Showing posts with label 340 FBS. Show all posts
Showing posts with label 340 FBS. Show all posts

08 June 2015

Setelah Sekian Lama Kau Kami Tinggalkan

Lama betul kami semua meninggalkan rumah ini, rumah yang dibina atas penat lelah ayah, emak dan kami adik-beradik. Rumah yang kami jadikan tugu dan tempat perlindungan. Rumah inilah dulunya pernah riuh rendah dengan pelbagai suara dalam pelbagai nada. Maklumlah kami keluarga yang agak besar. (Foto atas belakang rumah)

Semuanya berubah apabila ayahanda yang sangat kami kasihi perbi meninggalkan kami, balik untuk menemui Pencipta yang maha agung dan maha kekal abadi. Mulanya kami terpaksa tinggalkan emak sendirian di rumah ini, tetapi apabila berlaku beberapa insiden makanya kami mengambil keputusan untuk bawa emak tinggal dengan sesiapa yang mak suka. (Foto belakang rumah)

Emak mula duduk dengan adik bungsu kami, Ainee yang mengajar di Tampin dan apabila Ain ditawarkan menjadi pensyarah IPG Temenggung Ibrahim, Johor awalnya mak ikut sama tetapi mungkin rumah KIP (flat) yang Ain diami buat emak kurang selesa sebab sukar nak turun naik. Jadi mak pun ikut saya balik ke Kuala Lumpur. 

Kasihankan emak saya berusaha untuk memohon balik bertugas ke mana-mana pejabat Kerajaan di Melaka. Alhamdulillah Allah swt menyampaikan hasrat saya tu dan pada 12 Mei 2015 saya melapurkan diri ke KPDNKK Melaka.

Saya, mak dan kucing-kucing saya yang 11 ekor pun berpindah ke Melaka dan mendiami semual rumah yang dibina oleh ayah yang telah kami tinggalkan lebih 3 tahun. Melihat rumah yang tidak terpelihara memangnya meruntun hati dan jiwa. Rumah yang besar ini tidak mampu untuk diuruskan oleh saya dan mak yang telah kekurangan tenaga dan upaya.

Atas hasil perbincangan bersama dengan adik-adik, keputusan dicapai untuk membaiki dan membersihkan kawasan rumah. Alhamdulillah adik saya Hj Adnan dengan pertolongan seorang pekerja dia telah mula membersihkan rumah ini mulai 1 Jun 2015 yang lalu. Adnanlah yang banyak berusaha dari membeli semua peralatan yang diperlukan sehingga meletakkan seorang pekerjanya di sini.
Cahaya rumah mula menyerlah dan kami percaya ianya akan terus bersinar seperti semula. In Sha Allah....

05 June 2015

Matahari Terbit di FBS

Kalau kat rumah saya di Ampang Selangor saya menyaksikan matahari membenamkan diri di kaki langit dan puncak bangunan, tapi kali ini di kampong saya, saya menyaksikan matahari terbit di hadapan rumah.

Melalui celah-celah pokok kayu cahaya matahari pagi menyengokkan diri. Cahaya yang kuat dan terik terasa sangat di dahi dan muka. Tapi inilah juga nikmatnya bangun pagi.

Langit yang masih berbalam kehitaman menjadikan semua benda kelihatan hitam dan kelabu. Kalau dulu semasa saya dalam Wataniah waktu-aktu begini pertahanan dan pengawalan lebih ketat kerana masa ini yang dipanggil stand-to ini merupakan masa penyusupan musuh ke dalam pangkalan kerana bias mata dengan cahaya dalam dua dimensi berbeza.

Mudah-mudahan saya, emak dan kucing-kucing saya betah dengan lokasi kehidupan baru kami.

15 February 2014

Kenduri

Adik Putih dah berani masuk ke bilik saya untuk makan bersama dengan Oky, Adik dan Baby. Di atas Adik Putih makan bersama dengan Baby dan Oky makan bersama dengan Adik.

Masa ini adalah breakfast di mana saya bagikan mereka makan wet food dari tin. Kali ini adalah udang dan sotong. Rupanya mereka semua sangat sukakan makanan ini.

Baby dah siap makan dulu dan dia sedang menghidu punggung Adik Putih untuk register bau dan masuk suku keluarga dia kot!!! 

Baby dan Adik dah sudah makan, sekarang ni hanya tinggal Oky dan Adik Putih, disebabkan sibuk menjamu selera, Oky tak perasan Adik Putih di sebelahnya.

Tengok tu siap berebut-rebut makanan.

Akhir sekali tinggal Adik Putih untuk membersihkan pinggan

09 February 2014

Salam Perkenalan Si Baby dan Adik Putih

Masuk hari kedua berada di kampong, hubungan antara Adik Putih dengan Si baby bertambah baik, mereka selalu bermain bersama. Namun hubungannya dengan Si Adik tidak rapat lagi, hanya ekor mengekor sahaja dan kadang kala kejar mengejar.

Adik Putih pula bukan jenis kucing yang takut pada manusia dan kucing lain. Dia masuk ke dalam bilik saya dan terus menerokai, sehinggakan menaikkan kemarahan Oky. Rupanya Oky ibu yang sangat protective terhadap anak-anaknya walaupun anak-anaknya lebih besar daripada Adik Putih.

Begitulah rapatnya mereka dah boleh duduk dalam kotak yang sama dan bermain salam-salam.

Keliling bilik mereka berkejaran dan biasalah bilik akan jadi berselerak dengan permainan mereka selepas itu.

Oky memerhatikan kedua-dua kucing ini mungkin bimbang anaknya Si Baby takut dicederakan.

24 January 2014

Emak dan Bapa Saudara

Masa balik kampong awal tahun ini, kami dikunjungi oleh ibu saudara dan bapa sandara saya sebelah ayah. Lama sungguh kami tak bertemu dan mereka kelihatan sihat-sihat sahaja.

Ayah ada ramai adik-beradik di kedua-dua pihak, iaitu datuk dan nenek. Ibu dan bapa saudara yang ini adalah di sebelah datuk saya yang bermukim di Kampung Bukit Senggeh.




15 January 2014

Amir dan Si Adik

Masa di kampong baru-baru ini (iaitu semasa tamat cuti sekolah yang panjang pada akhir tahun 2013 dan awal tahun 2014) emak, Ain, Amir dan saya balik kampong agak lama. Seperti biasa ahli keluarga saya iaitu Oky dan anaknya Si Baby dan Si Adik balik bersama. 

Sejak kelahiran 2 ahli baru ini, inilah pertama kali Si Baby dan Si Adik balik kampong. Amir yang juga sangat suka dan obses pada kucing tak lepaskan peluang untuk mengendong Oky, Si Baby dan Si Adik. Disebabkan SI Adik memang suka dikendong, makanya dia sangat serasi dengan Amir.

Bangusnya melihat mereka sangat serasi, Si Adik pun memperlihatkan kelakuan yang sangat supportive dan suka pada Amir. Lain pula dengan Si Baby yang memang liat bila dikendong orang.

Selain dari Si Adik, Amir juga suka mengendong Oky. Oky juga seperti Adik tetapi tidaklah selama Adik di atas tangan kami. Saya tahu Amir mesti rindukan Oky dan anak-anaknya... kalau ada umur insya Allah akan berjumpa lagi, kali ini mereka berdua mesti dah besar.

26 August 2013

Bersama Anak Dara Kami

Saya dan Ain bergambar bersama dengan anak-anak saudara kami. Dah besar mereka semua, rasanya macam baru semalam saja mereka dilahirkan. 4 anak dara keluarga ini adalah Adila dan Afifa anak kepada Azman dan Aziah. Adlina dan Adriana pula adalah anak kepada Azmee dan Roza.

Keluarga saya ramai anak lelaki jadi nanti kami bakal menerima menantu perempuan yang ramai. Entah bila agaknya kerana kesemua mereka masih lagi belajar.

22 August 2013

Oky Beraya Dengan Kami

Tahun ini adalah tahun pertama Oky beraya dengan kami sekeluarga. Pada mulanya Oky sangat takut kepada semua ahli keluarga saya melainkan Shima sebab Shima yang memberi dia makan semasa dia menjadi stray cat di Kota Tinggi. Lama kelamaan Oky mesra dengan Amir Ain mungkin kerana Amir selalu kendong dia. Oky pernah mencari Amir sehingga ke bilik, itu menandakan Oky sudah mengenali individu.

Kalau ikutkan jenis kucing ini, dia tidak terlalu takut pada manusia, sebaliknya Oky akan menyorok di bawah katil, meja dan kerusi apabila ada orang yang datang ke rumah kami. Tahun ini Oky kenyang makan daging, setiap kali orang menyiang daging Oky akan dapat habuannya.

Kenapa muka kucing jenis ini serius dan tidak mesra?

Tetamu di Pagi Syawal

Awal pagi syawal selepas acara bersalaman dan mohon kemaafan di kalangan keluarga, kami dikujungi oleh tetamu yang pada setiap hari raya akan menjadi tetamu yang paling awal. Mereka adalah anak-anak abang Senin dengan Kak Jah, kalau tidak silap Hasrin (Rin) dan adik-adiknya bersama dengan keluarga masing-masing. Abang senin dan Kak Jah adalah jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah kami, ditambah pula mereka adalah bersaudara dengan kelaurga saya.

 Saya mengucapakan Selamat hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin serta terima kasih atas kesudian dan melapangkan masa untuk menziarahi kami.

Memandangkn kami juga belum bersarapan jadi kami makan bersama dengan tetamu kami, kerana ramai rasanya lebih selesa apabila makan bersila di atas lantai.

20 August 2013

Generasi Kami Di Pagi Raya

Inilah generasi keturunan kami, anak saudara saya tidak ramai hanya 11 orang sahaja. 7 adalah lelaki dan 4 adalah perempuan. Anak bujang generasi kami dari kanan Amirul, Amir Azman, Ammar, Adi Nur Rasyid (Abang), Amir Ain dan yang paling kecil di hadapan tu adalah Amir Azmee. Yang tiada di dalam gambar adalah Mohammad Firdaus (Adik).

Manakala yang ini adalah anak dara kami dari kanan adalah Adlina, Adila (Kak Long), Adriana (Wawa) dan Afifa (Kak Ngah). Dah besar mereka dan kalau panjang umur boleh melihat mereka berkeluarga nanti.

Salam dan Mohon Ampun Maaf

Abang (Adi Nur Rasyid) sedang bersalaman dengan Emak, iaitu We' (panggilan untuk nenek dalam keluarga saya) mereka.

Giliran Amir Azman pula bersalaman dan mohon maaf dari We' dia.

Ini adalah Adlina.

Kak Long (Adila) dan Kak Ngah (Afifa) bersalaman dan memohon maaf dari saya dan Pak Ngah mereka (adik saya Adnan)

Wawa (Adriana) bersalaman dengan saya. Budak ini memang sangat manja. Saya ingat lagi semasa keluarga adik saya Azmee tinggal bersama saya. Wawa sangat suka duduk atas pangku saya dan 'slide' turun.

Amirul bersalaman dengan Mak Usu dia (Ain)

Amir Ain, adalah anak bungsu Ain sedang bersalaman dan mohon maaf dari Mamanya.

Wawa sedang berhadapan dengan Pak Ngahnya (adik saya Adnan). Adnan suka betul mengusik budak ini dan dia memanggil Wawa 'patung cendana' tak tahulah kenapa...

Acara salam dan memohon ampun anak kepada ibubapanya. Amirul sedang bersalaman dengan Ibunya Roza, Adlina sedang ebrsalaman dengan ayahnya Azmee, Amir Ain sedang bersalaman dengan Pak Langnya (adik saya Azman), Amir Azmee sedang bersalaman dengan Mak Langnya dan Wawa sedang bersalaman dengan Mak Ngahnya. Alhamdulillah tamat acara ini dengan sempurna dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

18 August 2013

Anak Menantu Bersalaman Dengan Emak Di Pagi Raya

Acara yang tidak pernah ketinggalan sejak kami kecil lagi, iaitu bersalaman dan memohon ampun dan maaf dari semua ahli keluarga. Acara biasanya dimulakan dengan anak menantu memohon ampun dan maaf dari emak dan ayah. Kini bila ayah sudah tiada kami beratur menikut seniority memohon ampun dan maaf dari emak. Sebagai anak sulung saya mendahului barisan. Mohon ampun dan maaf dari emak dan berikan emak duit raya.

Giliran adik saya Haji Adnan dan Hajah Shima isteri kepada Adnan.

Diikuti dengan adik ke 3 saya Azman dan isterinya Aziah..

Salam mohon maaf dan peluk cium dari adik saya yang ke4 Haji Azmee dan diikuti dengan isterinya Hajah Rozariah (Roza).

Gambar Ain sedang bermaaf-maafan dengan Emak tiada dalam simpanan saya, hanya gambar Ain sedang beratur menunggu giliran saya. Ain beratur di belakang Roza sebelum Azmee.

Entry selepas ini acara salam dan mohon ampun dari cucu emak dan anak saudara kami....