Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

13 January 2013

Kata Ibu

Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan
Sayang, 'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
jika tiada, pergilah ke kedai Maniam
jika tiada jua, belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang 
di celah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat 
bertahun-tahun begitu
sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
'Beli di kedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli
bukan tuan, kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum kopi pun kata mereka
sedap di kedai Cina'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau tapi kini
sungai juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana anakku
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:
'Tanamlah kucai, kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:
Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..

Marilah kita hayati kata-kata ibu di atas ini, lebihnya nasib untuk membina anak bangsa yang kuat iman dan semangat demi bangsa dan tanah ini. Adnee

31 December 2012

Keikhlasan Ibu


Ramai anak-anak yang mempunyai anggapan menjaga ibu yang tua dan sakit adalah tanggungjawab orang lain.

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, 

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya. 

30 December 2012

Dialah Profesor Ku… Dia Ibu Ku




Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkk"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

Makkkkk...Rindu Mak.... Rindu Sangat....

13 May 2012

Lagu : Ibu (Hadad)


Satu lagi lagu khusus untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia. Dinyanyikan oleh seorang anak kecil dari Indonesia. Lagu ini juga saya khususkan untuk ibuku Puan Hajjah Asipah binti Haji Mamod... terima kasih mak.

10 May 2011

Selamat Hari Ibu Untuk Semua


Selamat Hari Ibu untuk emak saya, bagi saya hari ibu setiap hari - khusus untuk ibu saya. Sentiasa mendoakan agar Allah sentiasa memberkati hidupnya, mengurniakan kesihatan yang terbaik, ditambahkan rezki halal dan bahagiakan hidupnya sentiasa.

Ibu Al Quran - Surah Al Fatihah; yang sejati - ibu kandung; yang famous - ibu tiri; yang ringan - ibu angkat; yang miang ibu keladi;

yang kaya raya - ibu ayam; yang tembam - ibu roti; yang ramai - ibu tunggal; yang penting - ibu jari.

KL ibu negara Malaysia. Memang banyak ibu yang ada di dalam dunia ini. Pilih ibu mana yang boleh bawa kita kepada hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Kepada semua wanita - ingatlah anda tetap seorang ibu yang menjadi payong tempat teduhan anak-anak. Pastikan tapak kaki anda memijak tempat yang berkat kerana di situlah syurga anak-anak.

04 April 2011

Ibu Yang Penyayang



Baiknya ibu anjing ni, walaupun dia tahu anak-anak itik yang banyak tu bukan anak dia, dia tetap melayan anak-anak itik itu sehinggakan sewaktu berjalan dengan tuannya sekali pun anak-anak itik mengikut dia dalam satu barisan yang panjang. Tetapi menapa terdapat manusia yang lupa akan kasih sayang dia terhadap anak yang dikandung dan dilahirkan sehinggakan sanggup dibuang macam sampah sarap yang tak bernilai dan berharga. Pada saya manusia yang begitu - adalah - haiwan berwajah manusia. Tunggulah balasan dari Allah nanti.