Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

14 October 2014

Handphone Dulu-Dulu

Ahad lepas saya kemas-mengemas almari, dan terjumpa dengan handphone-handphone (hp) ini. Sebelum ini pun saya dah memusnahkan 2 handphone terawal yang saya peroleh secara percuma dari service provider. Terdapat juga beberapa hp yang saya hadiahkan kepada ahli keluarga saya.

Sebelum hp-hp ini dimusnahkan saya rakamkan di sini untuk kenang-kenangan. 

12 May 2014

Trade - in Handphone Lama

Akhirnya pada 3 Mei 2014 saya mengalah juga untuk tidak membeli handphone baru. Tapi kerana keadaan saya terpaksa juga membeli sebuah lagi hp untuk menggantikan hp lama model Sony Erricson yang telah tiada bateri. Hp ini juga sangat penting kerana ianya digunakan untuk nombor 019.

Saya tolak hp tersebut dengan mengambil sebuah hp samsung tapi model dan harga yang rendah. Yang penting dengan alat ini saya boleh berkomunikasi dengan family dan sahabat serta kerja.

25 August 2013

Beli Handphone Abang

Seperti juga raya Aidilfitri tahun lepas, raya tahun ini saya terpaksa membelikan Abang (Adi Nur Rasyid) sebuah handphone (hp) yang baru kerana hp yang saya belikan pada raya tahun lepas kekurangan memory... semasa beli tahun lepas kami pun tidak perasan akan memory phone tersebut (Sony Ericsson) harga hp tersebut adalah RM800 lebih. Apabila ditanya untuk ditolak, kedai hanya nak ambil RM200 sahaja... rugi betul . . . 

Saya cadangkan Abang untuk membeli hp jenama Samsung kerana menawarkan memory yang tinggi, dengan persetujuan Abang saya belikan dia hp Samsung S3 dengan memory 16G berbanding hp Sony Erisson hanya 460M sahaja. Saya terpaksa belikan juga Abang hp kerana bulan September ini dia akan mendaftar ke UiTM untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Komunikasi. Dan penggunaan hp adalah sangat penting bagi pelajar komunikasi. Saya berharap agar Abang dapat menyambung hasrat saya untuk menamatkan pengajian di peringkat PhD kerana saya hanya mampu sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) sahaja. Setakat ini nampaknya dia sahaja yang bakal menyambung legasi saya.

Abang dengan mamanya sedang meneliti perolehan di peringkat akhir oleh tokey kedai. Oh ya... Abang bernasib baik kerana secara kebetulan hp (Celcom) saya juga telah rosak dan saya sudah menyimpan hasrat untuk membeli hp baru. Nasib baik tidak beli, jika tidak Abang terpaksalah menunggu 6 bulan lagi untuk mendapatkan hp baru. Dan kini saya menggunakan hp lama Abang tu bolehlah tu . . . 

31 August 2012

Beli Handphone Abang

Abang sibuk memilih handphone yang dia berkenan.

Setelah melihat, mencuba dan bertanyakan kepada jurujual, akhirnya Abang memilih juga jenama phone yang dia biasa gunakan iaitu Sony Ericsson. Tapi ciri hp ini bagus dan terkini.

Rasanya Abang suka dengan hp yang dia pilih tu.... Maklong minta Abang jaga hp tu baik-baik

Mmenunggu hp diregisterkan, install application, dan entah apa lagi.

Amir kena sabar dulu, belajar hingga ke Uni nanti baru Maklong belikan hp untuk Amir pulak.

09 May 2011

Sekolah - Handphone

Itulah akibatnya sekiranya handphone dibenarkan penggunaanya di sekolah-sekolah. Guru dan murid sama sahaja naiknya.