Saya rasa ramai dari anda yang pernah mendengar cerita ini. Cerita yang sangat bagus untuk dijadikan pedoman dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Begini kisahnya.....
Seorang tukang kayu yang masih bekerja sehingga usia menjelang senja. Dia bercadang untuk bersara daripada pekerjaannya sebagai tukang kayu yang dipertanggungjawab untuk membuat rumah di syarikat tempat dia bekerja.
Dia berhasrat untuk bersara dari pekerjaannya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.
Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
Apa yang anda peroleh dari cerita ini, mungkin anda sendiri pernah mengalaminya.... jadi tak kira di mana dan siapa, apabila kita melakukan sesuatu maka buatlah dengan penuh ikhlas, hati-hati, beramanah dan penuh semangat.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Ikhlas. Show all posts
Showing posts with label Ikhlas. Show all posts
23 July 2016
04 November 2012
Nilai Murni: Amanah dan Integriti
Sempena Bulan Integriti bagi negara saya, saya ingin mencoretkan artikel ringkas mengenai amanah dan integriti. Semua nilai-nilai murni yang ada pada diri setiap manusia adalah kejadian fitrah oleh Allah. Allah menjadikan manusia dengan sifat terbaik, oleh itu manusia adalah jadian yang paling sempurna di alam semesta ini. Setelah dilahirkan di dunia ini, Allah mengirim bersama 'fikiran', 'iman' dan 'nafsu' untuk menguji dan membentengi seseorang itu.
Insan di dunia hidup dan dikenali dengan sifat-sifat yang dijana bersma dengan fikiran, iman dan nafsu. Jika seseorang itu hidup dengan landasan fikiran dan iman maka terselamatlah dia tetapi sebaliknya jika seseorang itu hidup mengikut nafsu maka amat celakalah hidupnya. Kita boleh umpamakan insan yang hidup tidak di atas landasan mereka umpamakan pokok yang tidak berdaun hanya yang ada dahan-dahan yang tidak mampu menjadi perlindungan untuk insan maupun haiwan.
Yang sebenarnya bukanlah begitu sukar untuk hidup secara bersih, jujur, amanah dan berintegriti, modalnya hanya satu iaitu memiliki seketul hati yang baik dan ikhlas serta jiwa yang murni. Maka dari itu lahirlah setiap perbuatan, keputusan dan tindakan penuh dengan kemurnian budi, ikhlas, adil dan saksama. Insan sebegini akan sentiasa mentaati undang-undang penciptanya dan undang-undang dunia di mana dia bermastautin. Hasil dari tindakan insan ini maka mereka diberi lebel seperti boleh dipercayai, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti.
Antara amalan-amalan terpuji yang menjadi pegangan insan-insan jenis ini adalah adil, saksama dan tidak pilih kasih, ikhlas, boleh diharap dan dipercayai, menjaga kepentingan harta benda awam, Oleh yang demikian sempenan bulan baik ini saya menyeru diri saya, sanak saudara dan semua sahabat-sahabat saya untuk mendidik diri menjadi insan berintegriti.
Sekian dari saya, terima kasih..
25 November 2011
Ikhlas

Al-Fudhail bin Iyadh berkata:
تَرْكُ الْعَمَلِ مِنْ أَجْلِ النَّاسِ هُوَ الرِّيَاءُ، وَالْعَمَلُ مِنْ أَجْلِ
النَّاسِ هُوَ الشِّرْكُ وَالْإِخْلَاصُ أَنْ يُعَافِيْكَ اللهُ مِنْهُمَا
"Meninggalkan amal kerna manusia adalah riya, beramal kerna manusia adalah syirik dan ikhlas adalah Allah menyelamatkan kamu dari keduanya". (Siyar A'lam An-Nubala 8/427, Al-Hilyah 8/95)
Tuluskan tauhid mu utk Rabb agar hati terbuka. Sejernih mana tauhid mu dan sebersih mana keikhlasan kamu, maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan mu.
Mutiara Ilmu:
مَنْ سَـلِمَ لَهُ مِنْ عُمُـرِهِ لَحْظَةً وَاحِـدَةً خَالِصَـةً لِـوَجْهِ اللهِ نَـجَا
Barangsiapa yg selamat usianya dari gangguan dan godaan sekalipun hanya sekejap mata, terhadap apa yg dikerjakan yg berupa kebaikan yg dilakukan dgn keikhlasan hati utk memperolehi keridhaan Allah, maka orang itu betul2 mendapatkan keuntungan
Bila nasehat itu keluar dari hati yg ikhlas pasti masuk kedlm hati, sebaliknya jika ianya berupa gubahan lidah dan fantasi maka nasehat itu akan masuk dari telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Itulah sebabnya ramai yg hilang khusyu dan mata pun sukar mencucurkan air mata utk ayat2 Tuhannya dari ayat2 cinta.
: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
ثَلَاثٌ لَا يَغُلُّ عَلَيْهِمْ قَلْبُ مَسْلِمٍ: إِخْلَاصُ الْعَمَلِ لِلهِ تَعَالَى
وَمَنَاصِحَةُ وُلاَةِ الْأُمُوْرِ وَلُـزُوْمُ جُمُاعُةِ الْمُسْلِمِيْنَ
Tiga perkara yg menjauhkan sifat dengki pada hati seseorang muslim, iaitu: Amalan yg ikhlas semata-mata kerna Allah, saling menasihati diantara satu sama lain didlm sesuatu perkara dan sentiasa berada di dlm jemaah Islam. >: Ahmad, Al-Baihaqi dan Ibnu Hiban
Kalau tdk ikhlas melakukannya, tdk akan ada nilainya di hadapan Allah. Bertempur melawan musuh, hanya ingin disebut sebagai pahlawan. Menafkahkan seluruh harta kalau hanya ingin disebut sebagai dermawan. Mengumandangkan adzan setiap waktu shalat, sekedar ingin memamerkan keindahan suara supaya menjadi juara adzan atau menggetarkan hati seseorang. Kesemua ini tdk bernilai di hadapan Allah swt.
لَوْ قِيْلَ لَكَ: يَا مُرَائِي، غَضِبْتَ، وَشَقَّ عَلَيْكَ، وَعَسَى مَا قِيْلَ لَكَ حَقٌّ
Sekiranya dikatakan kpdmu, Wahai orang yg riya (tdk ikhlash)! kamu marah & berat hati, barangkali yg dikatakan kpdmu itu benar adanya.>: (Fudhail bin Iyadh)
>: قَـالَ الإِمَـامُ الْـغَزَا لِـيُّ رَحِـَـهُ اللهَ ~ Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata:
Niat yg lurus dan hati yg ikhlas se-mata2 kerna Allah rab al'-alamin lebih tinggi martabatnya dan kedudukannya daripada pekerjaan yg se-mata2 hanya didasarkan pada niat untuk memperoleh keduniaan
عِـمَادُ الأَعْمَـالِ النِّيَّـاتُ: فَـالْعَمَلُ يَفْتَفِـرُ إِلـَى نِيَّـةٍ لِيَصِيـرَ
بِهَـاَ يْـرًا، وَالـنِّيَّةُ فِـي نَفْسِهَـا خَيْـرٌ وَإِنْ تَعَـذَّرَ الْعَمَـلُ لِعَائِـقٍ
Tiang seri segala amalan itu ialah niat. Setiap amalan itu memerlukan kpd niat serta ikhlas agar dgnnya amalan itu menjadi baik. Niat itu sendiri adalah suatu kebaikan, walaupun nanti amalan itu tdk dapat dilaksanakan kerna adanya sesuatu halangan, namun pahala amalan itu tetap akan diperolei disebabkan niatnya tadi
Jika Allah s.w.t. mahu membinasakan seseorang, maka dhukum dgn tiga keadaan. Diberinya ilmu tanpa amal, diberinya bersahabat dgn golongan soleh tetapi tdk mengikut jejak mereka serta tdk beradab terhadap mereka dan diberi jalan utk berbuat taat tetapi tdk ikhlas
مَنْ جَعَلَ الْهَمَّ هَمًّا وَاحِدًا كَفَاهُ اللهُ هَمَّ دُنْيَاهُ، وَمَنْ تَشَعَّبَتْهُ
الْهُمُوْمُ لَمْ يُبَالِ اللهُ فِي أَيِّ أَوْدِيَةِ الدُّنْيَا هَلَكَ
Sesiapa yg meletakkan keinginannya hanya satu (semata-mata untuk akhiratnya), pasti Allah memberikan kecukupan pada keinginan dunianya. Sesiapa yg keinginannya bercabang-cabang (dalam hal ehwal dunia), Allah tidak mempedulikannya di lembah dunia mana sekalipun ia binasa. >:dpd Ibn Umar di dlm Syu‘ab al-Iman.
Hubungan hamba dgn Allah tdk ada orang yg mengetahui walaupun sekecil debu dari amal kebaikannya dan tdk takut jika ada orang mengetahui amal keburukkannya. Sebab jika ia merasa enggan utk mengetahui orang keburukkannya, bererti ia ingin dipuji orang, ini termasuk kelakuan atau akhlak orang yg benar2 tdk ikhlas.
~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~
Subscribe to:
Posts (Atom)

