The Prophet Muhammad said: "Whoever finds dates should break his fast with them and the one who does not should break his fast with water because it is pure"
Now a days dates can be find at any part of the world with a reasonable price. In Malaysia you will find dates at most of the market or super market. So do we have any reason not to practice the above hadis?
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Kurma. Show all posts
Showing posts with label Kurma. Show all posts
13 December 2015
25 July 2013
FADILAT BERBUKA DENGAN KURMA
![]() |
| Kurma dari Kota Madinah Munawarah |
Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan dan keutamaan kurma. Antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” – (Surah Maryam, ayat 25).
Allah memerintahkan Siti Maryam untuk menggegarkan batang pokok kurma ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa as. Tanpa seorang pun yang membantunya, air mengalir di sisinya. Air itu kemudian diambil dan diminumnya sebagai ganti cairan tubuh yang hilang ketika melahirkan Nabi Isa as.
Firaun juga memilih batang kurma untuk menyalib orang yang beriman kepada Tuhan Musa dan Harun sebagai azab bagi mereka kerana kekuatan dan kekukuhan yang ada pada pokok itu. Penyihir itu berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.” (Surah Taaha, ayat 70).
Mengenai kurma sebagai buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada umatnya untuk memakannya ketika berbuka puasa.
Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Daripada Anas RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa rothab (kurma mekar yang dipetik dari pohonnya) sebelum bersolat (Maghrib). Kalau tidak ada rothab, maka dengan beberapa kurma matang (kering), kalau tidak ada, maka dengan beberapa teguk air.”(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Tidak diragukan lagi bahawa di sebalik sunnah Nabi SAW ini, ada petunjuk perubatan dan manfaat yang banyak bagi kesihatan dan hukum yang elok dan bagus untuk manusia. Rasulullah SAW telah memilih makanan ini (kurma) atau tamar dan tidak memilih yang lainnya kerana adanya manfaat yang sangat besar dan mulia.
Dalam hadis juga disebutkan keutamaan tamar atau kurma itu. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.” (Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya kerana ia adalah tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat.”
Sa’ad RA berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah (kurma Nabi), maka akan terhindar daripada racun dan sihir.”(Hadis riwayat Bukhari)
Ibnu Qaiyyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad berkata: “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut yang kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.”
Satu kajian dilakukan untuk mengetahui kandungan kimia dan biologis dalam kurma. Kajian itu berkesimpulan bahawa, setiap bahagian kurma yang dimakan mengandungi kandungan zat gula 70-75 peratus, 2-3 peratus protein, 5-8 peratus serat dan sedikit kandungan lemak. Selain itu, dalam penelitian perubatan juga didapati bahawa kurma mengandungi 65-70 peratus air jernih, 24-58 peratus zat gula, 2-2.1 peratus protein, 5.2 peratus serat dan sangat sedikit kandungan lemak.
P/S: Hati-hati dengan kurma keluaran Israel, Jordan River yang banyak dijual di pasaran.
Sumber: http://www.islamituindah.my
13 April 2013
Kurma Madinah
Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk untuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, termasuk orang-orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.
Musim kurma masak hampir tiba dan pada masa itu musim panas yang melanda agak terik. Sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki oleh Rasulallah saw sangat minima, namun Rasulullah saw dan para sahabatnya r.ahum. tetap berangkat menuju ke medan perang.
Di waktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.ahum. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.ahum. tetapi isteri para sahabat r.huma.
Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang".
Pada masa itu Rasulullah saw dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satu pun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, hasil krbun kurma mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mengalami kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.
Musim kurma masak hampir tiba dan pada masa itu musim panas yang melanda agak terik. Sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki oleh Rasulallah saw sangat minima, namun Rasulullah saw dan para sahabatnya r.ahum. tetap berangkat menuju ke medan perang.
| Kurma Ajwa dan Kurma manis |
Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang".
Pada masa itu Rasulullah saw dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satu pun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, hasil krbun kurma mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mengalami kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.
04 February 2013
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”
~ Wallahullam
-OhMedia-

18 January 2013
Kudapan Rasulullah saw
Cuba kita lihat apakah makanan gemaran baginda Rasulallah saw dan apa pula pesanan mengenai makanan tersebut:
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) Kurma - Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a..s. pula berpendapat: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) Kismis - Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
3) Madu - Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai uat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah uat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau berkata: "Rasul saw sangat menyenangi madu". "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Labels:
Kismis,
Kudapan,
Kurma,
Madu,
Makanan,
Nabi Isa as,
Rasulallah SAW
29 May 2012
Buah-Buahan Dalam Al-Quran
Rupa-rupanya Allah telah memberikan kita manusia berita dan maklumat tentang buah-buahan yang terbaik di dunia ini. Disebabkan kekurangan pengetahuan dan lebih tepat lagi kekurangan membaca dan memahami Al Quran kita ketinggatan ilmu penting ini. Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam Al-Quran adalah:1. Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala 5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin (fig). Allah menceritakan akan khasiat buah zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud "Dialah, yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (an-Nahl [16]: 10-11)
Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit. Organisasi-organisasi kesihatan termasuk WHO menganjurkan kepada sesiapa yang menpunyai penyakit diabetes dan arterioclerosis (penebalan saluran urat darah) yang tinggi supaya mengambil minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asam linoleik. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.

2. Ad Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai sepenuhnya.
Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik). Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Satu saiz hidangan buah tin lebih kurang 100g atau ¼ cawan mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.
Manakala serat tidak larut dapat melindungi dan mencegah dari penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan. Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols' yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan. seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.
3. Delima - "Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141) Ayat lain "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].
Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. Selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung. Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
5. Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 "Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." Buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa. Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu. Kurma segar memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2. Mengikut pengalaman saya kurma sangat berkhasiat serta memberi tenaga walaupun dalam jangka masa yang panjang kita tidak mengambil makanan, sangat berguna untuk bersahur.
Anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. Kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah. Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.
Wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)