Showing posts with label Ros. Show all posts
Showing posts with label Ros. Show all posts

21 November 2013

Pokok Mawar Sukakan Kulit Pisang

Bunga mawar memang cantik, mekar dan harum di laman kesayangan anda. Tapi tahukah anda, Tak semestinya anda perlu membeli baja untuk mendapatkan pokok mawar yang subur. 

Tanamkan beberapa inci ke dalam tanah di sekeliling pangkal batang pokok mawar dengan hirisan kulit pisang yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Kulit pisang kaya dengan fosforus dan potassium dan ia amat disukai oleh pokok mawar. Hasilnya pokok mawar anda akan lebih subur dan mengeluarkan bunga yang banyak. Selamat mencuba...!!

Sumber: http://impiana.karangkraf.com

03 December 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Bunga Mawar) - Part 11

Di taman ini terdapat satu kawasan yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga mawar/ ros. Dari jauh nampak seperti belukar dengan dipenuhi dengan kuntuman-kuntuman ros. Bunganya bukan bersaiz kecil, tetapi besar-besar belaka. Sukar untuk kita berjaya menanam bunga sebegini di sekitar rumah kita.
Ros warna perang dan terdapat tumpok-tompok kecil merah. Rata-rata semua pokok mempunyai bunga. Bolehlah kita katakan pokok-pokok di sini tidak kedekut untuk berbunga. 
Ini juga ros yang sama jenis dengan bunga di atas, hanya ianya nampak lebih segar dan cantik kerana bunga ini baru sahaja menguntum.
Bunga ros merah, cuba tengok kelopaknya, berlapis-lapis, bunga ini sangat menyelerakan - saya suka makan bunga ros kelopak merah ini.
Yang ini pula adalah ros warna pink - kelopaknya tidaklah setebal seperti bunga ros di atas, ini mungkin disebabkan jenis bunga-bunga tersebut.
Ini adalah bunga ros putih.... besar tetapi terdapat sedikit kecacatan pada kelopak bunga tersebut.

22 August 2012

Koleksi Mawarku

Tajuk artikel ini Koleksi mawarku - macam-macam difinisi akan terbayang di dalam minda kawan-kawan - adakah mawar-mawar ini dalam taman saya? yang sebenarnya mawar-mawar ini hanya koleksi foto yang saya ambil semasa saya membeli bunga untuk jabatan sedikit hari yang lepas.

Mawar merah warnanya nampak tebal dan seperti baldu.

Mawar kuning tanda cinta yang setia.


Uniknya warna mawar ini.... ungu cerah.

Mawar pelbagai warna, nampak sangat menarik