Showing posts with label Nabi Nuh. Show all posts
Showing posts with label Nabi Nuh. Show all posts

29 April 2013

Nabi Salleh as dan Unta Betina - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Mari kita berkisahkan cerita Nabi Saleh as kerana keadaan ceritanya seperti dah terjadi di negara kita. Jadi sebelumnya menjadi bertambah buruk, ada baiknya jika kita muhasabah diri, pemimpin dan komuniti kita.

Cuba buka Al-Quran, Surah Al-Qamar ayat 25 hingga ayat 32 yang bermaksud :

"Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Pastilah dia (Nabi Saleh as) seorang yang sangat pendusta dan sombong. (25)

Kelak mereka akan mengetahui siapa yang sebenarnya sangat pendusta dan sombong itu. (26)

Sesungguhnya Kami akan mengirimkan unta betina sebagai cubaan bagi mereka, maka tunggulah mereka dan bersabarlah (wahai Saleh).(27)

Dan beritahulah kepada mereka bahawa air itu dibahagi di antara mereka (dengan unta betina itu); setiap orang berhak mendapat giliran minum.(28)

Maka mereka memanggil kawannya lalu dia menangkap (unta itu) dan memotongnya.(29)

Maka betapa dahsyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku. (30)

Kami kirimkan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti batang-batang kering yang lapuk. (31) dan

Sungguh telah Kami Mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (32) Sodaqallahullazim... benarlah kata-kata Allah.

Kisah Nabi Saleh sebenarnya banyak diceritakan di dalam Al-Quran, ianya tertulis di dalam 72 ayat iaitu. dalam 11 surah. Antaranya Surah Al-A'raaf, ayat 73 hingga 79; Surah Hud ayat 61 hingga ayat 68; Surah Al-Hijr; Surah Al-Fajr; Surah Asy-Syams; Surah Qaf; Surah Al-Israa’; Surah Adz-Dzariyaat; Surah Fussilat; Surah Al-Haaqqah dan banyak lagi.

Siapa dia Nabi Saleh?

Menurut salasilah, Nabi Saleh Alaihissalam adalah putra kepada 'Ubaidah bin Tsamud bin 'Amir bin Iram bin Sam bin Nuh AS. Baginda diutuskan kepada kaum Tsamud yang hidup di atas bekas runtuhan kaum Ad (kaum Nabi Hud). Nama kaum Thamud ni diambil daripada name moyang diorang seperti yang saye nyatakan kat atas tadi (Ubaidah bin Thamud). Bangsa Tsamud ni sebenarnya lebih pandai daripada kaum Aad. Setelah kaum Aad binasa, negeri mereka menjadi tandus dan kering. Kemudian negeri ini dibangun kembali oleh kaum Tsamud, sehingga menjadi negeri yang hijau dan makmur.

Akan tetapi, same macam kaum Ad yang terdahulu, kaum Tsamud pun menjadi sombong dan lupa diri dengan kehebatan yang mereka miliki tu..macam biaselaa..bile kuat, mereka yang kuat akan menekan mereka yang lemah atau yang xde pengaruh ni. Mereka pun tidak mau mendengarkan dakwah Nabi Saleh AS.

Manakala perkataan Tsamud pula adalah nama suatu suku yang dimasukkan bahagian dari bangsa Arab oleh ahli sejarah dan ada pula yang menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama " Alhijir " terletak antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Ad yang telah habis binasa disapu angin taufan yang dikirim oleh Allah sebagai pembalasan atas pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud A.S. Anda boleh merujuk peta di atas, di mana letaknya Hijaz tu...

Sumber-sumber sejarah ada mengungkap, sekelompok orang yang disebut dengan Tsamud ini benar-benar wujud. Masyarakat al-Hijr (batu) sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran adalah sama dengan kaum Tsamud. Nama lain dari Tsamud adalah Ashab al-Hijr. Kata ‘Tsamud’ adalah nama dari suatu kaum, sedangkan kata al-Hijr adalah salah satu di antara beberapa kota yang dibangun oleh orang tersebut. Seperti umat Nabi Hud yaitu kaum ‘Ad, ahli geografi Yunani yang bernama Pliny menggambarkan bahwa Domatha dan Hegra adalah lokasi tempat tinggal kaum Tsamud. Tempat tersebut hingga kini dikenal dengan nama Kota Al-Hijr.

Sumber tertua yang berkaitan dengan kaum Tsamud adalah hikayat kemenangan Raja Babilonia Sargon II (abad ke-8 SM) yang mengalahkan orang-orang ini dalam pertempuran di Arabia selatan. Bangsa Yunani juga menghubungkan kaum ini sebagai ‘Tamudaei’, yakni ‘Tsamud’ sebagaimana ditulis Aristoteles, Ptolomeus, dan Pliny. Kaum Tsamud ini diperkirakan hidup pada abad ke-8 Sebelum Masehi, sekitar tahun 800an SM.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud. Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah ruah, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yag indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang rata dan dipahatnya dari gunung. Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram, sejahtera, dan bahagia, merasa aman dari segala gangguan alam dan mengaku bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mereka berkorban, tempat mereka meminta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan. Mereka tidak dapat melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang dapat mereka jangkau dengan pancaindera.

Sumber: dari blog seseorang yang saya terlupa namanya, Al-Quran dan beberapa buku Islam.

20 April 2013

'Auj bin Unuq Binasa Kerana Hud-hud

Pernahkah anda semua mendengar nama Auj bin Unuq?. Jika belum pernah jom berkongsi cerita mengenai Auj.

Auj bin Unuq adalah manusia yang hidup sehingga berumur 4,500 tahun. Allah menjadikan dia mencapai ketinggian tubuh badannya melebihi manusia biasa, dikatakan jikalau dia berdiri semasa banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Allah Nuh as hanya mencecah lututnya sahaja. Tinggi tubuhnya adalah 23.330. hasta. Ukuran setiap jari tangannya ialah tiga hasta. Ketika berdiri, awan berada di sekitar pingggulnya. Seluruh binatang takut padanya. Mereka akan lari ketakutan begitu melihat Auj bin Unuq.

Ketinggiannya adalah menunjukkan betapa berkuasanya Allah untuk menjadikan seseorang walaupun kedua ibu bapanya mempunyai ketinggian yang biasa pada zaman itu. Dengan umurnya sehingga 4,500 tahun, Auj telah hidup di zaman beberapa orang nabi, iaitu di zaman datuknya Nabi Adam, Nabi Nuh dan sehingga ke zaman Nabi Musa as.

Dikisahkan bahawa Auj tinggal di gunung, apabila dia merasa lapar, dia akan perlu menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Dan apabila dia marah kepada sesebuah negeri, maka dia akan mengencingkan negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya. Kelebihan ini menyebabkan dia berasa bongkak dan sombong.

Semasa Nabi Musa as bersama kaumnya tersesat di sebuah kebun teh, Auj berhasrat untuk membinasakan Nabi Musa as bersama kaumnya itu. Kemudian dia telah pergi memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., dan dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempat tinggalnya. Dia telah mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang di junjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang di junjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup kehilangan berlian itu dan terus menerus menjunjung gunung-gunung tersebut, sehinggalah akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Melihat keadaan Auj tersebut, Nabi Musa a.s mengambil kesempatan dengan melompat tinggi kira-kira 40 hasta dan dengan bantuan tongkatnya yang juga panjangnya 40 hasta terus memukul tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itulah Auj terjatuh dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya dia tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Ambillah ikgtibar bahawa segala apa yang ada di dunia ini adalah kejadian Allah, kita tidak layak untuk menyombong dan berlagak dengan apa yang dikurniakan... jangan lekas lupa diri dan sering-seringlah memanjatkan syukur kehadratNya.

31 October 2012

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh as Yang Disorok


Kali ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian mengenai artikel di bawah. Dari tajuknya cukup mengujakan kita, namun artikel ini belum boleh diterima bulat-bulat kerana apa yang dinyata dan dijumpai adalah artifak yang berusia beribu-ribu tahun atau lebih tepat seusia dengan zaman Nabi Nuh as.

Pada mulanya memang agak sukar untuk kita mempercayai penemuan oleh beberapa penyelidik. Hampir kesemua penyelidik yang berkecimpung dalam bidang ini bukannya muslim jadi ianya menjadikan bertambah sukar untuk kita telan kesemuanya. Pada saya semua penemuan kajian saya lebih mudah untuk menerimanya sekiranya ianya bersandarkan kepada Al Quran.

Gambaran illustrasi kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Mengikut pandangan dari beberapa sarjana bahawa Piramid Agung yang terletak di Mesir bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun-kurun lamanya sebelum dari kerajaan-kerajaan silam yang lepas. 

Pandangan ini juga berpendapat firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. 

Anda boleh tonton filem 10,000 B.C di mana terdapat kaum yang membina Piramid di tengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang di langit dan koordinasi buruj-buruj di mana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat di Mekah. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat di bumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit.

Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).

Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2,000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Nabi Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2,000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Carkera padat purba yang ditemui di China
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumberBarat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.


Seperti yang dirakamkan Allah di dalam kitab Al-Quran: Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Qs.Al-An'am: 6


Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua di kalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih keturunan awal mereka di suatu ketika dahulu mungkin seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta dan kenderaan-kenderaa  lain. Mereka juga mungkin menceritakan tentang bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit dan kemajuan telnologi komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar di atas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar di bawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki. Walallahualam

Sumber: http://www.lamankongsi.com

30 October 2012

Nabi Nuh Menangis.. Kenapa?

Beberapa kali saya pernah membaca beberapa cerita tentang kisah Nabi Nuh as. Semua orang tidak akan tersilap apabila disebut sahaja nama Nabi Nuh ianya amat sinonim dengan bahtera dan banjir besar. Namun amat sedikit yang mengetahui selain dari cerita itu. Sesungguhnya Allah swt menyebut di dalam Al-Quran, bahawa makna "Nuh" itu adalah "orang yang selalu menangis" atau tangisan yang berterusan. Menjadi pertanyaan kita mengapa pula Nabi Allah itu dipanggil Nuh dan sudah tentu ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan boleh menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Diriwayatkan pada suatu hari Nabi Nuh a.s terserempak dengan seekor anjing yang sangat ganjil rupanya, anjing tersebut melintas di hadapan baginda dan berhenti dengan perasaan kehairanan. Rupa anjing itu bukan seperti anjing-anjing biasa, kerana anjing tersebut mempunyai 4 mata. Lantas Nabi Nuh bertanya: "Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau ada empat dan tidak seperti anjing-anjing yang lain. Mengapa boleh jadi begini?" Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang mengkehendaki mukaku hodoh begini?" Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"

Dengan jawapan anjing tersebut maka Nabi Nuh a.s pun menangis tidak berhenti-henti, baginda merasa amat bersalah mengkritik kejadian Allah. Dia menagis dan terus menagis untuk beberapa ketika kerana menyedari akan dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sejak itulah nama baginda dikenali sebagai Nuh (raungan) dan nama Nabi Nuh as diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Setelah baginda ditegur oleh Allah SWT mengenai keluarganya yang tidak mengikut jalan kebenaran, Nabi Nuh menangis bermunajat selama 300 tahun, kerana malu kepada Allah atas teguran itu Nabi Nuh tidak mendongak ke langit selama 40 tahun .

Rujukan :

Cerita dan Doa dari Hadis dan Al-Quran
Himpunan Cipta : Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman halaman 16.

29 October 2012

13 Rekod Dunia Dipegang Bahtera Nabi Nuh A.S.

1.   Nabi Nuh as merupakan nahkoda tertua di dunia (berusia 600 tahun) Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika baginda berumur 480 tahun. Tempoh masa kenabiannya adalah 120 tahun dan baginda berdakwah selama 5 abad. Baginda mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika dengan mukjizat yang dikurniakan Allah, Nabi Isa as menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab bahawa dia meninggal dunia pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir besar. Ia berkata lagi bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1,200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan (tingkat).

3.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia. Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat), Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1,200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut. Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di atas Bukit Judi. Ada pendapat lain yang menunjukkan bahawa bahtera Nabi Nuh mendarat di atas sebuah gunung di wilayah Kurdi atau lebih tepat di bahagian selatan Armenia. Manakala ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, menyatakan bahawa bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang disebut oleh orang-orang Arab sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia, Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas. Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9.   Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut. Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) di sebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia. Nabi Nuh memiliki 4 orang anak laki-laki iaitu Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga-tiga anaknya, dan ketiga-ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung. Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7,546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi di atasnya.

13.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia. Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

26 October 2012

Teknologi Bahtera Nuh as

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYLneXRtu_Nvt5SbSvlpavUEFE0ugQo8e1WKsv9QdDP3kbXSDrxrMmQYK7SOFCruiLl8r3kMHVz9zvLoqMp5cinbvj-UoGOvhNi2sW7SVve7DFkTbWNjWCWbf7AvnGREmJVKL04zJhyQc/s1600/Kapal_Nuh_Bersan_48e19a5ef0a16_ll.jpg.jpg 
Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11.000 SM atau 13.000 tahun yang lalu.

Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan dengan penemuan ikan spesifik yang bernama ikan belido, di 2 buah pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan Pulau Sumatera dan Kalimantan dahulunya adalah dataran yang bersatu, di mana sungai musi dan sungai kapuas merupakan anak sungai dari sebuah sungai yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber: Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh).

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan juga sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan yang disebut sebagai Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan di antaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, berpendapat bahawa Pentas Sunda ini dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut oleh Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi di sekitar 73.300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu juga boleh dilihat dari kecanggihan kapal yang dibina oleh Nabi Nuh as bersama pengikutnya di sekitar 11.000 SM (13.000 tahun yang lalu).

Cuba kita fikirkan kenyataan di bawah:

1.   Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini;

2.   Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Penguin harus di daerah sejuk. Belum lagi mengambil kira binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, cengkrik, dan lain-lain. Semuanya mesti disiapkan tempat yang khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya yang lebih besar saiznya atau yang berlainan tabiatnya;

3.   Untuk pelayaran berminggu-minggu 'nakhoda' perlu menyediakan gudang makanan yang besar dan canggih. Jika tidak, kemungkinan besar semua tikus dimakan oleh ular, akibatnya tikus menjadi pupus dari bumi ini. Ini belum mengambilkira makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4.   Tempat makanan juga mesti bersih, kerana jika haiwan tersebut sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi haiwan-haiwan yang mati dalam bahtera itu di masa sekarang.

5.   Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan gelombang ganas dan air banjir yang mungkin 1,000 kali lebih hebat dari tsunami yang berlaku di Indonesia atau jepun baru-baru ini.

Cuba kita lihat pula apa yang Allah ceritakan di dalam Al Qur’an mengenai gelombang dan air banjir yang berlaku pada ketika itu yang diumpamakan seperti gunung besarnya sebagaimana firman-Nya:  ”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi dan akibatnya meletakkan Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4.000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh as merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat oleh umat manusia yang belum ada tandingannya lagi sehingga kini. Dan sehingga sekarang ini kewujudannya masih lagi misteri.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

25 October 2012

Bahtera Nabi Nuh?

Beginikah rupanya bahtera Nabi Nuh as?
Dunia pernah digemparkan dengan penemuan bekas di mana bahtera Nabi Nuh as mendarat, selepas dari itu banyak dakwaan-dakwaan lain yang memaklumkan bahawa bahtera Nabi Nuh as itu mendarat di kawasan/ negara masing-masing. Walau apa pun hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui. Kini seorang warga Holand yang bernama Johan Huibers telah membangunkan replika bahtera Nabi Nuh as yang didakwanya menyerupai bantera sebenar berdasarkan kepada ukuran-ukuran seperti yang dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.

Sebagai seorang muslim saya lebih mempercayai segala ayat yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitab sucinya Kitab Al-Quran. Cerita mengenai Nabi Nuh as dikisahkan dalam satu surah yang dinamakan Surah Nuh, surah ini mengandungi 28 ayat. Selain dari surah ini, cerita Nabi Nuh juga ada disebut di dalam surah Hud, sila rujuk ayat 40–41 yang berbunyi:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Ayat 40

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 41.

Bolehkah kita bayangkan sebesar mana ukuran sebenar bahtera tersebut. Jika mengikut isi yang pernah mendiami bahtera itu saya jangkakan ukuran bahtera itu memangnya cukup besar, mana tidaknya selain daripada lebih kurang 80 manusia, bahtera itu juga menjadi tempat berlindung sepasang ribuan jenis haiwan seperti zirafah, gajah, singa, harimau, buaya, zebra, ular, bison, pelbagai jenis burung, seranggan dan haiwan-haiwan yang lain.

Dan bayangkan pula besarnya gelombang yang melanda bahtera itu, sudah tentu saiz bahtera itu bukan calang-calang bagi memastikan ianya boleh menentang gelombang yang ganas tersebut. Zaman ini kita sendiri pernah melihat bagaimana gelombang tsunami yang ganas yang baru-baru ini berlaku diJepun telah memusnahkan banyak bangunan, kapal dan binaan besar yang lain. Ramai antara kita yang cuba tidak mengambil ikhtibar dari banjir dan gelombang besar sama ada yang berlaku di zaman Nabi Nuh as atau di zaman kita, bahawa Allah berkuasa untuk memberi petunjuk/ petanda kepada makhluknya setelah makhluknya seakan terleka dan terlupa tentang perbuatan mereka yang mencabar Allah Taalah dan melampaui batas. Wallahu 'alam.

11 October 2012

Rahsia Bangsa Melayu Keturunan Nabi Ibrahim As

Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim as (Abram, Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Nabi Ishak (Isaac) as manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Nabi Ismail (Ishmael) as. Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Imran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Nabi Ishak as menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail as menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks – teks Judeo – Kristian mahu pun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim as ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.

Persoalannya, siapakah Keturah? dari mana dia berasal?. Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa–bangsa agung penakluk seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu, cucu cicit Nabi Nuh as dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa–bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah. Selama beribu–ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa–bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat–hikayat mereka sebagai ‘raksasa’, ’orang gasar (barbarian), kaum yang ganas dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Musa as yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin pada ketika itu sehingga pengikut Nabu Musa as sanggup mengeluarkan kata-kata “Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah, dan kami menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa as)

Perlu diingat, akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri Nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine) dalam kitab mereka. Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil) yang telah diubah oleh mereka bagaimana tafsiran isteri-isteri Nabi Ibrahim as ditulis. Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isteri-isterinya, meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail ke lembah gersang di Mekah.

Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas. Namun perintah Allah swt tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak. Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI. Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul, sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua. Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Bukan sahaja disebut gundik, malah perasaan rasis bangsa Yahudi terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.

Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’. Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya. Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah, perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim. Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati. Akibat rasa bersalah yang teramat sangat, maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarah’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.

Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka. Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja. Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya. Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi. Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi. Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa. Dalam Al Quran ada disebut:

“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?…. Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”. (Ali Imran: 65 – 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam. Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi, Yusuf, Bunyamin dan Yahudza. Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza. Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf, yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).

Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman as dan Nabi Daud as. Dalam pada itu keturunan dari saudara-saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dashyat, pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi, mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih, membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal, membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju. Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.

Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini, (di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C). Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama, hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka. Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti. Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba, pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji di bawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.

Di waktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon. Di sinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam Al Quran.

Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Allah dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri. Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti. Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim, tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh as mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri. Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah, si wanita misteri ini. Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja. Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.


Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual. Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh; tempat di mana keturunan Nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu). Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.

Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 1000000 B.C di mana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang di langit dan koordinasi buruj-buruj di mana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat di bumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit. Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.

Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal  Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula para pengikut Nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa as mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan di hadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China. Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika! Apa maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya? Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.

Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan. Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua di kalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka sekarang di tahap zaman Paleolitik. Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai ‘keajaiban’ cerita-cerita ini. Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang ‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata. Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.

Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu. Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba. Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit? Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa! Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu. Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata, Veda serta Upanishad. Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN…. tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

Sumber: http://www.lamankongsi.com