Showing posts with label Kesang. Show all posts
Showing posts with label Kesang. Show all posts

08 September 2012

Ibu dan Anak-Anaknya

Nama kucing ini Ibu, asalnya kucing yang hidup tanpa tuan di sekolah di mana Ain mengajar. Kerana kasihankan kucing ini yang pada masa itu sedang beranak, Ain bagi kucing ini dan kucing-kucing lain makan. Sayangnya kerana kucing ini adik saya difitnah pula oleh kakitangan di sekolah tersebut kerana memelihara kucing. Kesian kat kucing pun jadi masalah.

Tidak ada cara lain, Ibu dan anak-anaknya terpaksa dihantar ke rumah Mak Lang di Kesang yang juga sangat sayangkan kucing. Raya ke3 semasa kami beraya di rumah Mak Lang, kami dimaklumkan bahawa Ibu telah beranak lagi, kali ini anak dia 4 ekor. Anak-anak kucing ini dilahirkan pada pagi raya = 1 Shawal.

Saya ambil 2 ekor anak Ibu untuk bergambar. Anak-anak kucing ini belum buka mata lagi. tapi sense dia kuat mencari ibunya dengan bau.

Ibu seekor kucing yang baik, dia akan dapat menjaga anaknya dengan baik juga. Ikut kata Ain Ibu pernah menyusukan seekor anak kucing yang kehilangan ibunya dihanyutkan oleh air hujan.

Comelkan anak-anak ibu...

05 September 2012

Beraya Bersama Mak Lang Di Kesang










Hasrat Tak Kesampaian - Mak Long Tidak Ada Di Rumah

Hasrat kami sekeluarga untuk beraya di rumah Mak Long tidak kesampaian kerana Mak Long tidak ada di rumah. Semasa kami tiba di rumah pintu dan tingkap bertutup ramai, selepas salam diberi berulang kali sayangnya tiada jawapan.

 Kami menunggu sebentar mana tahu tiba-tiba Mak Long muncul - tetapi hampa juga. Akhirnya kami beredar sahaja dan menuju ke rumah Mak Lang (adik emak).
 Amir dan Ammar bersedia untuk bergerak

Saya menumpang kereta adik saya Shimah.

04 September 2012

Beraya Rumah Pak Cik Wahab dan Mak Cik Faridah

Selepas makan tengahari di MITC kami semua mengambil keputusan untuk meneruskan beraya di kampong halaman ayah dan emak iaitu di Kesang Tua dan Kampong Kemengkang, Jasin. Di Kesang kami akan menyinggah di rumah Pak Cik Wahab dan Mak Cik Faridah dan ke rumah Mak Lang, manakala di Kampong Kemengkang akan ke rumah Mak Long.

 Emak dan saya menjamu selera kueh yang dihidangkan.

 Dah tiba saat balik Amir sedang bersalaman dengan Pak Cik Wahab saudara dan sahabat rapat arwah ayah.

 Budah-budah ni dah kenyang jadi lebih bermain dan membaca sahaja.

Manakala ada yang keletihan... kasian

14 April 2012

Melawat Mak Lang di Kesang

Pagi ini saya, emak dan Ain keluar ke Pengkalan Minyak dan setelah balik dari berurut (urut kaki dengan seorang tabib Cina) di Pengkalan Minyak, kami singgah sebentar ke rumah Mak Lang untuk menziarahi dan melihatnya yang baru sahaja keluar dari Hospital. Mak Lang adalah adik mak yang tinggal di Kampong Kesang Luar. Foto sebelah mak dengan Mak Lang. Biasanya Mak Lang ceria dan masih boleh bekerja tapi bila melihat dia kurang sihat kesian pula. Kata doktor paru-paru Mak Lang dijangkiti kuman dan mengikut anaknya Rohana mungkin disebabkan oleh kucing. 


Mak Lang seperti juga keluarga saya memang sayangkan kucing dan dia banyak memelihara kucing. Mungkin itu yang menyebabkan jangkitan tersebut atau sebab-sebab lain. 


Jalan penyelesaian yang diambil oleh anak menantunya adalah dengan membina rumah kucing yang berpisah dari rumah ibu. Semoga ikhtiar ini berjaya dan semoga Mak Lang lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Kami memanjatkan doa khusus untuknya.

07 February 2011

Kenduri Rumah Mak Lang

Pada 4 Februari 2011 yang lalu, secara kebetulan kami bercuti di kampong, Mak Lang, ibu saudara saya mengadakan kenduri membaca Yasin dan tahlil di rumahnya. Sebelum magrib kami telah berada di rumahnya. Selepas solat magrib majlis dimulakan. Anak-anak Mak Lang juga ada yang balik. Jadi ramailah kaum kerabat saya berkumpul di rumah tersebut.

Lama betul saya tak menghadiri kenduri di kampong, semasa ayah ada saya selalu tak ikut sama, saja tak gemar bersesak. Tapi selepas ayah meninggal terpaksa jugalah untuk menemani emak dan adik-adik yang lain. Adik-adikku Zman dan Zmee makan bersama dengan Aziz (anak Mak Lang), Amirul (anak Zmee) dan seorang tetamu.


Foto menunjukkan emak dan adiknya Acik Misah berehat selepas selesai kenduri. Kari daging yang Acik masak untuk kenduri malam itu sangat sedap, masakannya mendapat pujian ramai. Untuk pengetahuan Acikku ini memang pandai masak, biasanya dia akan dipanggil untuk menyumbangkan tenaga untuk memasak jika ada kenduri di kalangan keluarga. Begitu juga dengan kenduri di rumah kami, beberapa kali Acik dan Along (anak sulungnya Julia) yang biasa membantu kami untuk memasak. Kalau nak harapkan aku, nanti ramai yang tak dapat makan.

Anak saudara aku yang hadir sama, Adila, Afifa, Kedua-dua Amir, Ammar, Amirul dan Ridwah.

03 February 2011

Selepas 53 tahun...

Ini adalah gambar emak saya dengan 3 orang adik-adiknya. Dari kanan adalah emak saya, sebelahnya adalah Mak Lang, Mak Ngah dan hujung kiri adalaj Mok Teh. Gambar ini diambil di Singapura baru-baru ini di rumah adiknya Mak Ngah saya. Yang tiada dalam gambar ini adalah Acik dan Pak Usu saya. Masing-masing berada di Melaka dan Singapura.

Gambar ini kalau tak silap, kata emak saya diambil semasa emak berusia 19 tahun. Masa ini emak masih belum berkahwin dengan ayah. Gambar ini diambil di Singapura,yang pada masa itu merupakan negara keluarga emak. Emak saya yang duduk, di sebelahnya Pak Usu, berdiri dari kanan Mok Teh, Mak Ngah, Mak Lang dan berdiri depan kiri adalah Acik.

02 February 2011

Mencari Akar Keturunan

Setiap kali saya balik ke kampong di Melaka, saya pasti teruja untuk mencari semula akar keturunan saya. Siapakah mereka?, dari mana asal mereka? dan bagaimana budaya dan anutan mereka. Dari dengar-dengar cakap dan cerita mak serta saudara-saudara, keturunan saya berasal dari pelbagai bangsa dan agama. Ini adalah proses asimilasi yang berlaku di Melaka dulu-dulu, apabila Melaka menjadi pelabuhan penting dalam peta dunia pada masa itu. Di sini bermulanya proses pertembungan budaya, pertukaran ideologi dan perkembangan budaya melalui proses perkahwinan. Agaknya itu yang berlaku kepada asal keturunan saya.

Yang sangat pasti keturunan sebelah emak saya berasal dari dua buah negara yang sangat asing, iaitu ayah emak (atuk saya - Haji Mamood bin Omar) dari keturunan Cina dari negeri China, mereka menganut agama/ bangsa tionghua, Bapa atuk saya [Moyang Omar adalah seorang Cina dan memeluk Islam serta berkahwin dengan Moyang Sakdi yang juga dipercayai seorang Cina Islam (keturunan moyang Sakdi tidak dapat dikesan)]. Lim adalah nama pangkal keturunan Cina moyang lelaki saya.

Semasa kecil saya pernah ke rumah nenek saudara yang bukan Islam di Simpang Pajak dan pastinya dalam rumahnya ada gambar tuhan Cina dengan misai dan janggut yang panjang. Di hadapan gambar itu diletakkan sepiring buah limau yang saya suka ambil dan makan. Kalau tak salah saya di belakang rumahnya ada sepasang kubur Islam yang selalu dikunjungi oleh mereka dengan mengadakan kenduri. Maklumlah saya tak faham apa-apa masa itu sebab masih kanak-kanak, apa lagi makan je la.

Keturunan sebelah atuk saya ini masih lagi ada di Kesang Pajak, Jasin Melaka dan masih ramai lagi di Bukit Rambai. Beberapa kali saya cuba untuk cari tapi tak berani sebab tak tahu nak dimulai dari mana.

Sebelah emak, emak saya (nenek saya Chik binti Manap) adalah bangsa Jawa, keturunan inilah yang membuka kampung Kesang Tua, Jasin Melaka. Itulah sebabnya boleh dikatakan satu kampong ini adalah saudara mara kami. Sayangnya nenek saya ini meninggal dunia dalam usianya yang sangat muda iaitu 32 tahun semasa melahirkan anak bungsunya yang juga meninggal dunia.

Asal keturunan sebelah ayah juga macam sebelah emak, di mana terdapat 2 bangsa, iaitu Melayu dan Cina. Bapa ayah saya (Haji Lesut bin Muslim) juga berketurunan Cina, tetapi asal keturunan mereka telah memeluk Islam agak lama jika dibandingkan dengan sebelah atuk emak. Ayah saya adalah anak tunggal dari perkahwinan atuk saya dengan nenek saya (Nenek Munab binti Raidin).

Kebanyakan kaum kerabat Nenek Munab (dalam gambar Nenek Munap adalah sebelah kiri) berada di Kampong Kemengkang Jasin, seperti juga kaum kerabat di Kesang begitu jugalah dengan di sini, boleh dikatakan seluruh kampong adalah saudara mara kami. Yang sebenarnya masih ramai lagi cabang dan ranting keluarga yang perlu dilukis...... tapi..... apakan daya tiada tenaga....

Dah banyak kali saya cuba bangunkan family tree, tapi susah nak cari roots. Jadi projek itu masih terbengkalai, kalau ada keturunan selepas ini yang sanggup untuk meneruskannya. Selamat mencuba.

03 November 2010

Masa dulu-dulu.............


Ini adalah foto aku dan keluarga. Semasa foto ini diambil, umurku lebih kurang 9 tahun. Yang aku ingat kami ambil foto ni, masa kami baru berpindah dari Kem Terendak ke Kem Sikamat Seremban.

Foto ini pulak diambil semasa Hari Raya Aidil Fitri, kami bersama keluarga yang besar termasuk, moyang, atuk, nenek, mak dan bapa saudara, kakak dan abang saudara dan sepupu. Masa ini aku hanya 3 beradik sahaja. Adikku Azmee dan Ainee masih belum lahir lagi. Kalau pandai agak-agak mana aku??????????? tentu yang paling comel... betul tak.


Foto di sebelah kiri diambil sempena Hari Raya Aidil Fitri, tak ingat tahun bila, bersama dengan keluarga Mak Lang saya, iaitu adik emak.




Gambar di bawah diambil di Pantai Port Dickson semasa perkelahan yang dianjurkan oleh Kem Tentera Tanjung Kling, Melaka. Banyak bas yang digunakan untuk membawa kami. Gambar ini dah rosak dan tak berapa jelas. Gambar saya dan adik-adik dengan emak tetapi Adnan tak ada, yang sihat sebelah kiri gambar adalah Dak Jas anak Pakcik Sulaiman dan Makcik Norliah - mereka orang Kampong Air Molek. Mana dia agaknya.