Showing posts with label Kubur. Show all posts
Showing posts with label Kubur. Show all posts

23 April 2013

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ- ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

Gambar Hiasan.. Pusara ayah saya
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

22 July 2012

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah

Satu mayat seorang Islam yang telah 8 bulan di tanam didapati telah berada dalam keadaan duduk dan memegang al quran surah Yaasin.


Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah  Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..



Ceritanya begini..... Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
Subhanallah maha suci Allah, saya sendiri tidak pernah sangsi dengan janji Allah, sesungguhnya Allah telah banyak kali menunjukkan kekuasaannya supaya kita yang tinggal memahami bahawa apa yang kita lakukan di dunia ini sememangnya berpanjangan di alam selepas ini tidak kira baik atau sebaliknya. 
Janganlah menganiaya sesama sendiri.... dan jangan sekali-kali cuba untuk membuktikan bahawa seseorang itu lebih lemah daripada diri sendiri......

15 June 2012

Rahsia Solat


Carta yang bagus... malangnya kurang jelas...... tetapi sekiranya dapat dibaca isinya memang bagus dan boleh dijadikan panduan kita dalam menambah ilmu pengetahuan. Rupanya setiap perlakuan dan dalam solat tu ada ganjarannya di dalam kubur.. bagusnya.

08 June 2012

Pesanan Ustaz Don

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(Surah Ali Imran 3:185)



Tetapi tidak ramai manusia yang sedar bahawa setiap hari kita melangkah menuju ke kubur, selepas itu kita akan dibaringkan ke dalam liang lahat milik kita seperti yang digambarkan di atas. Hanya kain putih yang murah sahaja yang kita bawa bersama pahala-pahala dan dosa-dosa, semoga kita hanya membawa pahala-pahala sahaja dan mudah-mudahan kubur kita menjadi antara taman-taman syurga sementara menunggu masa utuk dibangkitkan semula.

27 April 2012

Peringatan Dari Kubur

Pada saya artikel ini sangat penting sebagai ingatan dan renungan sanak saudara dan sahabat handai. Ambillah iktibar untuk mengingatkan diri bahawa dunia ini tidak tamat di alam ini sahaja sebaliknya  ada pembalasan di dalam kubur dan hari penghabisan.  Terjemahan yang saya lakukan mungkin tersasar dari teks asal, walau bagaimanapun teks asal ada disertakan di bawah. 

Di photo ini mengesahkan seorang pemuda Islam yang berusia 18 tahun yang meninggal di salah sebuah hospital di Oman .

Jenazah budak itu telah digali semula dari kuburnya selepas 3 jam dia dikebumikan atas mendesak bapanya. Budak lelaki ini meninggal dunia di hospital dan telah dikebumikan secara Islam dan pada hari kematianya. Walau bagaimanapun, selepas pengebumian tersebut, sibapa merasa ragu akan diagnosis doktor dan berhasrat untuk mengenal pasti sebab sebenar kematian anaknya.



Setelah jenazah dikeluarkan dari kubur, saudara-mara dan kawan-kawannya amat terkejut apabila melihat keadaan jenazah pemuda ini apa tah lagi jenazah ini baru sahaja dikebumikan iaitu dalam tempoh 3 jam yang lepas.

Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan yang teruk, tulang kaki dan tangan yang patah ditambah dengan bahagian tepi badan yang pecah dan seperti ditekan ke dalam tubuh. Semua badan dan muka penuh dengan lebam-lebam. Matanya yang terbuka menunjukkan ketakutan, pengharapan dan kesakitan. Darah yang mengalir dari badan dan muka menunjukkan dengan jelas bahawa budak ini telah berhadapan dengan penyeksaan yang paling teruk. Saudara terdekat dan saintis Islam membuat pengistiharan tanpa berbelah bahagi bahawa ini adalah siksaan kubur seperti mana yang dijanjikan dan amaran oleh Allah (swt) dan dalam banyak hadis Nabi Muhammad (saw).


Bapa budak ini yang juga terkejut dengan kejadian tersebut mengakui bahawa anaknya telah 'rosak' hidupnya, dia tidak solat, dan mempunyai cara hidup yang bebas serta terlibat dalam pelbagai jenis dosa.

Setiap orang yang mati pasti akan berdepan dengan ujian di dalam kubur melainkan para syahid yang dikecualikan Allah kerana mereka meninggal dunia kerana berjihad ke jalan Allah.

Ujian yang dahsyat ini (seksa kubur) merupakan ujian pertama yang akan dialami oleh semua manusia sebelum Hari Kiamat. Dalam hadis Nabi Muhammad (saw) ada menyampaikan bahawa selepas kematian dan dikebumikan, roh seseorang yang mati akan dikembalikan Allah kepada tubuhnya di dalam kubur dan dua malaikat Mungkar dan Nakir (MN) akan datang dan bertanya beberapa soalan, saya memudahkan bacaan dengan menyusun dialog seperti berikut:

MN : "Siapa Tuhan kamu?"

Roh : "Tuhanku Allah".

MN : "Apakah agama kamu?"

Roh : "agama saya Islam".

MN : "Siapakah orang yang telah dihantar kepada kamu?"

Roh : "Beliau adalah Nabi Allah".

MN : "Bagaimana anda tahu?"

Roh : "Aku membaca kalam Allah dan mempercayai Allah.

Dan kemudian dari itu kedengaran suara dari langit:" Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya ", maka ia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Nabi Allah Muhammad (saw) berkata kira-kira orang-orang yang bersalah. Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat tadi akan datang dan bertanya:

MN : "Siapa Tuhan kamu?"

Roh : "Saya tidak tahu"

MN : "Siapakah yang orang yang yang telah dihantar kepada anda?"

Roh : Saya tidak tahu "

Dan kemudian kedengaran suara dari langit berkata "Dia berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan buka sebelum pintu Neraka! "Maka ia akan ditangkap dengan bahang daripada api neraka dan kuburnya menjadi sempit dan dimampatkan. Dalam Hadis itu juga Rasulallah saw berkata, bahawa malaikat akan menyeksa dan mengalahkan orang-orang yang berdosa semasa disoal siasat di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Rasulullah (saw) berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyrankan supaya umatnya juga berbuat demikian.

Cerita budak di atas adalah amaran bagi orang-orang yang beriman dan cerita ini akan menjadi cerita dongeng bagi mereka yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, dengar dan tidak mendengar?

SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU BENAR, SAKARAT ITU BENAR, AZAB & NIKMAT KUBUR ITU BENAR, TITIAN SIRAT ITU BENAR, SYURGA ITU BENAR , NERAKA ITU BENAR .

Teks asal:

The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.

Relatives and his friends shocked when they saw the corpse. He was completely different within 3 hours.

He turned grey as the very old man, with traces of obvious tortures and the most severe beating, and with the broken bones of hands and legs, with the edges broken and pressed into a body. All His body and face were full of bruise. The open eyes-showed hopeless fear and pain. The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture. Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah ( s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad(s.a.w) have warned.

The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins. Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday. In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: "Who is your Lord?" he will answer: "my Lord - Allah ". Then they will ask: "What is your religion?" he will answer: "My religion - Islam". Then they will ask him: "Who that person who has been sent to you?" he will answer: "He is the Prophet of Allah ". Then they will ask him: "How do you know?" He will answer: "I read the Book of Allah and trusted Him. And then from heavens the voice will come: " My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise and open the Gate of Paradise " - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach. The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, "Who is your Lord?" he will answer: "I do not know". Then they will ask: " Who that person who has been sent to you?" he again will answer: I "do not know" - and then from the sky the voice will come: "he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! "-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed. In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so. The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?

Sumber : Cahaya