Showing posts with label Adnan. Show all posts
Showing posts with label Adnan. Show all posts

30 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Transit di Bangi

Sebaik tiba je di rumah adik saya di Bangi, Hjh Roza (Oza) sedang memasak untuk makan tengahari dan bekalan yang bakal di bawa ke Klana Jaya. Sibuk betul dia hari itu, kalau dia tak de alamatnya kami pun tak makan la... Foto atas, emak duduk di kerusi, yang berdiri tulah Hj Azmee dan yang duduk di sofa tu Hj Adnan dan Shima.

Saya perkenalkan, Dari kanan Hj Nan, saya, Shima, Ain dan Oza

Saya bersama dengan adik ipar saya Hjh Shima, isteri kepada adik saya Hj Adnan sempat berselfi di Bangi sebelum kami berangkat ke Klana Jaya dengan kereta Hj Adnan

28 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Pergerakan Ke Klana Jaya

Pada 4hb September 2015, kira=kira jam 11.00 pagi emak, Ain dan saya bergerak ke rumah adik saya Hj Azmee/ Hjh Roza di Bangi, Selangor

Kami dihantar oleh adik saya Hj Adnan dan isterinya Hjh Shima. Niat kami akan bertolak bersama-sama dengan adik-adik yang lain bersama dengan keluarga masing-masing.

Saya dan AIn semasa kami dalam kenderaan bertolak dari Bangi ke Klana Jaya

Ain dan emak sempat merakamkan wajah masing-masing. Selepas asar kami bertolak ke Klana Jaya. Walau pun dah pernha mengerjakan haji sebelum ini, tetapi perasaan keterujaan masih ada malah semakin kuat. Syukur sungguh saya ke hadrat Illahi kerana menjemput saya sekali lagi. Kami tiba di 

11 June 2015

Kerja Mengemas Pusara Ayah

Kali ini giliran adik saya Hj Adnan pula mengemaskan pusara ayah. Adnan punya kelebihan apabila membawa seorang pekerjanya yang bernama Ismail (Mail) untuk membantu mengemas pusara ayah. Kerja kali ini agak besar juga di mana rumput dan pokok perlu ditrim dan dipotong.

Emak dan Shima juga tidak ketinggalan untuk membantu, tapi kredit adalah kepada Mail yang sangat ringan tulang. Rumput nampak kemas apabila dah ditrim.

Manakala pokok nampak lebih tersusun dan kemas apabila dah dipotong dan dicantas.

Kan dah nampak kemas dan cantik . .  kesian lama juga kami membiarkan pusara ayah, hanya doa kami dari jauh (dari tempat masing-masing). Kini in sya Allah saya dan mak akan mengunjungi pusara ayah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

08 June 2015

Setelah Sekian Lama Kau Kami Tinggalkan

Lama betul kami semua meninggalkan rumah ini, rumah yang dibina atas penat lelah ayah, emak dan kami adik-beradik. Rumah yang kami jadikan tugu dan tempat perlindungan. Rumah inilah dulunya pernah riuh rendah dengan pelbagai suara dalam pelbagai nada. Maklumlah kami keluarga yang agak besar. (Foto atas belakang rumah)

Semuanya berubah apabila ayahanda yang sangat kami kasihi perbi meninggalkan kami, balik untuk menemui Pencipta yang maha agung dan maha kekal abadi. Mulanya kami terpaksa tinggalkan emak sendirian di rumah ini, tetapi apabila berlaku beberapa insiden makanya kami mengambil keputusan untuk bawa emak tinggal dengan sesiapa yang mak suka. (Foto belakang rumah)

Emak mula duduk dengan adik bungsu kami, Ainee yang mengajar di Tampin dan apabila Ain ditawarkan menjadi pensyarah IPG Temenggung Ibrahim, Johor awalnya mak ikut sama tetapi mungkin rumah KIP (flat) yang Ain diami buat emak kurang selesa sebab sukar nak turun naik. Jadi mak pun ikut saya balik ke Kuala Lumpur. 

Kasihankan emak saya berusaha untuk memohon balik bertugas ke mana-mana pejabat Kerajaan di Melaka. Alhamdulillah Allah swt menyampaikan hasrat saya tu dan pada 12 Mei 2015 saya melapurkan diri ke KPDNKK Melaka.

Saya, mak dan kucing-kucing saya yang 11 ekor pun berpindah ke Melaka dan mendiami semual rumah yang dibina oleh ayah yang telah kami tinggalkan lebih 3 tahun. Melihat rumah yang tidak terpelihara memangnya meruntun hati dan jiwa. Rumah yang besar ini tidak mampu untuk diuruskan oleh saya dan mak yang telah kekurangan tenaga dan upaya.

Atas hasil perbincangan bersama dengan adik-adik, keputusan dicapai untuk membaiki dan membersihkan kawasan rumah. Alhamdulillah adik saya Hj Adnan dengan pertolongan seorang pekerja dia telah mula membersihkan rumah ini mulai 1 Jun 2015 yang lalu. Adnanlah yang banyak berusaha dari membeli semua peralatan yang diperlukan sehingga meletakkan seorang pekerjanya di sini.
Cahaya rumah mula menyerlah dan kami percaya ianya akan terus bersinar seperti semula. In Sha Allah....

27 October 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Adikku Haji Adnan

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Haji Adnan. Saya doakan agar dia bersama isteri dan anak mereka sentiasa di bawah lindungan Allah dan keredaanNya. Semoga dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman, diberikan kebahagiaan rumah tangga.

27 October 2013

Hari Ulang Tahun Haji Adnan Haji Ahmad

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk adik saya Haji Adnan. Didoakan ke hadrat Illahi semoga kehidupan beliau dan keluarganya sentiasa di dalam keredaan Illahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimajukan perniagaannya dan ditingkatkan iman dan kesabaran. Ameen.

24 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Dihantar oleh Hj Adnan dan Hjh Norshimah

Saya bersama dengan mak saya berpeluang dijemput oleh Allah Taalah untuk menjadi tetamunya lagi. Alhamdulillah kali ini saya bersama mak ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Memandangkan emak mengikut adik bungsu saya yang telah ditugaskan mengajar di Johor Bharu (Institut Perguruan Temenggung Ibrahim) saya mengambil keputusan untuk berangkat dari Johor. Keputusan ini disebabkan oleh 2 perkara utama iaitu: supaya emak tidak perlu bergerak jauh untuk menaiki pesawat dari KLIA - memadai saya sahaja yang memandu ke JB dan alasan kedua kereta saya boleh ditumpangkan ke rumah adik saya Adnan dan bolehlah dia melihat dan menjaga kereta tersebut.

Foto di atas emak bersama adik saya Shimah (isteri kepada Adnan) yang mengantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai JB. Foto di atas saya dan emak selepas mendaftarkan diri di Kaunter Tiram Travel di Airport Senai.

Emak bersama dengan Adnan dan Shimah. Terima kasih kepada kalian berdua kerana menghantarkan kami dan menumpangkan kami di rumah kalian, semoga dibalaskan oleh Allah segala kebaikan dimurahkan rezeki hendaknya.

31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

27 October 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Buat Adikku Adnan

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang disambut pada hari ini iaitu 27 Oktober. Seperti juga tahun-tahun yang lepas ucapan sahaja yang dapat saya sampaikan melalui telepon dan melalui blog ini.

Saya mendoakan agar Allah swt mengurniakan kepada adik saya Haji Adnan kehidupan dunia dan akhirat yang barkat dan penuh dengan kasih sayang Allah kepadanya dan juga keluarganya. Sorry tak ade kek dan hadiah!!!

Saya percaya isterinya dan anaknya akan meraikan hari ini dengan meriah seperti tahun-tahun yang lepas.

Terima kasih juga kepadanya atas segala bantuannya kepada saya, emak, Ain dan adik-adik yang lain.

02 September 2012

Tunggu Adikku Adnan Balik Dari Umrah

Pada 22 Ogos 2012, kami sekeluarga bergerak menujuk ke Kota Tinggi dengan 2 tujuan. Tujuan utama kami untuk menunggu kepulangan ahli keluarga kami, iaitu adik saya Adnan pulang dari mengerjakan Umrah.    Kelihatan abang (Adi), Ammar - anak Adnan dan Amirul.

Pada lebih kurang jam 10.30 malam, kami bertolak ke Masjid Larkin kerana kapal terbang yang dinaiki oleh adik saya akan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura, dan daripada Singapura mereka akan menaiki bas yang telah siap menunggu ke masjid ini.

Itu dia orang yang ditunggu dah tiba, kelihatan adik saya Azman dan isterinya Azie menyambut Adnan. Alhamdulillah selamat segalanya.

Adnan diiringi oleh kaum keluarganya termasuk anaknya Ammar.

Antara barangan para jemaah umrah.

Azmee berbual dengan abangnya.

Adnan memeluk emak yang selalu sedih bila berhadapan acara sebegini.

Apa lagi jom lah balik....

28 October 2011

Selamat Harijadi Buat Adikku Haji Adnan


Selamat Harijadi untuk adikku Adnan yang menyambutnya pada 27 Oktober 2011. Malangnya isteri dan anak lelakinya sedang bercuti di Hong Kong bersama keluargaku yang lain. Aku sentiasa mendoakan agar semua adik-adikku di berkati oleh Allah Taalah, dirahmati, dimurahkan rezeki mereka, dipanjangkan umur dengan iman dan menjadikan mereka dipandang oleh masyarakat dengan pandangan sebaik-baiknya.

29 October 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Adikku Adnan

Pada hari lahirnya, iaitu 27hb Oktober yang lepas, aku dah smskan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat adikku Haji Adnan bin Haji Ahmad, dengan diiringi doa semoga ditingkatkan iman dan kesabaran, dimurahkan rezkinya dan keluarga. Walaupun agak lewat - aku saja nak postkan ucapan yang sama ini kepada beliau. Doa aku mengiringinya selalu. Moga dimakbulkan oleh Allah hendaknya.

Birthday boy tengah potong kek, diperhatikan oleh anak saudaraku Amirul Rashid.