.

Tetapi... pihak Kerajaan dan ASEAN tidak boleh berlengah lagi tanpa mengambil sebarang tindakan sewajarnya kerana, saya sangat yakin sekiranya tiada tindakan yang diambil, kejadian jerebu ini akan berlaku lagi pada tahun-tahun akan datang. 

Ramai yang pandai bercakap dan menuduh... tetapi tidak mampu/ mahu mengambil tindakan. Paling malang teguran dan pandangan yang diberikan oleh rakyat tidak pula diambil kisah.

11 May 2013

Sajak: Kurang Ajar - Usman Awang

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.


P/S - Adnee

Benarkah aku Melayu kerana kecil dan cukup ajarnya
Untuk menjadi besar...
Aku masih berfikir untuk belajar menjadi kurang ajar
Walau kekadang memang aku sudah mahir kurang ajar
Ada kalanya kena....  tetapi selalunya tersasar

Wahai tuan.. ada sekolah ke mengajar kurang ajar
untuk menyelamatkan agama dan bangsaku yang sudah hilang arah
Benarkah... betulkah.... halalkah.....
aduhai... aduhai... aduhai... 

06 March 2013

Muhasabah Diri

Wahai sahabat-sahabat senegara dengan saya, negara kita ni kecil sangat... di sinilah kita dilahirkan (ooo... saya lahir di Singapuralah... tapi ini negara saya) di sini juga kita cari makan dan yang paling penting di sini kita beribadat dengan aman dan insyallah di sini juga kita akan disemadikan (alangkah bagus kalau dapat disemadaikan di Mekah atau Madinah). Lamanya kita di bumi ni paling lama pun mungkin 100 tahun, iaitu lebih kurang 2 hari lebih sahaja mengikut tempoh masa akhirat nanti. Jadi apa yang hendak direbutkan.... tak apalah kalau ada yang memang terbukti layak menjadi pemimpin... kita ikut sahajalah asalkan kita aman mencari kebahagian di dunia yang sementara ini dan yang paling penting kita aman mencari bekalan untuk di bawa ke alam yang lebih kekal.

Kenapa pula dalam tempoh 2 hari lebih ini kita nak musnahkan hidup kekal abadi kita di alam akhirat nanti. Saya menjangkakan manusia yang pendek fikiran dan terlalu taksub dengan dunia terlupa akan laluan jembatan yang sedang kita lalui kini. Dunia ini hanya jembatan dan pentas untuk kita samapi dengan selamat di hujung sana ..... SYURGA.

Jadi jagalah kita memburukkan keadaan yang berlaku di Sabah kini. Biarlah organisasi yang bertanggung jawab (ATM dan Polis) menangani keadaan tersebut. Jika campurtangan kita memburukkan keadaan adakah kita tergolong dalam golongan orang yang berfikir dan adil, arau mungkinkah kita digolongkan dalam golongan orang yang zalim dan NERAKA adalah tempatnya.

19 February 2013

Belangsungkawa: Perginya Seorang Anak Kecil


Saya sedang memandu untuk ke pejabat pagi ini, semasa mendengar ringkasan berita dari corong radio, saya terasa sangat sedih apabila saya mendengar berita tentang kematian seorang anak kecil di Indonesia. Sememangnya ajal, pertemuan, rezeki dan jodoh adalah merupakan takdir serta qada dan qadar, semuanya adalah di tangan Allah swt, tetapi yang sangar saya sedihkah adalah kerana anak ini tidak dapat meneruskan hidupnya hanya kerana keengganan 10 buah hospital untuk memberi rawatan kepadanya. Apalah salahnya hodpital-hodpital tersebut memberikan rawatan percuma kepada anak ini kerana ketidakmampuan keluarganya, tidak kasihankan hospital-hospital yang menolaknya sehingga anak ini menemui ajalnya. Bukankah hospital dan rumah sakit maupun klinik adalah untuk memastikan rakyat hidup dalam kesejahteraan dan bukannya semata-mata mencari keuntungan.

Takziah saya dan rakyat Malaysia kepada keluarga yang malang ini. Bersabarlah... kerana ini adalah ujian Allah. saya doakan semoga anda dan keluarga akan lebih dirahmati dan diberkati dalam hidup.

19 January 2013

Masa Depan Melayu dan Islam Dari Kaca Mata Dr Mahathir

MUKADIMAH

Sebagai seorang tokoh yang disegani, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang sering dirujuk walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri. Buat julung kali, Sinar Harian berpeluang menerima kehadirannya untuk bercakap dalam program Bicara Minda Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13.

Ikuti transkrip penuh yang disediakan oleh wartawan HASLINA KAMALUDIN dan NORSHAHZURA MAT ZUKI untuk tatapan pembaca setia Sinar Harian.

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang Berbahagia Tan Sri Abdullah Ahmad, Yang Berbahagia Datuk Hussamuddin Yaacub, dif-dif kehormat, hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan- puan.. Terima kasih kepada Karangkraf menjemput saya dan melakukan tiga kerja.

Saya gembira dijemput kerana saya masih ingat lawatan pertama ke sini, betapa saya begitu kagum dengan saiz, jumlah majalah dan penerbitan Karangkraf. Saya tidak kecewa saya sampai di sini, Karangkraf secara fizikal, rumah dua kali besar, jumlah dan penerbitan besar. Saya disuruh untuk bercakap Masa Depan Melayu dan Islam dan dalam bahasa Latin Ko Badus Malays in Islam in the country.

Saya bukan nujum walaupun ramai yang memanggil saya kamus, tetapi apa yang saya lihat pada masa depan berasaskan apa yang saya lihat dan pengalaman saya sebelum ini.

Dalam cubaan untuk melihat apa yang ada di depan, kita harus harus tahu keadaan sekarang dan pengalaman terdahulu, dengan itu kita boleh buat ramalan mengenai aliran yang telah diambil dan hasil daripada aliran ini.

Negara kita ini, dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Saya fikir dunia mengiktiraf Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu tetapi kita bahasa tempatan atau orang Kedah kata ‘lengai’ take easy (ambil mudah), kita tidak respons kepada sekeliling dan keadaan semasa sebab itu apabila kita ditakluki British, British membawa cara hidup baru, jenis-jenis kegiatan ekonomi baru. Kita mengasingkan diri kita daripada perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Kalau pihak British umpamanya membawa industri getah, kita tidak terlibat, kalau pihak British kembangkan negara kita ini dengan memerlukan khidmat-khidmat dan perniagaan-perniagaan tertentu, kita juga tidak terlibat. Kita pilih untuk tidak melibatkan diri kita dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Oleh kerana itu, pihak British yang berkuasa pada masa itu telah membawa masuk atau membenarkan orang asing. Mereka datang dengan banyaknya kerana kita tinggal segala kerja yang perlu diadakan kepada pihak lain.

Kita tidak suka bekerja di kebun getah sebagai penoreh getah dan tidak suka berniaga serta melatih dalam bidang-bidang baru. Tidak menguasai kecekapan-kecekapan yang diperlukan dan mempelajari Bahasa Inggeris kerana bahasa itu disampaikan kepada kita pada ketika itu oleh mubaligh- mubaligh Kristian yang membuka sekolah-sekolah.

Kemudian kerajaan membuka sekolah-sekolah Inggeris, itu adalah beberapa kerat sahaja mempelajari Bahasa Inggeris dan ilmu-ilmu lain yang datang melalui Bahasa Inggeris.

Oleh kerana kita tidak mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang kerja kecekapan, kemahiran bekerja, penguasaan ilmu dan politik dan sebagainya, maka kita terpisah daripada perubahan yang sedang berlaku. Maka orang asing ambil alih kerja ini. Orang- orang India dibawa untuk menjadi buruh kasar umpamanya dan memegang jawatan profesional seperti doktor dan peguam serta lain-lain.

Orang-orang Cina berhijrah dengan begitu ramai ke negeri-negeri Melayu dan merekalah yang menubuhkan perniagaan sampingan dan membantu perniagaan yang boleh menjayakan perniagaan yang dijalankan oleh pihak British. Membekalkan segala yang diperlukan penjajah.

Apabila di negara ini mempunyai penduduk yang lebih kaya terdiri daripada kaum lain juga, maka mereka mengadakan perniagaan untuk membekalkan keperluan satu masyarakat yang sudah maju daripada Melayu sebelum kedatangan British. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya tetapi inilah observation (pemerhatian) yang saya lakukan.

Kadang-kadang secara personal (peribadi) masih ada sebagai seorang budak di zaman itu, saya dapat lihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai keadaan orang Melayu memisahkan diri mereka daripada perkembangan ekonomi, politik dan segala aktiviti yang diperlukan dalam sebuah masyarakat.

Yang mengisikan apa yang ditinggal oleh orang Melayu ialah orang asing kerana mereka mendapati banyak peluang yang terdapat di Malaysia, maka penghijrahan mereka ke Malaysia tinggi. Pada satu ketika, jumlah orang asing sudah melebihi jumlah orang Melayu.

Kalau kita ada demokrasi pada ketika itu, kita sudah tidak ada kuasa lagi, negara kita ini akan menjadi negara orang. Tetapi kita amat bertuah dan bernasib baik kerana berlakunya kemerosotan ekonomi yang teruk di seluruh dunia pada tahun 1929 hingga 1930, ekonomi dunia jatuh sepenuhnya. Dengan itu mereka yang datang ke Malaysia terpaksa kembali balik ke negara mereka dan begitu ramai ke negara mereka sehingga orang Melayu menjadi majoriti semula.

Ini adalah kerana pihak Raja- Raja yang berkuasa ketika itu kerana pada masa itu politik tidak positif. Politik dihadkan dan dikhaskan kepada Raja- raja dan pembesar-pembesar sahaja.

Orang ramai tidak berperanan langsung dan ditegah daripada melibatkan diri dalam politik walaupun Raja-raja berasa khuatir dengan jumlah pendatang ini, tetapi mereka berpendapat bahawa yang mampu menjadi rakyat Malaysia hanyalah orang yang dipersetujui oleh mereka.

Rakyat Raja-raja terdiri daripada orang Melayu dan orang yang diserapkan dalam masyarakat Melayu antaranya orang dari Indonesia, Arab, India Pakistan. Mereka menjadi Melayu, bertutur kata Bahasa Melayu, adat istiadat Melayu dan mereka juga beragama Islam.

Pendapat Raja-raja pada ketika itu ialah orang asing tidak ada hak dalam negeri-negeri Melayu. Mereka tidak sedar mengenai aliran pemikiran pada ketika itu.

Oleh kerana itu mereka tidak nampak bahaya walaupun benar mereka juga kemudian meningkatkan kemasukan orang asing dengan begitu ramai. Ini adalah latar belakang kita. Ini akan menjadi asas kepada pemikiran kita terhadap apa yang mungkin jadi di masa hadapan kerana kita mencari jalan yang mudah.

Kita tidak nampak bahaya, ada bahaya pun kita tidak akui ada bahayanya dan dengan itu keadaan berubah sehingga kita tidak dapat lagi bertindak untuk menyelamatkan diri kita.

Kita tahu apabila British kembali selepas Perang Dunia, mereka merancang untuk mengambil alih negeri Melayu untuk mencantumkan negeri- negeri Melayu dengan negeri- negeri Selat menjadikan sebuah negara Malayan Union yang akan dikuasai sepenuhnya oleh London. Raja-Raja akan diturunkan pangkat, Sultan dan sebagainya tetapi pada hakikatnya ialah Ketua Kadi yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Itu sahaja.

Pada ketika itu, barulah Melayu tersedar bahawa ada kemungkinan mereka akan hilang negeri-negeri mereka sendiri, dengan itu mereka bersatu padu tidak menyoal latar belakang sesiapa asalkan Melayu. Mereka bersatu padu dan mereka melawan rancangan British sehingga mereka dapat menggugurkan rancangan Malayan Union.


Komen Saya:

Saya setuju dengan Tun, negara bangsa Tanah Melayu (Semenanjung) menjadi pelbagai bangsa (3 kaum besar melayu, Cina dan india) adalah disebabkan oleh kerakusan menjajah pd masa itu (British) tetapi ianya telah menjadi sejarah. Sehingga hari ini orang melayu telah kehilangan banyak hak mereka terutamanya kekayaan kekal (tanah) dan maruah. Sayangnya ramai orang melayu sekarang masih tidak sedar dan suka bergaduh antara mereka. Saya tidak salahkan kaum mendatang (dulunya keturunan awal kaum Cina dan india) kerana kemasukan mereka dibawa oleh penjajah kerana tenaga mereka diperlukan di sini mungkin kerana British gagal mendapatkannya dari anak peribumi (kenapa - selalu diwarwarkan kerana Melayu malas - tetapi yang sbenarnya mereka selesa). Dari sejarah saya melihat Raja-Raja Melayu masa itu pun terpaksa menerima 2 kaum ini sebagai rakyat kerana desakan kemerdekaan.

Apa yang dah berlaku kini patut dilihat secara realiti dan bukan di alam mimpi, bangunlah orang melayu lihat di sekeliling anda. mana perginya tanah dusun datuk moyang kita dulu? lihat tanah kita sudah menjadi pegangan orang lain dan dibina dengan bangunan yang gah - Wisma ---- ---- -----. Saya sentiasa menyesali melihat kesatuan orang melayu yang makin berpecah kononnya nak membangunkan negara - realitinya negara tergadai.

Susah nak teruskan kata-kata sebab nanti ada yang menganggapkan saya ni perkauman, yang sebenarnya saya sedih kerana orang melayu miskin di tanah air sendiri bagaikan itik mati kehausan di kolam.

Wasalam

04 January 2013

Apabila Pemuda Sudah Hilang Malu

Sememangnya saya tidak sangka apabila seorang lelaki Melayu yang berusia dalam lingkungan akhir 30an mengeluarkan kata-kata yang sangat kurang sopan terhadap seseorang yang lebih tua darinya. Yang paling mencuit hati saya apabila lelaki ini terperasan apabila teguran yang disampaikan kepada seorang wanita India dirasanya ditujukan kepadanya. Lawak pun ada kerana rupanya lelaki ini seorang yang perasa, sensitif dan syak wasangka yang tidak kena pada tempatnya. Untuk membalas teguran yang disangka ditujukan kepadanya, lelaki ini terus mencarut-carut di hadapan khalayak ramai.

Kasihannya saya kepada dia, isteri dan terutamanya pada kedua ibubapanya. Semua orang memandangnya dengan sinis tetapi lelaki ini dengan lagak samseng kampongnya terus melahirkan rasa tidak puashatinya. Saya tertanya-tanya kenapa pula dia marah sangat sedangkan teguran yang ditujukan tidak ada kena mengena langsung dengan dia. Tentu isterinya menjadi serba salah dan malu kepada orang ramai. Kalau ibubapanya masih hidup masih tidak apa-apa, tetapi sekiranya mereka berdua sudah meninggal dunia - maka balasan diterima mereka di dalam kubur akibat perbuatan sianak tadi.

Masih terbayang-bayang di mata saya lagaknya seperti Sharif Dol dalam cerita P. Ramlee, mungkin dia rasa orang takut kepada dia dan dia tidak tahu bahawa orang geli hati melihat gelagatnya. Adakah kerana sikap panas barannya membawa dia bersikap kurang bahasa atau kurang a--r.

Kasihan... kasihan dan sangat kasihan. Saya dapat bayangkan bagaimana kalau isteri dan anak-anaknya melakukan kesilapan, maka terhamburlah perkataan yang kurang sesuai dan kurang manis. Melihat kepada air mukanya yang menghampiran awal 40an sepatutnya dia sudah ada perasaan sabar, kerana kesabaran adalah pakaian lelaki Islam.

Saya amat simpati dengan isteri dan kedua ibubapa lelaki ini. saya doakan agar dia insaf dan berubahlah untuk keluarganya kalau tidak untuk bangsa dan agama yang dianutinya.

21 December 2012

Pandangan Saya: Syukur Saya dapat Hidup Di Zaman Elektronik

Saya sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan peluang untuk hidup di zaman berteknologi elektronik. Macam-macam benda kita boleh buat yang penting ada usaha, tidak malu untuk belajar, dan tidak malu untuk bertanya. Sayangnya ramai juga teman-teman saya yang tidak mahu belajar akan teknologi baru ini.... maka akan ketinggalanlah orang itu. 

Yang sebenarnya masih banyak lagi perkara yang ada di dalam talian - ianya bagikan sebuah gua yang semakin dalam kita menerokanya semakin banyak permata yang kita kutip. Jadi cubalah mempelajari tekbologi baru ini semoga kita akan dapat bertemu dan berkomunikasi atau bertanya khabar walaupun tidak bersemuka.

13 December 2012

Kepada Yang Mencintai Allah

Kalau kita berharapkan kasih sayang dari manusia, kasih sayang itu mungkin tidak kekal sehingga ke hujung hayat. kasih sayang boleh berubah disebabkan beberapa faktor. Kehilangan kasih sayang biasanya akan mengakibatkan kehidupan seseorang musnah walaupun mungkin tidak selamanya.

Oleh yang demikian cintailah pencipta kita melebihi segalanya walaupun diri kita sendiri. Tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan perkara yang mudah untuk menciptai Allah. Bagaimana caranya untuk kita sampaikan rasa cinta dan kasih kepadaNya?. Manusia termasuk saya biasanya akan datang kepada Allah setelah kita ditimpakan musibah, masa itulah kita bersungguh-sungguh berkomunikasi, mengadukan hal, bercerita, merintih, merayu dan mungkin ada yang marah-marah kepadaNya. Tetapi apabila kita dalam kesenangan maka akan terlupalah kita kepadaNya, namun begitu Allah tak pernah membenci kita, dia tetap sayang dan menanti kita kembali kepadaNya. Apa yang kita bawa bila kita kembali nanti? Apakah yang menunggu kita nanti? Muhasabahlah diri....

Saya mengingatkan anda dan diri saya sendiri akan 5 perkara:

Sihat sebelum sakit;

Muda sebelum tua;
Kaya sebelum miskin;
Lapang sebelum sempit; dan
Hidup sebelum mati.

29 November 2012

Kasihan Atau Sedih?


Hari ini saya mengalami peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Selama 30 tahun saya berkhidmat dalam Kerajaan Malaysia, belum pernah saya ditengking oleh seseorang, tetapi itulah yang berlaku pada hari ini... saya tergamam dan terkejut kerana dilakukan begitu oleh seorang pegawai perempuan yang baru sahaja kembali dari tanah suci kerana mengerjakan haji, kalau tidak silap belum sebulan pegawai tersebut balik dari ibadat tersebut. Mungkinkah itu adalah dugaan bagi seseorang yang telah 'suci' dari segala dosa? Apabila semua catatan dalam 'buku' sudah dibersihkan di hadapan Kaabah, tetapi sayangnya apabila 'buku' tersebut terpalit sedikit tanda hitam yang tidak sepatutnya begini cepat .......

Mulanya berbelah bagi juga saya untuk mencoretkan peristewa ini (Hari Ini Dalam Sejarah) dalam blog saya ini, tetapi saya rasa ianya perlu juga diabadikan supaya ianya boleh mengingatkan saya kembali (dikemudian hari nanti - mungkin selepas bersara), oleh itu ada baiknya juga saya tuliskan sedikit rasa hati/ perasaan dan pandangan saya di sini untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat. Ambillah yang baik untuk dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan sempadan.

Perkara yang timbul itu sebenarnya bukanlah besar sangat, kerana pada saya hubungan mutual antara warga sesebuah organisasi sangat membantu dalam melicinkan perjalanan operasi sesebuah organisasi itu. Sejauh ini kami (khususnya di Unit tempat saya bertugas) sedia memberikan kerjasama kepada mana-mana sektor/ unit dalam organisasi ini bagi tujuan menyelenggara atau menambahbaik - rupanya bukan semua warga organisasi ini mempunyai perasaan atau hasrat yang sama.

Minggu ini unit kami sendiri telah didatangi oleh pembekal/ syarikat yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mengenai ICT, walaupun tiada memo yang mengatakan ada pembekal/ syarikat akan datang membuat selenggaraan itu pada masa-masa dan tarikh-tarikh tertentu, kami tetap terima dan memberikan kerjasama kepada mereka. Memanglah apabila membuat kerja-kerja penyelenggaraan bunyi bising, berabuk, ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyelenggaraan tersebut akan berlaku tetapi memikirkan kebaikan organisasi itulah harganya - pengorbanan perlu bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Yang sebenarnya kami pun tidak pernah menerima memo memaklumkan pembekal/ syarikat akan melaksanakan sesuatu kerja sejak dari saya menyertai organisasi ini.

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja.. jika tidak dipersetujui saya mohon ampun dan maaf sahajalah, walau bagaimanapun sebagai insan dan hamba Allah perlulah muhasabah diri sendiri, saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat sekelian supaya lebihkan bersabar dan ingatlah bahawa syaitan itu akan menghasut anak cucu Adam dari pelbagai sudut.

Maafkan saya jika ada sahabat-sahabat yang terasa. Akhir kata agaknya apakah perasaan saya ya adakah kasihan atau sedih?

09 September 2012

Makna Senyuman Aku

Tak da makna..... itu antara kata-kata popular orang zaman ini.