Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

29 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 33 - Bertolak Balik Dalam Train

Saya rasa Ammar tentu tersangat letih, kerana sejak awal perjalanan balik, kami harapkan pada dia sahaja... maklumkan anak lelaki yang lebih besar jika nak dibandingkan dengan Amir. 

Ibu Ammar, Shima juga kelihatan letih begitulah adat jika bercuti dan melancung dengan jadual yang padat.... rasanya ada yang kami belum beli lagi... mangga siam

Amir dah siap nak tidur

Merah padam muka saya, terpaksa mengheret/ membawa 4 buah beg sekali gus.. uuhhh penatnya... nasib baik tak shopping...

Mak dah siap untuk menunaikan fardu maghrib dan jamak takdim, selepas itu apa lagi maka beradulah kami...

Norainee tetap maintain.... dalam keletihan masih boleh tersenyum

Oklah Ain... boleh dikatakan percutian kali ini juga sangat berjaya

Maka berakhirlah percutian kami ini.....Jika ada umur dan ada rezeki insyallah kami akan bercuti di tempat lain, tetapi insyallah percutian dalam negeri juga... kerana banyak lagi tempat-tempat percutian yang sangat menarik belum habis kami kunjungi.

TAMAT


Percutian Langkawi 2012 Part 32 - Bertolak Balik Stesen Keretapi Arau



Selepas dari Gua kelam kami bertolak ke Arau dan terus ke Stesen Keretapi - selepas menunaikan fardu asar dan jamak takhir zohor tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Masa itu stesen keretapi ini belum ramai dengan penumpang lagi. 

Kelihatan Amir bertugas menjaga beg.


Kami bercadang untuk mencari makan dahulu sebelum menaiki keretapi kerana setelah menaiki keretapi nanti kemungkinan besar kami tidak sempat untuk mencari makanan dan bimbang akan kebuluran sehingga tiba di Kuala Lumpur. 
Itulah beg-beg kami yang bertambah.

Saya dengan mak pula menjaga beg kerana pada masa ini orang semakin ramai dan hujan masih lagi turun. Kaum keluarga saya yang lain sedang makan di gerai yang tidak jauh dari stesen ini. 

Selamat tinggal Arau dan Perlis harap dapat jumpa lagi kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Ameen....

26 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 28 - Dalam Feri Balik

Selepas 4 hari kami berada di Pulau langkawi, sudah tiba masanya untuk kami balik ke haluan masing-masing. Selepas breakfast di Resort kami mengangkat beg untuk dihantar ke Kuah dulu.... maklumlah kereta sewa kami muat-muat untuk 7 orang dan tiada tempat untuk meletakkan beg.. Jadi batch pertama saya, Shima dan Ammar bertolak dulu ke Kuah untuk menguruskan tiket dan beg.

Kami dah selamat mendapat tempat di dalam feri balik menuju ke Kuala Perlis. Group keluarga saya antara yang terlewat menaiki feri kerana barang-barang kami yang banyak dan sukar untuk pergerakan... maka saya mengupah seorang tukang angkat bagi membantu menaikkan barang dan beg kami ke atas feri. Mak menerima panggilan dari anaknya Azman.

Leganya dah dapat duduk... selepas ni rasanya nak tidur sekejap menantikan feri tiba di Kuala Perlis... ombak kuat dan bimbang juga saya memandangkan perjalanan kami mengambil masa antara 30 minit hingga 45 minit.

Ammar anak saudara saya yang banyak membantu kami, kalau tidak ada dia agak sukar juga kami terutamanya untuk mengangkat dan menarik beg yang sudah bertambah. Hero kami lah tu...

25 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 27 - Kereta Sewa Kami

Tidak seperti percutian yang lepas, kali ini kami mengambil keputusan untuk menyewa hanya sebuah kenderaan yang muat untuk kami semua. Kalau dulu kami menyewa 2 buah Proton Iswara, tetapi kali ini kami hanya menyewa sebuah Toyota Avanza. Muat-muat untuk kami bertujuh.

Amir dengan Avanza dengan no. pendaftaran KV 5918 C.
Kami bergambar di hadapan kereta sewa kami.

Gambar kenang-kenangan saya dengan avanza tu... muka kereta ini serupa dengan muka kereta saya.. Toyota Altis tetapi kereta saya rendah sedikit
Emak dengan Shima dalam kereta. 
Tempat duduk belakang pemandu adalah Norainee, Shima dan Emak. Manakala belakang Ammar dan Amir... tempat barang menjadi kecil lagipun kami tidak bershopping sangat pun.
Ini adalah pemandu kami - adik saya Ainee.

24 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 26 - Perigi Tujuh

Dalam kumpulan air terjun di Perigi 7 ini, ini adalah air terjun yang terakhir sekali iaitu yang terbawah sekali, tetapi untuk sampai ke air terjun ini sahaja - subhanallah hampir terkeluar segala isi perut, hampir terjelir lidah...
Walaupun akhir yang mengalir ke sini adalah air yang telah melalui 6 kawasan air terjun yang lain, tetapi airnya tetap sejuk dan nyaman
Amir main air
Ain dan Norainee pun main air juga....
Tempat berehat dan tempat berkelah pengunjung dan juga tempat main-main monyet-monyet
Kaki bukit ini adalah tempat mula dan akhir... tangga di belakang saya di mana di sinilah pengunjung mula mendaki
Di kawasan ini disediakan juga tempat menjual cenderahati dan gerai makan. Emak dan Shima berbual-bual sambil menunggu makanan yang dipesan tiba.
Tu dia... goreng pisang dan mai... makan-makan jangan tidak makan
Nampak tak pinggan dah kosong... kali ni kami order makanan yang lain
Saya juga sedang menanti tambahan goreng pisang... sedappppppp

23 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 24 - Go-Kart


Gelanggang go-kart di Langkawi luas juga, bayarannya biasanya sahaja RM30.00 untuk 10 minit. Kalau budak baru nak cuba 10 minit pun dah kira lama, tapi bagi mereka yang sudah biasa 10 minit mungkin tidak cukup.
Ammar dan Amir bersiap sedia untuk memasuki gelanggang Go-Kart. Agaknya Amir sedang suspen - dia perhatikan abang dia untuk mulakan dulu

Ammar dah ready, mereka berdua sedang memilih helmet untuk dipakai, kepala Amir kecil sedikit jadi sukar untuk cari saiz helmet untuk dia. Yang ada terlalu besar atau terlalu kecil.
Ammar penuh yakin... sebab dia pernah memandu go-kart sebelum ini. Jadi tak sukar untuk dia meluncur nanti.
Macam orang bulan je Amir ni.... kami bagi galakan supaya Amir mencuba tetapi perlu berhati-hati kerana stering di tangan dia dan kami terpaksa duduk di luar memerhatikan mereka.
Ammar memulakan dan mula memasuki gelanggang.
Amir dengan gaya tersendiri
Ammar mendahului dan Amir sibuk mengejar abangnya
Hero dah tamatkan perlumbaannya
Harap mereka puas hati dan jadikan kenangan.....
Amir mengira apa agaknya???
Macam angkasawan je bila kelek helmet cam tu

22 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 23 - Pulau Dayang Bunting

Kami baru tiba di Pulau Dayang Bunting (PDB)
Shima dan anaknya Ammar

Masing-masing post dengan gaya tersendiri... mungkin masih terpengaruh dengan alunan ombak yang sedikit ganas

Alhamdulilah akhirnya tiba juga... tengok mak melangkah dengan cermat dan ain sedang tunggu mak di seberang sana. Kami memang salute pada mak kerana berjaya tiba di pelantar  Tasik dayang Bunting (TDB) dengan selamat.... kerana dalam perjalanan saya terjumpa dengan beberapa orang dalam kepenatan...

Kami berkhemah di pelantar TDB ... makan buah-buahan yang kami bawa dari hotel.... dah penat makan apa pun sedap.

Saya bangga dengan mak kerana sampai juga di pelantar TDB ... kerana ramai orang yang terkantoi dan lambat tiba walaupun usia mereka jauh lebih muda dari mak. Jejak-jejak ke tasik memang mencabar...
Permandangan orang ramai sibuk mandi-manda di kawasan tasik yang dikepong dengan jaring demi keselamatan pengunjung... yang sebenarnya tasik ini memang sangat dalam

Kaki saya dan kaki Amir... dalam tasik ini ada ikan dan memerang yang suka gigit kaki
Tak dapat nak berenang, main-main air dengan celupkan kaki dalam tasik pun jadilah. Shima, emak dan saya di tepi tasik dayang bunting.
Ahli keluarga saya sibuk berbincang... entah apa yang mereka cadang hendak buat... saya menemani mak sambil berehat-rehat di bawah teduran... mata rasa macam nak terpejam
Ammar dan Amir bermain bot di tasik dayang bunting

Pelantar di tepi tasik dayang bunting dilihat dari jauh
Cantikkan permandangan di tasik ini. Nun di hujung sana adalah sempadan antara air tawar (tasik) dengan air masin (laut)
Ain sampai terpusing kaki dia... mungkin penat berjalan tadi kot..... ha  ha  ha
Peace.. bye saya naik dulu (huuuu penatnya nak mendaki)...tapi ini misi penting kena cari tandas... jumpa lagi di bot.