Showing posts with label 6 April. Show all posts
Showing posts with label 6 April. Show all posts

06 April 2013

Happy Birthday Azman

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Azman - yang keberapa itu kena tanya pada orangnya.
Saya nak ucapkan selamat menyambut hari lahir yang paling utama jangan sekali-kali dilupakan bahawa hari ini pada beberapa puluh tahun yang lepas emak sedang dalam kesakitan untuk melahirkan dia. Dalam kegembiraan menyambut hari kelahiran bersama keluarga tercinta, tidak patut kalau terlupa pada orang yang bertanggungjawab membawa kita ke dunia betul tak.

Semoga Allah sentiasa melindungi dia dan keluarganya, diberikan rezeki halal yang melimpah ruah dan ditingkatkan iman.

06 April 2011

Selamat Harijadi Buat Adikku Azman

Ini sahaja kek yang akak dapat hantar man... nikmatilah. Tak celebrate dengan keluarga ke?


Hari ini 6 April pada lebih kurang 49 tahun yang lalu adalah merupakan hari yang bahagia dalam keluarga ku terutamanya buat ayah dan emak, apabila ayah dan emak menerima kehadiran adikku Azman, iaitu anak ke3 mereka. Pada masa itu aku tak tahu apa-apa pun sebab kecil lagi.

Seiring dengan itu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk Adikku Azman, semoga panjang umur dengan berkat dan dimurahkan rezki yang halal oleh Allah Taalah hendaknya. Umur yang berkat jangan dipersiakan, jadi ingat bila nak langsaikan hutang yang satu tu (menunaikan fardu haji) kat Allah. Jom kita gi tahun depan.....