Showing posts with label Opick. Show all posts
Showing posts with label Opick. Show all posts

01 October 2013

Lagu: Labbaikal Allahumalabaik - Opick

Bulan haji (Zulhijjah) dah tiba lagi . . .  tahun ini adik saya Azman dan isterinya Aziah telah menerima jemputan Allah untuk ke sana. Alhandulillah sudah 6 hari mereka di sana dan hari ini kami menerima berita mereka dalam keadaan sihat wal afiat. Saya mendoakan setiap hari semoga Allah mempermudahkan segla urusan dan ibadat mereka di sana, dikurniakan kesihatan yang terbaik semoga mereka berdua berjaya untuk melaksanakan ibadat ini. Setiap kali melihat TV menyiarkan apa sahaja mengenai haji saya terasa hiba dan sayu kerana saya tidak tahu bila agaknya Allah nak jemput saya lagi ke sana. Memang rasa rindu - sedangkan saya baru saja mengunjungi Mekah dan Madinah pada bulan Mac yang lepas tetapi mengerjakan haji dan umrah memang berbeza. Semoga saya berpeluang lagi untuk ke sana. Insya Allah... ameen.

10 July 2013

Lagu: Ramadhan Tiba - Opick

Hari ini semua muslimin dan muslimat di Malaysia mula berpuasa.... malam tadi adalah solat tarawikh pertama.... saya tidak dapat untuk ke surau atau ke masjid kerana saya tidak berapa berani dan tidak berapa suka keluar malam, namun begitu saya mendirikan solat sunat tarawih dan witir di rumah sahaja. Semoga di terima oleh Allah swt.

Sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada semua rakan-rakan beragama islam di seluruh pelusuk dunia....

03 March 2012

Lagu : Ubat Hati (Opick)



Saya suka senikatanya... penuh makna yang perlu diteliti. Jika suci hati, maka bahagialah hidup empunyanya.