Showing posts with label Abu Hurairah. Show all posts
Showing posts with label Abu Hurairah. Show all posts

05 June 2013

Sikap Abu Hurairah

Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."

Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.

Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit.

Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan sembahyang- sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir.Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk bersembahyang.

21 April 2013

Perlu Baca Ayat Kursi Ketika Tidur

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kerana pencuri itu akhirnya berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek sambil berkata: "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai, sementara saya sangat memerlukan makanan." Abu Hirairah melepaskan pencuri itu.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia seorang miskin, keluarganya ramai dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

"Dia bohong," kata Nabi : "Pada malam nanti dia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan benar, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia juga tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan: "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak- geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar- benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,"jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi: Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

27 December 2011

Abu Hurairah (Bapa Kucing)

Namanya Bapa Kucing iaitu Abu Hurairah رضي الله عنه...Abdul Syams (waktu Jahiliah).

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menamakan beliau dgn Abdul Rahman (Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy), walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!". Sebab beliau dipanggil dgn Abu Hurairah ialah kerna pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan.

Abu Hurairah tlh menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadith daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dgn perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dgn pertanian mereka.

Hadith riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه.: Bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم. bersabda:

عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ لَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَسْقِهَا وَلَمْ تَتْرُكْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ

"Seorang wanita disiksa karna seekor kucing yg tdk diberi makan dan minum serta tdk pula ia melepasnya mencari makanan dari serangga2 tanah." Riwayat Muslim

Dlm suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat Nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yg sedang mengiau kerna kehilangan ibunya. Beliau yg dlm perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kpd anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dlm baju besar beliau. Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dlm bajunya? Ia menjawab anak kucing yg kehilangan ibu, aku mengambilnya kerna kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dgn Abu Hurairah (bapa kucing). Gelaran bapa kucing tdk sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yg paling disukai tatkala namanya disebut, kerna Nabi sendiri yg memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kpd suatu amal soleh yg pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Ambillah iktibar bagaimana kasih sayang seekor kucing dan ular seperti yg diceritakan oleh Imam Malik bin Dinar r.a.. Menurut beliau ketika hendak makan, tiba2 seekor kucing menyambar sepotong daging dari pinggannya. Lalu beliau mengekori ke mana ia dibawa. Rupa2nya kucing itu tlh mencampakkan daging tersebut ke dlm lubang berbatu yg dihuni oleh seekor ular buta yg kelaparan. Renungilah, betapa pengasih dan penyayangnya haiwan ini walaupun berlainan jenis. Allah s.w.t. sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini utk menjadi pengajaran buat manusia. Walaupun ada antaranya bersifat ganas, tetapi kasih sayangnya sangat tinggi.

Hadith riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه.: Bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم. bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ

عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى

مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ

مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ

اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ

"Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yg sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya utk minum. Ketika keluar, tiba2 dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu karna sangat haus. Lelaki itu berkata: "Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi" lalu turunlah dia kembali ke dlm sumur utk memenuhi sepatu kulitnya dgn air lalu digigit agar dpt naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kpd anjing tersebut. Allah berterima kasih kpdnya lalu mengampuninya."

يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ َلأَجْرًا

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah kami akan mendapatkan pahala karna binatang2 seperti ini?

فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Rasulullah صلى الله عليه وسلم. menjawab: "Pada setiap yg bernyawa (mahluk hidup) ada pahalanya". Riwayat Muslim.

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~