Showing posts with label Keperikemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Keperikemanusiaan. Show all posts

04 August 2014

Bebaskan Palestine - Free Palestine

KUALA LUMPUR - "Free, Free, Palestine!" Itulah antara laungan ribuan peserta himpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza' mula membanjiri Dataran Merdeka bagi melaungkan seruan terhadap kebebasan rakyat Gaza di Palestin hari ini.

Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati, kebanyakan peserta himpunan mula berkumpul seawal jam 2 petang.

Kebanyakan peserta himpunan mengambil kesempatan membeli baju, selempang dan pelbagai cenderahati yang bercorak bantahan dan penentangan terhadap rejim Zionis.

Bagi mereka, cuaca panas terik tidak dapat menghalang langkah masing-masing untuk bersama-sama dan bersatu menyuarakan penentangan mereka terhadap serangan ke atas penduduk di tanah Gaza.

Kehadiran konvoi peserta himpunan dengan ratusan motosikal berkuasa tinggi menggamatkan lagi suasana, sekaligus membuktikan keprihatinan pelbagai golongan dari negara ini terhadap Gaza.

Rata-rata peserta tidak berganjak malah makin kuat menyorak kecaman terhadap Israel biarpun sudah hampir tiga jam berpanas di situ.

Semakin lama detik berlalu, kehijauan dataran semakin ditenggelami lautan rakyat Malaysia yang gigih menjulang poster, mengibar bendera Palestin dan Malaysia sambil melaungkan kata-kata desakan bagi menghentikan kekejaman Israel.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/

Manakala tindakan yang sama juga telah diadakan di beberapa buah bandar seperti mana buktinya di beberapa foto di atas. Kebangkitan dan kesedaran dunia akan kekejaman pemerintah Israel amat dikesali oleh ramai penduduk dunia yang mempunyai keperikemanusiaan. Walaupun kini pemerintah Israel cuba mengada-gadakan berita dan cerita bagi memihak kepada mereka tapi nampaknya dunia tidak mudah tertipu.

Ini bukan kerana agama tetapi kerana kemanusiaan. Pada saya Israel adalah pengganas terkejam di dunia ini mengalahkan Nazi. Benarlah firman Allah swt di dalam Al Quran bahawa bangsa ini memang kejam dan punca kemusnahan bumi ini. Walallahualaim.

03 November 2012

Zalimnya Manusia (Itu) ........

  Lihatlah betapa kecilnya anak-anak kucing ini. Dibuang oleh manusia yang zalim dan tidak mempunyai keperi-kemanusiaan. Yang sebenarnya saya sekeluarga sangat merasa marah dengan apa yang dilakukan oleh manusia kejam tersebut... kami doakan agar Allah memberi dia petunjuk dan alangkah baiknya jika Allah memberi mereka pengajaran kerana menyeksa anak-anak kucing yang tidak bedosa ini.

  Pada 27 Oktober 2012 yang lalu saya bersama emak, Ain dan Amir bertolak ke Tampin dari Kota Tinggi. Kami balik awal kerana esoknya Ain ada kelas tambahan dengan anak muridnya. Kami bertolak dari Kota Tinggi lebih kurang jam 2 petang dan selepas penat di dalam kereta kami pun tiba di rumah Ain kira-kira jam 5 petang lebih.

Sebaik sahaja kami tiba, kami terdengar suara anak kucing yang sangat nyaring, setelah mengintai mencari bunyi anak kucing tersebut kami jumpa seekor anak kucing yang baru dilahirkan dengan mata yang masih tertutup merayap-rayap mencari ibunya. Kesiannya......   Sepanjang petang dan malam itu anak-anak kucing ini memanggil-manggil ibunya mungkin kerana kehausan dan kelaparan, malangnya tiada seekor ibu kucing pun yang datang.

Sehingga pagi keadaan anak-anak kucing itu masih lagi sama dan menjerit-jerit mencari ibunya. Selepas sarapan pagi, saya dan Ain menangkap seekor ibu kucing (Si Hitam) yang mempunyai 5 ekor anak yang sudah besar untuk untuk membantu menyusukan anak-anak kucing ini. Sedih kami lihat semasa kami membantu anak-anak kucing itu untuk menyusu kepada Si Hitam tetapi anak-anak kucing itu gagal menemui puting susu Si Hitam. Lama kelamaan Si Hitam menjadi gelisah dan kami terpaksa melepaskannya pergi.

Apa nak dibuat lagi anak-anak kucing ini terlalu kecil untuk diberikan susu anak manusia. Saya dan Ain merasakan mungkin umur anak-anak kucing ini tidak panjang kerana suhu badan anak-anak kucing kuning ini sudah sejuk dan saya berpendapat mereka sudah kehilangan tenaga. Saya jangkakan manusia yang tidak berperikemanusian itu telah membuang anak-anak kucing ini tanpa ibunya di asrama sekolah di mana adik saya mengajar dan jika itu benar dilakukan memanglah mereka cuba membunuh haiwan yang tidak bersalah ini. Hanya allah sahaja yang maha mengetahui semoga anak-anak kucing ini selamat hendaknya........