Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

28 December 2014

MASALAH "OVERACTIVE BLADDER"

Gambar hiasan - Kenangan Haji 2006 
Semasa melayari fb saya terjumpa dengan artikel dari fb rakan-rakan yang saya rasa amat perlu dikongsikan dengan para muslimat terutamanya yang bakal mengerjakan haji dan umrah. Jangan abaikan dan tolong baca kerana ianya amat penting terutamanya bagi yang telah berusia dan mempunyai penyakit yang sama. Apa kata kita baca bersama ...

Ketika menunaikan haji pada musim yang lepas, saya berkenalan dengan seorang hajjah berusia dalam lingkungan lewat lima puluhan. Beliau menceritakan, antara kegusaran utamanya sewaktu hendak menerima tawaran mengerjakan haji adalah kerana masalah kerap hendak buang air kencing, dan adakalanya tidak dapat dikawal. Bahkan alasan seperti ini adalah alasan utama ramai kaum wanita yang berusia teragak-agak untuk menunaikan haji.

Masalah yang dihadapi beliau adalah apa yang dipanggil pundi kencing yang terlalu aktif atau “overactive bladder”. Ia biasanya melanda wanita berusia, tetapi tidak jarang juga dideritai wanita yang lebih muda terutamanya yang mempunyai ramai anak.

Mereka yang mengalami overactive bladder terpaksa ke bilik air lebih daripada 7 atau 8 kali sehari dalam keadaan tergesa-gesa. Adakalanya mereka tidak sempat menyebabkan mereka terkencing di dalam seluar. Oleh kerana itu, kaum wanita yang menderita keadaan ini terpaksa bergantung kepada pemakaian tuala wanita hampir setiap hari, terutama mereka yang bekerja. Disebelah malam, mereka kerap terjaga tidur 1 atau 2 kali semalam untuk bangun kencing. Dari segi amal ibadat, sudah tentulah masalah ini amat dikhuatiri.

Apakah punca "overactive bladder"?

Ia berpunca dari saraf yang terlalu mudah menerima rangsangan (teruja). Saraf ini merangsang otot detrusor, otot bagi pundi kencing yang sepatutnya berkontraksi (mengepam) hanya apabila jumlah air kencing cukup banyak. Namun, didalam keadaan "overactive bladder", jumlah air kencing yang sedikit di dalam pundi sudah berupaya merangsang, menyebabkan pengidap terpaksa segera ke tandas.

Saraf yang teruja ini dikatakan berpunca dari jangkitan kuman ke atas saluran kencing, batu karang, kencing manis, kesan kecederaan akibat trauma atau pembedahan pelvik, angin ahmar, Parkinsonism dan kesan sampingan sesetengah ubat. Namun, terdapat banyak kes dimana puncanya tidak diketahui.

Bagaimana mengatasinya?

Bagi kes-kes yang tidak teruk, mengubah gaya pemakanan adalah satu langkah permulaan.

♡   Penjadualan pengambilan air. Walaubagaimanapun tidak perlu keterlaluan kerana air kencing yang sedikit dan pekat juga merangsang pundi kencing.

♡   Menjauhi minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat. Kafein dikatakan berupaya merangsang saraf.

♡   Menjauhi makanan seperti tomato dan buah sitrus seperti oren dan anggur. Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang boleh merangsang pundi kencing.

♡   Mengambil makanan berserat. Ini boleh mengelakkan sembelit yang juga boleh merangsang pundi kencing.

♡   Melatih diri sendiri dengan tidak melayan atau melewatkan ke tandas apabila terasa ingin kencing. Bagi sesetengah kes, ketakutan jika terkucil yang amat sangat sebenarnya mendorong kita tidak dapat mengawal perasaan ingin ke tandas.

♡   Pengidap digalakkan menunggu beberapa minit selepas membuang air kencing kali pertama, bagi membuang kali kedua agar pundi benar-benar kosong. Dan ini kita dapati bertepatan dengan salah satu adab di dalam Islam dalam membuang air kecil ialah istibrak secara berdehem-dehem selepas selesai. Ini bertujuan meningkatkan tekanan abdomen secara mengeraskan otot perut, yang dapat mengeluar saki baki air kencing di dalam pundi.

♡   Menjadualkan pembuangan air kencing setiap 2-3 jam adalah lebih baik dari ke bilik air hanya bila telah terdesak.

♡   Melakukan senaman otot lantai pelvik. Ada berbagai jenis senaman lantai, tetapi yang paling mudah saya gambarkan ialah mengesot ke hadapan dalam keadaan duduk dilantai dengan kedua-dua kaki dilunjurkan. Pergerakan ini melatih otot-otot pelvik yang menyokong pundi dan saluran kencing (uretra).

Dalam keadaan yang lebih serius di mana pengidap terlalu malu menghadapi situasi ini, adalah digalakkan berjumpa dengan doktor dimana rawatan secara pengambilan ubat dan pembedahan mungkin dicadangkan.

Sebaiknya wanita yang mengalami keadaan ini tidak terlalu risau dan memencilkan diri kerana keadaan ini dihadapi oleh ramai wanita. Dengan menjadualkan pemakanan dan kekerapan ke tandas, lama-kelamaan ia akan dapat di atasi.

Berbalik kepada kisah hajjah yang khuatir akan kelancaran ibadahnya, terutama dalam hal menyimpan wuduk bagi dua waktu solat (lantaran jarak masjid yang jauh dari tandas), beliau telah membawa satu beg besar dari Malaysia, yang hanya dipenuhi tuala wanita. Namun beliau sentiasa bersungguh-sungguh berdoa agar Allah mempermudahkan beliau. Berkat doa, dan panduan seperti yang saya ceritakan tadi, dengan izin Allah, beliau hanya menggunakan 10% dari jumlah tuala wanita yang dibawanya kerana ibadat beliau tidak terganggu dek overactive bladder, sekerap yang biasa beliau alami di Malaysia.

Ia menjadi pengajaran kepada saya. Jika kita mengalami situasi overactive bladder, berusahalah mengatasinya sebaik mungkin. Jangan jadikan ia alasan yang menghalang kita ke tanah suci kerana insya Allah, tetamu Allah dipermudahkanNya bagi banyak urusan.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Baca lanjut di www.imedik.org.

23 January 2014

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita

1.   Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2.   Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3.   Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4.   Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5.   Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6.   Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.   Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8.   Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9.   Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10.  Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11.  Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12.  Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D, An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memak ai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

13.  Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Peti kan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Tegur/ pesanlah jika anda sayangkan isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda.

01 October 2013

Ciri-ciri WANITA dalam al-Quran

Mari kita kenali wanita-wanita yang disebut dalam Al-Qur’an,

Pertama, Kategori pejuang. Wanita Kategori pejuang memiliki keperibadian kuat. Ia berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya dilecehkan. Jenis ini diwakili oleh :

1-  Siti Asiyah binti Mazahim, isteri Fir’aun. Walau berada dalam cengkaman Fir’aun, Asiyah mampu menjaga aqidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih istana di syurga daripada istana di dunia yang dijanjikan Fir’aun.

Allah SWT mengabadikan do’anya, “Dan Allah menjadikan perempuan Fir’aun teladan bagi orang-orang beriman, dan ia berdo’a : Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang zalim.” (QS. At-Tahriim: 11).

2-  Maryam binti Imran Kedua, kategori wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Kategori ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.

“Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!” demikian ungkap Maryam (QS. Maryam: 20).

Kerana keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan namanya sebagai nama salah satu surat dalam Al-Qur’an (QS. Maryam [19]). Maryam pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam (QS. Maryam [19] : 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan kerana kecantikannya, namun kerana kesolehan dan kesuciannya.

3-   Hindun Ketiga, kategori penghasut, tukang fitnah, dan biang gosip. Kategori ini diwakili Hindun, istrinya Abu Lahab. Al-Qur’an menjulukinya sebagai “pembawa kayu bakar” alias penyebar fitnah. Dalam istilah sekarang, wanita penyiram bensin.

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa. demikian pula isterinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al-Lahab: 1-5). Bersama suaminya, Hindun bahu membahu menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah, dan melakukan kezaliman. Isu yang awalnya biasa, menjadi luar biasa ketika diucapkan Hindun.

4-   Zulaikha Keempat, kategori wanita penggoda. Tips ini digunakan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf. Petualangan Zulaikha diungkapkan dalam Al-Qur’an,

“Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata, “Marilah ke sini.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.” (QS. Yusuf: 23).

5-   Isteri Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth Kelima, kategori wanita pengkhianat dan ingkar terhadap suaminya. Allah SWT memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti dilakukan perempuan Fir’aun (QS. At-Tahriim: 11). Namun, pada saat bersamaan Allah pun mengecam perempuan yang bekhianat kepada suaminya (yang soleh). Isterinya Nabi Nuh dan Nabi Luth mewakili tips ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka malah menjadi pengkhianat dakwah.

Difirmankan, “Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).” (QS. At-Tahriim: 10).

Wanita-wanita yang dikisahkan Al-Qur’an ini hidup ribuan tahun lalu. Namun karakteristik dan sifatnya tetap abadi sampai sekarang. Ada tips pejuang yang kokoh keimanannya, ada wanita selehah yang tangguh dalam ibadah dan konsisten menjaga kesucian diri, ada pula tips penghasut, penggoda, dan pengkhianat.

Terserah kita mau pilih yang mana. Bila memilih tips pertama dan kedua, maka kemuliaan dan kebahagiaan yang akan kita dapatkan. Sedangkan bila memilih tiga tips terakhir, kehinaan di dunia dan kesengsaraan akhiratlah akan kita rasakan.

“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. An-Nuur: 34).

Wallaahu a’lam.

Sumber: 1001 SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

09 September 2013

AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA

(Tolong ingatkan kepada semua kaum HAWA yang Anda kenal)

Saudara dan saudari kaum Muslimin dan Muslimat, renungan khususnya untuk para wanita.(HAWA) Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di
isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Rasulullah saw menjawab "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti (maaf) anj**g, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung (maaf) p*y*d*r* adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjingialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini.
2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insya Allah ridha
Allah akan anugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirim.

SalamUkhuwah....

SumberL Teman fb

19 June 2013

Wanita Di Malam Lailatul Qadar

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Silalah renung sebentar kisah di bawah ini, iaitu pengalaman baginda rasulallah saw semasa isra' mi'raj. Renungan ini khususnya untuk para wanita dan untuk diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika dia melihat Rasulullah saw menangis, maka dia datang bersama Fatimah ra. Lalu keduanya bertanya mengapakah Rasulullah saw menangis. Lalu jawab baginda Rasulallah saw: "Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang diseksa dengan sangat berat dan mengerikan itu membuatkan aku sedih".

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya. Baginda menyatakan:

1.   Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, menjadikan otaknya mendidih.

2.   Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

3.   Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

4.   Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

5.   Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

6.   Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah saw pun menjawab, "Wahai puteriku:

*    adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*    Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*    Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*    Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*    Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*    Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*    Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

P/s - Adnee,

Jadi sahabat-sahabatku, mohonlah kepada Allah agar kita semua dilindungi oleh Allah dari menerima seksaan seperti itu. Maka mulai dari hari ini cubalah kita membaiki kehidupan kita seterusnya. Ameen...

Saya berkongsi info ini dari seseorang sahabat dan kini saya berkongsinya dengan semua kenalan saya dan seterusnya mohon anda juga berkongsi dengan orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 

07 April 2013

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyun­g. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa as berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya,­ Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mau menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun
di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara­kita yang belum mengetahui.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Sumber: page Lautan Cinta penuh Berkah

21 March 2013

Kisah menarik wanita Kristian bertudung yang berbicara tentang Islam


Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan telah memakai tudung.

Saya sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.


Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.

Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, “Bersikaplah baik satu dengan yang lain.” Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.

Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan: Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.

- sumber dari eramuslim.com melalui Harian Metro Online (HMO)
PERINGATAN: Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

27 February 2013

Menutup Aurat Itu Wajib

Cerita mengenai aurat dalam Islam adalah ditujukan kepada wanita Islam, kerana dengan mengenakan pakaian yang menutup aurat maka seseorang wanita itu mudah dikenali dan lebih dihormati. Saya teringat akan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi yang bermaksud "perempuan itu adalah aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia". Wah jika begitu bagaimana wanita Islam zaman ini melakukan aktiviti mereka terutamanya aktiviti yang wajib dilaksanakan seperti mencari rezeki dan sebagainya. Adakah hadis ini menyekat pergerakan wanita Islam?.

Sudah tentu tidak!!! sekiranya wanita itu memelihara auratnya dengan sempurna maka dia menyekat daripada syaitan mendongak semasa dia keluar rumah. Syaitan akan mendongak apabila keadaan seorang wanita yang keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat. Disebabkan aurat tidak dijaga dengan sempurna itulah penyebabnya wanita dikejami dengan pelbagai perlakuan seperti dicabuli, dirogol dan akhirnya dibunuh. Jika pun wanita terselamat dari perlakuan yang saya nyatakan di atas ada musibah lain yang tidak terjangkau oleh pengetahuan kita sebagai manusia apabila semasa wanita berada di luar rumah  berlakunya kemalangan atau apa sahaja yang menyebabkan kematian, maka kematian wanita itu berlaku semasa dia berada di dalam keadaan menderhaka kepada Allah.

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah menunjukkan kepada Rasulallah saw pelbagai seksaan yang dikenakan kepada wanita, semua ini adalah sebagai amaran dan pengajaran. Malahan seksaan itu bukan sahaja diterima oleh wanita berkenaan tetapi juga oleh suami atau bapa mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim).

Apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini? kita dapati ramai wanita yang menutup aurat tetapi masih tidak menjaga perlakuan dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di Malaysia kini seperti satu fenomena di mana kebanyakan wanita Islam mengenakan tudung dan kelihatan seperti fesyen sahaja tanpa mengetahui sebab memakainya. Silap-silap hari bulan mereka boleh digolongkan sebagai manusia yang mempersenda-sendakan syariat Allah. Bagi wanita yang ikhlas, dan benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas. Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.

Walallahualam.....

31 January 2013

Wanita Mulia Penghuni Syurga - Khadijah binti Khuwalid

"WANITA penghuni syurga yang paling mulia ada 4 orang, iaitu Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah isteri Firaun," sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.

Terdapat ramai wanita utama di dunia ini, tetapi mengapa Allah memilih empat peribadi ini? Apa keistimewaan mereka? Ternyata mereka mewakili keempat ciri keperibadian seorang wanita yang wajar mendapat penghargaan, malah oleh masyarakat moden seumpama hari ini.

Tentang keutamaan Khadijah di sisi Allah, sememangnya tidak perlu diragukan lagi. Beliau adalah manusia pertama yang mengakui kenabian Muhammad s.a.w. Ia merelakan seluruh hartanya yang berlimpah ruah digunakan untuk menegakkan syiar Islam. Ia juga membaktikan jiwa dan raganya, sehingga Allah mentakdirkan ia meninggal di tanpa sempat menikmati sinar-sinar kejayaan Islam. Dari celah-celah kisah hidupnya yang amat mulia itu, kita akan menjumpai satu keperibadian yang jarang dimiliki oleh kaum wanita.

1. Tokoh Masyarakat


Ia disunting pertama kalinya oleh 'Atiq bin 'Abid. Apabila suami meninggal dunia, ia kemudian menikah dengan Abu Halah. Tetapi sekali lagi terpaksa menjanda apabila suaminya ini juga meninggal. Setelah itu ramai tokoh masyarakat Quraisy yang datang melamar, namun semua ditolaknya secara halus. Kedudukannya di tengah masyarakat Quraisy sememangnya amat dihormati. Ini bukan disebabkan oleh keturunan atau harta, melainkan kerana keperibadian dan budi pekertinya yang luhur. Ia bahkan dikenali dengan panggilan "at-Thahirah", yang bermaksud Wanita Suci.

2. Gigih Bekerja


Masyarakat mengenali Khadijah sebagai usahawan yang berjaya. Selain memiliki hamba laki-laki dan perempuan, Khadijah juga mempunyai ramai pekerja yang bertugas untuk menjualkan barang-barang dagangannya ke luar negara. Apakah kejayaan itu ia peroleh dengan cara mudah? Tentu sahaja tidak. Sebagaimana peniaga lain yang terpaksa melakukan perjalanan jauh mencari barang-barang yang bermutu untuk diperniagakan, maka Khadijah juga melakukan hal yang serupa. Selain cekap menghidu peluang, peniaga juga perlu pandai menjalin kerjasama dengan kakitangan mahupun pelanggan.

3. Berani dan mempunyai keyakinan diri


Sebagai isteri, Khadijah memberikan sokongan penuh kepada Muhammad untuk menempuh jalan kebenaran, sekalipun terpaksa melawan arus dan adat resam. Tindakan suaminya untuk menyendiri ke gua Hira' misalnya, termasuk tindakan sangat aneh dan boleh dianggap tidak mendatangkan manfaat dari segi nilai ekonomi. Apa rasionalnya seseorang meninggalkan kehidupan yang tenteram bersama anak isteri dengan harta yang berlimpah, kemudian mengasingkan diri di sebuah gua di puncak bukit di tengah padang pasir yang tidak berpenghuni selama berhari-hari. Tetapi tanpa berasa khuatir tentang ejekan orang lain, Khadijah dengan setia menguruskan keperluan suaminya selama berkhalwat di gua Hira'. Jika bekalan habis, Khadijah akan menghantarkan tambahannya, dan ia terpaksa mendaki bukit yang terjal yang miringnya hampir 45 darjat. Malah ada kalanya Khadijah menemani suaminya dengan mendirikan khemah tidak jauh dari gua tersebut. Khadijah melakukan semuanya itu hanya dengan satu tujuan; mencari kebenaran yang secara logiknya mustahil dijumpai tengah-tengah bangsa mereka yang jahiliah itu. Satu hasrat yang tak mudah difahami orang lain, namun Khadijah berani menghadapinya!

4. Tempat Mengadu


Usia dan pengalaman hidup menjadi pendorong sikap penyantun dan watak keibuan dalam dirinya. Ketika menikah dengan Muhammad ia usianya 15 tahun lebih tua, dan telah menikah dua kali serta mempunyai anak. Secara psikologi, keperibadiannya yang keibuan dan penyantun itu memancarkan sifat keibuan yang tidak diperoleh secara sempurna oleh Muhammad selama hidupnya. Secara fizikal dan psikologi Khadijah memang memiliki banyak kelebihan. Keadaan ini terpancar semasa Muhammad mengalami kejutan kerana datangnya wahyu. Khadijah justeru bertindak sebagai penyelamat yang menguatkan semangat Rasulullah. Bagaimanapun sebagai isteri solehah, ia tetap bersikap taat pada keputusan-keputusan suaminya dalam urusan rumah tangga mereka.

Keperibadian Khadijah adalah keperibadian yang sewajarnya ada pada setiap kaum Muslimah yang akan membawa pemiliknya menuju syurga, sekiranya dimanfaatkan dengan baik. Dunia Islam hari ini memerlukan watak-watak seumpama ini bagi membolehkan muslimah yang aktif dan dinamik mewarnai masyarakat Islam hari ini.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=1978

26 January 2013

Tiga Belas Aurat Wanita

1.  Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.  Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah

3.  Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.  Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.  Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.  Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.  Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.  Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.  Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.  Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.  Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wasallam.

24 January 2013

4 Golongan Lelaki Ke Neraka Kerana Wanita

Permandangan neraka sudah tentu lebih hebat dan
tidak terjangkau oleh fikiran. Melihat ini saja kita dah takut
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka disebabkan oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya : Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan kebajikan dan pemeliharaan terhadap anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya itu.

Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. Suaminya : Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Di manakah dia?Bagaimanakah akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka.

3. Abang-abang dan adik-adik lelakinya : Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan kakak dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan saudara perempuannya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... jika membiarkan saudara perempuanmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya : Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak terlepas dari melakukan dosa...selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang/ adik atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

22 January 2013

Wasiat Rasulullah saw - Part 1

Adab Uz-Zifaf

Ahmad telah menceritakan : “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t.menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka 
3. Coriander (Ketumbar) 
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?” Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).” Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zohor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

16 January 2013

Karektor Wanita Berdasarkan Hari Lahirnya

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya kepada masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari.

Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.

Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang dan kurang pengalaman.

Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.

Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-menunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.

Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

12 January 2013

6 Pesanan Khusus Untuk Wanita

1.  Jaga solat pada awal waktu. Kalau pun anda tidak boleh bersolat kerana datang haid, duduklah juga di atas sejadah supaya anak-anak kecil anda lihat anda tidak meninggal solat.

2.  Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjurkan keluarga membaca Hadis Fadhilat Amal. Ini merupakan amalan sahabiah di zaman Nabi saw supaya lahir anak-anak yang soleh dari rumah kita, kerana anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa di dunia/ akhirat.

3.   Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu juga untuk membaca mungkin kerana terlalu sibuk, cukuplah dengan mencium Al Quran dan muhasabah kepada seperti 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4.  Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5.  Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6.  Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/ Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat kepada kita semua. Muzakarahlah bersama rakan-rakan wanita anda yang lain supaya hakikat amalan ini masuk ke dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
http://wwwmymasjid.com.my/article/

10 January 2013

Pray For Women

Oh Dear God:

The lady who is reading this .... she is a beautiful, classy and strong lady, and I love her.

Please help her live her life to the fullest.

Please promote her and cause her to excel above her expectations.

Please dear God, help her shine in the darkest places where it is impossible to love.

Protect her at all times, lift her up when she needs you the most,

and let her know when she walks with you, she will always be safe.

I Love you for this dear God !!!!

My friends, I found this from my mail-box and was sent to me by one of by dear boy friend (just a friend) and I would like to share this pray with all of you. And don't forget to say this pray. 
Thank you.

08 January 2013

Wanita, Rama-rama Dan Cinta Lelaki.

Ingatan ini untuk diriku dan anda seorang wanita dan juga bagi lelaki yang ada wanita di kelilingnya. Jangan disakiti wanita ini dan jangan sekali disakiti diri sendiri. Yang dah berlaku .... insaflah dan jangan diulangi lagi.

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi.

Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas dirimu. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada di kelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. Wahai Wanita, Harga Diri Anda, Anda Yang Menentukan…

Inginlah bahawa wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.

09 December 2012

Siapakah Wanita Paling Jahat Di Dunia Part 2

Kita sambung lagi cerita mengenai Countess Elizabeth Báthory.......

Beberapa saksi dari saudara mara mangsa yang meninggal dunia semasa di gynaeceum serta yang lainnya meriwayatkan melihat kesan penyeksaan kepada mayat dan ada juga yang telah dikebumikan di tanah perkuburan. Namun begitu bukti-bukti juga terdapat di lokasi yang tidak bertanda. Walau bagaimanapun, dua orang saksi  iaitu Benedikt seorang pegawai mahkamah Deseo dan Szilvassy Jakob sebenarnya melihat  sendiri seksaan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Countess terhadap gadis-gadis hamba muda.

Menurut keterangan defendan lagi, Elizabeth Báthory menyeksa dan membunuh mangsa bukan sahaja di Csejte tetapi juga di Sarvar, Németkeresztúr, Bratislava (ketika itu Pozsony, Pressburg), Vienna dan juga di antara lokasi-lokasi ini. Menurut defendan juga beberapa nama telah dikenalpasti untuk yang membekalkan wanita muda kepada Elizabeth Báthory. Gadis-gadis telah diperoleh sama ada melalui penipuan atau dengan kekerasan. Seorang tokoh yang dikenali sebagai Anna Darvulia telah dikhabarkan telah mempengaruhi kehidupan Báthory, sayangnya Darvulia mati lama sebelum perbicaraan bermula dan dia terlepas dari hukuman dunia.

Bilangan sebenar wanita muda yang diseksa dan dibunuh oleh Elizabeth Báthory tidak diketahui, walaupun ia sering dispekulasikan berjumlah 650 orang. Namun angka-angka ini sangat berbeza dari 1 laporan ke laporan yang lain. Defendan lain menganggarkan sejumlah 50 atau lebih. Walaupun begitu ramai kakitangan istana Sarvar menganggarkan bilangan mayat-mayat yang dikeluarkan dari istana di antara 100 hingga 200. Seorang saksi memaklumkan pada perbicaraan ada menyebut mengenai sebuah diari/ buku yang mengandungi nama seramai lebih 650 mangsa yang sepatutnya telah disenaraikan oleh Báthory. Angka mangsa ratu darah ini juga menjadi sebahagian lagenda Báthory. Dilaporkan bahawa lokasi diari tidak diketahui tetapi surat 32 yang ditulis oleh Báthory ada tersimpan di Arkib negeri Hungary di Budapest. 

Pada pandangan László Nagy bahawa Elizabeth Báthory adalah mangsa konspirasi, pandangan ini ditentang oleh orang lain. Nagy berpendapat bahawa prosiding itu adalah bermotifkan politik, walaupun begitu teori ini adalah selaras dengan sejarah Hungary pada masa itu. Terdapat konflik besar antara agama, termasuk yang Protestan, dan ini berkaitan dengan pelanjutan kuasa Habsburg ke atas Hungary. Sebagai seorang bangsawan  Protestan Transylvanian, Elizabeth memiliki pengikut yang  bertentangan dengan Habsburgs.

Thurzó pergi ke Istana Csejte pada 30 Disember 1610 dan memberkas Báthory beserta dengan empat penjawat, yang dituduh sebagai rakan sejenayah beliau iaitu Semtész Dorotya, Ilona Jo, Kataínka Benická, dan János Újváry ("Bayview" atau Ficko). Thurzó dilaporkan mendapati seorang gadis mati dan seorang lagi didapati tercedera manakala yang lain telah dikurung. Akhirnya Countess ini telah diletakkan di bawah tahanan rumah.

Raja Matthias menggesa Thurzo untuk membawa kes ini ke mahkamah dan dua notari telah dihantar untuk mengambil keterangan lanjut, namun Thurzó berjaya meyakinkan raja bahawa perbuatan itu akan memberi kesan negatif kepada golongan bangsawan. Oleh itu, perbicaraan telah ditangguhkan selama-lamanya. Sikap campur tangan Thurzo ini telah dibahaskan oleh para pengamal ajaran mereka. Percubaan membawa rakan sejenayah Báthory ke mahkamah membawa perbicaraan telah diadakan pada 7 Januari 1611 di Bicse, dengan dipengerusikan oleh Mahkamah Agung DiRaya dengan dihakimi oleh Theodosious Syrmiensis de Szulo beserta dengan 20 orang hakim bersekutu. Bathory sendiri tidak hadir pada perbicaraan itu.

Defendan telah didapati bersalah dan tiga daripada mereka iaitu Semtész, Jo dan Ficko dijatuhkan dengan hukum mati, hukuman itu dijalankan dengan segera. Sebelum dibakar pada kayu pancang, Jari Semtész dan Jo telah diputuskan dari tangan mereka dengan pokers panas, manakala Ficko, yang dianggap melakukannya tanpa niat, telah dipancung sebelum bakar. Pentas hukuman gantung sampai mati telah didirikan berhampiran istana untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa keadilan telah dilakukan. Seorang lagi rakan sejenayah Bathory, Benická dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, kerana kesaksian yang direkodkan menunjukkan bahawa dia dikuasai dan dibuli oleh wanita lain. Manakala Báthory kekal di bawah tahanan rumah dan kekal dalam menara sahaja selama empat tahun sehingga kematiannya pada 21 Ogos 1614. Mulanya beliau dikebumikan di gereja Csejte, tetapi disebabkan oleh rasa tidak puas hati penduduk maka mayatnya telah berpindah ke rumah dia dilahirkan di Ecsed dikuburkan di kalangan keluarga Báthory.

Ada lagi ceritanya........

04 December 2012

Siapakah Wanita Paling Jahat Di Dunia Part 1

Dipercayai photo ini dilukis semasa beliau
berumur awal 20an
Tahukah kawan-kawan wanita yang paling jahat dan zalim di dunia ini adalah Countess Elizabeth Báthory (CEB) de Ecsed Báthory Erzsébet di Hungary. Wanita telah hidup dari 7 Ogos 1560 dan telah mati pada 21 Ogos1614. Countess ini berasal dari keluarga Báthory yang terkenal lagi bangsawan dari negara Hungary. Walaupun bilangan pembunuhan yang dia melakukan masih dibahaskan, beliau telah dilabelkan sebagai pembunuh wanita bersiri yang paling prolifik dalam sejarah dan diingati sebagai "Countess Darah."

Selepas kematian suaminya Ferenc Nádasdy, dia telah dituduh mendera dan membunuh beratus-ratus kanak-kanak perempuan. Mengikut beberapa rekod, wanita ini telah dikaitkan dengan lebih daripada 650 mangsa (walaupun jumlah yang disabitkan hanya 80 orang). Pada tahun 1610, CEB telah dipenjarakan di Castle Csejte, di Slovakia dan dikenali sebagai Čachtice, di sini dia tinggal kekal sehingga hari kematiannya, iaitu 4 tahun kemudian.

Tulisan-tulisan terkemudian mengenai kes tersebut telah membawa kepada legenda cerita mengenai mandi Countess dengan darah anak dara untuk mengekalkan kemudaannya dan kemudiannya cerita ini diperbandingkan pula dengan kerajaan III Impaler Wallachia, Count Dracula. Akhirnya timbul fiksyen di mana sebahagiannya melibatkan dengan nama samaran moden Countess Darah dan Dracula Countess.

Tahun-tahun Awal

Erzsébeth Báthory dilahirkan di estet keluarga di Nyírbátor, Hungary pada 7 Ogos 1560, dan menghabiskan masa kecilnya di Castle Ecsed. Bapanya adalah George Báthory dari cawangan keluarga Ecsed, kepada saudara Andrew Bonaventura Báthory,  daripada Transylvania, manakala ibunya adalah Anna Báthory (1539-1570), anak perempuan Stephen Báthory of Somlyó, selain  daripada Transylvania, tetapi dari cawangan keluarga Somlyó. Melalui ibunya, Elizabeth adalah anak saudara yang mulia Hungary Stefan Báthory, Raja Poland dan Duke of Transylvania.

Sebagai seorang wanita muda dia telah belajar bahasa Latin, Jerman dan Yunani. Ferenc Nádasdy hidup bersama Elizabeth sebagai suami-isteri, mereka telah terlibat dengan susunan politik dalam kalangan golongan bangsawan. Pasangan ini berkahwin pada 8 Mei 1575 ketika itu Elizabeth berusia 14 tahun setengah tahun di istana kecil Varannó. Terdapat kira-kira 4,500 tetamu di majlis perkahwinan mereka. Elizabeth berpindah ke Nádasdy Castle di Sarvar dan menghabiskan banyak masa sendirian, manakala suaminya meneruskan pelajaran di Vienna. Ferenc adalah anak kepada Baron Tamas Nádasdy de Nádasd et Fogarasföld dan isterinya, Orsolya Kanizsai.

Hadiah perkahwinan Ferenc Elizebeth adalah rumah mereka iaitu Istana Csejte yang telah dibeli oleh ibunya dalam tahun 1569 dan diberikan kepada Ferenc yang dipindahkan pula kepada Elizabeth semasa upacara perkawinan mereka. Iatana ini terletak di Carpathians Little berhampiran Trencsén (kini Trenčín), Istana Csejte bersebelahan dengan 17 kampung dikelilingi oleh kampung dan tanah pertanian, dan bersempadan pula dengan singkapan Carpathians Little. Pada tahun 1578, Nádasdy menjadi ketua komander tentera Hungary, bertanggungjawab menentang Kerajaan Uthmaniyyah. Ketika suaminya jauh di medan perang, Elizabeth Báthory menguruskan hal ehwal perniagaan dan ladang-ladang mereka. Tanggungjawabnya juga meliputi pentadbiran petani Hungari dan Slovakia, malah rawatan perubatan mereka.

Inikah Istana Csejte??
Semasa kemuncak perang  yang panjang (1593-1606), beliau didakwa mentadbir dan mempertahankan estet suaminya, yang terletak di laluan ke Vienna dengan baik. Dilaporkan bahawa askar-askar Uthmaniyyah telah mengancam sekitar kampung Csejte   manakala daerah Sarvar, yang terletak berhampiran sempadan yang membahagikan Kerajaan Hungary dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.  Hungary dilihat dalam keadaan bahaya yang lebih besar.

Elizebeth adalah seorang wanita yang berpendidikan di mana dia boleh membaca dan menulis dalam 4 bahasa. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan dia campur tangan dalam beberapa urusan bagi hak ehwal wanita. Sebagai contoh hal ehwal di mana seorang wanita yang suaminya telah ditawan oleh askar Turki dan seorang wanita yang anak perempuan telah dirogol dan mendapatkan ubat.

Sekitar tahun 1585, Elizabeth melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Anna (isteri Miklós Zrinyi VI, yang meninggal dunia selepas 1605), dan kemudian anak perempuan bernama Katalin, György, Orsoly dan dua anak lelaki, PAL (1593/1597-1633 /1650 - bapa Ferenc Nádasdy II) dan András (1598-1603), dan anak lelaki, Miklós (suami kepada zsuzsanna Zrinyi) Semua anak-anaknya dijaga oleh governesses.

Ferenc suami Elezebeth meninggal dunia pada tahun 1604 pada usia 47 tahun, dia dilaporkan meninggal akibat penyakit yang tidak diketahui yang dialaminya semasa dalam pertempuran lagi. Pasangan itu telah berkahwin selama 29 tahun.

Tuduhan/ Penyiasatan

Antara 1602 dan 1604, Lutheran iaitu menteri István Magyari mengadu tentang pembunuhan yang terjadi. Aduan dilakukan secara umum dan juga melalui mahkamah di Vienna, iaitu selepas khabar angin telah merebak.

Pihak berkuasa yang Hungary mengambil sedikit masa untuk bertindak balas terhadap aduan oleh Magyari ini. Dan pada tahun 1610, Raja Matthias telah menugaskan György Thurzo, Palatine Hungary, untuk menyiasat. Thurzó mengarahkan 2 notari untuk mengumpulkan bukti. Dalam tahun 1610 dan 1611, notari mengumpulkan testimoni dari lebih daripada 300 orang saksi. Rekod-rekod perbicaraan termasuk kesaksian 4defendan, serta 13 orang (yang menerangkan kebenaran). Saksi-saksi termasuk Paderi, bangsawan dan rakyat biasa telah dipersoalkan. Saksi juga termasuk penjaga istana dan kakitangan lain Istana Sarvar.

Menurut kepada semua kesaksian ini, mangsa awal beliau adalah anak-anak perempuan remaja petani tempatan, ramai antara mereka telah diumpan ke Csejte dengan tawaran kerja dengan bayar. Kemudian, beliau dikatakan mula membunuh anak-anak perempuan dari golongan bangsawan, yang dihantar kepada gynaeceum beliau oleh ibu bapa anak-anak ini untuk mempelajari etika sopan santun. Penculikan anak-anak perempuan juga telah dilakukan juga bagi mendapatkan anak-anak remaja perempuan. Kekejaman yang dilakukan termasuk membelasah dengan teruk, sehingga berlaku kecacatan kepada anggota seperti tangan, menggigit daging badan mangsa, merosakkan muka, lengan dan bahagian badan yang lain, membekukan atau membiarkan mereka kelaparan sehingga menemui kematian. Terdapat juga penderaan seksual dilakukan dengan menggunakan jarum. Semua ini telah disebut oleh saksi-saksi di dalam mahkamah.

Ikuti nanti sambungannya......

17 August 2012

Wanita... Kenapa Jadi Begini?

Tengok tu, astagfirullah halazim..... kedua-dua wanita ini tidak mahu mengalah langsung, sebaliknya mereka semakin balas membalas.... bukan besar pun isunya tetapi tengok... akhirnya kedua-dua mereka mengalami kerugian yang besar. Tetapi mereka seakan-akan puas dengan apa yang mereka lakukan. 
Bukanlah sabar itu melambangkan keperibadian wanita yang lembut dan bagi orang Islam ianya separuh dari iman.
Apa-apa pun lawak pun ada juga melihat lepas satu - satu idea membalas dendam mereka.