Hari ini dan disaat ini genaplah 7 tahun ayahanda kami meninggalkan kami. Ya Allah rasanya macam baru semalam kami bercakap dan bergurau dengan ayah, tetapi rupanya dan 7 tahun dia pergi mengadap Sang Penciptanya yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Ya Allah kasihanilah ayahanda kami, tempatkanlah rohnya di kalangan orang yang bertakwa, bersama-sama dengan kekasihmu, junjungan kami Nabi Muhamad saw.
Ya Allah Ya Rabb, ampunkanlah segala dosa-dosa ayahanda kami, berikanlah kesejahteraan kepada dia dan jadikanlah pusaranya salah 1 taman-taman syurga sementara dia menunggu kami untuk bersama-samanya nanti. Ameen Ya Rabb.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label 18 Disember. Show all posts
Showing posts with label 18 Disember. Show all posts
18 December 2015
18 December 2014
6 Tahun Ayah Dah Tinggalkan Kami
![]() |
| Ayah di driving range - percubaan menebas |
Hari ini dan masa ini tepat ayah tinggalkan kami. Pada masa dan hari yang sama 6 tahun dahulu ayah telah meninggalkan keluarga kami. Kami doakan agar ayah sentiasa berada di dalam keredaan Allah swt, di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati dan berada bersama dengan Rasulallah saw. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa ayah sama ada yang sengaja atau tidak, yang besar atau kecil.
Kami sangat berharap agar kita akan bersama nanti di akhir zaman dan di syurga
18 December 2013
Hari Ini Genap 5 Tahun Ayah Pergi
Rasanya macam baru semalam ayah ada di kalangan kami. Namun begitu hari-hari yang kami lalui tanpa ayah sejak 5 tahun lalu sering kali membuatkan kami sayu, rindu dan teringat pada ayah, terutamanya apabila menyambut hari raya.
Bagi saya, saya selalu bercakap dengan ayah dalam telepon dan apabila ayah dah tiada memang terasa kekosongan saat-saat begitu. Alhamdulillah kami ada mak lagi dan pada dialah tempat kami melepaskan rindu pada ayah.
Ayah bersemadilah dengan aman, kami doakan agar ayah sentiasa di dalam kerahmatan Allah swt dan ditempatkan roh ayah di kalangan kekasih Allah dan semoga ayah sekarang ini bersama dengan Rasulallah saw.
Lambat laun kita akan bertemu juga, ayah nantikan kami.
18 December 2012
The Death Day of My Dear Father
Lebih kurang waktu begini (8.30 malam) dan hari ini (18 Disember 2008) tetapi harinya adalah hari Khamis ayah pergi meninggalkan kami. Hari ini genaplah 4 tahun ayahanda tercinta mengadap ke hadrat Illahi. Walaupun mungkin pada sesetengah orang 4 tahun itu masa yang sudah lama, tetapi bagi emak, saya dan adik-adik rasanya seperti baru semalam ayah pergi, kehilangannya masih terasa dan sehingga kini kehidupan saya terutamanya sudah berubah 360 darjah, semuanya sudah tidak sama seperti dulu lagi baik hidup di kampong atau kehidupan di sini.
Apa yang boleh kami lakukan adalah cuba meneruskan hidup tanpa ayah dengan sebaik-baiknya di samping mendoakan untuk ayah di sana lebih aman dan tenang di kalangan orang-orang beriman dan yang dicintai Allah Taalah.
18 December 2011
Tarikh Masihi dan Waktu Pemergiaan Ayah Pulang Kepada Penciptanya
Tarikh hari ini (18 Disember)dan lebih kurang masa ini (jam 8.30 malam), pada tahun 2008 yang lalu, ayah yang sangat kami cintai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nafas terakhirnya adalah semasa azan isyak dari Masjid Al Azim Melaka masih berkumandang. Telah dituliskan di dalam Loh Mahfuz bahawa ayah hanya akan menumpang di dunia ini selama 71 tahun sahaja. Tetapi bagi kami rasanya masa itu terlalu singkat dan rasanya ayah patut bersama kami hingga kini. Tetapi siapa kita untuk tentukan sesuatu.
Perginya ayah telah membawa semangat kami sama kerana kami tidak pernah berpisah dengannya sejak kami dilahirkan, hanya perpisahan sementara kerana tugas masing-masing. Kini yang tinggal pada kami hanya kenangan dan gambar-gambar lama untuk kami menghilangkan rasa rindu sementara menunggu masa dijemput Allah untuk bersama dengan ayah. Kami percaya ayah juga tertunggu-tunggu kami ahli keluarganya untuk bersama berjumpa dan hidup dalam satu keluarga di tempat yang paling indah dan sempurna di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)


