Showing posts with label Wuduk. Show all posts
Showing posts with label Wuduk. Show all posts

24 April 2013

KHASIAT BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap "Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci" (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wuduk sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwuduk, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga dan seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wuduk sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-yela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki. Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

03 May 2012

Wuduk Padangan Saintifik


Wuduk atau nama lain di negara kita adalah air sembahyang yang wajib diambil sebelum seseorang itu menunaikan solatnya. Sebagai orang Islam yang tulin, tidak perlu banyak tanya mengapa dan apa rasionalnya mengangkat wuduk, apa yang disuruh Rasulullah saw buatkan sahaja tanpa syak dan persoalan.

Islam mensyariat
kan pengambilan wuduk sebelum menunaikan solat dan membaca Al Quran atau untuk melaksanakan ibadat lain. Dan perbuatan ini mengambarkan betapa tingginya nilai melakukan wuduk kerana ianya adalah konsep kesempurnaan ibadah selain memiliki khasiat dan rahsia yang tersendiri.


Tidak ramai yang menyedari hakikat ini bahkan ketertiban dan kesempurnaan dalam pengambilan wuduk seringkali gagal dititikberatkan oleh umat Islam. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri". Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud: "Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa" Hadis Riwayat Muslim. 

Masih banyak lagi hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan akan hal wuduk dan fadhilatnya wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa. Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya. 

Ada kajian dari segi ilmu perubatan Cina yang menyatakan badan manusia mempunyai lebih kurang 700 kawasan aktif biologi (kab). 66 kab memberi kan kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Yang mengejutkan adalah 61 daripada 66 kab berada di kawasan wuduk wajib. Manakala 5 kab berada di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

Muslim meri
wayatkan sabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya." Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki adalah melebihi kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan “kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur”, dan “hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur”.



Gambar hiasan - mana mungkin si comel ini ambil wuduk
Seperti yang saya katakan di awal artikel, Muslim yang tulin dan jati tidak perlu mempersoalkan rasionalnya sesuatu perbuatan, cukup dengan akur apa yang disampaikan oleh Rasulallah saw.  Bagi seorang yang beriman kepada Allah, tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam. Namun begitu ramai orang yang membuat kajian yang mana hasilnya tidak pernah menghampakan. Maha suci Allah. Antaranya seperti berikut.


Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk: 


1.   Apabila air dingin melalui tubuh yang letih dan layu di samping kab, air tersebut mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.

2.   Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.   Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.   Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.

5.   Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.


6.   Cadangan agensi kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) antara langkah: tertib utama dalam berwuduk seperti membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.


Kesimpulan:


Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus membiasakan 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara iaitu:
  • Menjaga solat lima waktu
  • Banyak bersedekah
  • Banyak membaca Al Quran
  • Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua 4 perkara ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun 4 perkara yang harus ditinggalkan ialah:
  • Dusta
  • Kianat
  • Adu-adu
  • Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa di 'dalam' (kawasan?) kubur."


Walallahualam......

09 April 2012

Ambik Wuduk - Pesanan Ayah

Setiap hari saya akan mengingati ayah terutamanya ketika  mengambil wuduk. Kata ayah selain dari wuduk itu untuk mengerjakan solat, sebaliknya perbuatan semasa mengambil wuduk juga adalah untuk memohon kepada Allah supaya anggota tubuh yang terkena air wuduk itu dipelihara oleh Allah dari perbuatan/ perlakuan di dunia dan terpelihara anggota-anggota itu dari api neraka. 

Kata ayah ketika menyentuh air untuk mengambil wuduk niatkanlah di dalam hati kita:

1. Ketika berkumur - "Ya Allah, jadikan semua perkataan ku mudah difahami dan ampunilah dosa mulut dan lidahku".

2. Ketika membasuh muka - "Ya Allah, berikan keserian dan putihkanlah wajah mukaku di dunia dan di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan - "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri - "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala - "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga - "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini dan peliharalah ianya dari mendengar perkara-perkara maksiat".

7. Ketika membasuh kaki kanan - "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri - "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Semoga ayah dikurniakan pahala daripada pahala sesiapa yang mengamalkannya. 

Walallahualam.