Showing posts with label Malu. Show all posts
Showing posts with label Malu. Show all posts

11 January 2012

Hati-Hati Apabila Menggunakan Program Penterjemahan

Baru-baru ini berlaku suatu perkara yang amat memalukan, apabila Kementerian Pertahanan (MinDef) menyiarkan Etika Berpakaian dalam Bahasa Inggeris kepada pelanggan mereka secara on-line. Etika Pakaian ini telah dipraktikkan kepada semua warga MinDef sejak dulu lagi dan saya yang pernah menjadi warga MinDef tidak asing dengan etika tersebut. Tindakan tersebut amat dihargai kerana selama ini ramai pelanggan MinDef yang gagal memasuki Wisma Pertahanan hanya kerana pakaian yang dikenakan tidak bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Tetapi usaha menyiarkan etika pakaian ini telah menjadi bahan gurauan dan jenaka apabila, terjemahan yang dilakukan dengan menggunakan program terjemahan google disiarkan begitu sahaja tanpa disemak dan diluluskan oleh pegawai atasan. Sepatutnya perkara seperti ini yang menyebabkan nama baik dan kredibiliti MinDef dari segi komunikasi akan/ amat terjejas, memandangkan YB Menteri Pertahanan sendiri adalah seorang sarjana yang memegang Ijazah Sarjana (Master) dan PhD dalam bidang komunikasi.

Tak pasal-pasal YB Menteri terpaksa memohon maaf atas kesilapan tersebut. Siapalah punya kerja sehinggakan terlepas isu ini sehingga ke khalayak. Bukankah MinDef telah mempunyai Unit Komunikasi Korperat sendiri... yang sepatutnya menapis semua bahan-bahan yang ingin disiarkan sama ada secara elektronik, cetak, audio dan video. Walau apapun isu ini sudah tentu akan menyebabkan MinDef lebih berhati-hati lagi.

Saya tidak menyangkal akan penggunaan program terjemahan google, memang program ini boleh membantu, namun begitu ianya perlu disemak agar apa yang ingin disampaikan tidak terpesong, tersalah penyampaian dari segi penyusunan ayat dan maksud serta tatacara ayat dan perkataan. Sebagai bekas warga MinDef saya pun rasa malu juga, tetapi apa nak buat... perkara dan berlaku.

Kalau nak tengok terjemahan tersebut sila ke laman sesawang berikut: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F1%2F6%2Fnation%2F10212570&sec=nation

11 November 2011

PERASAAN MALU

Macam juga post sebelum ini, ilmu ini saya pinjam dari Albanna Mutiara Ilmu. Mengikutnya Abu Sa'id Khudri رضي الله عنه meriwayatkan bahawa:

كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاءِ فِي

خَدْرِهَا وَكَانَ إِذَا كَرِهَ شَيْئًا عَرَفْنَاهُ فِى وَجْهِهِ

"Sifat malu silu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah. Jika baginda tidak menyukai sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya: di sebalik sifat pemalunya yang bersangatan, baginda tidak suka menyatakan sesuatu yang baginda tidak suka"

Malu itu ialah kelakuan untuk menunjuk dan menjauhkan perkara yang buruk, dan untuk menjaga diri supaya tidak mencuaikan hak orang tua, serta menarik kepada memberikan hak kepada semua orang yang berhak. Sebab itulah, ada sebuah riwayat daripada Al-Bukhari dan Muslim, yang mengutipnya dari Imran bin Hushain yang bermaksud adalah sifat malu itu semuanya baik.

Bukti yg menunjukkan kelebihan sifat malu itu, ialah dari apa yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani daripada Siti Aisyah رضي الله عنه katanya: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

يَاعَائِشَةُ، لَوْ كَانَ الْحَيَاءُ رَجُلًا، لَكَانَ رَجُلًا صَالِحًا، وَلَوْ كَانَ الْفُحْشُ رَجَلًا، لَكَانَ رَجُلَ سُوْءٍ

"Wahai Aisyah! Kiranya sifat malu umpama manusia, niscaya dia telah menjadi seorang yang salih. Dan kiranya kecurangan itu umpama seorang manusia, niscaya dia menjadi seorang yang jahat".

Ibnu Maja dan At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه katanya: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

مَاكَانَ الْفُحْشُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَمَاكَانَ الْحَيَاءُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Tiada sesuatu yang disentuh oleh kecurangan, melainkan dia merosakkannya. Dan tiada sesuatu yang dicampuri oleh sifat malu, melainkan dia memperbaikinya.

Malik dan Ibnu Majah juga telah meriwayatkan daripada Zaid bin Talha bin Rukanah, dirafakkannya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

إِنَّ لِكُـلِّ دِيْـنٍ خُـلُقًا، وَخُلـُقُ الْإِسْـلَامِ الْحَيَـاءُ

"Setiap agama ada kelakuannya, dan kelakuan Islam itu sifat malu".

Al-Bukhari dan Muslim tlh meriwayatkan sebuah Hadith dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

وَالْحَيَـاءُ شُـعْبَـةٌ مِـنَ الْإِيْمَـان

"Dan sifat malu itu adalah suatu cabang dari Iman".

Sesudah merenungkan semua pertunjuk Nabi صلى الله عليه وسلم tentang keutamaan sifat malu itu, maka tiada hairan lagi kiranya kita lihat anak-anak para sahabat semuanya telah terlengkap dgn kelakuan-kelakuan yang murni ini, dan kesan-kesan akhlak itu ternyata dengan jelas di hadapan orang-orang yang lebih tua dari mereka, ataupun yang lebih berilmu dari mereka.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi daripada Abu Said رضي الله عنه katanya: "Pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم aku masih anak kecil lagi. Aku sering menghafal sesuatu daripadanya. Tiada sesuatu pun yang menghalang aku dari berbicara dengannya, melainkan jika ada di sana orang-orang yang lebih tua dariku".

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~