Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

03 December 2012

Anger really can Kill you

New study: U.S. researchers said anger And other strong emotions can trigger potentially deadly heart rhythms in certain vulnerable people.

Previous studies have shown that earthquakes can increase rates of death from sudden cardiac arrest, in which the heart stops circulating blood. “It’s definitely been shown in all different ways that when you put A whole population under a stress or that sudden death will increase,” said Dr. Rachel Lampert of Yale University in New Haven, Connecticut, whose study appears in the Journal of the American College of Cardiology.

“Our study starts to look at how does this really affect the electrical system of the heart, these were people we know already had some vulnerability to arrhythmia ” Lampert said.

Patients in the study took part in an exercise in which they recounted a recent angry episode while Lampert’s team did a test called T-Wave Alternans that measures electrical instability in the heart.

Lampert said the team specifically asked questions to get people to relive the angry episode. “We found in the lab setting that yes, anger did increase this electrical instability in these patients,” she said.

Next, they followed patients for three years to see which patients later had a cardiac arrest and needed a shock from their implantable defibrillator. “The people whohad the highest anger-induced electrical instability were 10 times more likely than everyone else to have an arrhythmia in follow-up,” she said. Lampert said the study suggests that anger can be deadly, at least for people who are already vulnerable to this type of electrical disturbance in the heart.

What Islam Says About Anger?

As Muslims, here we can remember when a man came to prophet Muhammad (peace be upon him) and ask him advice, Prophet said: “do not get angry”. The man repeat asking advice again, Prophet said the same words :”do not get angry”. and in the third time it was the same answer. [Bokhari hadith].

No doubt, anger has serious effects on the heart, brain, mentality and human psychological state. In Mecca, before Muhammad’s mission, anger was a favorite characteristic for strong and tuff people.

Prophet peace be upon him restrained Muslims from getting angry, He was shown angry only for Allah. It’s what I call ”positive anger”, anger for Allah. Prophet Muhammad never get angry for a matter of our life such as money, food, buildings.. etc. unless that related to Allah Restraind affairs.

He never been indulgent in this case, anger here doesn’t hurt, because Allah will be with him and will support him with health and strength.

When human stay away of things which been forbidden by Allah ..such as Fornication, Drinking alcohols, smoking and other things which makes Allah angry. When he see people commit these things and get angry cause he know that Allah get angry for that , he will be more healthy and in equilibrium mode. He do not get angry with people, he get angry with their deeds which are contrary of Allah orders.

We ask Allah to grant us patience, prophet Muhammad peace be upon him said: “nothing Allah grant man better than the patience.” Allah also said in Quran: “Be quick in the race for forgiveness from your Lord, and for a Garden whose width Is that (of the whole) of the heavens and of the earth, prepared for the righteous* Those who spend (freely), whether in prosperity, or in adversity; who restrain anger, and pardon (all) men;- for God loves those who do good * And those who, having done something to be ashamed of, or wronged their own souls, earnestly bring God to mind, and ask for forgiveness for their sins and who can forgive sins except God?- and are never obstinate in persisting knowingly in the wrong) they have done* For such the reward is forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath,- an eternal dwelling: How excellent a recompense for those who work (and strive)!” [Quran 3:133-136].

Sumber: http://www.hopeitw.com/others/anger-really-can-kill-you/

02 December 2012

Video Ustaz Kazim Elias: Jangan Marah

Tiada maksud apa-apa hanya sebagai peringatan kepada diri saya dan kepada sesiapa sahaja yang ingin berubah kepada yang lebih baik. Ameen

06 August 2012

Bertengkar Pun Ada Teknik - Part II

8.   Jangan Menyebut Kelemahan Pasangan

Kelemahan .... semua manusia mempunyai kelemahan dan di dalam perkahwinan bukan isteri sahaja yang mempunyai kelemahan, malahan sang suami juga mempunyai kelemahan tersendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan seseorang, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akanmeninggikan suara.

9.   Jangan Cuba Mengubah Pasangan

Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu, sudah pasti ianya tidak sama dengan pandangan anda sendiri.

10.   Gunakan Panggilan Manja

Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang', 'abang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh panggilan itu seakan-akan lenyap. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

11.   Jangan Membalas Perbuatannya

Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

12.   Jangan Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai

Selalukah anda menonton drama di TV? Kebanyakan drama atau filem memaparkan sang suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan sang isteri rasa ditinggalkan dan dia akan berada di dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.

Sang isteri yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat dengan mudah akan menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan. Tidak mustahil sang isteri ini akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menunjukkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

13.   Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur

Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat bermesra-mesra sesama sendiri.

14.   Jangan Bergaduh Depan Anak-Anak

Jangan sekali-kali bergaduh di hadapan anak-anak anda, kerana yang sebenarnya anda hanya akan membuatkan anak-anak anda keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak-anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

15.   Pelukan Dan Kemaafan

Inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seerat-eratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

15.   Say NO To Third Party

Selagi anda mampu menyelesaikan masalah anda, jangan sekali-kali melibatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan lagi keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

05 August 2012

Bertengkar Pun Ada Teknik - Part 1

Dalam bulan yang mulia ini, muslimin muslimat sedaya upaya menahan diri dari pelbagai tingkah laku yang nagetif. Amarah adalah salah satu dari tingkahlaku negatif tersebut. Namun begitu tidak pula bermakna muslimin dan muslimat bertindak bagaikan orang dayus dengan mendiamkan diri sahaja. Kalau kena cara kita kena juga bertindak sewajarnya untuk harga diri dan agama kita. Di bawah ada sedikit panduan untuk memperjuangkan nama baik dan keharmonian keluarga dan masyarakat.

1.   Fokus Pada Masalah

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. Gunakan perkataan yang sopan dan bersopan, anda juga boleh menggunakan panggilan manja kepada seseorang yang sangat rapat dengan anda. Gunakan juga perkataan yang tidak menyakitkan telinga dan hati. Percayalah ianya akan membawa masalah yang dihadapi ke ruang penyelesaian yang lebih cepat.

Antara perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Saya rasa kita tak patut buat macam ni," jangan gunakan ayat seperti "Ni semua salah engkau!"

2.   Jangan Banyak Cakap

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah.. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara
mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

3.   Jangan Tinggikan Suara

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

4.   Elakkan Terlalu Emosional

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

5.   Dengar Luahan Hati

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

6.   Bersabar

Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
Luahkan

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

7.   Mengalah Tidak Bererti Kalah

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

Jumpa di sambungan seterusnya..... wasalam dan bye




10 November 2011

TABIAT SUKA MARAH

Saya ambil artikel ini dari fb tuannya Tuan Albanna Mutiara Ilmu, bagusnya dapat share bersama semua kawan-kawan.

Sifat marah itu adalah suatu sikap jiwa dan tabiat pemberontakan yg dirasakan oleh anak-anak pada hari-hari pertamanya dalam hidup, dan sifat ini akan menemaninya dalam semua peringkat umurnya hinggalah ke maut. Maka adalah salah jika marah itu dikira dari tabiat-tabiat yg buruk, dan sikap pemberontakan yg tidak baik. Sebab Allah SWT ketika mencipta manusia dan melengkapkan dlm dirinya bakat, kecenderungan dan perasaan; Semua itu bukan sia-sia, malah dengan kebijaksaan yang tinggi. Kalau tidak kerna tabiat marah ini, yg tlh lengkapkan oleh Allah dlm diri manusia, niscaya orang Islam tidak tahu marah, dan niscaya dia akan berpeluk tubuh apabila larangan-larangan Allah dilanggar, ataupun agamanya dihinakan, ataupun jika ada musuh yang mahu merampas tanah tumpah darahnya, serta menguasai negaranya. Memang telah terang di dalam Hadith, bahawasanya baginda SAW pernah didatangi orang yang mahu memohon digugurkan hukuman terhadap salah satu dari larangan-larangan Allah, lalu baginda marah, dan kelihatan jelas sekali pada wajahnya tanda-tanda marahnya. Baginda lalu berkata dgn tegas: إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُ إِذَا سَرَقَ فِيْهُمُ الشَّرِيْفُ تَرَكُوْهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيْهِمُ الضَّعِيْفُ أَقَامُوْا عَلَيْهِ الْحَدَّ، وَايْمُ اللهِ لَوْ أنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا "Hanyasanya kaum-kaum yg sebelum kamu telah binasa, bahawa jika pembesarnya mencuri mereka bebaskan, dan jika silemah yg mencuri, mereka jatuhkan hukuman atasnya. Demi Allah, sekalipun Fatimah binti Muhammad yang mencuri, niscaya aku akan memotong tangannya".

Ath-Thabarani pula telah meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه bahawasanya dia berkata: مَارَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْتَقَمَ لِنَفْسِه مِنْ شَيْءٍ إِلَّا إِذَا انْتُهِكَتْ للهِ حُرْمَةٌ، فَإِنِ انْتُهِكَتْ للهِ حُرْمَةٌ كَانَ أَشَدَّ النَّاسِ غَضَبًا، وَمَا عُرِضَ عَلَيْهِ أَمْرَانِ إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ فِيْهِ سَخَطُا للهِ، فَإِنْ كَانَ فِيْه ِللهِ سَخَطٌ كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ "Saya tdk pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم menunjukkan kemarahannya yang sangat dalam sesuatu perkara, kecuali apabila dilanggar larangan Allah, maka apabila dilanggar larangan Allah, baginda SAW akan kelihatan amat marah sekali. Dan tiada pernah diberikan pilihan kepadanya antara keduanya, dengan syarat tiada berkaitan dengan kemurkaan Allah. Jika perkara itu ada kaitannya dengan kemurkaan Allah, maka baginda adalah orang yg paling jauh daripadanya" Jika ramai daripada pakar-pakar kemasyarakatan dan pendidikkan mengira sifat marah itu antara sifat-sifat yang keji, dan adat-adat yang tercela, maka sebenarnya mereka memaksudkannya sifat marah yang terkeji, yang boleh membawa kepada hasil-hasil yang buruk, dan akibat-akibat yang tidak baik; iaitu ketika dia memberontak dan marah kerana maslahat dirinya sendiri.

Memang tdk sepi lagi, bahawa marah yang seumpama ini akan memecah-belahkan persatuan, merobohkan jamaah dan mencabut akar-umbi erti persaudaraan, cinta kasih dan kebersihan jiwa ditengah-tengah masyarakat. Al-Bukhari dan mUslim juga tlh meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : مَاتَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا الَّذِيْ لَاتَصْرَعُهُ الرِّجَالُ، قَالَ: لَا، وَلٰكِنِ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ "Apakah yg kamu maksudkan pergelutan itu? Mereka menjawab: Orang yg tdk dapat dikalahkan oleh orang-orang lelaki. Berkata Nabi صلى الله عليه وسلم: Tidak! Akan tetapi orang yang dapat menguasi dirinya ketika marah" Firman Allah Ta'ala: وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".

Ayat 34: سورة فصّلت Jika sekiranya yang menyebabkan marah itu asalnya mengejek-ngejek, mengata-nista, dan memanggil dengan gelaran-gelaran yang jijik, maka wajiblah atas para pendidik menjauhi semua sebab-musabab. Alangkan besarnya kesan pendidikan Al-Quran Al-Karim ketika dia mencegah dari mengejek-ngejek, buruk sangka, merisik-risik dan memanggil dgn gelaran-gelaran yang buruk, menerusi firman Allah Ta'ala berikut: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yg mengolok-olok) dan jgnlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yg aniaya". >: Ayat 11: سورة الحجرات

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

28 December 2010

Cara-cara Mengatasi Marah


Saya nak berkongsi artikel ini, yang selepas membacanya saya rasa ianya membantu.... dalam mengatasi rasa nak marah. Saya mendapat artikel ini dari salah seorang bekas student saya. Kredit kepada mereka yang telah menulis artikel ini dan semoga Allah jua yang akan membalasnya.

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirahatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InsyaAllah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-banyakkanlah.. beristighfar itulah senjata orang-orang mukmin.

wassalam