Surat adik saya Azmee kepada ayah... masa ni Azmee mendiami Asrama Sekolah Menengah Teknik Melaka Bukit Piatu. Bila kita dah dewasa dan beransur tua... membaca semula surat ini bagaikan melangkah semula ke alam tersebut. Maka akan berbisiklah kita... alangkah baiknya jika masa boleh diundurkan!!!
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts
21 April 2015
18 December 2014
6 Tahun Ayah Dah Tinggalkan Kami
![]() |
| Ayah di driving range - percubaan menebas |
Hari ini dan masa ini tepat ayah tinggalkan kami. Pada masa dan hari yang sama 6 tahun dahulu ayah telah meninggalkan keluarga kami. Kami doakan agar ayah sentiasa berada di dalam keredaan Allah swt, di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati dan berada bersama dengan Rasulallah saw. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa ayah sama ada yang sengaja atau tidak, yang besar atau kecil.
Kami sangat berharap agar kita akan bersama nanti di akhir zaman dan di syurga
25 May 2014
Peninggalan Terakhir Ayah
Ini adalah overcoat dan seluar terakhir yang ayah pakai sebelum ayah meninggal dunia pada 18 Disember 2008. Saya ambilnya di malam ayah menghembuskan nafasnya di Hospital Pakar Putra Melaka. Saya simpannya dalam beg dan baru pada 11 Mei 2014 saya basuh dan menyimpannya untuk kenang-kenangan.
Dalam poket seluar ayah saya jumpa sapu tangan dan sikat ini. Sedih memegang sikat dan sapu tangan ini yang sebelum ini dipegang oleh ayah. Tak tahu kenapa sehingga kini saya masih belum dapat melupakan ayah. Setiap hari pasti saya akan mengingati beliau dan mendoakan untuk kesejahteraan dan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah Taalah. Ameen...
18 December 2013
Hari Ini Genap 5 Tahun Ayah Pergi
Rasanya macam baru semalam ayah ada di kalangan kami. Namun begitu hari-hari yang kami lalui tanpa ayah sejak 5 tahun lalu sering kali membuatkan kami sayu, rindu dan teringat pada ayah, terutamanya apabila menyambut hari raya.
Bagi saya, saya selalu bercakap dengan ayah dalam telepon dan apabila ayah dah tiada memang terasa kekosongan saat-saat begitu. Alhamdulillah kami ada mak lagi dan pada dialah tempat kami melepaskan rindu pada ayah.
Ayah bersemadilah dengan aman, kami doakan agar ayah sentiasa di dalam kerahmatan Allah swt dan ditempatkan roh ayah di kalangan kekasih Allah dan semoga ayah sekarang ini bersama dengan Rasulallah saw.
Lambat laun kita akan bertemu juga, ayah nantikan kami.
31 July 2013
Selamat Hari Pahlawan 2013 Ayah, Zman dan Zmee
16 June 2013
Lagu: Ayah - Aishah
Selamat Hari Bapa Kepada Semua sahabat-sahabat saya yang bergelar ayah. Teruskan usaha anda dalam mendidik anak-anakmu.
Bagi anak-anak yang telah kehilangan jangan lupa mendoakan arwah ayah masing-masing. Semoga lagu ini membawa kenangan kepada ayah anda.
Untuk arwah ayahku... doaku iringkan semoga ayah dirahmati Allah, di tempatkan di sisiNya bersama dengan kekasih-kekasihnya. Terima kasih ayah kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.
Untuk arwah ayahku... doaku iringkan semoga ayah dirahmati Allah, di tempatkan di sisiNya bersama dengan kekasih-kekasihnya. Terima kasih ayah kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.
18 December 2012
The Death Day of My Dear Father
Lebih kurang waktu begini (8.30 malam) dan hari ini (18 Disember 2008) tetapi harinya adalah hari Khamis ayah pergi meninggalkan kami. Hari ini genaplah 4 tahun ayahanda tercinta mengadap ke hadrat Illahi. Walaupun mungkin pada sesetengah orang 4 tahun itu masa yang sudah lama, tetapi bagi emak, saya dan adik-adik rasanya seperti baru semalam ayah pergi, kehilangannya masih terasa dan sehingga kini kehidupan saya terutamanya sudah berubah 360 darjah, semuanya sudah tidak sama seperti dulu lagi baik hidup di kampong atau kehidupan di sini.
Apa yang boleh kami lakukan adalah cuba meneruskan hidup tanpa ayah dengan sebaik-baiknya di samping mendoakan untuk ayah di sana lebih aman dan tenang di kalangan orang-orang beriman dan yang dicintai Allah Taalah.
09 November 2012
Hari Ulang tahun Kelahiran Ayah. Kalau Ayah Masih Ada
Kalau ayah saya masih ada hingga sekarang, maka hari ini umur ayah adalah 76 tahun, tetapi Allah lebih menyayangi ayah di mana ayah telah dijemput kembali kepadaNya hampir 4 tahun lepas. Walaupun ayah dah tiada tetapi setiap masa kami sentiasa mengingati ayah. Kini hanya doa kami sahaja yang menemani ayah setiap hari. Semoga ayah sentiasa di dalam lindungan Allah dan ditempatkan di dalam kalangan orang soleh dan dikasihi Allah. Ayah berehatlah di sana dan kami akan hantarkan hadiah setiap hari kepada ayah.
Foto ini diambil semasa kami sekeluarga mengadakan Hari Keluarga di PD Golf and Country Club. Ayah dan kami semua sudah siap sedia untuk menikmati sarapan pagi di mana kami sempat ambil gambar ayah. Kini semua gambar ayah menjadi harta yang tidak ternilai untuk kami semua.
Foto ini diambil semasa kami sekeluarga mengadakan Hari Keluarga di PD Golf and Country Club. Ayah dan kami semua sudah siap sedia untuk menikmati sarapan pagi di mana kami sempat ambil gambar ayah. Kini semua gambar ayah menjadi harta yang tidak ternilai untuk kami semua.
03 September 2012
Di Pusara Ayah
Azmee dan emak di pusara ayah.
Azman sedang berdoa.
Pusara-pusara lain nampak bersih maklumlah baharu sahaja menyambut Aidilfitri jadi kebanyakan pusara di sini telah dibersihkan oleh ahli keluarga masing-masing
28 August 2012
Terima Kasih Pahlawanku
Ayah saya semasa mudanya adalah seorang anggota tentera yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Darat United Kingdom (British Army), sebagai tentera banyak kem-kem tentera yang telah kami jelajahi kerana mengikut ayah berpindah randah.
Legasinya diikuti oleh 2 orang anaknya iaitu adik saya Kdr Azman bin Haji Ahmad TLDM yang kini berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Gambar ini gambar lama semasa beliau berpangkat Lt Kdr TLDM yang bertugas di bawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu di Etophia.
Seorang lagi adik saya yang mengikut jejak langkah ayah berbakti mempertahankan negara adalah Mej (rtd) Azmee bin Haji Ahmad. Sekarang ini adik saya ini sudah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat akhirnya sebagai Mejar dan berkhidmat di dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) itu yang duduk atas jentera perang tu.
Saya bangga kerana di dalam keluarga saya ada beberapa orang tentera yang mempertahankan negara ini, walaupun mungkin jasa mereka kecil tetapi setidak-tidaknya telah terbukti bahawa keluarga kami dan bangsa Melayu memang bangsa yang sayangkan negara tempat tumpah darah mereka. itu pandangan saya ... oh ya... saya pun tentera juga tapi sekejap sahaja.....ikuti selepas ini....
27 July 2012
Pusara Ayah
Emak sedang membaca Surah Yassin semasa saya dan emak menziarahi Pusara Ayah baru-baru ini
Alhamdulillah Pusara Ayah sentiasa nampak bersih dan kemas.
Tanpa disedari ayah dah tinggalkan kami hampir 3 tahun setengah. Tetapi perasaan rindu padanya tetap kuat dan tidak pernah berkurangan.
Semakin ramai komuniti FBS yang berpindah ke taman ini dan menjadi jiran-jiran ayah. Kami entah bila lagi....
16 July 2012
Ayah Dengan Sukan Golf
Ayah melangkah ke driving range untuk lathan memukul bola dengan diiringi oleh pembantu setianya Adik. Ayah paling suka jika anak-anaknya bermain golf... tak tahu kenapa tetapi dalam keluarga saya 3 dari 5 beradik bermain golf dan antaranya saya sendiri tetapi kini dah lama tinggalkan golf kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas.
12 July 2012
TruLove - My Parents
Sudah 3 tahun setengah ayah yang kami dikasihi kembali ke pangkuan Allah SWT. Selama itu jugalah emak saya kehilangan sahabat baiknya. Boleh dikatakan mereka tidak pernah berpisah selepas mereka berkahwin pada tahun 1957, dan kewafatan ayah saya pada hujung tahun 2008 adalah pemisah buat mereka. Apa lagi apabila ayah pergi secara tiba-tiba sahaja kerana ayah hanya sakit genap sebulan sebelum menemui Penciptanya. Kini hidup emak macam tak bermakna, tak banyak yang emak nak lakukan kini hanya melayan umur yang masih ada di badan.
Saya sangat kasihan melihatkan emak melalui hidupnya sendirian kerana kami masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerja dan tinggal bersama dengan emak di kampong, tetapi emak tidak setuju dengan cadangan saya.... dan kini sudah 3 tahun lebih saya menunggu jawapan daripada JPA bagi pertukaran saya ke mana-mana Kementerian dan Jabatan Kerajaan di negara itu. Mungkin belum ada rezeki dan/ atau Allah mempunyai rancangan terbaik untuk keluarga kami.
Bagi saya semua foto ayah sangat berharga....
17 June 2012
Lagu: Al Fatihah Untuk Ayah (Halim Yazid)
Sempena Hari Bapa tahun 2012, sudah 4 tahun menyambut hari ini tanpa ayah.
Buat ayahku yang sedang aman dan bahagia di syurga. Al Fatihah untuk ayah... Amin
19 April 2012
Melawat Ayah di Taman Barzakh
Pelawat setia yang sering mengunjungi ayah hanya meninggalkan tapak-tapak kaki sahaja. Beberapa tapak kaki kucing yang jelas atas pusara ayah. Yang hairannya kubur-kubur lain tak pulak dikunjungi mereka. Agaknya mungkin semasa hidup ayah seorang yang sayangkan kucing, jadi selepas ayah meninggal pun kucing datang menziarahi ayah.
Ain membacakan surah yasin untuk ayah.
Dengan Mak selepas selepas membaca yasin dan doa untuk ayah.
Foto di bawah Mak di pinjjir pusara ayah sebelum kami bertolak balik ke rumah.
09 April 2012
Ambik Wuduk - Pesanan Ayah
Setiap hari saya akan mengingati ayah terutamanya ketika mengambil wuduk. Kata ayah selain dari wuduk itu untuk mengerjakan solat, sebaliknya perbuatan semasa mengambil wuduk juga adalah untuk memohon kepada Allah supaya anggota tubuh yang terkena air wuduk itu dipelihara oleh Allah dari perbuatan/ perlakuan di dunia dan terpelihara anggota-anggota itu dari api neraka.
Kata ayah ketika menyentuh air untuk mengambil wuduk niatkanlah di dalam hati kita:
1. Ketika berkumur - "Ya Allah, jadikan semua perkataan ku mudah difahami dan ampunilah dosa mulut dan lidahku".
2. Ketika membasuh muka - "Ya Allah, berikan keserian dan putihkanlah wajah mukaku di dunia dan di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan - "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri - "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala - "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga - "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini dan peliharalah ianya dari mendengar perkara-perkara maksiat".
7. Ketika membasuh kaki kanan - "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri - "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
1. Ketika berkumur - "Ya Allah, jadikan semua perkataan ku mudah difahami dan ampunilah dosa mulut dan lidahku".
2. Ketika membasuh muka - "Ya Allah, berikan keserian dan putihkanlah wajah mukaku di dunia dan di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan - "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri - "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala - "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga - "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini dan peliharalah ianya dari mendengar perkara-perkara maksiat".
7. Ketika membasuh kaki kanan - "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri - "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Semoga ayah dikurniakan pahala daripada pahala sesiapa yang mengamalkannya.
Walallahualam.
08 March 2012
Iklan : Kasih Seorang Ayah Yang Bisu (Thailand)
Sedih betul melihat iklan ini, susah kita nak buat kenyataan kerana anak gadis yang sedang membesar sememangnya memerlukan idola yang boleh dia banggakan. Sudahlah ibu telah tiada yang tinggal hanya ayah yang bisu, walaupun begitu ayahnya seorang yang sangat bertanggungjawab dan penyayang - anaknya adalah segala-galanya. Rupanya sukar jika tidak dapat berkomunikasi dengan sempurna.
Akhirnya si anak sedar juga betapa besar menggunungnya kasih ayahnya.... apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk si anak. Saya tertanya-tanya selepas ayah saya meninggal adakah ayah yang lain bersikap penyayang seperti ini. Kalau ada syabas kerana andalah masa depannya.
Saya sangat merindui ayah saya... masih sukar untuk melupakan dia, semoga Allah merahmati ayah saya sentiasa. Amin
14 February 2012
Melaka Day Cruise - Part IX - Hospital Pakar Putra Melaka
Semasa menyusuri Sungai Melaka dengan bot, kami melimpasi Hospital Pakar Putra Melaka, di mana ayah saya dirawat di hospital ini selama sebulan sebelum ayah yang kami cintai menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital ini pada 18 Disember 2008.
Dulu semasa kami menemani ayah, kami sendiri sentiasa melihat/ menyengok ke jendela melihat keindahan sungai ini dan Kampong Morter.
Kalau tak silap saya 2 kali ayah dan emak menikmati keindahan Melaka dari dalam bot dan ayah juga melihat keindahan malam di sungai ini dan Kampong Morter dari hospital ini.
06 February 2012
Pusara Ayah : 6 Februari 2012
Amir sedang sibuk menyiram pokok bunga di pusara ayah.
Ain sedang membaca Surah Yasin untuk disedekahkan kepada ayah.
Aku dan Ain di pusara ayah.
Ain dan Amir.
Aku Di Pusara Ayah
Cuti kali ini (sempena Mauludil Rasul) tidak ramai adik-adikku yang balik ke kampong.
Kesemua adik-adik lelakiku berkumpul di Kuantan di rumah adik lelakiku Azman kerana mak ada di rumahnya.
Hanya aku, adiku Ain dan anak bungsunya Amir sahaja yang balik kampong - jadi kami sahajalah yang mengziarahi pusara ayah hari-hari kami di kampong.
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)

