Showing posts with label kiamat. Show all posts
Showing posts with label kiamat. Show all posts

13 March 2012

Kajian Hadis Rasulallah SAW Tentang 10 Tanda Kiamat

Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.

Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim.

Penulis permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Di blog penulis (alamat seperti di bawah) beliau telah banyak menyentuh tentang topik dajal, Yakjuj dan Makjuj tetapi belum pernah menyentuh tentang tanda kiamat besar iaitu gempa bumi. Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.

Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telah berfirman: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)

Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang. Berikut adalah gambar-gambar Tsunami di Samoa.

Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa. Bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Berikut adalah gambar-gambar gempa bumi di Sumatera.
Untuk maklumat lanjut gempa bumi yang sedang berlaku di seluruh dunia sila klik sini!

rising_disaster_graph

Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.

02 March 2012

Kiamat: Rahsia Allah

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1. Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2. Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3. Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4. Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain. Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

Sumber: http://www.halaqah.net

06 January 2012

NASA's 7 reasons the world won't end in 2012

Are we all gonna die?

Cyberspace is filled with doomsday prophecies and end-of-the-world predictions. NASA reports being bombarded with rumors of rogue planets, mysterious black holes and, of course the end of the Mayan calendar. So, are NASA scientists digging bunkers, loading up their families on secret space ships … or recruiting Bruce Willis and Robert Duvall to blow up incoming asteroids?

What is going on?

"There apparently is a great deal of interest in celestial bodies, and their locations and trajectories at the end of the calendar year 2012,” says Don Yeomans, a senior research scientist at NASA. “Now, I for one love a good book or movie as much as the next guy. But the stuff flying around through cyberspace, TV and the movies is not based on science. There is even a fake NASA news release out there..." So, what is really going on? And what is NASA doing about it?

Is this the end?

What about the ancient prediction that the world ends in 2012? Around December 12, 2012, the Mayan calendar completes a 5,126-year cycle. Author Jose Arguelles called the date "the ending of time as we know it" in a 1987 book that spawned today’s rampant Mayan alarmism and all those vivid descriptions of a cataclysmic end. However, anthropologists specializing in Mayan folklore say the end of the Mayan cycle merely marks the termination of one period and the beginning of another – much like taking down last year’s calendar on January 1 and putting up a new one. "We have to be clear about this,” says Erik Velasquez at the National Autonomous University of Mexico. The claims are bogus – and only served to sell a lot of books. “There is no prophecy for 2012."

It can’t be that simple!

After all, the Mayan calendar ends on December 21, 2012! The National Institute of Anthropological History in Mexico has been trying for months to quell the barrage of forecasts predicting the apocalypse. "The West's messianic thinking,” the institute said in a recent statement, “has distorted the world view of ancient civilizations like the Mayans." “Just as the calendar you have on your kitchen wall,” says NASA’s website. “does not cease to exist after December 31, the Mayan calendar does not cease to exist on December 21, 2012. This date is the end of the Mayan long
-count period. Then -- just as your calendar begins again on January 1 -- another long-count period begins.”

Read more: http://www.beliefnet.com/Inspiration/Galleries/NASAs-7-reasons-the-world-wont-end-in-2012.aspx?p=4#ixzz1iE5YVpmU

For me, I am still a strong belief in the Quran and the teachings of the Prophet Muhammad SAW (hadith) , where the end of this world will take place after about 40 years Jesus Christ (Nabi Isa Al Masih) was send back to this world. Look around us whether Jesus already among us, as Allah promised in his holly book that Jesus will be the great king of this world just before the world is almost destroyed.

All parties can make a variety of research and feedback, but as a Muslims we must look at what is stated clearly in the Holy Quranul Karim, the holly scripture miracles of our Prophet.

23 December 2011

TANDA TANDA KECIL DEKATNYA HARI KIAMAT: (Bahagian Kedua)

Disusun oleh Albanna Mutiara Ilmu...

6. Dari Abu Sa'id Al-Khudri رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِفْتَرَقَتِ اْليَهُوْدُ عَلٰى إِحْدٰى اَوِاثْنَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَة ً، وَاتَفَرَّقَت ِالنَّصَارٰى

عَلَى إِحْدٰى اَو اثْنَتَيْنِ فِرْقَة ً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلٰى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَة ً

"Umat Yahudi berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan umat Nashara berpecah belah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan dan umatku ini akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan". Dari: Ashhabus Sunah kecuali Nasa'i

7. Dpd Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَقُوْمُ السَّـاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُوْنَ كَذَّابُوْنَ قَرِيْبٌ مِنْ ثَلَاثِيْـنَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ اَنَّـهُ رَسُوْلُ اللهِ

"Tdk akan datang kiamat sehingga dibangkitkan pembohomg-pembohong besar yg jumlahnya mendekati tiga puluh orang, masing-masing mengaku sebagai utusan Allah". Dari :Al-Bukhari dan Muslim

8. Dpd Anas bin Malik رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ اَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثبُتَ الْجَهْلُ

"Diantara tanda-tanda akan datangnya kiamat ialah dihilangkannya ilmu dan tetapnya kejahilan". Al-Bkhari dan Muslim

9. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَقُوْمُ السَّـاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِى الْاَرْضِ اَللهُ اَللهُ

"Tdk akan datang kiamat sehingga dimuka bumi tdk diucapkan lagi lafaz Allah". Dari: Sahih Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Dzahanbil Iman Akhiruzzaman 2:178

10. Dpd Anas رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

وَاِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ فَذَكَرَمِنْهَا وَيَظْهَرُ الزِّنَا

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat ialah (diantaranya) akan bermaharajalelanya perzinaan". Dari: Dlam Sahih Bukhari dan Muslim

11. Dpd An-Nawwas رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

وَيَبْقٰى شَرَارُ النَّاسِ يَتَهَا رَجوْنَ فِيْهَا تَهَارُجَ الْحُمْرِ فَعَلَيْهِمْ تَقُوْمُ السَّـاعَةُ

"Dan tinggallah manusia-manusia yg buruk yg seenaknya melakukan ersetubuhan seperti Hhimar. Maka pada zaman mereka inilah kiamat itu datang". Dari: Sahih Muslim, Kitab Al-Fitan Wa Asyrathis Saah Bab Dzikir Ad-Dajjal 18:70

12. Dpd Ibnu Mas'ud رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ اَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ لَايُسَلِّمُ عَلَيْهِ اِلَّا لِلْمَعْرِفَةِ

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda tlh dekatnya hari kiamat ialah manusia tdk mahu mengucapkan salam kpd orang lain kecuali yg dikenalnya saja". >: Ahmad ~ Musnad Ahmad 5:326,

13. Imam Abdullah bin Al-Mubarak meriwayatkan dgn sanad Dpd Abi Umayyah Al-Jamhi رضي الله عنه bahawa :, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ ثَلَاثًا اِحْدَاهُنَّ اَنْ يُلْتَمَسَ الْعِلْمُ عِنْدَ الْاَصَاغِرِ

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda tlh dekatnya hari kiamat itu ada tiga, salah satunya ialah akan dituntutnya ilmu dpd Al-Ashaghir (orang-orang kecil)". Dari: KitabAz-Zuhd karya Ibnu Mubarak halaman 20-21, Dan Al-Hafiz Ibnu Hajar menjadikannya syahid dlm Fathul-Bari 1:143
— with Joan Ahsanand Nurhidayah Hassan.

20 December 2011

TANDA TANDA KECIL DEKATNYA HARI KIAMAT: (Bahagian Pertama)

Disusun oleh Albanna Mutiara Ilmu...

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ

"Telah dekat (datangnya) saat itu dan tlh terbelah bulan". Dari: Ayat 1: سورة الطور

Ayat Al-Quran dan hadith shahi menunjukkan tlh dekatnya kiamat kerna munculnya tanda-tanda kiamat itu menunjukkan dekatnya kiamat dan kita berada pada hari (zaman) akhir dunia.

قْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ

"Tlh dekat kpd manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dlm kelalaian lagi berpaling (daripadanya)". Dari: Ayat 1: سورة الأنبياء

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

"Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya". Dari: Ayat 63: ســورة الأحــزاب

نَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا * وَنَرَاهُ قَرِيبًا

"Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil). * Sedangkan kami memandangnya dekat (pasti terjadi)". Dari: Ayat 6-7: سورة المعارج

>: TANDA-TANDA KECIL MENURUT HADITS NABI:

1. Dari Auf bin Malik رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
اُعَدِّدُ سِتًـا بَيْنَ يَدَيِ السَّـاعَةِ، فَذَكَرَ مِنْهَـا فَتْحَ بَيْـتِ الْمَقْـدِسِ

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat". Beliau menyebut salah satu diantaranya, iaitu 'penaklukan Baitul Maqdis'. Dari: Al-Bukhari

اُعَدِّدُ سِتًـا بَيْنَ يَدَيِ السَّـاعَةِ، فَذَكَرَ مِنْهَـا ثُـمَّ مُوْتَانٌ يَأْخُذُ فِيْكُمْ كَقُعَـاصِ الْغَنَمِ

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat". Beliau menyebut salah satu diantaranya, kemudian peristiwa kematian dlm jumlah besar yg menimpamu seperti layaknya kambing yg mati mendadak kerna satu penyakit". Fathul-Bari 6: 278

2. Dari Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَقُوْمُ السَّـاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيْكُمُ الْمَاْلُ فَيَفِيْضُ حَتَّى يُهِمُّ رَبُّ الْمَالِ

مَنْ يَقْبَلُهُ مِنْهُ صَدَقَةً، وَيُدْعَى اِلَيْهِ الرَّجُلُ فَيَقُوْلُ: لَا اَرَبَ لِى فِيْهِ

"Kiamat hanya terjadi apabila harta bendamu tlh berjumlah amat banyak hingga melimpah-limpah. Sehingga pemilik harta merasa kesulitan mencari orang yg sudi menerima sedekahnya. Sementara itu seorang leaki mengaku padanya, katanya; 'Aku sendiri tdk mampu menguruskan hartaku". Dari: Lhat Mu'jamul-Buldon 4:157 dan Al-Bidayah Wan-Nilhayah.

3. Dpd Abu Musa رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَيَـأْتِيَنَّ عَلَى النَّـاسِ زَمَانٌ يَطُوْفُ الرَّجُلُ فِيْهِ بَالصَّدَقَةِ مِنَ الذَّهَبِ ثُمَّ

لَا يَجِدُ اَحَدًا يَأْخُذُهَـا مِنْـهُ

"Sungguh akan datang pada manusi suatu masa seorang lelaki berkeliling dgn membawa sedekahnya berupa emas. Kemudian dia tdk menjumpai seorang pun yg mahu menerimanya". Dari: Sahibul Bukhari, Kitabul Fitani 13:72 dan Sahibul Muslim, Kitabuz Zakati, Bab Kullu Nauim Minal Ma'arufi Sadaqotuh 7:97

4. Dari Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

بَادِرُوْا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كِقَطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِ كَافِرًا اَوْ

وَيُمْسِى مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

"Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti potongan-potongan malam yg gelap gelita. Pagi-pagi seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya sudah menjadi kafir dan pada petang hari seseorang masih beriman, kemudian pada pagi harinya sudah kafir. Dia menjual agamanya utk memperoleh kekayaan dunia". Dari: Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, Bab Al-Hatstsi' Ala Al-Mubadaroh Bi Al-A'mal Qabla Tahzaahur Al-Fitan 2:133

5. Dari Abu Sa'id Al-Khudri رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

تَمْرُقُ مَـارِقَةٌ عِنْدَ فِرْقَةٍ مِنَ الْمُسْـلِمِيْـنَ يَقْتُلُهَـا اَوْلَى الطَّائِفَتَيْنِ بِالْحَـقِّ

"Akan muncul satu golongan yg keluar dpd kalangan kaum muslimin, mereka akan dibunuh oleh golongan yg lebih dekat kpd kebenaran diantara dua golonan". Dari: Sahih Muslim, Kitab Az-Zakat, Bab I'tha' Al-Muallafah Wa Man Yukhofu 'Ala Imanihi 7:168

— with Joan Ahsan and Nurhidayah Hassan.