Showing posts with label Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Show all posts
Showing posts with label Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Show all posts

08 August 2014

Fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkenaan boikot ekonomi Zionis dan Amerika Syarikat

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002

SOALAN : Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu "jentera peperangan" Yahudi?

JAWAPAN oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam.

Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan.

Seperti yang difirmankan oleh Allah: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an, 49:10).

Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: "Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya." [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan Allah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).

Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin.

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bererti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita.

Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan "Israel" adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka, "TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92).

'Ali ra. pernah berkata: "Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu". Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3 bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan Allah. Setiap orang Islam yang membeli barangan "Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang Allah, yang akan mengundang hukuman Allah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di "Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
Allah berfirman: "Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: "Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu." Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara "Israel."

Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah.

Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan.

Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah.

Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita.

Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: "Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan Allah bersama kamu." [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan Allah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

"Katakan 'bekerjalah,' sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan."

"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat Islam." Wallahu'alam.

27 September 2013

9 Kesesatan Syiah Menurut Syekh Yusuf Al Qaradhawi - Part 2

Oleh Saefullah — Ahad 17 Zulkaedah 1434 / 22 September 2013 18:00

4.Imamah Ali dan Keturunannya yang Berjumlah 12 Imam Adalah Pokok Ajaran Syi’ah. Barangsiapa yang Menolak, maka Dia Dicap Kafir.

Di antara masalah akidah Syi’ah Imamiyah Itsna ’Asyariyah yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah adalah, keyakinan Syi’ah bahwa kepemimpinan Ali dan keturunannya dari garis Husein merupakan pokok-pokok keimanan, seperti beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beriman kepada para malaikat-Nya, beriman kepada kitab-kitab-Nya, beriman kepada para rasul-Nya dan beriman kepada hari akhir. Tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala iman seorang muslim, jika dia tidak beriman bahwa Ali adalah khalifah yang ditunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Demikian juga halnya dengan 11 imam keturunan Ali bin Abi Thalib. Barangsiapa yang berani menolak hal ini atau meragukannya, maka dia adalah kafir yang akan kekal di neraka. Seperti inilah riwayat-riwayat yang tercantum di dalam Al Kaafiy dan kitab-kitab lainnya yang mengupas masalah akidah mereka.

Atas dasar inilah, sebagian besar kaum Syi’ah mengkafirkan Ahlu Sunnah secara umum. Hal ini dikarenakan akidah Ahlu Sunnah berbeda dengan akidah mereka (Syi’ah). Bahkan Ahlu Sunnah tidak mengakui akidah seperti ini dan menganggap bahwa akidah ini adalah batil dan dusta atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan rasul-Nya.

Bahkan Syi’ah juga mengkafirkan para sahabat yang tidak mengakui imamah Ali Radhiyallahu ‘Anh. Mereka juga mengkafirkan tiga orang khulafa rasyidin sebelum Ali yaitu Abu Bakar, Umar dan Utsman dan para sahabat lain yang mendukung ketiga orang khalifah ini. Kita ketahui bahwa semua para sahabat telah meridhai tiga khulafa rasyidin, termasuk Ali bin Abi Thalib yang pada saat itu Ali lah orang terakhir membaiat Abu Bakar. Kemudian Ali berkata, ”Sesungguhnya kami tidak mengingkari keutamaan dan kedudukan Anda wahai Abu Bakar. Akan tetapi kami dalam hal ini mempunyai hak karena kami adalah kerabat (keluarga) Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam.” Akan tetapi Ali tidak menyebutkan bahwa diamempunyai nash wasiat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya.

Sedangkan kami Ahlu Sunnah menganggap bahwa masalah imamah dan yang berkaitan dengannya termasuk ke dalam furu’ dan bukan termasuk pokok-pokok akidah Islam. Masalah ini lebih baik dikaji di dalam kitab-kitab fiqih dan muamalah dan bukan dikaji di dalam kitab-kitab akidah dan pokok-pokok agama. Walaupun dengan sangat terpaksa para ulama Ahlu Sunnah membicarakan masalah ini di dalam kitab-kitab akidah untuk membantah seluruh ajaran Syi’ah di dalam masalah ini.

Syaikh Muhammad ‘Arfah, seorang anggota Lembaga Ulama Senior Al Azhar pada zamannya, telah menukil dari kitab-kitab akidah milik Syi’ah Imammiyah Itsna ’Asyariyyah sebagai penguat apa yang kami ucapkan tentang mereka. Beliau berkata,

”Jika kita mau mengkaji kitab-kitab akidah milik orang-orang Syi’ah, maka kita akan menemukan adanya kesesuaian atas riwayat-riwayat yang mereka sampaikan. Kita pun bisa langsung menukil ajaran mereka yang kita anggap sebagai ajaran yang sangat berbahaya yaitu masalah imamah, ajaran mengkafirkan para sahabat dan tiga orang khulafa rasyidin. Mereka terus mengkafirkan kaum muslimin sejak Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam wafat sampai hari ini. Hal ini disebabkan kaum muslimin tidak pernah mengakui imamah Ali dan 12 imam mereka. Hal ini seperti yang kami kutip dari penghulu ahli hadits Abi Ja’far Ash-Shaduq Muhammad bin Ali bin Husein bin Babawaih Al Qummi yang meninggal dunia pada tahun 381 Hijriyah yang merupakan ahli hadits kedua dari tiga ahli hadits (Syi’ah) yang juga dia itu adalah pengarang kitab yang berjudul, “Man La Yahdhuruh Al Faqih”, salah satu kitab dari empat kitab rujukan Syi’ah di dalam masalah pokok-pokok ajaran mereka. Dia berkata, ”Kami berkeyakinan pada orang-orang yang menolak imamah Ali bin Abi Thalib dan seluruh imam setelah beliau adalah seperti orang-orang yang menolak nubuwah (kenabian) para nabi. Kami juga berkeyakinan bahwa orang-orang yang mengakui imamah Ali dan menolak satu dari imam setelah Ali adalah seperti orang-orang yang mengakui/beriman kepada para nabi akan tetapi mereka menolak Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam.” Dia juga berkata di dalam “Risalat Al I’tiqadat”, bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,”Barangsiapa yang menolak imamah Ali setelah aku (Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam), artinya dia telah menolak kenabianku dan barangsiapa yang menolak kenabianku, artinya dia telah menolak rububiyah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda, ”Wahai Ali, Sesungguhnya kelak setelah aku wafat, engkau itu akan dizhalimi. Barangsiapa yang menzhalimimu, sama dengan dia telah menzhalimi aku; barangsiapa yang bersikap adil terhadapmu, sama dengan dia telah bersikap adil terhadap aku; dan barangsiapa yang menolakmu, sama dengan menolak aku.”

Imam Shadiq AS berkata, ”Orang yang menolak imam terakhir kami, sama dengan menolak imam pertama kami.”

Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, ”Para imam setelah aku ini ada berjumlah dua belas orang. Imam yang pertama adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib AS, dan imam yang terakhir adalah Al Mahdi. Menaati mereka sama dengan menaati aku dan bermaksiat kepada mereka sama dengan bermaksiat kepada aku. Barangsiapa yang menolak salah seorang dari mereka, sama dengan menolak aku.” Imam Shadiq berkata, ”Barangsiapa yang meragukan tentang kekufuran musuh-musuh kami dan sikap zhalim mereka terhadap kami, maka dia dianggap telah kafir.”[1]

5. Dakwaan Wasiat dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk Ali

Dakwaan adanya wasiat dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk Ali menjadi khalifah setelah beliau wafat –seperti keyakinan Syi’ah- sungguh telah merampas hak kaum muslimin untuk memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Itulah wujud pengamalan terhadap perintah musyawarah yang telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai ciri khas kaum muslimin,”Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka,” (QS Asy Syura [42]: 38).

Seolah-olah dengan adanya wasiat itu, umat Islam terbelakang selamanya, sehingga Allah Subhanahu Wa Ta’ala harus menentukan siapa orangnya yang berhak mengurusi dan memimpin umat Islam. Juga diharuskan orang yang memimpin umat Islam ini datang dari rumah tertentu dan dari keturunan tertentu dari keluarga rumah ini. Padahal semua manusia adalah sama. Yang jelas bahwa yang berhak memimpin umat Islam adalah orang yang diterima (diridhai) oleh umat Islam dan dia mampu untuk memikul amanah ini dan menakhodai umat ini.

Saya yakin jika Negara Islam yang dipersepsikan oleh Ahlu Sunnah adalah bentuk Negara Islam ideal yang telah digambarkan oleh Al Qur`an dan As Sunnah yang shahih. Yaitu sangat sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat dunia pada saat ini bahwa rakyat berhak menentukan nasibnya sendiri, tidak menganut teori negara Teokrasi atau sebuah sistem yang mana negara dikuasai oleh pemerintahan berasaskan agama (tertentu) atas nama Pemerintahan Langit yang membelenggu leher masyarakat dan hati nurani mereka. Semua lapisan masyarakat tidak kuasa atas diri mereka sendiri kecuali harus mengatakan, ”Kami mendengar dan kami taat!”

Keyakinan Syi’ah ini dibantah oleh takdir Allah, di mana Imam yang ke-12 mereka sedang bersembunyi, seperti yang mereka yakini. Akhirnya, umat manusia ditinggalkan tanpa imam maksum lebih dari 11 abad. Bagaimana mungkin Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan membiarkan umat manusia tanpa imam yang akan membimbing mereka? Ternyata mereka (orang-orang Syi’ah) berkata, ”Kami masih mempunyai Al Qur`an dan As Sunnahuntuk membimbing kami” ketahuilah, justru kami (Ahlu Sunnah) sejak dahulu sudah mengatakan hal ini.

6. Superioritas Kelompok Tertentu atas Seluruh Umat Manusia

Keyakinan orang-orang Syi’ah dibangun atas dasar rasa superioritas (merasa paling lebih) dari seluruh makhluk Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka merasa mempunyai karunia yang sangat besar jika dilihat dari penciptaannya. Mereka ini berhak untuk mengatur orang lain walaupun mereka tidak memilihnya. Hal ini dikarenakan telah menjadi keputusan langit.

Pemikiran seperti ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam secara umum. Hal ini disebabkan seluruh manusia adalah sama seperti deretan sisir. Hanya ada satu Rabb bagi seluruh umat manusia dan memiliki nenek moyang yang sama yaitu Adam ‘Alaihis Salam. Mereka semua diciptakan dari bahan yang sama, yaitu sperma. Oleh karena itu, tidak ada rasa superioritas seorang manusia atas manusia yang lain kecuali dengan taqwanya. Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam Al Qur`an, “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti,” (QS Al Hujurat [49]: 13).

Sesungguhnya manusia itu diutamakan atas yang lainnya hanya karena amal perbuatan, dan bukan karena faktor keturunan. Sebab siapa yang amalnya lambat, maka nasabnya tidak akan mempercepat langkahnya meraih ridha-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, ”Apabila sangkakala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari Kiamat), dan tidak (pula) mereka saling bertanya,” (QS Al Mu`minun [23]: 101). Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan bahwa yang akan menghukumi umat manusia di hari Kiamat adalah Al Mizan yang tidak akan menzhalimi seorang pun. Manusia lah yang memilih para pemimpin dalam bingkai musyawarah. Manusia berbaiat kepada para pemimpin dengan syarat jangan melanggar batasan-batasan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan hak-hak manusia.

Hanya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam saja satu-satunya orang yang dipilih oleh wahyu, ”Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya,” (QS Al An’am [06]: 124). Selain beliau, hanya manusia biasa dan tidak dipilih oleh wahyu.

Kemudian kenyataan sejarah menunjukkan bahwa orang-orang yang mengaku berhak menduduki sebuah jabatan pemerintahan atas dasar nash (Al Qur`an/As Sunnah), ternyata mereka itu tidak menduduki jabatan apa-apa. Justru mereka hidup seperti manusia pada umumnya (rakyat biasa), mendapatkan persamaan di dalam hukum. Kecuali Ali bin Abi Thalib yang dibaiat oleh kaum muslimin menjadi khalifah. Karena jika dilihat dari sisi keilmuan, beberapa imam ‘maksum’ keturunan Ali tidak dikenal sebagai orang yang unggul kecerdasannya dan layak menjadi imam. Namun ada sebagian dari keturunan Ali termasuk ke dalam tokoh besar di bidang fiqih, seperti Muhammad Al Baqir dan Ja’far Ash-Shadiqseperti imam-imam fiqih lainnya.

BERSAMBUNG

Sumber: http://www.islampos.com

25 September 2013

9 Kesesatan Syiah Menurut Syekh Yusuf Al Qaradhawi - Part 1

Oleh Pizaro — Ahad 17 Zulkaedah 1434 / 22 September 2013 15:17

DR Yusuf Al Qaradhawi dalam Fatawa Mu’ashirah, menjelaskan 9 perbedaan tajam antara Ahlus Sunnah yang moderat dengan Syi’ah Imamiyah Itsna Asy’ariah/12 Imam. Berikut ini fatwa beliau:

1. Sikap Syi’ah terhadap Al Qur`an

Sikap mereka terhadap Al Qur`an seperti yang telah saya jelaskan berulang-ulang kali bahwa mereka tetap percaya dengan Al Qur`an yang kita hafal. Mereka berkeyakinan bahwa Al Qur`an adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mushaf yang dicetak di Iran dengan mushaf yang dicetak di Mekah, Madinah dan Kairo adalah sama. Al Qur`an ini dihafal oleh anak-anak Iran di sekolah-sekolah agama (madrasah/ pesantren) di sana. Para ulama Iran juga mengutip dalil-dalil Al Qur`an di dalam masalah pokok-pokok dan furu di dalam ajaran Syi’ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitabnya. Namun masih tetap ada di antara mereka yang berkata, “Sesungguhnya Al Qur`an ini tidak lengkap. Karena ada beberapa surat dan ayat yang dihilangkan dan akan dibawa oleh Al Mahdi pada saat dia muncul dari persembunyiannya.”

Mungkin saja sebagian besar ulama mereka tidak mempercayai hal ini. Sayangnya mereka tidak mengkafirkan orang yang telah mengatakan hal di atas. Inilah sikap yang sangat berbeda dengan sikap Ahlu Sunnah, yaitu barang siapa yang meyakini telah terjadi penambahan dan pengurangan terhadap Al Qur`an, maka dengan tidak ragu lagi, kami akan cap dia sebagai orang kafir.

Padahal keyakinan seperti ini terdapat di dalam kitab-kitab rujukan mereka, seperti AlKaafiy yang sebanding dengan kitab Shahih Al Bukhari bagi Ahlu Sunnah. Kitab ini telah dicetak dan diterjemahkan laludidistribusikan ke seluruh dunia tanpa ada penjelasan apa-apa di dalamnya. Ada pepatah di masyarakat, “Orang yang diam terhadap kebatilan, sama dengan orang yang membicarakannya.”

2. Sikap Syi’ah terhadap As Sunnah

Definisi As Sunnah menurut Ahlu Sunnah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah dimaksum oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Dia perintahkan umat Islam untuk menaati beliau di samping taat kepada-Nya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Katakanlah, Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajiban Rasul (Muhammad) itu hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu hanyalah apa yang dibebankan kepadamu. Jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk,” (QS An Nur [24]: 54). "dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat,” (QS An Nur [24]: 56). “Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya),” (QS An Nisa [04]: 59). “Katakanlah (Muhammad), Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahwa Allah tidak menyukai orang-orang kafir,” (QS Ali Imran [03]: 32). “Barangsiapa menaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah menaati Allah. Dan barangsiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka,” (QS An Nisa [04]: 80). “Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut keinginannya. Tidak lain (Al Qur’an itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),” (QS An Najm [53]: 3-4) dan ayat-ayat yang lainnya.

Akan tetapi batasan As Sunnah menurut Syi’ah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para imam mereka yang maksum. Maksudnya,sunnah mencakup bukan hanya sunnah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam melainkan jugasunnah kedua belas imam mereka. Imam mereka yang 12 orang tersebut wajib ditaati sebagaimana taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan rasul-Nya yang dikuatkan dengan wahyu. Mereka telah menambahkan perintah Al Qur`an untuk taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan rasulNya yaitu agar taat kepada makhluk yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri tidak memerintahkannya. Lebih dari itu, kita mengkritik Syi’ah karena telah meriwayatkan sunnah dari orang-orang yang tidak tsiqah (terpercaya) karena tidak memenuhi unsur keadilan dan kesempurnaan hafalan.

Oleh karena itu, kitab-kitab rujukan Ahlu Sunnah tidak diterima oleh mereka. Mereka tidak mau menerima kitab Shahih Bukhari, Muslimdan Kutub Sittah lainnya, tidak mau menerima kitab Al Muwatha, Musnad Ahmad dan kitab-kitab yang lainnya.

3. Sikap Syi’ah terhadap Para Sahabat

Pandangan negatif mereka terhadap para sahabat merupakan pokok dan dasar ajaran Syi’ah. Sikap mereka itu adalah turunan dari pokok ajaran mereka yang meyakini bahwa, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat jika beliau wafat, maka Ali bin Abi Thalib adalah pengganti beliau. Akan tetapi para sahabat menyembunyikan wasiat ini dan mereka merampas hak Ali ini secara zalim dan terang-terangan. Para sahabat telah berkhianat terhadap Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang menjadi wasilah mereka mendapatkan petunjuk dan mereka hidup di zaman beliau untuk menolongnya walaupun dengan nyawa dan segala yang mereka miliki.

Yang mengherankan, apakah mungkin para sahabat bersekongkol untuk melakukan hal ini, sementara Ali Radhiyallahu ‘Anh –sang pemberani hanya bisa diam saja tidak berani mengumumkan haknya ini. Justru Ali malah ikut membaiat Abu Bakar, Umar dan kemudian Utsman. Ali tidak berkata kepada salah seorang dari mereka itu, ”Sesungguhnya aku mempunyai wasiat dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, mengapa kalian bersikap seolah-olah tidak tahu? Mengapa kalian hanya bermusyawarah dengan enam orang saja dan kalian menyibukkan diri kalian sendiri? Siapakah orangnya yang harus memilih sedangkan umat Islam telah menetapkan hal ini dengan wasiat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam?” Mengapa Ali tidak mau menjelaskan hal ini? Kemudian, jika memang Al Hasan bin Ali benar-benar telah tercatat sebagai khalifah setelah Ali karena ada wasiat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam, tapi mengapa justru Al Hasan mengalah dan memberikan jabatan khalifah ini kepada Mu’awiyah? Mengapa Al Hasan melakukan hal ini, padahal ini merupakan perintah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala? Dan mengapa justru Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam di dalam haditsnya (hadits ramalan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam) memuji sikap Al Hasan ini?

Pertanyaan ini tidak bisa dijawab sama sekali oleh mereka.

Inilah tuduhan palsu mereka terhadap para sahabat yang tidak terbukti. Keterangan mereka ini sangat bertentangan dengan keterangan yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebutkan di dalam beberapa surat Al Qur`an. Seperti di akhir surat Al Anfal, surat At Taubah, surat Al Fath di pertengahan di akhirnya, surat Al Hasyr dan surat-surat lainnya.

Demikian pula As Sunnah telah memuji para sahabat baik secara umum maupun secara khusus. Juga zaman mereka itu dianggap sebagai sebaik-baik zaman setelah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam.

Juga apa yang dicatat oleh sejarah tentang mereka. Mereka adalah orang-orang yang telah menghafal Al Qur`an dan dari mereka lah umat menukilnya. Mereka juga adalah orang-orang yang telah menukil As Sunnah dan menyampaikan apa yang mereka nukil dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan maupun persetujuan beliau kepada umat ini.

juga adalah orang-orang yang telah melakukan futuh (pembebasan negeri lain dengan damai) dan membimbing umat ini menuju tauhid Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan risalah Islam. Mereka juga telah mempersembahkan kepada bangsa-bangsa yang dibebaskannya contoh-contoh teladan Qur’ani yang dijadikan sebagai petunjuk.

BERSAMBUNG

Sumber: http://www.islampos.com

03 August 2013

Yusuf al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.

Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.

Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.

Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.

02 August 2013

Bantulah Saudara Islam Di Syria: Pandangan Dr Yusuf Qardhawi

Mungkin sekarang ini anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai musibah yang melanda saudara-saudara kita di Syria. Yang sebenarnya apa yang kita ketahui sangat sedikit kerana Regim Bashar Assad mengawal berita keganasan dan kebiadapan mereka mengalir keluar dari Syria.

Keadaan saudara Islam kita [Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)]  di Syria makin meruncing, kita yang jauh dari mereka hanya dapat melihat dengan kepiluan, kita menyuarakan rasa tidak puashati tapi rasa tersebut tidak sedikitpun dapat membantu. Tentunya kita sangat bimbang apabila setiap hari pembunuhan terhadap anak-anak kecil dan perkosaan wanita berlaku. Apa yang boleh dilakukan adalah doa ikhlas yang tidak putus-putus, walaupun kita akan menyambut Aidilfitri dengan perasaan gembira, namun jangan sekali-kali lupakan doa-doa itu.

Selain daripada doa, apa lagi yang kita boleh lakukan - ya!!! kita boleh hulurkan derma ikhlas semampu dan sekerap yang boleh kepada badan-badan yang dipercayai. Semoga dengan derma ini mereka mampu ditolong. Kita lihat apa pandangan ulama Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, beliau adalah Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beroperasi di Beirut.

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi memberi pandangan bahawa mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah serta bercadang untuk mengerjakan lagi haji dan umrah, maka wajarlah bagi mereka untuk mendermakan kepada saudara seagama di Syria. Pandangan yang diberikan oleh beliau adalah berdasarkan kepada aulawiyat (keutamaan). Menurut beliau situasi yang terdesak di Syria dan beberapa negara di dunia kini menyaksikan umat Islam ditekan, ditindas, dibunuh dan dizalimi memerlukan pembelaan dan pertolongan dari umat Islam seluruh dunia. Syeikh Qardhawi menggariskan beberapa kaedah untuk diamati oleh umat Islam iaitu:

1.    Allah tidak akan menerima amalan sunat hinggalah ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah. Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

2.    Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

3.   Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Jadi jangan buang masa, lakukan doa kerana doa itu adalah senjata paling ampuh orang Islam, di samping itu jangan lupa untuk menderma kerana ianya pasti dapat membantu saudara-saudara kita. Biar kita tidak ada di medan, tetapi kekuatan dan jihad kita ada bersama mereka, semoga perjuangan mereka dipermudahkan oleh Allah.

Dermalah walaupun sedikit kerana lama-lama dan ramai-ramai ianya akan menjadi bukit malahan gunung. Jangan biarkan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi ini berlalu begitu saja kerana menderma dan bersedekah di bulan mulia ini ganjarannya sangat besar yang kita tidak dapat bayangkan.

P/S - Anda boleh menyalurkan derma tersebut ke akaun di bawah ini:

MAYBANK Kuala Lumpur, Malaysia: 5622-1820-7666
GABUNGAN SALAM SYRIA
Emel: malaysia4syria@gmail.com

26 September 2012

Status Dan Perkembangan Umat Islam Masa Kini

Oleh: Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Buat kesekian kalinya Muslims Association of Britain (MAB ) menganjurkan ceramah perdana Prof. Dr Yusuf Qardhawi di Regent's Park Mosque, London pada 21.01.03

Ceramah dimulai selepas solat isya' berjamaah di ruang solat utama masjid tersebut, dihadiri hampir 2,000 orang. Ceramah diberi dalam bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Dr Azzam Tamimi dari Islamic Tought Foundation.Ia bertujuan untuk memperjelaskan tentang perkembangan dan status umat islam masakini ketika gendang perang telah dipalu dan perang di teluk semakin hampir menjadi kenyataan.Kefahaman yang jelas terhadap perkara ini perlu kerana sebagai umat islam kita akan terlibat secara langsung dengan sebarang konflik yang akan mendatang tidak kira di mana kita berada.

Syeikh Qardhawi memulakan ucapannya dengan memuji Allah SWT dan salawat atas junjungan Rasulullah s.a.w. Beliau kemudian mengucapkan kata-kata aluan pada hadirin dengan mengungkapkan rasa bertuah dan terharu beliau dapat berpeluang menerima tetamu-tetamu Allah di masjid itu. Dengan mengambarkan betapa bahagianya beliau bersua dengan muka-muka yang dipancari iman kepada Allah dan dengan cahaya iman ini jugalah nanti umat Islam akan dimenangkan kembali oleh Allah SWT.

Allah SWT telah melengkapkan nikmatnya atas umat Muhammad s.a.w dengan Islam. Firman Allah: "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagi mu." Al-Maidah, 5 : 3.

Keistimewaan menjadi umat Islam ialah kita mempunyai di sisi kita Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagai pedoman, terpelihara dan tidak dinodai. Dengan Islam ini kita telah ditinggi dan dimuliakan.Islam telah memperseimbangkan antara kehidupan ruh dah jasad kita, memperseimbangkan hidup kita di dunia ini dengan kehidupan yang bakal kita tempuhi di akhirat nanti.

Tetapi.... Ketinggian ini ialah apabila kita berpegang teguh pada Islam. Beliau mengisahkan kejadian ketika khalifah Umar Al-Khattab diiringi panglima perang Islam Abu Ubaydah memasuki kota BailtulMaqdis setelah tentera Islam berjaya menumpaskan tentera Nasara. Beliau disaran Abu Ubaydah supaya menyinsing gamisnya ketika berjalan untuk mengelakkannya terkena lumpur demi menjaga statusnya sebagai Khalifah di kalangan penduduk Baitul Maqdis yang baru mengenali beliau. Umar r.a menegur Abu Ubaydah dengan kata-kata: "Kita asalnya adalah dari kalangan umat yang terhina tetapi Allah telah menjadikan kita mulia dengan Islam, tetapi awas, jika kita cuba meninggalkan Islam (menerima pakai nilai-nilai yang lain) Allah akan menjadikan kita umat yang kembali terhina."

Umat Islam pernah menjadi umat terbaik, termaju dan terhadapan selama lebih dari sepuluh abad. Umat ini pernah menjadi contoh terbaik kemanusiaan. Ia pernah menjadi pimpinan kepada seluruh manusia. Ia adalah umat pertenggahan yang menjadi contoh dan teladan dalam setiap bidang kehidupan dari bidang ilmu, sosial, ketenteraan hinggalah pada pengurusan negara dan ekonomi. Pernah berlaku dalam sejarah ketika gabenor kerajaan Islam di Tunisia, Yahya bin Said merujuk kepada khalifah Islam Umar bin Abd Aziz tentang tiadanya rakyat iaitu muslim dan zimmi yang terdiri dari kristian dan yahudi dalam kerajaan Islam yang layak menerima zakat kerana tidak terdapat seorang pun fakir miskin dalam kerajaan Islam waktu itu.Khalifah Umar Abd Aziz memerintahkan wang itu digunakan untuk menebus dan membebaskan hamba sahaya. Begitulah makmurnya negara dibawah pemerintahan kerajaan yang melaksanakan Islam dengan sempurna.

Di satu ketika lain khalifah Umar diberitahu tentang penganiayaan yang berlaku terhadap orang Islam di bawah kerajaan Rom. Khalifah kemudiannya megutuskan surat amaran kepada Maharaja Rom supaya berlaku adil kepada rakyatnya di kalangan orang Islam, jika tidak "kami akan menghantar tentera yang barisan hadapan nya di perkarangan istana kamu dan penghujungnya di perkarangan istana kami". Itulah dia umat yang pernah memberi kata dua dan amaran kepada kuasa besar Rom. Sebaliknya pada hari ini kita berada dipihak yang diancam dan terancam dan musuh dengan beraninya mengeluarkan kata dua kepada kita.

Di satu ketika lain ketika pemerintahan khalifah Abbasiyah Harun Ar-Rashid, beliau melihat awam hitam berarak melepasi istananya di kota Bahgdad. Beliau tersenyum dan berkata. "Wahai awan, pergilah ke mana saja dan curahkanlah air mu di mana saja pelusuk bumi ini, nanti hasil tanamannya akan sampai kepada aku" untuk menggambarkan betapa luas dan hebatnya kerajaan Islam ketika itu. Islam pernah menjadi pemimpin kepada kemanusian dan pemimpin dari segi ilmu. Ketika zaman keemasan umat islam dalam bidang keilmuan, pelajar-pelajar datang berduyun dari Eropah menuntut ilmu di Universiti dinegara Islam, mempelajari bahasa Arab dan berbangga mendapat pendidikan di negara Islam, sebaliknya kini,umat islam berduyun ke Barat, menuntut dalam bahasa Inggeris dan berbangga mendapat pendidikan dinegara barat.

Umat ini telah melalui pelbagai fasa. Ia pernah memerintah dan diperintah, menakluk dan ditakluk. Memimpin dan dipimpin. Maju dan mundur. Ia juga pernah dikuasai oleh timur dan barat. Dari Barat, pihak Nasrani telah melancarkan sebanyak sembilan kempen perang salib dan berjaya mengusai sekitar Mediteranean dan Baitul Maqdis sebelum dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayubi. Dari timur umat islam pernah ditakluk oleh orang Monggol yang menawan kota Islam Baghdad pada tahun 656 Hijrah.Ketika itu sungai menjadi hitam oleh dakwat dan jalanraya menjadi sungai darah. Ibnu Athir, seorang ahli sejarah islam yang menyaksikan kejadian itu menceritakan hiba dan sedihnya peristiwa itu sehingga beliau berharap yang beliau tidak pernah dilahirkan di dunia ini kerana sedih yang tidak terhingga menyaksikan bencana yang dialami umat islam ketika itu. Akhir nya umat islam mencapai kejayaan atas tentera Monggol di Ain Jalut, Palestine pada hari Jumaat, bulan Ramadhan 25 hb tahun 658 Hijrah di bawah pimpinan seorang pemimpin hebat iaitu Mahmood Sayfud-Deen al-Qutuz.

Tentera Islam hampir kalah, apabila al-Qutuz melempar topi perang yang dipakainya dan dengan keberanian yang luar biasa merempuh benteng pertahanan Monggol sambil menjerit "waislama, waislama" (Demi Islam, Demi Islam). Kemudian berlaku pula fasa penaklukkan oleh kuasa-kuasa Barat.Seluruh empayar islam kecuali Semenanjung Arab dijajah hinggalah ke timur jauh di Indonesia yang umat Islamnya seramai 50 juta dikuasai oleh Belanda yang mempunyai hanya 5 juta penduduk. Akhirnya umat Islam bangkit dan membebaskan diri mereka dari penjajahan dan tanah jajahan terakhir umat islam oleh kuasa barat ialah Algeria yang merdeka dari Peranchis pada tahun 1965.

Hari ini umat Islam menghadapi krisis semula. Krisis yang menguji ketahanan, aqidah dan jati diri umat ini. Umat Islam dari segi realitinya adalah ramai - berjumlah lebih 1.3 Billion di seluruh dunia. Kita juga memiliki tanah yang luas, tasik, kawasan lautan dan telaga minyak yang banyak. Kita juga memiliki petunjuk terakhir yang dikurniakan Allah untuk umat manusia- Al Qur'an sedangkan umat Yahudi dan Nasrani telah hilang pedoman dan sumber yang mereka miliki telah dicemari dan tidak asli. Malangnya, walaupun dengan memiliki segala kelebihan ini,umat Islam gagal menumafaatkannya dengan baik dan berkesan. Kita telah menjadi umat yang terbelakang dalam segenap bidang.

Mehnah yang terbesar melanda umat Islam masakini ialah perncangan jahat rejim Zionist Yahudi. Setelah mereka berjaya merampas tanah umat Islam Palestine pada tahun 1948, mereka tidak henti-henti melakukan kekejaman terhadap umat islam dengan dasar-dasar mereka yang racist dan kejam. Dengan menganggap diri mereka sebagai pilihan Tuhan, mereka telah menghalalkan pengayiayaan, pembunuhan dan pengusiran umat islam. Umat Islam yang cuba menentang disembelih tanpa belas kasihan oleh Isreal. Sekutu dan pendokong kuat rejim zalim ini tidak lain ialah USA. Amerika telah membekalkan Isreal dengan persenjataan dan memberi bantuan penuh dari segi ekonomi.

Apa yang sedang berlaku di teluk sekarang ini juga tidak lari dari perancangan jahat Yahudi. Apa yang berlaku sebenarnya ialah 'war of markets'. Apakah sebenarnya yang mereka inginkan di Iraq? Adakah Saddam menjadi matlamat mereka? Sedangkan mereka yang membantu Saddam dalam perang dengan Iran dan bahan kimia untuk membunuh pihak penentang Kurdis di utara Iraq. Saddam pernah diberi amaran oleh USA sebelum ini, tidak ada negara diteluk akan dibiarkan menjadi kuat dan berkuasa kerana ia akan menjadi ancaman kepada keselamatan Isreal.

Matlamat Amerika dalam perencaan perang di teluk ialah untuk melemahkan seluruh timur tengah agar tiada kuasa yang mengancam kekuasaan Israel. Dan juga menguasai hasil mahsul buminya yang utama-minyak demi menjayakan perancangan perluasan Isreal. Matlamat akhir kempen Amerika di teluk ialah untuk menghancurkan Islam. Kesemua alasan menentang 'terrorism' adalah dicipta supaya menghalalkan tindakkan mereka. Peristiwa 11 September dijadikan alasan untuk menghancurkan Islam, walaupun Dr. Yusuf al-Qaradawi sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan membunuh orang awam seperti 11 September dan peristiwa Bali). Umat Islam dituduh melakukannya walaupun tiada bukti sahih mengatakan ia dilakukan oleh orang Islam. Sekali pun katakan, jika benar ia dilakukan oleh Bin Laden, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghukum umat Islam keseluruhannya. Apa yang diperjuangkan Bin Laden pun jauh berbeza dari apa yang didukung oleh Saddam. Kedua-dua isu ini tidak berkaitan tetapi telah dijadikan alasan yang legitimate oleh Amerika dan sekutunya untuk menyerang negara umat Islam.

Amerika telah muncul sebagai kuasa besar dunia yang telah bertindak sebagai Tuhan ( Illah). Ia kini merasa berkuasa menetapkan apa yang benar dan apa yang salah. Sejarah telah membuktikan bahawa umat islam terjajah oleh Barat pertama kalinya selepas perang salib kerana adanya pemimpin Islam yang menjadi talibarut penjajah dan menjual negara dan agamanya demi keuntungan dunia yang sedikit. Kejadian ini berulang lagi.Umat Islam tidak akan dapat dikuasai jika tidak dibantu oleh segolongan umat islam ini sendiri yang berpaling tadah dan mambantu musah. Kuasa jahat diketuai Amerika dan didalangi Yahudi telah sampai kekemuncak kezaliman mereka dan umat Islam telahpun melalui fasa terburuk dalam sejarah mereka. Adalah menjadi sunatullah bahawa apa yang akan berlaku seterusnya ialah Allah akan menhancurkan kuasa yang batil ini sehancur-hancurnya dan kebenaran akan ditegakkan semula dimuka bumi ini.

Firman Allah SWT: "Dan katakan: Apabila datang kebenaran, akan musnahlah kebatilan" Surah al-Isra' 17:81. Allah SWT tidak akan membenarkan kezaliman berleluasa dan berpanjangan. Kezaliman tidak akan berkekalan dan akan menghadapi kehancuran. Kita sebagai umat Islam yang beriman mestilah bangun menentang kezaliman kerana kezaliman itu merampas Hak Allah dan kita tidak bertuhankan selain Allah. Kita mesti bangun dan membantu saudara-saudar kita yang sedang bergelut menentang kezaliman dengan apa saja cara yang kita mampu. Kita mesti bangun dan menyatakan pendirian dan penentangan kita terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas saudara-saudara kita. Kita mesti membantu saudara kita di Palestine dan sama-sama keluar berarak dalam menyatakan protes dan penentangan kita terhadap perang di teluk. Kita mesti berusaha semaksima mungkin untuk mencegah Amerika dari melaksanakan kempennya diteluk.

Syeikh Qardhawi memuji dan menyanjung usaha yang dilakukan di Britian untuk menyatakan bantahan terhadap peperangan keatas Iraq. Public opinion yang semakin mendadak menentang perang perlu dipertingkatkan supaya kerajaan British merasa terdesak dan membatalkan rancangan mereka menyokong Amerika menyerang Iraq. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru umat islam keluar beramai-ramai dalam demonstrasi besar-besaran menentang peperangan yang akan diadakan di kota London pada 15 hb Februari yang akan datang. Beliau juga menyarankan agar Jumaat 14hb Feb sebagai hari solariditi umat Islam untuk berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada umat Islam.

Allahu'alam.

Ceramah ini telah disunting oleh Ustaz Isa Hamzah yang sama-sama hadir dalam program tersebut. Segala yang baik itu dari Allah jua. Marilah kita berpegang teguh dengan Islam dan berusaha melaksanakan tanggung jawab kita mempertahankan Islam selain terus berdoa untuk kemenangan islam serta kesejahteraan penganut-penganutnya.

Allahu Akbar walillahil hamd.

Regent's Park Mosque, London
21.01.2003 Jam 7-9.30 mlm.