Showing posts with label Aksi Kucing. Show all posts
Showing posts with label Aksi Kucing. Show all posts

25 July 2016

Rewang Si Meow

Macam ni mereka bila saya pindahkan kibbles mereka ke dalam botol-botol dari plastik makanan yang besar. Mereka ramai-ramai berlonggok dan sama-sama menyebuk macam nak tolong.

Adik, Hero dan Tuah mengadap bekas makanan yang kosong tunggu untuk diisi.

Botol-botol yang dah sedia untuk diisi dengan makanan kering mereka.

Si Baby aka Abang memerhatikan mommy yang sibuk alihkan biskut., sementara tu Hero dan Zizi dah cuba biskut.

Mimi pula ambil tempat selepas Zizi dan Hero masih lagi makan

Keletah di meow saya yang ada kalanya rasa macam menyebuk dan ada kalanya macam menghiburkan.

Last Si Adik yang makan dan mungkin habiskan biskut yang ada.

22 July 2016

Kucing dan Kotak

Kucing memangnya tidak boleh dipisahkan dengan kotak kertas. Kotak-kotak ini umpamakan ruang permainan, tempat bersembunyi dan yang paling popular adalah tempat mereka mengasah kuku. Photo di atas dan di bawah adalah Oky yang memuatkan dirinya dalam kotak kertas A4.

Masa ni Oky masih anak kucing lagi dan dia akan rasa sangat selamat bila berada dalam kotak tersebut.

Yang ini adalah Jiji, kotak ini saya bawa dari pejabat untuk dijadikan tempat bermain mereka. Kotak ini diterbalikkan dan dia berdiri dengan megah di atasnya.

Saya lebih suka membuka kotak supaya mereka boleh bermain di dalamnya. Selalu juga ada di antara mereka yang menjadikan kotak tempat tidur. Jiji dalam kotak, Manakala Nini, Kiki dan Bujang mengintai dari luar.

Abnag dan Hero juga suka bermain dengan kotak, agaknya Hero harap Abnag keluar dari dalam kotak untuk dia masuk, tapi si Abang terus menerus duduk dalam kotak.

Abang masih menguasai kotak dan akhirnya Hero putus asa.

09 April 2016

Port Baru Miz Lulu

Letak saja balding cat yang dah dicuci bersih, Ms Lulu terus melompat masuk. Dasar baldi cat tu muat-muat untuk badan Lulu yang comel tu. Bila saya jenguk dia, terkebil-kebil mata dia dan seakan dia berkata "Lulu nak duduk kat sini la mommy" Tak sampai hati nak suruh dia keluar, jadi saya biarkan dia.

Lepas 10 minit saya jenguk lagi, Ms Lulu masih lagi selesa di dalam baldi tu. .  wah kacau kalau dia betul=betul jadikan port baru dia.

06 April 2016

Rehat Selepas Lunch

Disuatu waktu, masa tu adalah tengahari dan mereka dijamukan dengan makanan yang istemewa sedikit sempena menyambut ulang tahun hari lahir Mimi, Zizi, Jiji, Kiki dan Nini yang ke2 pada 12 Mac 2016 yang lalu.

Mereka sangat sukakan udang yang digoreng dengan sedikit minyak, tapi tak boleh kerap sangat sebabnya takut mereka dapat penyakit gout pulak.

Selepas semua dah kenyang maka bertaburan mencari tempat tidur menunggu dinner pulak.

09 February 2016

Bujang Nak Bawa Ke Mana Jubah Mommy Tuuuuu

Suatu pagi yang nyaman, hari Sabtu rasanya, saya keluarkan sehelai jubah yang saya beli di Mekah untuk disingkatkan. Elok-elok jubah tersebut dibentang ramai pula yang terus berbaring dengan selesa.

Lain halnya dengan si Bujang, dia terus menggigit hujung lengan jubah dan menggonggong dan mengheret jubah tersebut menuju ke dapur. Terkejut emak saya melihatkan aksi si Bujang. 

Bila dah sapai ke pintu menuju ke dapur, dia lepaskan jubah tersebut dan terus berbaring di atas jubah itu, rupanya dia nak kuasai keseluruh jubah tu untuk diri sendiri.

Namun keselesaan Bujang tidak lama, kerana Tuah Fitri dan Hero datang untuk berkongsi sama. Inilah gelagat anak-anak saya yang pantang bila saya bentangkan sesutu di atas lantai dalam sekelip mata mereka dan berkumpul. Apa nak buat biarkan je la....

08 February 2016

Jubah Mommy Jadi Sasaran

Macam yang saya pernah ceritakan dulu, kucing-kucing saya ni pantang jika kita bentangkan sesuatu di atas lantai, dengan segera mereka dan memilikinya dan tanpa segan silu terus berehat dan bersenang lenang di atasnya.

Itulah juga yang berlaku apabila saya nak pendekkan jubah yang saya baru beli. Bujang dan Hero yang merasmikannya siap Hero tidur dengan lena..

Bujang tentunya tidak puas hati kerana dia tak dapat duduk sepenuhnya di atas jubah itu.

Bujang sedang berfikir macam mana nak halau Hero dari jubah mommy. Kita tengok apa yang akan dilakukan oleh Bujang.

06 February 2016

Cak Cak Tak Nampak Hero


Hero dah besar dan dah bijak. Hero suka tidur atas katil dan bersembunyi di dalam selimut mommy. Kadang-kala tak sampai hati nak kejutkan Hero bila dia dah lelap. Besarnya biji mata Hero memerhatikan pergerakan mommy.

Mata dah kecil sedikit

Lagi kecil dan dia dah tersorok... Cak cak nampak tak Hero

Mata putih dan nak tutup mata hitam, tandanya Hero dah hampir nyenyak

Hero dah diulit mimpi. Masa ni belum lagi jam 10 malam... nampaknya tengah malam ada yang terpaksa melayan Hero bermain. Sapa yang jadi mangsa nanti.

05 January 2016

Kakak Tuah Ajar Hero Memanjat

Inilah kisah 2 ekor anak kucing saya Tuah Fitri (si kakak) dengan adiknya Hero. Walaupun bukan seibu sebapa kerana saya jumpa Tuah di Tangkak dan Si Hero di MITC Melaka tetapi keakraban mereka seperti adik-beradik.

Tuahlah menjadi idola Hero, kemana sahaja Tuah ada maka di situlah adanya Hero. Tuah si kakak yang sangat sayangkan Hero menjadikan Hero buat apa sahaja yang dibuat oleh si Tuah.

Kedua-dua mereka bukannya besar pun, saiz mereka kecil, memanjat pun selalu tak lepas. Tapi suatu subuh saya terkejut bila Tuah menunjuk ajar kepada Hero cara memanjat grill tingkap bilik saya. Tengok tu tersepit jadinya Hero dan menjerit bila saya pegang dia. Rasanya dia takut jatuh.

29 December 2015

Akhirnya Hero Terlena Jua

Dah besar si Hero, saiz badan dia hampir 2 kali ganda dari masa dia diambil dulu. Boleh dikatakan kesembuhan Hero cepat juga kerana kini dia dah boleh berlari laju, memanjat dan bergurau terutamanya dengan kakaknya Tuah dan abangnya Bujang..

Kalau saya duduk di sofa ini sambil menonton TV, terhegeh-hegeh Hero akan datang dan duduk di sofa yang sama. Dia ni memang pandai ambil hati kita dan pandai betul memanjakan diri.

Ada kalanya sampai kita terhempit dia pun dia tak kesah. Tak sampai hati bila melihat mata dia yang makin kuyu. 

Akhirnya saya yang akan mengalah dan biarkan dia tidur di sofa tersebut.

24 December 2015

Oky Vs Hero

Perasan tak Hero, sekecil bewarna oren. Saya perhatikan si Hero ni suka meniru kucing-kucing lain termasuk tidur di tempat kegemaran kucing-kucing tersebut. Foto atas menunjukkan Hero duduk sama seperti Oky tapi saiz Hero dan warna bulu yang berbeza.

Serupa je mereka ni, walaupun dalam keadaan sebenar Oky kurang senang dengan Hero.

20 December 2015

Hero Yang Manja

Ini adalah gambar Hero selepas sebulan saya ambil dia. Hero cepat menyesuaikan diri. Sebaik sahaja dia dah boleh berjalan (walaupun sedikit tempang), Hero dah jelajah rumah kami di setiap ceruk.

Yang paling Hero suka adalah bantal kucing ini yang diwarisi dari Si Comel. Semua kucing saya sukakan bantal besar ni. Dan kini Hero yang selalu berguling di atasnya, kadang-kala Oky dan Abang (Si Baby) juga akan tidur petang di atasnya.

Berbagai aksi Hero yang menunjukkan dia mula memanjakan dirinya dengan saya. Bila saya masuk bilik untuk mandi atau solat Hero, Abnag dan Tuah akan tunggu sehingga saya selesai.

Manjakan dia, terfikir oleh saya kenapa ada manusia yang sanggup buang anak kucing sekecil ini di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Bagaimana rasa hati mereka apabila suatu hari mereka terserempak dengan anak kucing yang dibuang mati di tengah jalan.

Tak pelah biarlah saya pelira dia. Sekarang ni pun kesihatan Hero dah banyak perubahan, hanya masalah kencing kotor dan susah nak buang air besar je. In Sya Allah lama-lama baiklah tu...

17 December 2015

Sibuk Nak Tolong Mommy Pendekkan Langsir

Gelagat yang memang tak berpisang dari mereka. Pantang dibentangkan apa sahaja maka mereka beramai-ramai akan duduk membersihkan diri masing-masing. Ada yang siap berguling-guling dan menutupkan muka dengan kain.

Langsir bilik tidur saya yang saya pinjam dari adik saya kenalah dipulangkan. Makanya saya pun belilah langsir yang siap dari pasar raya. Sayangnya langsir ni panjang dan saya bercadang untuk potong pendek sedikit. Bila bentang je langsir di lantai Acik dan Bujang terus membaringkan diri. 

Susah betul nak gunting dan jahitkan semula. Tak sampai hati nak halau mereka saya terpaksalah gunting dan jahit semasa mereka masih berada di atas langsir.

Selepas tu datang pulak si Tuah Fitri, tengok tu dia dah siap-siap nak bersihkan bulu dia. 

Macam puteri gelap yang cantik menawan.

Kemudian Si Adik pula menggantikan Tuah. Agaknya semua kucing memang suka kalau ada hamparan di atas lantai kot????