Showing posts with label Hari Angkatan Tentera. Show all posts
Showing posts with label Hari Angkatan Tentera. Show all posts

16 September 2014

Selamat Menyambut Hari ATM


Hari Angkatan Tentera terasa dekat dengan saya . . maklumlah saya anak tentera, dalam keluarga saya 2 adik saya berkhidmat dengan ATM. Saya sendiri berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan pun hampir 30 tahun dan saya adalah bekas askar wataniah.

Saya dilahirkan dalam kem tentera dan dibesarkan di banyak kem tentera di Singapura dan Malaysia. Kehidupan yang penuh dengan disiplin.

Kepada semua para tentera Malaysia se;lamat menyambut hari ATM semuga maju jaya. Terima kasih atas jasamu yang tak mungkin kami lupakan.

02 October 2013

Hari Angkatan Tentera 2013

Melihat veteran tentera mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Angkatan Tentera 2013 membuatkan saya rasa sayu, terutama apabila mengenangkan arwah ayah saya yang juga seorang bekas tentera. 

Veteran-veteran ini pernah memperjuangkan kedaulatan negara ini, pernah hidup susah sehinggakan ramai yang terkorban semasa operasi. Veteran-veteran ini bukan sahaja terdiri dari bangsa Melayu dan bumiputera tetapi juga ramai dari kaum Cina dan India. Mereka semuanya telah terbukti berjasa dan kita bagaimana?

Semasa kumpulan vateran ATM melintas lalu di hadapan pentas, semua menteri-menteri berdiri memberikan tepukan, mungkin itu tandanya terima kasih mereka kepada bekas-bekas pejuang tanah air dalam erti kata yang lain, mereka ini adalah hero-hero kita dulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk keselamatan dan keamanan negara ini dari pencerobohan komunis dan anasir-anasir luar. Saya tertanya-tanya adakah semua rakyat negara ini berfikir seperti saya? menganggap mereka adalah hero, jika begitu mengapa masih ada lagi rakyat negara ini yang menunjukkan ketaat-setiaan mereka kepada Chin Peng? seorang pengkianat dan perosak bangsa, seorang penjenayah yang telah membunuh ramai nyawa orang-orang Melayu. Chin Peng dari PKM bersama dengan beberapa kaum Cina yang menjadi tali barut kominis bertanggungjawab mengorbankan ramai orang Melayu termasuk saudara-mara saya di Melaka.

Tidak mungkin Chin Peng dapat dimaafkan oleh orang Melayu hanya yang kurang siuman sahaja yang menganggap seorang komunis sebagai sahabat.