Showing posts with label 1 Januari. Show all posts
Showing posts with label 1 Januari. Show all posts

03 January 2015

Serah Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Macam biasa menjelangnya 1 Januari setiap tahun, inilah tugas saya dang ebberapa staf Unit Pentadbiran. Berembun dan menanti cetusan bunga pagi menandakan telah masuk 1 Januari. Kali ini kami tidak sendirian sebaliknya YBhg Datin Pengarah dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan turut serta.

Bertambah ceria keadaan walaupun tengah malam. Tepat jam 11 malam, acara pertama iaitu memeriksa peralatan-peralatan keselamatan. Kelihatan Zailuddin mewakili Jabatan sedang menyemak senarai bersama dengan Encik Jasni mewakili pihak kontraktor.

Antara peralatan yang disemak dan diperiksa.

Kelihatan pegawai-pegawai dari syarikat kawalan keselamatan di lapangan sama-sama memeriksa peralatan keselamatan.

01 January 2013

Keheningan Pagi 1 Januari 2013

 1 Januari biasanya hampir keseluruhan negeri di malaysia menyambutnya dengan bercuti. Awal pagi saya keluar rumah untuk menikmati cahaya matahari pagi di awal tahun ini. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya peluang untuk terus bernafas dengan sihat di tahun 2013. Semoga tahun ini akan memberikan banyak peluang dan keberkatan kepada saya, keluarga dan rakan kenalan.
Jalan raya lengang, udara segar dan suasananya sangat nyaman. Saya terfikir adakah saya berpeluang menikmati pagi 1 Januari 2014 nanti, kalau panjang umur insyallah saya akan sekali lagi merakamkannya di sini. Hening sungguh pagi ini, jarang betul saya keluar rumah seawal ini, biasanya di waktu cuti saya hanya akan keluar untuk menjemur pakaian yang dicuci. 
 Jauh di bawah sana saya lihat matahari sedang memancar walaupun belum begitu terik, tetapi tidak ada tanpa KL akan hujan kerana awan yang melindungi KL kelihatan putih.
Jauh di banjaran Titiwangsa tidak kelihatan Gneting Highland kerana terdapat awam yang melindungi puncaknya, tetapi kalau waktu malam kadang-kala boleh kelihatan cahaya dari pusat hiburan tersebut dari tingkap bilik tidur saya.
Sekali lagi saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 Masihi semoga diberkati Allah hendaknya.