Showing posts with label Iskandar Zulkarnain. Show all posts
Showing posts with label Iskandar Zulkarnain. Show all posts

16 February 2014

Fitnah Ya’juj dan Ma’juj

islam gog magog eurasia 490x326 Fitnah Ya’juj dan Ma’juj
SEBAGAIMANA yang telah kita ketahui bersama bahwa Ya’juj dan Ma’juj adalah sosok manusia yang akan keluar di akhir zaman dari kurungan yang di buat oleh Nabi Zulkarnain. Ya’juj dan Ma’juj di indentikkan dalam al-Quran sebagai manusia yang membuat kerusakan di muka bumi, sebagaimana di jelaskan dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 94: Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?”

Maka dari ayat di atas dapat diambil sebuah analisa tentang perkataan fasad yang di tujukan kepada Ya’juj dan Ma’juj sebagai sekelompok manusia yang mengabaikan tuntunan ilahi dalam kehidupannya. Jika manusia masih percaya kepada tuhan tentu ia akan mengikuti aturan ilahi dalam kehidupannya. Maka dari sinilah penulis mengambil sebuah kesimpulan bahwa Ya’juj dan Ma’juj merupakan manusia yang tidak bertuhan atau dalam istilah ilmiah disebut dengan atheisme. Sehingga fitnah Ya’juj dan Ma’juj di akhir zaman digambarkan dalam al-Quran sebagai peringatan kepada umat manusia. Jika Ya’juj dan Ma’juj keluar mereka akan membawa fitnah kepada manusia. Sehingga umat Islam akan berperang melawan Ya’juj dan Ma’juj di akhir zaman.

Fitnah atheime inilah yang dibawa oleh ya’juj dan ma’juj keseluruh penjuru dunia, dengan kekuasaan dan kekuatan Ya’juj dan Ma’juj memaksakan kehendak mereka kepada seluruh umat manusia baik Yahudi, Kristen, Islam dan lain-lain. Sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran surah al-Ambiya ayat 96: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.”

Apabila tembok Ya’juj dan Ma’juj telah terbuka maka mereka akan menyebar ke seluruh tempat yang tinggi. Ibnu Katsir menjelaskan maksudnya adalah Ya’juj dan Ma’juj akan membawa kerusakan dengan sangat cepat ke seluruh penduduk bumi. Sehingga hampir seluruh manusia menimpa fitnah Ya’juj dan Ma’juj. Maka tidak ada kerusakan yang paling besar selain fitnah atheisme. Sebuah fitnah yang menjadikan manusia kekal sebagai penghuni neraka. Fitnah atheisme menjadikan manusia tidak mengakui tuhan dalam kehidupan atau lebih mudahnya dikatakan sebagai tatanan dunia tak bertuhan.

Ada pun fitnah atheisme yang dibawa oleh ya’juj dan ma’juj adalah sistem sekulerisme yang diterapkan saat ini ke seluruh penjuru dunia tidak ada satu negara pun yang bisa menghindar dari fitnaj Ya’juj dan Ma’juj teresebut. Sekulerisme adalah sebuah tatanan dunia yang tidak mengakui tuhan dalam mengatur kehidupan manusia. Sehingga lahirlah anak turunan dari sekulerisme seperti dalam bidang ekonomi disebut dengan kapitalisme dan sosialisme, sedangkan dalam bidang politik disebut dengan demokrasi. Sistem demokrasi adalah sistem yang tidak mengakui tuhan dalam mengatur kehidupan manusia, sehingga dalam sistem demokrasi kedaulatan dan kekuasaan tertinggi berada di tangan rakyat bukan Allah SWT. Rakyat yang berhak menentukan aturan hidup manusia melalui wakil-wakilnya di parlemen. Jika parlemen menetapkan hukum zina suka sama suka adalah halal maka menjadi halal ia sehingga masyarakat yang melanggarnya bebas hukuman. Inilah fitnah Ya’juj dan Ma’juj yang telah tersebar ke seluruh penjuru dunia, sehingga menyebabkan manusia menjadi pengikut ya’juj dan ma’juj tanpa di sadari.

Dari abu said al-Khudri dari Rasulullah beliau bersabda, Allah berfirman wahai Adam lalu Adam menjawab aku sambut panggilan mu ya Allah, dan dengan bahagia aku menerima perintah mu segala kebaikan berada di tangan mu. kemudian Allah berfirman: keluarkanlah pasukan ahli neraka. Adam bertanya apakah pasukan ahli neraka itu? Allah berfirman 1000 ada 999 yang masuk neraka maka ketika itu anak-anak kecil rambutnya mendadak beruban, setiap yang hamil melahirkan kandungannya dan kamu lihat manusia sama mabuknya padahal mereka tidak mabuk melainkan hanya azab Allah itu pedih. Para sahabat bertanya wahai rasulullah bagaimana posisi kita kalau yang bukan pasukan neraka itu hanya satu orang di antara seribu orang? beliau menjawab bergembiralah karena di antara kamu hanya seorang yang masuk surga sedangkan dari ya’juj dan ma’juj seribu orang yang masuk neraka (sahih Bukhari).

Hadis di atas menjelaskan tentang keadaan manusia di saat tembok Ya’juj dan Ma’juj telah hancur kemudian mereka menyebar ke seluruh penjuru dunia dengan membawa fitnah yang sangat besar. Sehingga hampir semua manusia menjadi penghuni neraka kecuali hanya sedikit saja yang terbebas dari fitnah tersebut. Kemudian dalam hadis yang lain Rasulullah menjelaskan tentang fitnah ya’juj dan ma’juj yang akan menimpa bangsa Arab sebagaimana dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Zainab Binti Jahsh (isteri Nabi SAW), menjelaskan; “Nabi SAW bangun dari tidurnya dengan wajah memerah, kemudian beliau bersabda; “Tiada Tuhan selain Allah, celakalah bagi Arab dari kejahatan yang telah dekat pada hari kiamat, (yaitu) telah dibukanya penutup Ya`juj dan Ma`juj seperti ini!” beliau melingkarkan jari tangannya. (Dalam riwayat lain tangannya membentuk isyarat 70 atau 90), Aku bertanya; “Ya Rasulullah SAW, apakah kita akan dihancurkan walaupun ada orang-orang shalih ?” Beliau menjawab; “Ya, Jika banyak kejelekan.” (HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

Pada masa Rasulullah pintu ya’juj dan ma’juj telah terbuka tetapi hanya sedikit, Rasulullah membuat lingkaran jarinya. Sekarang kita telah melalui masa dari zaman rasulullah hingga sekarang sudah 1400 tahun, apakah kita masih saja berkeyakinan tembok ya’juj ma’juj masih belum runtuh. Dan apa yang dijelaskan tentang fitnah yang akan menimpa bangsa Arab benar-benar telah terjadi hari ini, lihatlah apa yang terjadi di Mesir, Palestina, dan Suriah, ini merupakan awal dari kehancuran bangsa Arab yang dilakukan oleh ya’juj dan ma’juj. Dan akan datang kehancuran yang lebih besar di masa yang akan datang sebagaimana nubuat Nabi SAW. [Zulfahmi, MA/Alumnus University of malaya]

Sumber: http://www.islampos.com/

Kamis 28 Zulkaedah 1434 / 3 October 2013 20:32

15 October 2012

Penemuan Bangsa Yakjuj dan Makjuj oleh Nasa - Benarkah?

Mengejutkan laporan yang disiarkan oleh Weekly World News mengenai penemuan Yakjud dan Makjuj (YM) yang dikurung oleh Iskandar Zulkarnain. Sememangnya bukanlah kurungan yang dibina oleh baginda dapat mengurung YM sepanjang masa, apabila tiba masanya YM akan terlepas juga dengan kehendak Allah. Ikuti berita yang dilaporkan dalam surat khabar tersebut. Kebenaranya hanya Allah yang Maha esa sahaja yang mengetahuinya.

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole" "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".

"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif di mana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)

"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.

"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.

"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar," (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Sumber : http://keindahansemalam.blogspot.com

02 March 2012

Kiamat: Rahsia Allah

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1. Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2. Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3. Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4. Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain. Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

Sumber: http://www.halaqah.net

24 October 2011

ALEXANDER THE GREATEST'S LAST WORDS

I got this from Lt Col Noor Sabrina, a friend of mine in HAT TM. I can't say are these last words a genuine one from him or fault one.

"Ice melts when heated"
"Eyes melt when hated"

Alexander, after conquering many kingdoms, was returning home. On the way, he fell ill and it took him to his death bed. With death staring him in his face, Alexander realized how his conquests, his great army, his sharp sword and all his wealth were of no consequence. He now longed to reach home to see his mother's face and bid her his last adieu. But, he had to accept the fact that his sinking health would not permit him to reach his distant homeland.

So, the mighty conqueror lay prostrate and pale, helplessly waiting to breathe his last. He called his generals and said, "I will depart from this world soon, I have three wishes, please carry them out without fail."With tears flowing down their cheeks, the generals agreed to abide by their king's last wishes. " My first desire is that", said Alexander, "My physicians alone must carry my coffin."

After a pause, he continued, " Secondly, I desire that when my coffin is being carried to the grave, the path leading to the graveyard be strewn with gold, silver and precious stones which I have collected in my treasury".

The king felt exhausted after saying this. He took a minute's rest and continued. "My third and last wish is that both my hands be kept dangling out of my coffin". The people who had gathered there wondered at the king's strange wishes. But no one dared bring the question to their lips.. Alexander's favorite general kissed his hand and pressed them to his heart. "O king, we assure you that your wishes will all be fulfilled. But tell us why do you make such strange wishes?"

At this Alexander took a deep breath and said: "I would like the world to know of the three lessons I have just learnt. Lessons to learn from last 3 wishes of King Alexander... I want my physicians to carry my coffin because, people should realize that no doctor can really cure any body. They are powerless and cannot save a person from the clutches of death. So let not people take life for granted. The second wish of strewing gold, silver and other riches on the way to the graveyard is to tell People that not even a fraction of gold will come with me. I spent all my life earning riches but cannot take anything with me. Let people realize that it is a sheer waste of time to chase wealth.

And about my third wish of having my hands dangling out of the coffin, I wish people to know that I came empty handed into this world and empty handed I go out of this world". With these words, the king closed his eyes. Soon he let death conquer him and breathed his last. . . .

LESSONS TO LEARN:

Remember, your good health is in your own hands, look after it.
Wealth is only meaningful if you can enjoy while you are still alive and kicking.
What you do for yourself dies with you but what you do for others, lives on. It is called "Legacy."


Happiness keeps you Sweet,
Trials keep you Strong,
Sorrows keep you Human,
Failures keep you humble,
Success keeps You Glowing,
But Only God keeps You Going!


Let me add something --> Friends keeps u live happily.