Lagu ini merupakan lagu kenangan bagi saya dan sahabat-sahabat saya di Tingkatan 5 Sekolah Menengah Jasin (SMJ) dalam Kumpulan Koir SMJ. Lagu ini adalah lagu yang kami masuk bertanding untuk Tilent Time bagi sekolah-sekolah Daerah Jasin. Tak ingat menang ke tidak.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label SMJ. Show all posts
Showing posts with label SMJ. Show all posts
16 December 2011
09 February 2011
My Autograph - SMJ (2)
Ini adalah keluhan yang tidak serius dari seorang sahabat... agaknya C.T Serpico masa ini baru belajar untuk bercinta.. jadi autograf ini menjadi sasarannya. Walau apa pun kami yang sebenarnya tak pandai nak bercinta cintun macam pelajar sekarang. Bersekolah pada kami adalah tempat dan masa yang paling manis dan bebas dalam hidup. Setiap hari ke sekolah adalah untuk berjumpa kekawan di samping menimba apa sahaja ilmu yang dicurahkan oleh guru. Suasana dan kaedah bersekolah semasa zaman saya dan kini nampak sangat jauh bezanya. Sekarang ini bersekolah macam satu deraan dan seksaan... langsung tidak ada keseronokan. Tapi apa boleh buat masa berubah seiring dengan pergerakan negara menuju ke era negara maju dan moden. Bagi memastikan hasrat negara itu tercapai rakyat perlu mempunyai ilmu yang lengkap dan mampan.
Insyaallah sahabat, kalau kena tempatnya memang saya tak suka menasihati seseorang di khalayak ramai. Tetapi ada juga manusia yang terpaksa di tegur di khalayak ramai... baru boleh berubah... selama 3o tahun bertugas dah ramai manusia yang saya jumpa dan mempunyai pelbagai ragam.Memang saya akui tak ramai yang mempunyai sifak keras hati, memikirkan hanya mereka sahaja yang betul dan tidak tahu menghormati orang lain. Mereka-mereka ini, saya tangani dengan cara merendahkan ego diri seseorang itu, dan selepas dari itu sikap mereka akan berubah sama ada positif atau negatif. Seperti yang saya cakapkan di atas tadi, biasanya mereka yang sebegini perasan bahawa mereka adalah yang terbaik, tercantik dan berjawatan tinggi.... (perasannya dia)
Tulisan dari salah seorang sahabat Cina saya, iaitu Ban Huat, tetapi beliau sangat fasih berbahasa Melayu. Selepasa dari zaman persekolahan saya tak pernah berjumpa dengan beliau. Untuk balik ke kampong saya, saya akan melalui Pekan Selandar - iaitu tempat tinggal/ asal Ban Huat, saya pernah terfikir beberapa kali untuk berhenti bertanyakan di mana agaknya Ban Huat kini. Tapi rasa seganlah pulak!!!!
Yang akhir ini adalah tulisan Siew Chin, sahabat saya ini seorang yang comel, tapi tak tahulah kini bagaimana agaknya rupa dia selepas lebih 30 tahun tak pernah berjumpa?
08 February 2011
My Autograph - SMJ (1)
Aku macam juga pelajar-pelajar lain apabila tamat sekolah akan menyediakan sekurang-kurangnya 1 Autograph untuk cacatan/ pesanan/ kutukan sahabat dan kawan-kawan sekolah. Aku ingin berkongsi buku autograph dengan kalian. Ada catatan yang telah berusia hampir 30 tahun. Mungkin masa itu kita akan tercari-cari kata-kata,bait puisi yang indah untuk dirakamkan dalam Buku Autograph Teman. Tapi secara relatifnya adakah kita mengambil kisah akan catatan tersebut. Jomlihat apakah yang dinukilkan oleh sahabat-sahabat saya. Ini adalah catatan teman aku yang menggunakan nama samarannya sebagai Morgon.
Yang ini dari sahabatku Saadiah, agaknya dia sendiri pun dah lupa apa yang dicatatkan. Pesanannya supayadiatidak dilupakan menjadi kerana sehingga kini dia adalah antara sahabat yang aku tak pernah lupakan di samping Mukminah, Mia, Aisyah, Norlishah dan ramai lain. Walaupun tak dapat bersua muka tapi mereka masih lagi kekal di ingatanku. Tapi gambaran wajah mereka adalah seperti di zaman persekolahan, kerana tak pernah bertemu selepas zaman persekolahan.
Autograph ini adalah tulisan dari seorang teman bernama Riza, puas aku cuba ingat-ingatkan siapakah dia Riza ni, tapi masih tak timbul wajahnya.... akhirnya aku terfikir adakah sahabatku yang bernama Riza.... atau ada kemungkinan teman-teman sahabatku yang bermurah hati untuk mencatat sesuatu di Autographku. Walau apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih. Jom lihat apa yang ditulisnya..
Sama ada secara kebetulan atau, kerana fitrah hidup, memang hidup manusia bagaikan roda, ada kala di atas dan ada kala di bawah. Walau di mana sekalipun kita... kita mempunyai fungsi yang sama, iaitu bersyukur, berusaha dan menyerah diri ke hadrat Allah. Bukan semasa senang sahaja kita bersyukur dan bukan semasa susah sahaja kita menyerah. Bersyukur, berusaha dan menyerah perlu bergerak seiring kerana selagi kita bernama manusia yang mampu bergerak.
Usah dibiarkan hidup tanpa tujuan di bumi Allah... takut-takut tak sempat untuk menyediakan bekalan ke alam yang kekal.
Esok ada sedikit lagi catatan autograph dari sahabat-sahabat saya. Tungguuuuuuuuuuu
27 January 2011
My Sekolah - Sekolah Menengah Jasin
Pagi-pagi aku bersiap dan ke MinDef untuk urusan peribadi, ingatkan sekejap je tapi hampir 2 jam kat sana, jadi rasa malas nak gi opis sebab.... hampir 2 jam uruskan urusan peribadi dan perbincangan penyediaan kertas kerja. Jadi aku call office dan ambil EL saja. Petang ini aku ada kelas pengajian di Masjid Negara dan berjanji dengan teman baikku (Lt Kol Nor Sabrina), insyaallah aku akan berada di rumahnya jam 6 petang, kami ke Masjid Negara bersama dengan kereta beliau.
Jadi apa aku nak buat kat rumah masa ini????? sedang aku membelek-belek album lama terjumpa gambar masa aku di sekolah menengah rendah. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Jasin (SMJ) (Sekolah Menengah Kebangaan Jasin sekarang ni). Melihat gambar kelas hingga tingkatan empat, aku teringatkan kawan-kawan dan guru sekolah ku, ke mana mereka?, apa mereka buat untuk hidup? adakah guruku masih sihat lagi?
Gambar ini semasa aku Tingkatan 1D, Guru kelas aku Mr Sivaraman, beliau juga merupakan guru subjek Bahasa Inggeris. Tidak banyak peristiwa istimewa yang aku ingat semasa di tingkatan 1, rasanya masa tu aku tak ada kawan baik pun ... murid Melayu memang tak ramai... aku pulak dari kampong, susah nak sesuaikan diri... nak berkomuniksi dalam Bahasa Ingeris pula memang menjadi masalah besar. Jadi mungkin itu yang buatkan aku jadi pendiam kot.
Gambar ini semasa aku di Tingkatan 2B, Guru kelas ku adalah Mr Lim. Mula dari kelas ini akau mempunyai seorang sahabat yang sangat baik, namanya Mukminah binti Hj Johar, dia berasal dari Felda Air Kangkong, tak jauh dari kampong aku. Aku bersahabat dengannya sehingga aku mengaji di tingkatan 6 di Sekolah Iskandar Syah, Jasin.
Yang ini pula adalah gambar aku di tingkatan 3B. Guru kelas aku Mr Puah. Mulai tahun ini (1974) murid-murid Melayu perempuan dibenarkan untuk mengenakan pakaian seragam baju kurung. Aku ingat lagi ramai di antara kami yang teruja apabila dibenarkan memakai baju kurung, tetapi apabila tengah hari kami dah nampak macam selekeh je mungkin disebabkan lengan baju yang panjang dan kain yang berpusing-pusing. Tetapi lama-kelamaan kami dah biasa.
Ini pula gambar semasa aku di tingkatan 4. Aku tak ingat nama guru kelas ku ini, tetapi yang pasti dia adalah isteri kepada Mr. Sivaraman. Seorang guru yang sangat baik dan lemah lembut penuh dengan sifat keibuan. Yang sangat aku ingat aku antara murid yang agak nakal, masa di tingkatan 1 hingga 2 aku suka bergadoh dan bertumbuk, tak kira dengan murid lelaki atau perempuan. Selepas tingkatan 2, aku mula jadi baik sebab mempunyai sahabat-sahabat yang baik, terutamanya Mukminah.
Aku sangat suka dengan sekolah ini, di sini aku mula mengenal dunia melalui pelajaran Geografi dan sejarah Tanah Melayu serta sejarah dunia. Kedua-duanya adalah pelajaran yang amat aku gemari. Di sini juga aku mula menyanyi apabila kumpulan koir ditubuhkan. Gambar ini mungkin gambar semasa aku di tingkatan 5, mungkin gambar ini merupakan gambar terakhir kami di SMJ.
Aku rasa sangat rindu pada kawan-kawan ku.
Jadi apa aku nak buat kat rumah masa ini????? sedang aku membelek-belek album lama terjumpa gambar masa aku di sekolah menengah rendah. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Jasin (SMJ) (Sekolah Menengah Kebangaan Jasin sekarang ni). Melihat gambar kelas hingga tingkatan empat, aku teringatkan kawan-kawan dan guru sekolah ku, ke mana mereka?, apa mereka buat untuk hidup? adakah guruku masih sihat lagi?
Gambar ini semasa aku Tingkatan 1D, Guru kelas aku Mr Sivaraman, beliau juga merupakan guru subjek Bahasa Inggeris. Tidak banyak peristiwa istimewa yang aku ingat semasa di tingkatan 1, rasanya masa tu aku tak ada kawan baik pun ... murid Melayu memang tak ramai... aku pulak dari kampong, susah nak sesuaikan diri... nak berkomuniksi dalam Bahasa Ingeris pula memang menjadi masalah besar. Jadi mungkin itu yang buatkan aku jadi pendiam kot.
Gambar ini semasa aku di Tingkatan 2B, Guru kelas ku adalah Mr Lim. Mula dari kelas ini akau mempunyai seorang sahabat yang sangat baik, namanya Mukminah binti Hj Johar, dia berasal dari Felda Air Kangkong, tak jauh dari kampong aku. Aku bersahabat dengannya sehingga aku mengaji di tingkatan 6 di Sekolah Iskandar Syah, Jasin.
Yang ini pula adalah gambar aku di tingkatan 3B. Guru kelas aku Mr Puah. Mulai tahun ini (1974) murid-murid Melayu perempuan dibenarkan untuk mengenakan pakaian seragam baju kurung. Aku ingat lagi ramai di antara kami yang teruja apabila dibenarkan memakai baju kurung, tetapi apabila tengah hari kami dah nampak macam selekeh je mungkin disebabkan lengan baju yang panjang dan kain yang berpusing-pusing. Tetapi lama-kelamaan kami dah biasa.
Ini pula gambar semasa aku di tingkatan 4. Aku tak ingat nama guru kelas ku ini, tetapi yang pasti dia adalah isteri kepada Mr. Sivaraman. Seorang guru yang sangat baik dan lemah lembut penuh dengan sifat keibuan. Yang sangat aku ingat aku antara murid yang agak nakal, masa di tingkatan 1 hingga 2 aku suka bergadoh dan bertumbuk, tak kira dengan murid lelaki atau perempuan. Selepas tingkatan 2, aku mula jadi baik sebab mempunyai sahabat-sahabat yang baik, terutamanya Mukminah.Aku rasa sangat rindu pada kawan-kawan ku.
28 May 2010
Mesej Kepada Sahabat Lama
Foto sebelah kanan - foto saya bersama sahabat-sahabat semasa di SMJ, rasa-rasanya masa Tingkatan 5 kot.
Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka; Sekolah Kebangsaan Sri Klana, Seremban; Sekolah Kebangsaan Kesang Tua Jasin Melaka; Sekolah Menengah Jasin (SMJ) dan Sekolah Iskandar Syah (SIS) Jasin. Semasa di SMJ dan SIS, saya tinggal di asrama puteri SIS.
| Saya di Tingkatan 6 SIS |
Walaupun begitu hasrat untuk bertemu dengan sahabat lama tetap dalam hati, Sekali lagi saya adalah Adnee binti Ahmad.
Subscribe to:
Posts (Atom)