Showing posts with label Kaabah. Show all posts
Showing posts with label Kaabah. Show all posts

10 April 2015

Masjidil Haram Dalam Pembinaan

Kali pertama melihat foto-foto ini, saya rasa macam nak menangis, sebabnya saya amat terharu dan sedih melihat Masjidil Haram dah dirombak/ dibuka untuk dibina semula. Walaupun saya tahu, tindakan ini adalah untuk kebaikkan ramai umat Islam, tapi masjid ini dah dirasai semacam rumah saya sendiri. Melihat keadaannya begini saya jadi sayu bukan kepalang.

Tengoklah hanya mataf sahaja yang melindungi Kaabah (baitulallah) yang suci tu. Di sekelilingnya dah diruntuhkan. Alahai !! hatiku yang walang .... Jika ada umur nanti pada bulan Ogos tahun ini, in sya Allah saya akan kembali lagi ke sana. harapan saya pada masa itu keadaannya dah bertambah baik.

Marilah kita sama-sama doakan agar pembinaan ini dapat dipercepatkan dan dengan bantuan Allah Taalah, segala apa yang hendak dicapai oleh Kerajaan Arab saudi menjadi kenyataan dalam membantu berjuta-juta umat Islam mengerjakan ibadah haji mau pun umrah.

Ruang dalam masjid antara masjid berbumbung (dulu) dengan dataran tawaf sebelum Kaabah.

04 April 2015

15 rahsia keajaiban kaabah yang perlu diketahui

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber: http://www.lloveislam.com/

16 April 2013

Arah Tanda Kiblat

Inilah bangunan adalah Baitulallah (rumah Allah) yang dijadikan kiblat untuk umat Islam mengadapnya (bukan menyembahnya) semasa melaksanakan ibadah solat. Bangunan yang dinamakan Kaabah.... ianya tidak besar dan tidak juga kecil, sedang-sedang sahaja. Bagi umat Islam yang berada jauh dari Tanah Arab, bangunan ini hanya dapat dilihat di dalam foto atau di atas sejadah sahaja. Tetapi ianya sangat tidak sama apabila kita berdepan sendiri denganya. 

Walaupun ianya adalah salah sebuah bangunan yang ada di dalam dunia ini, tetapi bangunan ini merupakan pusat graviti kepada dunia ini. Melihatnya seperti melihat kembarnya di langit ke7, iaitu Baitul Makmur yang sekarang ini didiami oleh baginda Nabi Ibrahim as bersama dengan anak-anak kecil yang belum baligh yang meninggal dunia semasa kecil. 

Tidak dapat saya nyatakan perasaan saya kali pertama melihat Kaabah, antara percaya dengan tidak. Tetapi kerana terlalu bimbang takut tidak nampak Kaabah pertama kali memasuki Masjidil Haram bersama ayah dan emak saya pada tahun 2006, apabila ayah saya berkata - itu dia Kaabah, saya kata pada ayah, tak nampak pun ayah, dan ayah saya jawap semula mana nak nampak jangan duduk belakang tiang. Dan apabila saya beralih tempat tu dia tersergam dengan gahnya di depan mata.

Pada kunjungan saya pada tahun 2011, saya sempat (dengan izin Allah) membawa emak untuk memegang Kaabah. Dan tidak tahu bila pula saya dapat melihat dan memegangnya semula.....

15 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Di Halaman Masjidil Haram


Di  hari akhir-akhir kami di sini, seperti juga di Madinah saya memaklumkan kepada emak untuk bersolat sunat di dataran Masjidil Haram sahaja. Solat-solat lain kami masih lagi melaksanakannya di dalam Masjidil Haram, hanya kini kaum wanita tidak dibenarkan bersolat di tingkat 1 di mana kita boleh/ berpeluang memandang Kaabah.

Untuk solat di dalam Masjidil Haram, kaum wanita diarah untuk bersolat di tingkat bawah, kawasan yang sangat luas dan sangat selesa kerana hanya untuk wanita sahaja. Kalau bernasib baik kita mungkin akan dapat tempat di kawasan belakang tingkat 1, tetapi masih lagi tidak dapat memandang Kaabah. Kalau tidak silap saya 2 kali saya, emak dan sahabat dapat solat di sini tetapi semakin hampir masuk waktu, semakin itulah jemaah datang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit.

Lain kisahnya kalau bersolat di halaman, kawasan yang sangat luas di sekeliling Masjidil Haram, kita boleh pilih di mana nak solat, di sini juga kawasan solat lelaki dan wanita diasingkan, walaupun masih ada lagi pasangan yang cuba bersolat bersama, tetapi pegawai bertugas mengarahkan jemaah lelaki beredar dari sini. Kalau dulu semasa tahun 2006, menjadi pemandangan biasa apabila lelaki dan wanita bercampur baur dalam 1 saf, tetapi kini keadaan semakin tersusun dan teratur.

Beginilah tenangnya kawasan halaman Masjidil Haram setiap kali selepas selesai waktu solat. Melihatkan foto ini, saya terasa macam nak terbang je ke sana..... 

Sejurus sebelum azan subuh berkumandang, jemaah wanita dan mula ramai, dan masa ini jika untuk mencari ruang untuk solat agak sukar sedikit terutamanya yang datang berkumpulan kerana jika ada pun ruang untuk seorang dan di celah-celah saf. Untuk kawan-kawan yang akan ke sana nanti tidak mengapa kalau kita pergi awal sedikit untuk keselesaan dalam mengerjakan ibadat.

Bilalah lagi saya akan kembali ke sini? semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki agar setiap tahun paling kurang sekali saya akan kembali... Ameen

14 April 2013

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)

Setelah Nabi Ismail as bersetuju untuk membantu ayahnya Nabi Ibrahim as membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim as bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim as menyusun naik batu sementara Nabi Ismail as pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail as, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim as dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim as meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim as sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim as sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim as itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27). itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja- kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

13 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Mekah dan Masjidil Haram Dalam Pembinaan

Semasa saya berada di tanah suci Mekah pada bulan Mac 2013 yang lalu, permandangan yang jelas saya lihat adalah pembangunan dan pembinaan berada di mana-mana. Sekiranya anda berdiri di pintu masuk utama Masjidil Haram (Pintu King Abdul Aziz) dan anda berpusing 360 darjah anda mendongak ke atas dan anda akan lihat kren-kren berceracak di sekeliling anda.

Kren-kren ini saya umpamakan sebagai indikator pembinaan kerana setiap pembinaan akan memerlukan kren bagi pelbagai fungsi.

Dari dataran Kaabah sekalipun akan akan melihat kren-kren yang tinggi sedang bergerak di pelbagai arah.

Entah bila agaknya pembinaan-pembinaan ini akan tamat. Semoga segalanya siap dibina sebelum musim haji yang akan datang kerana di musim haji umat Islam akan berhimpun dalam skil yang sangat besar.

Naun begitu saya sedari bahawa pembinaan-pembinaan adalah untuk kemudahan dan keselesaan uamat Islam juga.

12 April 2013

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) :"Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

11 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Tawaf dan Saie Umrah

Umrah Mac 2013 yang lalu saya dan emak mengikutinya selama 12 hari, boleh dikatakan jemaah umrah yang berada di kedua-dua kota memang ramai, sukar juga untuk mendapatkan ruangan solat di dalam masjid-masjid yang kami lawati. Semasa tawaf dan saie juga jemaah memenuhi ruang-ruang berkenaan. Setelah berbincang dengan emak, saya mencadangkan supaya emak melakukan tawaf dan saie umrah dengan mengupah seseorang untuk menolak mak dengan menggunakan kerusi roda. 

Memandangkan pergerakan kami tidak sama, jadi saya terpaksa berpisah dengan emak. Mengikut kata Ustaz - mutawif kami, biasanya kerja tawaf dan saie yang diupah akan disempurnakan dengan cepat sekali. Tawar pertama saya lakukan dengan seorang sahabat baru iaitu Faezah dan ibunya.

Faezah dengan ibunya selepas kami sempurna melaksanakan tawaf umrah kami yang pertama. Masa ini sudah tengah malam. Namun begitu jemaah masih lagi terlalu ramai dan keadaan di hadapan Kaabah agak sesak juga.

Emak sedang berehat sambil penunggu Pak Arab untuk menolak emak mengerjakan tawaf dan saie umrah yang ketiga. Kali ini saya menyertai emak kerana kali saya terseliuh akibat terpijak lubang semasa balik dari solat subuh. Rupanya kita boleh melaksanakan tawaf dan saie dengan mengupah orang walaupun keadaan kita sihat walafiat. Patutlah dari dulu lagi saya pernah melihat ramai orang yang sihat walafiat mengubah orang menolak mereka.

Bersaie bersama-sama dengan jemaah dari pelbagai negara. Saya selalu melaksanakan saie seorang diri dan biasanya saya lakukan di tingkat bawah, di mana tingkah bawah adalah merupakan tingkat yang paling ramai pengunjung. Kali ini saya mengambil masa yang lama iaitu hampir setengah jam juga untuk menyempurnakan saie 7 kali dari Safa ke Marwah. Kalau dulu pada tahun 2006 saya mampu menyempurnakannya dalam masa 15 minit sahaja. Maklumlah usia pun dah meningkat......

Sambil berehat saya merakamkan gambar saya di Bukit Safa sebelum meneruskan saie yang seterusnya. Pada kali pertama saya ke sini, Bukit Safa ni tidak dikepung, oleh itu ramai orang yang memanjat dan duduk-duduk di atas batunya. Kini bukit ini telah dikepung dengan cermin.

23 February 2013

Misteri Kaabah Yang Menggegarkan NASA

Manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan, Neil Amstrong telah membuktikan kepada dunia bahawa Kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Dan fakta ini telah diteliti melalui sebuah kajian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi dati kapal angkasanya Apollo 11, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Namun para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dan mereka terus mengumumkannya secara rasmi di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website mengenai perkara tersebut telah hilang/ dipadamkan di mana ianya seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi di sebalik penghapusan kandungan website tersebut. Tentu ada sesuatu yang amat tidak disenangi oleh pihak tertentu mengenai kebenaran yang didapati dari pengembaraan ini.

google+earth+ +kaabah,+mekkah Misteri Kaabah Yang Menggegerkan NASA
Pun begitu ada pihak-pihak yang  melakukan penelitian lebih lanjut mengenai kenyataan para astronot tersebut dan ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang  mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak ada pengakhirannya), hal ini terbuktikan bahawa ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berterusan ujud/ ada. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah (Baitulallah) di planet Bumi dengan Kaabah (Bailtulmakmur) di alam akhirat (syurga).

Jom kita menjelajah secara minda ke kutub utara dan selatan. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang dinamakan sebagai ‘Zero Magnetism Area’, iaitu kawasan di mana apabila kita menggunakan kompas, jarum kompas tidak akan bergerak sedikit pun kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua-dua kutub. Di manakah tempat itu? Ramai yang mempercayai bahawa kawasan itu adalah di Kota Mekah.

Itulah sebabnya jika seseorang itu tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita sedang charge berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di Barat (di mana agaknya?), ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem cerekawala kita. Kesahihan ini belum dapat disahkan lagi... saya juga masih tercari-cari di mana agaknya musium tersebut.. jika ada yang memakluminya bolehlah updatekan artikel ini.

Masih ingatkan anda akan sebuah hadis di mana sabdanya, Rasulullah SAW: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

P/S Saya tiada maksud yang membawa cerita dongeng, hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dan pencetus idea, manalah tahu esok-esok lahirnya para astronot muslim yang boleh menghantarkan foto-foto rahsia alam dan cekrawala kepada dunia sejagat.

Asronot Wanita India Buktikan Kebenaran Cerita Neil Armstrong Tentang Kota Bercahaya

Satu pesanan pendek tersebar mengenai berita kemasukan Islam oleh Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu. Berita seperti ini bukanlah pertama kali di mana sebelum ini astronot pertama ke bulan yangberasal Amerika Syarikat iaitu Neil Armstrong juga pernah diberitakan memeluk agama Islam sekembalinya dia dari bulan.

Adakah berita ini benar atau sebaliknya? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak menyukai dengan berita ini. Lalu disebarkan pula berita yang disiarkan adalah berita bohong.

Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.

Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang sangat aneh di mana semasa menuju ke bumi beliau terlihat suatu permandangan aneh. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap gulita, ada pula sebahagian kecil bumi yang nampak terang benderang seperti bercahaya. Kawasan tempat bercahaya itu adalah MEKAH dan MADINAH seperti di gambar setelit di bawah.



Sunita mengatakan, pemandangan dari atas kelihatan seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya beliau di mana dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah.

Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya di bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah. Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap suara Azan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan kebenaran kepada Astronout ini? Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.

Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia mendengar sebuah suara yang kemudiannya dia mengenalinya sebagai SUARA AZAN. Tepatnya semasa Neil diundang ke seminar di Universiti Kaherah, Mesir, untuk menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan masuknya waktu solat, moderator menghentikan persembahannya untuk mendengarkan azan. Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa mendarat di bulan.”

Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah seorang profesor di universiti itu mengetahui tentang Islam. Hasilnya tidak lama setelah itu, dia pun menjadi muallaf.

Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan benar-benar menjadi polemik di beberapa masyarakat. Tetapi bagi kita umat muslim, kita tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar.

Kita tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat kita dan dunia.

Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam setelah kembali dari bulan, hamua Allah sahaja yang maha mengetahui, apa yang boleh dilakukan oleh kita hanyalah berharap agar Allah Swt telah memberikan hidayah kepada mereka.

Bagaimanapun juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan berita ini. Padahal jika Allah menghendaki kejadian terdengarnya suara azan di bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana seperti yang Allah firmankan di akhir surah Yasin jika ia mengkehendaki sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia. Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga seluruh dunia.

Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai "agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang miskin", atau apapun tuduhannya, tetapi semakin hari semakin ramai yang memeluk agama suci ini dan rata-rata mereka berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.

Walallahualam.... saya cuba mencari berita terkini Sunita tetapi tiada ....

09 October 2012

Kisah Kaabah, Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail

Kaabah dan persekitarannya beberapa ratus tahun dahulu.
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya: Mula-mula perempuan yang mengambil (memakai) ikat pinggang, ialah ibu Nabi Ismail, diambilnya ikat pinggang supaya hilang jejaknya oleh Sarah. Kemudian Nabi Ibrahim a.s membawa Ibu Ismail dan anaknya yang masih menyusu, lalu di tempatkannya dekat perumahan Bait (Kaabah), di bawah pohon Dauhah di tepi bakal sumur Zamzam, di perumahan masjid. Waktu itu tidak ada seorang pun yang tinggal di Mekah dan di situ air pun tidak ada. Nabi Ibrahim lalu menempatkan keduanya di sana dan diletakkannya di sisi keduanya sebuah tempat makanan yang berisi kurma dan sebuah tempat minum yang berisi air.

Kemudian Nabi Ibrahim berangkat. Ibu Ismail lalu mengikutinya sambil berkata: “Hai Ibrahim! Tuan hendak kemana? Sampai hatikah tuan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak pula ada sesuatunya di sini”. Diucapkannya perkataan itu berulang-ulang. Nabi Ibrahim tiada menoleh. Kata ibu Ismail kepadanya: “Tuhankah yang menyuruh tuan berbuat begini?” Jawab Ibrahim: “Ya!” Katanya: “Jika begitu, Tuhan tiada akan mensia-siakan kami’. Kemudian ibu Ismail kembali dan Ibrahim pun terus berjalan.

Kaabah dan persekitarannya kini
Ketika ia berada di Saniah, di tempat yang kira-kira tidak kelihatan oleh ibu Ismail, Ibrahim menghadap ke arah Bait, kemudian ia berdoa dengan beberapa kalimat, sambil mengangkat kedua tangannya. Doanya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di dekat Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Supaya mereka tetap mengerjakan solat. Sebab itu, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan berilah buah-buahan, menjadi rezeki mereka, mudah-mudahan mereka berterima kasih!”

Kemudian ibu Ismail menyusukan anaknya dan meminum air yang disediakan itu. Ketika air yang dalam tempat air itu habis, ia dan anaknya merasa haus. Ketika ia memandang anaknya membalik-balik, ia pun pergi kerana tak sampai hati melihat anaknya. Maka dilihatnya bukit Safa paling dekat kepadanya. Lalu ia berdiri ke sana dan menghadap ke lembah, kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tidak melihat seorang juapun. Ia turun dari Safa. Ketika ia di lembah, diangkatnya tepi bajunya, kemudian ia berjalan cepat-cepat seperti perjalanan orang kecemasan, sampai ia melalui lembah. Kemudian ia tiba di Marwah, lalu ia berdiri di situ dan melihat kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tiada melihat seorang jua pun. Dilakukannya yang demikian sampai tujuh kali. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Kerana itulah , orang haji mengerjakan Saie di antara Safa dan Marwah”.

Ketika Ibu Ismail berada di Marwah, ia mendengar suara, lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: “Dengarlah!” Kemudian ia berhati-hati mendengarkannya, maka didengarnya pula suara itu. Ia berkata: “Sesungguhnya engkau telah memperdengarkan suara, adalah kiranya pertolongan dari sisi engkau”. Tiba-tiba di situ ada malaikat dekat tempat Zamzam lalu ia menggali dengan tumitnya atau dengan sayapnya sehingga keluarlah air. Ibu Ismail lalu membendungnya dengan tangannya begini: Ia menyauk air itu untuk mengisi tempat airnya, dan air itu pun terus menyembur sesudah disauk.

Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Mudah-mudahan Tuhan mengasihi ibu Ismail! Jika dibiarkannya Zamzam, atau tidak disauknya air itu, sesungguhnya akan menjadi mata air yang mengalir.” Sabda beliau: “Ibu Ismail lalu minum dan menyusukan anaknya. Malaikat berkata kepadanya: “Janganlah engkau takut akan binasa! Sesungguhnya di sini Baitullah yang bakal dibangun oleh anak ini dan ayahnya, dan sesungguhnya Tuhan tiada akan menyia-nyiakan penduduk tempat ini.” Dan tinggi Baitullah itu dari tanah sebagai longgokan tanah, yang dilanda oleh banjir di sebelah kanan dan kirinya.

Demikianlah keadaan perempuan itu, sehingga lalulah serombongan dari suku Jurhum yang datang dari jalan Kada’, lalu mereka itu berhenti di hilir Mekah. Mereka melihat burung berputar-putar di udara, lalu mereka berkata: “Burung ini berputar di atas air”. Sebenarnya kita di lembah ini menemui tempat yang di situ ada air. Mereka lalu mengirim seorang atau dua orang utusan. Tiba-tiba utusan itu menemui air, segera mereka kembali dan terus dikhabarkannya pada mereka (kawannya) bahawa di situ ada air. Lalu mereka berkata: “Adakah engkau mengizinkan kami tinggal di tempatmu?” Jawab perempuan itu: “Ya, tetapi kamu tiada berhak atas air itu!” Kata mereka: “Ya, baiklah!” Ibu Ismail menerimanya dengan baik, kerana dia ingin ada orang lain bersama dia. Mereka lalu tinggal di situ bersama-sama dengan keluarga mereka, sehingga terjadilah beberapa rumah tangga mereka, sedang Ismail telah agak besar (hampir dewasa). Ia mempelajari bahasa Arab dari mereka. Ia amat dikasihi mereka.

Ismail amat menarik dan mengagumkan mereka, ketika itu umurnya hampir dewasa. Mereka mengahwinkan Ismail dengan seorang perempuan di antara mereka, dan ibu Ismail pun meninggal. Sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi Ibrahim melihat anak isteri yang ditinggalkannya, tetapi beliau tiada menemui Ismail. Ibrahim lalu bertanya pada isteri Ismail dari hal keadaannya. Kata isteri Ismail: “Ia pergi mencari keperluan kami”. Kemudian Ibrahim menanyakan dari hal penghidupan dan keadaan mereka. Kata perempuan itu: “Kami dalam keadaan sengsara, kami dalam kesempitan dan kesusahan”. Ia mengadukan halnya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: “Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya dan katakanlah baginya supaya diubahnya bingkai pintunya”. Setelah Ismail datang, seolah-olah ia merasakan sesuatu, lalu ia bertanya: “Adakah orang yang datang kepadamu?” Jawabnya: “Ya, ada orang tua datang kepada kami, lalu saya bercerita kepadanya. Ditanyakannya bagaimana penghidupan kita lantas saya ceritakan bahawa sesungguhnya kita dalam kepayahan dan kesusahan”. Kata Ismail: “Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau?” Jawabnya: “Ya, disuruhnya saya menyampaikan salam kepada engkau dan dikatakannya: Ubahlah bingkai pintumu!” Kata Ismail: “Itulah ayahku! Sebenarnya ia menyuruh saya supaya menceraikan engkau. Kembalilah engkau kepada keluarga engkau!” Ismail pun mentalaknya.

Kemudian ia kahwin dengan perempuan lain. Setelah beberapa lama Ibrahim datang kembali, tetapi tidak juga menemui Ismail. Ia lalu masuk ke rumah isteri Ismail, dan ditanyakannya dari hal Ismail. Kata perempuan itu: “Ia pergi mencari keperluan kami!” Kata Ibrahim: “Bagaimana keadaanmu?” Ditanyakannya hal penghidupan dan keadaan mereka. Jawabnya: “Kami dalam keadaan baik dan lapang”. Dan perempuan itu pun memuji Tuhan. Tanya Ibrahim: “Apakah makananmu?” Jawabnya: “Daging”. Tanya beliau: “Apakah minumanmu?” Jawabnya: “Air”. Doa Ibrahim:”Wahai Tuhan, berilah kiranya keberkatan untuk mereka mengenai daging dan air!” Nabi s.a.w bersabda: “Ketika itu belum ada di situ tanaman yang berbiji.

Sekiranya mereka mempunyai, nescaya Nabi Ibrahim mendoakan keberkatannya. Maka yang dua itu (daging dan air) di negeri lain dari Mekah biar pun ada, tetapi tidak sesuai untuk jadi makanan pokok. Kata Nabi Ibrahim: “Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya, dan suruhlah ia supaya menetapkan bingkai pintunya!” Ketika Ismail datang, ia bertanya: “Adakah seorang yang datang kepadamu?” Jawab isterinya: “Ada! Datang kepada kami seorang tua yang baik keadaannya”. Dan perempuan itu pun memujinya. “Ia menanyakan tuan pada saya dan menanyakan bagaimana kehidupan kita, lalu saya ceritakan, bahawa sesungguhnya kita dalam keadaan baik”. Kata Ismail: “Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau’?” Jawabnya: “Ada! Disuruhnya sampaikan salam kepada tuan dan disuruhnya supaya menetapkan bingkai pintu tuan”. Kata Ismail: “Itulah ayahku dan engkaulah yang dikatakan bingkai pintu. Beliau menyuruh saya supaya tetap beristerikan engkau”.

Beberapa masa kemudian sesudah itu Ibrahim datang kembali dan didapatinya Ismail sedang meruncing anak panahnya di bawah pohon Dauhah, tidak jauh dari Zamzam. Setelah ia melihat ayahnya, ia berdiri menemuinya. Keduanya lalu berpelukan sebagaimana diperbuat seorang ayah dengan anaknya dan anak dengan ayahnya. Kemudian Nabi Ibrahim berkata: “Hai Ismail! Sesungguhnya Tuhan memerintahkan satu perintah kepada saya” Jawab Ismail: “Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!” Kata Ibrahim: “Mahukah engkau menolong saya?” Jawab Ismail: “Saya bersedia menolong ayah”. Kata Ibrahim: “Sesungguhnya Tuhan memerintahkan kepada saya supaya saya mendirikan Baitullah di sini”, Ia menunjuk kepada tumpukan tanah yang tinggi di sekelilingnya. Sesudah itu keduanya meninggikan (memasang) asas Bait (Kaabah). Nabi Ismail membawa batu dan Nabi Ibrahim memasangnya. Setelah pasangan itu tinggi Ismail membawa batu (untuk berpijak Ibrahim). Ibrahim lalu berdiri di atasnya untuk memasang dan Ismail menunjukkan batu. Kata Nabi: Keduanya meneruskan pembangunan sampai selesai, lalu berputar sekeliling Kaabah, mengucapkan: “Wahai Tuhan kami! Terimalah kerja kami. Sesunguhnya Engkau mendengar lagi mengetahui!”

Sahih Bukhari Jilid 3. Hadith Nombor 1475.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

19 February 2012

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber: http://www.zaidimokhtar.com/

01 December 2011

'MENGETUK PINTU ALLAH سبحانه وتعالى'


Abdullah bin Mas'ud ra berkata:

مَا دُمْتُ فِى صَلَاةٍ فَأَنْتَ تَقْـرَعُ بَـابَ الْمَلِكِ، وَمَـنْ يَقْـرَعْ بَـابَ الْمَلِك يُفْتَـحُ لَـهُ

"Selagi kamu mengerjakan sholat, kamu sedang mengetuk pintu Allah سبحانه وتعالى dan barangsiapa mengetuk pintu Allah pasti akan dibukakan".

Sesungguhnya bagi setiap hati ada saat-saat dan semangat, juga ada saat-saat lemah dan malas. Maka manfaatkanlah dgn beramal sebaik-baiknya tatkala ia giat dan semangat, kemudian istirahatkanlah tatkala ia lemah dan malas Kata Abdullah bin Mas'ud ra (Abu Nu'aim dlm kitab Al-Hilyah 1/130).

اَلـسَّاجِدُ يَسْجُـدُ عَلَـى قَدَمِيَ الله تَعَـالٰى

"Orang yg sujud itu adalah seolah-olah sujud di bawah kaki Allah سبحانه وتعالى.

Jika kamu ingin Allah سبحانه وتعالى berbicara dgnmu, maka bacalah Al-Quran. Jika kamu ingin berbicara kpd Allah, maka sholatlah, sedekat-dekat kamu dgn Rabbmu adalah ketika kamu sholat, sedekat-dekat kamu dgn Rabbmu saat sholat adalah ketika kamu sujud. Jika kamu mengetuk pintu Allah سبحانه وتعالى diwaktu sujud, utk memohon hajatmu, sedang Allah adalah Mahamulia, Maha Mengabulkan doa hamba-Nya, yg Maha belas kasih, maka keadaan itu sangat dekat utk dibukakan bagimu, bergembiralah dan bersujudlah pada-Nya.

Gunakanlah sebaik-baiknya untuk beramal dan beribadah kpd Allah swt tatkala hati sedang merasa giat dan bersemangat. Hati yg demikian bagaikan bumi yg sedang subur dgn aliran air dari langit. Ia akan menumbuhkan dan menyuburkan setiap tanaman yg ada diatasnya.

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Allah tdk memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yg diberikan Allah kpdnya. (Orang-orang yg dlm kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"". Ayat 7: سورة الطلاق"

Tetapi apabila hati sedang malas dan tak bergairah, maka istirahatkanlah ia dari berbagai aktiviti dan beban, dan jgnlah engkau paksakan, kerna dlm keadaan demikian, ia bagaikan bumi yg sedang kering dari air, dan tandus. Ia tdk dpt menerima tanaman apa pun yg diberikan kpdnya.

Rasulullah saw pun kadang-kala mengalami saat-saat demikian. Oleh kerna itu, beliau sentiasa beristighfar kpd Allah setiap hari tdk kurang dari seratus kali.

وَأَدْعُو رَبِّي عَسَى أَلا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا

Dan aku akan beribadat kpd Tuhanku dgn ikhlas; mudah-mudahan aku dgn ibadatku kpd Tuhanku itu tdk menjadi hampa . >: Ayat 48: سورة مريم

Dlm serbuah kisah diceritakan; suatu ketika beliau (Rasulullah) menemukan seutas tali yg terbentang didlm masjid, maka beliau pun menanyakan tentang tali itu. Dan ternyata diketahui jawabannya, bahawa tali itu adalah yg digunakan sandaran oleh Zainab Umul mukminin tatkala ia tlh mengalami kelelahan dan kemalasan dlm sholat malamnya. Dgn tujuan agar ia dpt tetap melakukan sholat malamnya.

Maka seketika itu, Nabi pun mengatakan, "Lepaskanlah tali itu" Yakni; beliau melarang seseorang berbuat berlebihan dan memaksakan diri. Beliau menghendaki agar seseorang melakukan sholat malam tatkala hati sedang giat, dan apabila malas dan lelah, maka hendaklah beristirahat dan tidurlah. Kerna Allah tdk memerintahkan dan membebani kepada seseorang kecuali dengan kemampuan.

"Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat". Ayat 8: سورة الأعلى

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~