Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

25 December 2013

Misteri Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam

Jika sebelum ini, pasti ada yang pernah mendengar kisah segitiga bermuda ini. Nmaun tiada yang dapat membuktikan kesahihannya. Kini, mari kita selongkar rahsia dan misteri kejadian di segitiga bermuda ini menurut pandangan Islam

Segitiga bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah2 teritorial britania raya sbg titik di sebelah utara, puerto rico teritorial amerika serikat titik di sebelah selatan dan miami negara bagian florida amerika serikat sbg titik disebelah barat.

Pasti pernah dengar kan peristiwa-peristiwa aneh di sana yang sering terjadi kapal-kapal hilang baik laut maupun udara secara misterius.Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya alien dan UFO. Ada yang bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedot apapun yg melintas.Lalu apa pendapat islam tentang segita bermuda?

Ada hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebagibn lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan bermuda?

Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadis ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda. Perkara-perkara aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi di situ.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin di mana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yang meminumnya menjadi panjang umur, di tempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Syeikh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal di tempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu, maka mereka pun berjaga di sekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu (segitiga bermuda). Karena sesungguhnya barang siapa yang bisa sampai ke tempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yang sesungguhnya.

Banyak orang-orang zaman dahulu yang telah mencoba ke pusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang ke dunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk didatangi.

PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.

Sumber: http://penselkawan.blogspot.com

06 October 2013

MISTERI SEGI TIGA BORNEO – SURATAN ATAU SATU KEBETULAN


Bermuda Triangle atau Segi Tiga Bermuda, satu nama tempat yang mungkin tidak asing bagi rakyat di seluruh dunia. Misteri kehilangan kapal-kapal besar di kawasan yang dinamakan Segi Tiga Bermuda sudah tentu sering menjadi igauan ngeri bagi pelayar-pelayar yang melaluinya. Namun begitu, pernahkah kita terutama sekali rakyat Sabah dan Sarawak mengetahui tentang kewujudan sebuah tempat yang dinamakan SEGI TIGA BORNEO? Untuk paparan kali ini, Borneo Oracle akan mengajak pembaca sekalian untuk mengenali sebuah kawasan yang dikatakan amat misteri yang dikenali sebagai MISTERI SEGI TIGA BORNEO – Suratan atau satu Kebetulan???

Segi Tiga Borneo sememangnya wujud di Pulau Borneo iaitu kedudukannya adalah antara Bario. Pa’Lungan dan Gunung Murut di Sarawak Bumi Kenyalang. Yang membezakan Segi Tiga Borneo dengan Segi Tiga Bermuda adalah Segi Tiga Borneo kedudukannya di atas daratan dengan diliputi oleh hutan belantara dan gunung ganang manakala Segi Tiga Bermuda merupakan hamparan lautan yang luas. Dan apabila memperkatakan kedudukan kawasan bergunung ganang dan hutan belantara sudah tentu Segi Tiga Borneo adalah satu yang menggerunkan untuk juruterbang-juruterbang kapal udara yang merupakan antara pengangkutan yang paling cepat serta kedua popular di Sarawak Bumi Kenyalang.

Menurut sumber, sejak pengangkutan udara diperkenalkan di Sarawak Bumi Kenyalang telah banyak kejadian kapalterbang dan helicopter terhempas di kawasan yang dikenali sebagai Segi Tiga Borneo ini. Yang terakhir adalah pada tanggal 12hb Julai 2004 yang mana sebuah helicopter jenis Bell 206 Ranger kepunyaan Hornbill Skyways yang di dalam perjalanan untuk meninjau projek hidro elektrik yang membawa seorang Menteri Sarawak iaitu Yang Berhormat Dr. Judson Sakai Tagai telah terhempas di kawasan ini. Kejadian ini telah mendapat liputan yang meluas dari media massa samada dalam atau luar negara. Ianya juga telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada masa itu dan hanya setelah 20 hari di dalam Operasi Mencari dan Menyelamat barulah bangkai helicopter ini ditemui.

Yang menjadi misteri adalah di dalam Operasi ini bantuan kepakaran daripada luar negara telah diperolehi daripada luar negara namun segala peralatan canggih dan moden tidak juga dapat membantu malah dikatakan tidak dapat berfungsi langsung. Inilah antara kejadian misteri yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyelamat. Dikatakan juga kejayaan operasi ini sebenarnya menemui noktahnya apabila bantuan mistik telah digunakan. Begitu “Keras” kawasan ini sehinggakan bantuan bomoh yang terkenal daripada masyarakat tempatan Ba’Kelalan telah digunakan dan akhirnya ia berjaya dilakukan. Mungkin jampi serapah dan khidmat pengantara yang digunakan di dalam dunia mistik untuk berkomunikasi dengan penunggu hutan tebal di Ba’Kelalan telah membenarkan mata manusia biasa untuk melihat dimanakah kedudukan sebenar lokasi kemalangan. Hanya Tuhan yang maha berkuasa mampu mengungkaikannya…..

Bagi yang hanya mempercayai hukum logik daripada mistik, kawasan Segi Tiga Borneo dikatakan antara salah satu kawasan penerbangan yang cukup mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya. Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada. Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang tidak menentu serta sukar diramalkan akan menambah derita pada mereka yang masih hidup. Di situ, suhunya adalah antara 14 hingga 16 darjah Celsius dan di dalam hutan tebal tentunya lebih sejuk. Bentuk geografi yang bertebing curam pula menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR). Untuk sampai ke lokasi sejauh satu kilometer sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya empat jam. Bagi operasi dari udara, faktor cuaca yang berkabus dan pokok rendang menghadkan penglihatan juruterbang memantau lokasi kejadian.

Inilah sekelumit kisah Misteri Segi Tiga Borneo yang kedudukannya terletak di Sarawak Bumi Kenyalang yang telah banyak “memakan nyawa” manusia sejak di zaman Koloni British lagi. Segala kejadian mistik di dalam operasi menyelamat kemalangan mungkin juga adalah satu misteri atau mungkin juga satu suratan atau satu kebetulan di dalam kita memperkatakan hukum alam semulajadi di dunia ini. Sesungguhnya hanya Tuhan yang maha berkuasa mengetahui segalanya dan kita sebagai hambanya haruslah bertawakal dan berusaha sahaja.

Jangan Biarkan Hidup Anda Diliputi MISTERI!!!!!!

Sumber: Borneo Oracle