Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

09 April 2015

PETUA AMALAN CARI MANGSA LEMAS

Di bawah ini adalah panduan atau tips untuk mencari mangsa lemas. Ianya menjadi atau tidak saya kurang pasti kerana tidak pernah mencubanya. Apa kata anda cuba..

1. Ambik 7 Biji Batu, Duduk Di Tempat Mula-Mula Mangsa Yang Lemas Itu Terjun
2. Batu Pertama Baca Surah Al-Fatihah 7 kali. Kemudian Lontar
3. Batu Kedua Selawat 7 Kali. Kemudian Lontar
4. Batu Ketiga Surah Al-A’raf Ayat 3 (7 Kali) . Kemudian Lontar
5. Batu Keempat Surah Al Ikhlas 7 Kali. Kemudian Lontar
6. Batu Kelima Surah Al-Falaq 7 Kali. Kemudian Lontar
7. Batu Keenam Surah An-Nas 7 kali. Kemudian Lontar
8. Batu Ketujuh Surah Kursi 7 Kali. Kemudian Lontar

Setiap Kali Nak Melempar Batu Tersebut, Baca "Bismilahiallahuakbar". Dengan Izin Allah, Batu Itu Akan Menepis Dan Memukul Segala Gangguan Dan Benda Yang Menyembunyikan Mayat Mangsa Lemas Tersebut Dan Insyallah Kita Akan Jumpa Mangsa Lemas Lemas Tersebut.

Sumber: fb

21 November 2013

Pokok Mawar Sukakan Kulit Pisang

Bunga mawar memang cantik, mekar dan harum di laman kesayangan anda. Tapi tahukah anda, Tak semestinya anda perlu membeli baja untuk mendapatkan pokok mawar yang subur. 

Tanamkan beberapa inci ke dalam tanah di sekeliling pangkal batang pokok mawar dengan hirisan kulit pisang yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Kulit pisang kaya dengan fosforus dan potassium dan ia amat disukai oleh pokok mawar. Hasilnya pokok mawar anda akan lebih subur dan mengeluarkan bunga yang banyak. Selamat mencuba...!!

Sumber: http://impiana.karangkraf.com

29 June 2013

Tips: Mandikan Kucing

Saya memperoleh tips mandikan kucing ini dari salah satu blog, saya akan cuba mempraktikkannya semasa memandikan Oky nanti.

Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cuma berus je.

Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…LOL. Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya.

Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika korang tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang ketakutan selama beberapa hari selepas itu.

Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Oh ya, sebelum mandi jangan lupa potong dulu kuku kucing tu, nanti habis korang kene cakar.

Kalau bilik air korang ada “rubber mat” lagi bagus, sebab kalau korang mandikan kucing korang kat situ akan menjadikan diorang berasa lebih selamat, jadi diorang kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.

18 May 2013

Petua: Elak Cicak Berak Merata Tempat

Basuh bersih-bersih kulit telur yang kosong dan keringkan di bawah sinaran matahari selama 3 hari hingga kulit telur tu betul-betul kering.

Bila telah kering, pecah-pecahkan kulit telur tersebut  dalam sebesar duit 1sen. Kemudian lekatkan kulit tadi rapat-rapat di atas sekeping kadbod dengan gam. Letak kad tadi di mana-mana tempat yang selalu didatangi cicak. Biasa hasilnya insyaallah cicak-cicak kurang meninggalkan najisnya seperti sebelum ini atau tak sekerap dan sebanyak macam dulu.

Cicak sebenarnya alergik dengan mineral kulit telur. Apabila terlihat banyak kulit telur dalam rumah dia lari ke tempat lain

Petua: Bunuh Cicak

Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya

Makanan Cicak ialah serangga.

Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

Jaga Kebersihan Rumah

Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga.

Cicak Tidak Suka Campuran Air Dan Lada Merah

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya..

Cicak tak suka dengan kulit telur ayam

Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.

Cicak takut dengan kucing

Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan..

02 August 2012

Bagaimana Untuk Menyiapkan Diri Bagi Sesi Temuduga Dan Berjaya

Assalamualaikum dan selamat berpuasa sahabat-sahabatku dan salam sejahtera buat sahabat-sahabatku yang belum jumpa jalan kembali.... Ini 1 lagi artikel mengenai persediaan temuduga yang boleh diambil pelajaran daripadanya. Silakan baca...

Oleh Hazlinda Hamzah

PETALING JAYA, 7 Julai (Bernama) -- Dengan beratus-ratus orang memohon untuk mengisi jawatan yang sama, termasuk mereka yang baru menamatkan persekolahan, graduan dan mereka yang ingin bertukar majikan, peluang untuk dipanggil menghadiri temuduga adalah tipis. Dan walaupun mereka dipanggil untuk menghadiri temuduga, melepasi proses saringan pula begitu sukar sekali.

Sementara majikan mempunyai begitu banyak pilihan dalam mengisi kekosongan, mereka yang berharap untuk diterima bekerja sering kali kecewa. Di mana silapnya?

Sekarang ini, persiapan rapi perlu serta kebijaksanaan dalam memohon jawatan dan melepasi proses saringan. Bagaimanapun, nasib juga memainkan peranan kerana beratus-ratus orang yang memenuhi segala syarat memohon jawatan yang sama.

PENAMPILAN PENTING

Tanggapan awal penting. Ini satu daripada syarat penentu yang pencari kerja perlu tahu sama ada dalam memohon jawatan atau menghadiri temuduga. Tanggapan awal ini bermula dengan surat permohonan yang ringkas, menyeluruh dan menarik yang akan menarik perhatian majikan dan menambah peluang untuk dipanggil menghadiri temuduga.

Tetapi sekarang ini majikan lebih suka mengadakan temuduga terbuka dan dengan itu surat permohonan tidak lagi perlu.

Bagaimanapun, syarat itu kekal. Untuk meyakinkan bakal majikan, penampilan fizikal semasa menghadiri temuduga yang menunjukkan tanggapan pertama adalah penting.

Jadi calon-calon yang menghadiri temuduga dinasihatkan berpakaian elok - bersih dan kemas - sesuai dengan tuntutan jawatan dan status syarikat yang mereka mahu bekerja.

“Setiap kali anda berjalan masuk ke bilik temuduga, tanggapan awal tercetus secara automatik. Panel temuduga akan meneliti pakaian anda,” jelas Sujitha Rajaratnam, Pengarah Sumber Manusia Akzo Nobel Decorative Paints Malaysia baru-baru ini.

Tanggapan pertama ini membawa impak segera. Daripada pakaian yang dipakai, sehinggalah pada aksesori pelengkap dan cara seseorang itu berjalan atau duduk, akan diteliti apabila calon memasuki bilik temuduga.

“Semua orang bermula dengan cara yang sama, dan begitu juga saya. Saya pernah melihat mereka yang berpakaian elok dan mereka yang tidak kisah dengan faktor penampilan semasa temuduga. Mereka seharusnya tahu yang seluar jeans dan selipar tidak boleh dipakai untuk temuduga, katanya.

Pakaian kemas perlu diiringi sikap yang betul.

"Sikap yang betul adalah faktor penting bagi majikan dalam melakukan pilihan yang tepat,” jelas Sujitha lagi.

KOMUNIKASI LEBIH BAIK DIPERLUKAN

Sujitha yang terbabit dalam proses merekrut petugas, mengutarakan satu kelemahan serius yang sering diperhatikan pada calon semasa temuduga.

"Saya mendapati kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi dalam kebanyakan temuduga yang dijalankan hari ini. Dan memperbetul kelemahan ini adalah penting. Kami sentiasa mencari bakat-bakat baru dan sesiapa sahaja boleh menikmati laluan kerjaya yang hebat di Akzo Nobel,” katanya.

"Sebagai pengamal HR, saya akan memberi penekanan yang lebih kepada kemampuan calon-calon untuk meyakinkan bakal majikan mereka apabila berkomunikasi semasa sesi temuduga,” kata Sujitha.

Calon-calon perlu meyakinkan panel yang membuat pemilihan akan kemampuan komunikasi mereka semasa temuduga.

Pemerhatian Sujitha juga menunjukkan graduan institut pengajian tinggi swasta nampak lebih terbuka dan menonjol semasa temuduga tidak seperti rakan-rakan mereka daripada institut pengajian tinggi awam.

“Saya mahu lihat lebih ramai graduan daripada universiti-universiti awam menunjukkan kemampuan mereka petah bercakap termasuk memberikan pandangan dan pendapat mereka terhadap perkara-perkara tertentu.

DOKUMEN

Semasa temuduga, ringkasan butiran peribadi atau curriculum vitae (CV) mesti disediakan untuk dirujuk oleh mereka yang mengendalikan temuduga. CV ini perlulah ringkas, padat dan lengkap.

Format CV paling sesuai adalah tidak lebih daripada dua muka surat dan harus mengandungi butir-butir seperti pengalaman kerja, kelayakan akademik dan maklumat terkini pekerjaan semasa mereka.

Pemohon juga perlu menyusun kemas dokumen-dokumen mereka di dalam folio, bersama-sama dengan CV dan sijl-sijil asal, selain membawa bersama mereka sebatang pen dan kertas kosong semasa temubual jika terdapat keperluan.

Selain daripada itu, mungkin terdapat keperluan untuk mengisi borang-borang sebelum temuduga bermula.

Ingat, tambah Sujitha, borang-borang ini perlu diisi lengkap kerana ia membantu penemuduga untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan oleh syarikat sekilas pandang.

“Seseorang perlu menulis semula. Jangan biarkan penemuduga untuk menghalusi CV panjang lebar sekali lagi. Pindahkan semua butiran yang perlu pada ruang-ruang yang disediakan pada borang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk melengkapkannya,” tambah beliau.

BUATLAH SEDIKIT KAJI SELIDIK

Seseorang calon temuduga perlu tahu mengenai latar belakang syarikat yang berkenaan. Mereka perlu melakukan sedikit kaji selidik akan produk-produk keluaran syarikat itu dan industri.

Ia pasti berfaedah untuk mengetahui maklumat lanjut syarikat berkenaan dan bagaimana kedudukannya jika dibandingkan dengan penggiat industri atau pesaing berkaitan.

Calon-calon juga boleh melayari laman web syarikat untuk mengetahui mengenai pelanggan syarikat, selain tumpuan dan pendekatannya.

DISKRIPSI TUGAS

Satu lagi petua penting adalah untuk meneliti bidang tugas jawatan yang dipohon itu. Memahami bidang tugas akan membolehkan calon-calon lebih bersiap sedia untuk menghadapi temuduga, khasnya mengenai kesesuaian calon itu sendiri bagi jawatan berkenaan.

Dan akhir sekali, mereka yang menghadiri temuduga perlu berada di tempat yang sepatutnya tepat pada masa dan perlu berada dalam keadaan relaks semasa sesi temubual.

Graduan hari ini perlu mencari jalan meningkatkan peluang untuk mencari pekerjaan daripadak mengeluh yang mereka ketinggalan dalam persaingan mencari kerja.

Jadi apa pula kata mereka yang bersiap untuk memasuki pasaran kerja? Mohd Alif Osman, seorang penuntut tahun akhir program diploma seni hias dalaman yang berusia 23 tahun yakin akan masa depannya dalam industri itu.

“Sebelum ke temuduga, seorang graduan perlu mengetahui keperluan sebenar industri dan baca akan latarbelakang syarikat yang mereka berminat untuk bekerja. Ini pasti dapat membantu saya menghadapi temuduga dengan lebih baik,” jelas Mohd Alif.

Chun Ee Voon, 20, seorang penuntut Malaysian Institute of Arts juga menyuarakan kesediaannya untuk merebut apa-apa peluang pekerjaaan selepas menamatkan kursus dua setengah tahun.

Sekarang ini bukan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan, jadi mereka yang sedang mencari pekerjaan perlu menghargai setiap peluang temuduga dan berusaha ke arah menambah baik kemahiran komunikasi dan pengetahuan mereka untuk meyakinkan bakal majikan.

-- BERNAMA

01 August 2012

(Lulus) Tips Temuduga Kerajaan


Saya baharu sahaja selesai melaksanakan tugas sebagai penemuduga. Sayangnya kebanyakan calun-calun tidak bersedia langsung dari segi ketrampilan, pengetahuan am apa tah lagi pengetahuan asas kepada jawatan yang dipohon.

bagi membantu calun-calun selepas ini saya berhasrat untuk menulis sedikit mengenai tips menghadiri temuduga jawatan Kerajaan, malangnya apabila balik sahaja ke pejabat kerja seminggu yang ditinggalkan telah menunggu. Namun begitu hasrat untuk menulis masih belum padam. Sebagai alternatif saya mencari dulu artikel dari penulis lain dan saya mendapati artikel ini sangat berguna kepada bakal-bakal penjawat awam. Artikel ini saya ambil dari  http://beritasemasa.com Silalah baca....

Kalau diikutkan ramai yang ingin kerja kerajaan. Lebih-lebih lagi sekarang ura-ura kakitangan kerajaan akan naik gaji. Kerana anda sebenarnya memang tidak kisah pun? Kalau nak kerja kerajaan, temuduga adalah syarat atau proses yang perlu dilalui oleh mana-mana yang nak mohon kerja kerajaan.

Di sinilah ramai yang terkandas. Kalau dikongsikan jawatan kosong semata di sini, tak jadi juga. Jadi di sini saya suka berkongsi panduan & tips temuduga kerajaan. Samada lulus atau tidak, bukan kerja saya. Tetapi, diharapkan tips temuduga kerajaan ini membantu anda….

Kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam temuduga kerajaan. Itu belum cukup. Banyak kemahiran diambil kira. Ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang mohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat. Mengambil kira banyak faktor. Jadi perlunya anda jadi individu :

“best among the best”

Okey…straight to the point. Saya akan menyenaraikan seberapa banyak tips temuduga kerajaan yang diharapkan anda semua menjadi calon temuduga yang berjaya kelak. Insyaallah. Yang lain-lain ada tips atau pengalaman anda sendiri boleh berkongsi dengan pembaca di sini.

1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri temuduga kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut. Yang penting nampak kemas, profesional dan menarik.

2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut (masa itulah nak cari lokasi & tempat temuduga. ELAKKAN YE). Macam mana nak tenang? Persiapkan diri anda daripada segi :
Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute).
Tahu lokasi temuduga
Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal

3. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang anda dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami. Soalan-soalan lazim temuduga kerajaan boleh semak di sini

5. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasacontohnya. Rajin-rajin semak media massa di Malaysia.

Contoh? Contohnya……seorang calon temuduga kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat anda tentang dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

6. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar. Kalau teruskan juga, harapan anda sangat cerah untuk TIDAK diterima masuk untuk kerja kerajaan.

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat. ELAKKAN daripada menipu. Point di sini apa? USAHA!!

7. Tips temuduga kerajaan yang seterusnya adalah panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu. Kalau dah sampai panel penemuduga pun tercengang melihat anda berkomunikasi dan menjawab soalan, anda di landasan yang tepat untuk lulus

8. Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA

9. Anda sendiri boleh buat dan mengadakan siri sesi temuduga kerajaan versi anda sendiri. Dengan harapan anda familiar dan membiasakan diri apabila menghadapi situasi sebenar temuduga kerajaan nanti, begitu juga soalan-soalan yang diajukan. Hilang rasa gugup dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan panel penemuduga.



10. Jika anda seorang kurang bergaul, bermasyarakat, bersosial. Anda masih belum terlambat. Biar malu sekarang, biar susah sekarang, biar gagal sekarang. Jangan gagal selamanya. Ingat pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya dan kemahiran komunikasi antara satu sama lain mahupun dalam satu-satu komuniti. Samada formal ataupun tidak formal.

11. Anda mesti yakin yang anda sebenarnya boleh. Yakin kepada diri sendiri.

12. Alah….rahsia terbesar & tips lulus temuduga kerajaan adalah dengan dengan adanya pertolongan orang dalam aka kabel. Betul ker? Memang itu tidak dapat dinafikan. Betullah tu andaian anda, dan sememangnya budaya ini ada berlaku. Walaubagaimanapun, diri dan persiapan pemohon itu sendiri juga sangat penting. Kalau “kabel anda” 11 KiloVolt sekalipun, anda pula macam “kayu” semasa ditemuduga, tak jadi juga.

“Pernah ada seorang yang berpangkat Tan Sri sendiri menawarkan anak kawannya memohon PTD tetapi apabila tiba waktu malangnya tahap & prestasi anak kawannya jauh daripada sasaran, sukar untuk beliau membantu”

13. Tidak kira apa fahaman politik anda sekalipun, anda mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. Itupun kalau anda nak berjaya. MESTI!!

14. Apa yang perlu anda ikuti semasa berada dalam bilik temuduga :
Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga
Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi

15. Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti)

16. Akhirnya sekali minta restu dan minta mereka doakan kejayaan untuk diri anda. Anda juga jangan lupa doa.

P/S : Saya akan tambahkan beberapa panduan & tips temuduga kerajaan yang lain daripada masa ke semasa. Kalau anda berjaya saya ucapkan tahniah dan syabas. Apabila anda diterima masuk, “habuan” yang anda terima………………..

Elaun Perumahan
Cost Of Living Allowance (Cola)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Kenaikkan Gaji Setiap Tahun
Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan
Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan
Cuti Bersalin
Pinjaman Perumahan
Caruman KWSP ataupun Pencen
Bersara pada umur 58 tahun
Peluang Kenaikan Pangkat
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa
Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga)
Lebih mempunyai masa bersama keluarga

Sumber: http://beritasemasa.com