Showing posts with label Rumah Adnan/ Shima. Show all posts
Showing posts with label Rumah Adnan/ Shima. Show all posts

22 March 2013

Dari Jendela: Rumah Adnan/ Shima

Beberapa foto yang saya ambil semasa saya menginap di rumah adik saya, Haji Adnan bin Haji Ahmad dan adik ipar saya Hjh Norshemah binti Haji Haron.

Sebenarnya foto ini saya ambil hampir waktu maghrib tetapi nampak macam siang lagi, hanya ada beberapa lampu yang telah dipasang.

Di depan tu lebih kurang setengah kilometer adalah sungai yang sangat besar yang menyumbang berlakunya banjir di Kota Tinggi.


31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

29 October 2012

Tahlil Aidil Adha 1434H/ 2012M

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah adik saya Adnan di Kota Tinggi. Raya Adha kali ini juga tidak sepenuhnya ahli keluarga kerana adik saya Azmee sedang menunaikan fardu hajinya bersama isterinya, manakala adik saya Azman beraya di Kuantan sahaja kerana anak bungsunya menghadiri kelas tuition kerana pada hujung tahun ini Amir akan menghadapi peperiksaan SPMnya. Semoga Amir dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab soalan serta diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik.

Jadi, yang tinggal dan dapat beraya bersama tahun ini adalah emak, Adnan dan keluarganya (isterinya Shima dan anaknya Ammar), Ain bersama anaknya Amir dan saya sendiri. 

Cerita perjalanan kami berlaku pada hari rabu, selepas pejabat saya bertolak ke rumah Ain di Sekolah Menengah Arab Al Asyraf, Alor Gajah untuk ambil Ain dan Amir kemudian terus ke rumah Mak Cik Kiah di Bandar melaka untuk ambil emak. Selepas itu lebih kurang jam 5 petang kami bertolak ke Kota Tinggi dan kami tiba di rumah adik saya lebih kurang jam 9.00 malam.

Memandangkan kami masing-masing menyertai korban di tempat-tempat lain, maka tidaklah dapat kami menghadirinya. Pun begitu tiada acara khusus yang dilakukan selain dari solat Aidil Adha di pagi hari dan malamnya adik saya Adnan memimpin bacaan Yassin dan tahlil untuk disedekahkan pahalanya untuk insan tercinta yang sudah tiada. Kelihatan Adnan sedang membacakan doa tahlil dan diaminkan oleh Ammar, Ain dan kami yang lain yang tidak kelihatan di dalam foto di atas.

Emak, saya dan Ain di baris belakang di akhir acara........