Showing posts with label Lagu Raya. Show all posts
Showing posts with label Lagu Raya. Show all posts

18 August 2012

Lagu Raya: Balik Kampong - Sudirman

Makin kuat rasa hati ini untuk balik ke kampong halamanku yang dirindui.... kepada kawan-kawanku yang kini berada di luar negara tak teringat nak balik ke kawan? jomlah tempah tiket dan baliklah... jumpa akar keturunan kita dan rasakan akan kehangatan matahari Malaysia - matahari katulistiwa, panasnya lain tau.

Kepada semua sahabat-sahabatku tolong doakan agar saya selamat dalam perjalanan nanti. Hasrat nak balik lebih kuat dari bayangan kesesakan jalanraya.

SELAMAT MEMANDU DAN TOLONG BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

13 August 2012

Lagu Raya: Airmata Syawal - Siti Nurhaliza


Masyallah sedihnya mendengarkan lagu raya ini setelah saya kehilangan ayah.... terasa sangat akan kehilangannya. Walaupun raya ini merupakan raya ke4 ayah tidak dapat bersama kami, tetapi saya terasa seperti terlalu baru ayah tinggalkan kami. Memang benarlah senikata lagu ini... bahawa airmata syawal pasti mengalir apabila menjelang hari raya kerutama apabila terbayangkan ayah yang sibuk bersiap untuk menunaikan solat sunat hari raya, ketika itu juga sibuk betul ayah mengingatkan pada anak-anak dan cucu-cucnya bersiap cepat kerana takut tiada tempat nanti.... maklumlah ramai anak dagang yang kembali ke desa untuk beraya bersama ibubapa dan saudara....
Kini hanya tinggal kenangan yang terindah dan airmata syawal.
Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh ayahandaku yang tercinta. Ameen....

10 August 2012

Lagu Raya: Pulanglah - Aishah


Lagu raya kegemaran saya. Saya akan memutarkannya beberapa kali.... walaupun senikatanya tidak ada kena mengena dengan hidup saya tapi kesenian irama dan liriknya sangat ngam sekali. Apa tah lagi bagi orang yang mengalami trajedi seperti apa yang diceritakan dalam lagu ini. Bagi saya kepulangan ke kampong halaman untuk beraya bersama orang-orang tercinta sangat penting, malahan ianya saya jadikan acara wajib. Bertemu mereka adalah satu kepuasan dalam diri saya, walaupun ada kalanya saya geram juga dengan kelakuan terutamanya yang kecil-kecil tu..... degil boleh tahan tetapi itulah juga yang berlaku kepada ibu bapa saya semasa kami masih lagi kecil... degil dan banyak akal.