Showing posts with label Masjid Aqsa. Show all posts
Showing posts with label Masjid Aqsa. Show all posts

11 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 5

Selain daripada cadangan Isreal untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa, mereka dan bergabung dengan banyak pihak jugalah yang bertanggungjawab cuba untuk memesongkan akidah umat Islam secara tanpa disedari. Terdapat pelbagai agenda dalam menyesatkan akidah umat Islam kini. Salah satunya secara membentuk sesuatu kumpulan yang pada umumnya tidak membawa makna apa-apa hanya sekadar hiburan tetapi sebaliknya kumpulan sebegini akhirnya memesongkan akidah Islam. Kumpulan yang saya maksudkan berbentuk masonik.

Amerika adalah negara pertama di dunia masonik. Kalau anda tak percaya? cuba lihat di bahagian belakang duit note 1 Dolar AS. Terdapat gambar bulatan yang di tengah-tengah bulatan terdapat gambar piramid di mana di atas piramid tersebut ada gambar satu mata. Mata satu salah salah satu simbol masonik, simbol ini ada di merata-rata bahagian dunia dan kini ianya melanda dunia hiburan. Tanpa disedari simbol ini telah ada di dalam industri hiburan negara kita yang mana pemain industri ini adalah orang Melayu beragama Islam.

Banyak kajian yang menyokong tuntutan ini, bukti yang mengejutkan adalah wawancara dengan masyarakat yang menganggotai masonik di mana "RAHSIA" adalah key-work kepada pengetahuan alam semesta ini. Bagi amalan masyarakat masonik ini adalah mempraktikkan ritual khusus bagi kumpulan mereka, di mana sebenarnya ritual yang diamalkan tidak lain adalah ilmu hitam. Itulah "rahsia" mereka yang selalu diberbicarakan tentang cita-cita untuk menguasai masa depan kita, akidah kita dan akhirnya memusnahkan agama kita. Di samping ritual kumpulan ini mencipta kekayaan dengan bantuan syaitan yang mereka tuntut sebagai kekuatan alam semesta untuk memberikan kekuatan kepada rohani, di sini jelas menunjukkan bahawa ada di antara mereka sebagai tidak menganut ajaran agama. Sudah tentu kepercayaan ini bertentangan dengan Islam di mana iman kita dan kepercayaan hanyalah kepada Allah SWT serta bertawakal kepadaNya. Ada kisah yang membuktikan bahawa sebahagian orang Islam yang murtad kerana mereka diperlihatkan oleh Syaitan dan Iblis seperti melihat mereka (syaitan dan iblis) yang merupai Nabi Isa as mendatangi mereka dan menolong mereka semasa dalam kecemasan.

Menjadi pertanyaan kepada kita, jika freemason (di Isreal) benar-benar sudah mendapat kuasa dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" seperti yang dituntut, mengapa mereka masih memberikan tumpuan untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Adakah sebenarnya mereka sedang mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan dewa mereka iaitu "Dajjal".

Pernahkah rakan-rakan mengetahui bahawa Islam dan Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan kita akan kemunculan Dajjal di dunia ini dengan satu tujuan iaitu untuk menghancurkan akidah umat Islam.

1. Islam mengajar kita bahawa Dajjal adalah makhlok atau Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal tetapi sebenarnya adalah untuk menyesatkan umat Islam khasnya dan manusia amnya. Allah menurunkan semula Nabi Isa AS untuk memerintah dunia yang dikhabarkan akan diturunkan di Jerusalem. Dipercayai Dajjal juga akan tiba di tanah suci, Jerusalem.

2. Nabi Muhammad SAW pernah berkata bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini, oleh yang demikian mungkin Dajjal telah berada di bumi ini sejak zaman RasuluLlah SAW. Ada yang menyatakan bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa. Perlu kita ingat bahawa 1 tahun di surga adalah sama dengan 1,000 tahun manusia. dan kiralah berapa lama Dajjal berada di dunia. Sebagai manusia kita hanya boleh mengandaikan akan cerita Dajjal, adakah Dajjal ini sejenis jin yang kuat serta boleh hidup selama ribuan tahun atau sejenis makhlok yang memangnya bernama Dajjal.

3. Semua Nabi-nabi pernah memperingatkan kaum masing-masing akan kemunculan Nabi palsu/ Dajjal ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu akan kedatangan Dajjal. Dajjal akan mempunyai tanda iaitu perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Membelakangkan Dajjal dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan dari arahnya. Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dibimbangi akan mudah menjadi korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan di antara sungai Nil dan Furatadalah "tanah yang dijanjikan." Jika Dajjal dianggap sebagai raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil bagi Dajjal untuk menduduki takhtanya. Jadi di mana kuil Zionis ini?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, oleh yang demikian baginda telah membina rumah ibadat di atas kuil zionis tersebut. Dengan menyembah Allah SWT yang esa dan satu adalah cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana. Mungkin ini juga adalah menyebab mengapa yahudi/ zionis ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil untuk Dajjal di bawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat Dajjal boleh dan selesa untuk memerintah adalah di kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

Ada kemungkinankah perkara ini menjelaskan kepada kita mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Apa yang nyata mereka mempunyai tujuan yang sama, dengan kepercayaan juga sama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dari yang kita mampu sangkakan. Itulah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Dan hasilnya dapat kita lihat apabila mereka membutakan mata dan mentulikan telinga apabila Palestin diserang bertubi-tubi oleh Isreal latnatulallah.

Tak salah kalau saya katakan bahawa mereka juga mempunyai niat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. Itulah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Dengan cara itu mereka berharap dunia akan menentang negara Arab dan orang muslim, apabila kita dunia telah mempercayai agenda mereka dan membenci orang Aran dan muslim maka makin cepatlah runtuhnya Masjidil Aqsa kerana maijoriti yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab dan Muslim. Tindakan mereka menjadi serampang 2 mata iaitu menghapuskan Masjidil Al-Aqsa, iaitu kiblat pertama umat Islam dan menjatuhkan agama Islam kerana orang Muslim adalah musuh Dajjal.

Kalau tak silap di dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah keruntuhan Masjidil Al-Aqsa takut pulak apabila memikirkannya. Semoga Allah memberi kita kekuatan dan kemenangan seperti mana yang dijanjikanNya kepada kita. Semoga Allah SWT melindungi kita dari semua kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam tetap bersinar terang dari sebelumnya.

Jika bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa, maka rakan-rakan dah tak lama sangat lagi usia dunia ini kerana lihatlah kini dah sampai ke mana progress pembinaan kuil zionis dan selari dengan itu bagaimana pula keruntuhan Masjidil Aqsa. Janganlah hidup dalam keadaan selesa kerana bukannya lama lagi untuk kita berhimpun di padang masyhar.

Saya nak berbalik semula kepada simbol illuminati dan masonik yang banyak ditampilkan dalam film, musik dan industri hiburan? Salah satu simbol iaitu MATA SATU. Adakah umat Islam faham akan simbol tersebut atau hanya suka-suka mengikut peredaran zaman konon, tanpa disedari kita terikut jejak kafir yang mungkin mengancam akidah kita jazakallah khair.

MEREKA memuliakan Tuhan MEREKA yang bermata satu! Astaghfirullah!.

10 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 4

Biar saya terangkan mengenai kedudukan Masjidil Aqsa dan Masjid Kubah Batu (Dome of The Rock) atau Al-Sakhrah Mosque. Perbezaan antara kedua-dua masjid ini sangat jelas pada kubahnya. Kubah emas bukan kubah Masjid Al Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung yang popular dengan panggilan DOME OF THE ROCK.

Sejak dulu lagi pihak Zionis cuba memesongkan kepercayaan orang Islam dengan mengambarkan bahawa Masjid Kubah Batu sebagai Masjidil Aqsa, ini jelas apabila setiap kali mereka merujuk Masjidil Aqsa, mereka akan menunjukkan foto Masjid Dome of The Rock. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Kedudukan Masjidil Aqsa dan Masjid Kubah Batu adalah bertentangan, jika kita berdiri di pintu Masjidil Aqsa dan kita akan nampak Masjid Kubah batu. Untuk membezakannya kubah Masjidil Aqsa berwarna gelap seakan-akan hijau, manakala kubah Masjid Kubah batu adalah berwarna emas.

Dan jka dilihat pada foto di atas, Masjid Al Aqsa sememangnya berhampiran dengan tapak pembinaan kuil Zionis. Jadi ini merupakan cara Zionis untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa sehinggakan umat Islam tidak perasan dan tahu akan lenyapnya masjid yang sangat bermakna kepada semua penghuni dunia ini. Pada saya sekarang sudah tiba masanya si mana semua umat Islam mesti tahu di mana Masjid Aqsa yang sebenarnya.

Lihat sahaja keretakan yang berlaku di halaman Masjidil Al-Aqsa pula, (dalam siri sebelum ini kita telah melihat akan keretakan yang berlaku di dalam masjid) yang berhampiran dengan Masjid DOME OF THE ROCK. Mengapa agaknya pihak Isreal ini terlebih berani bertindak untuk memusnahkan masjid yang sangat bermakna bagi umat Islam, sedangkan negerinya kecil dan rakyatnya pun bukan ramai sangat. 2 sebab besar yang saya boleh kaitkan iaitu: pertama kerana mereka telah mendapat mandat dari polis dunia iaitu Amerika Syarikat yang bersekutu dengan mereka, sekarang ini pun kita nampak bahawa terdapat kerjasama antara 2 negara ini.

Sebab yang ke2 mudah sahaja, saya rasa semua orang tahu, iaitu walaupun umat Islam memang ramai di dunia ini, ditambah dengan negara Islam bukannya negara yang terlalu miskin, yang mampu melakukan apa sahaja terhadap ekonomi dunia ini, tetapi apa yang terjadi sebaliknya negara Islam yang kaya raya dan mampu menawan dunia tidak mampu untuk melakukan sesuatu, hanya semasa adanya Sadam Hussein yang mengerunkan sedikit Isreal.

Kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja berlaku di kedua-dua masjid tetapi juga melibatkan rumah-rumah kediaman yang berhampiran, sebagai contoh foto yang menunjukkan keretakan di dalam sebuah rumah kediaman yang berhampiran Masjidil Al-Aqsa.

Tentu kita tertanya-tanya - kenapa agaknya Zionis memperlakukan sebegitu buruk terhadap Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya yang semakin meningkat? atau mereka memang dengan ikhlas untuk mencari kuil lama Nabi Sulaiman? (tak mungkin... tak mungkin) atau sebab-sebab dendam kesumat mereka terhadap umat Islam seperti mana yang telah mereka tunjukkan dengan jelas. Jika kita tidak sedar lagi,

09 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 3

Di bawah ini beberapa foto yang memberikan gambaran jelas keretakan-keretakan yang mula berlaku di beberapa tiang besar, lantai dan dinding Masjidil Al-Aqsa akibat dari kerja-kerja penggalian di bawah Masjidil Al-Aqsa dan juga pembinaan Kuil Zionis. Bagi kita yang berada jauh dari masjid tersebut hanya boleh memanjatkan doa supaya Allah yang Maha Kuasa memelihara masjid tersebut.










08 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 2

Gambar proses kerja-kerja pembinaan Kuil Zionis yang dikaburi kononnya untuk membangunkan semula Temple of Solomon. Ini adalah struktur pertama kali yang dibangunkan oleh Zionis betul-betul di depan Masjid Al-Aqsa, dari tapak pembinaan ini jelas kita melihat kubah berwarna emas, iaitu Kubah Batu (Dome of The Rock). Rakan-rakanku ingatlah bahawa cita-cita pihak Zionis bukan acah-acah atau main-main, mereka sememangnya bangsa yang berhati keras akan melaksanakan hasrat mereka seperti mana tindakan biadap mereka merampas tanah-tanah masyarakat Pelastine. Percayalah akan berlaku rusuhan yang lebih buruk lagi kerana kali ini orang Islam tidak mungkin akan berdiam diri melihat Masjidil Aqsa diruntuhkan. Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Di bawah adalah illustrusi dari pelukis akan hasrat mereka untuk membina Kuil Zionis.







Masjid Al Aqsa

Did you know?

1. That, Masjidul Al Aqsa was the second Masjid on earth.

2. That, it was built 40 years after the Kaa’ba in Makkah.

3. That, most scholars are of the opinion that Masjidul Al Aqsa was first built by Prophet Adam [as].

4. That, Ibrahim [as] rebuilt the Masjidul Al Aqsa in Jerusalem as he and Ismail [as] rebuilt the Ka’ba in Makkah.

5. That, Prophet Daud [as] began the rebuilding of Masjidul Al Aqsa.

6. That, it was Prophet Sulayman [as] who finally completed the building of Masjidul Al Aqsa.

7. That, Masjidul Al Aqsa built by Sulayman [as] was destroyed in 587 BC by Nebuchadnezzar King of Babylon.

8. That, the Jews call this same Masjidul Al Aqsa built by Sulayman [as] as their Temple.

9. That, the Jews re-built their Temple on them same site in 167 BC but was destroyed in 70 AD and Jews banished from Jerusalem.

10. That, the site of Masjidul Al Aqsa remained barren and was used as a rubbish tip for nearly 600 years until the Great Khalifah Umar bin Khattab liberated Jerusalem in 637/8 AD.

11. That, the Khalifah Umar bin Khattab began the foundation of Masjidul Al Aqsa and a timber mosque was built.

12. That, the Umayyad Khalifah, Abd’ al Malik ibn Marwan in 691/2 [72/73 AH] began the construction of, Dome of the Rock – today this is the Golden Domed Mosque.

13. That, the al Buraq wall or Western Wall where Prophet Muhammad [saas] tied his animal the Buraq on the night journey of al Isra is what the Jews call the wailing wall.

14. That, to Muslims it is the land or the Haram Sharif area which is most holy and important.

15. That, the Haram area of Al Aqsa has within it the Masjidul Al Aqsa [Black Domed Mosque] and Dome of the Rock [the Golden Domed Mosque].

16. That, Israel occupied Masjidul Al Aqsa in 1967.

17. That, the fundamentalist Jews have made 100’s of attempts to destroy Al Aqsa since 1967 when they occupied it. A fire in 1967 started by their help destroyed the 900 year old Mimbar installed by Slaudeen Ayub, the Great Muslim Hero.

18. That, the fundamentalist want to blow up and destroy Masjidul Al Aqsa and replace it with a Jewish Temple

07 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 1

Pagi ini saya cuba untuk menulis, malangnya tiada idea dan ilham yang muncul. Berkali-kali saya cuba untuk memba-yangkan dan mengingati beberapa insiden yang boleh saya jadikan bahan penulisan tetapi tetap tiada apa-apa di akal saya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bermain online games di facebook dulu.

Tetapi perasaan untuk menulis makin kuat dalam diri saya, kenapa pula hari ini idea sukar datang kepada saya... dan selepas merewang-rewang seperti di atas barulah jari saya lancar menekan key-board komputer. Dalam pada masa itu, untuk mendapatkan idea saya memyusuri beberapa blog rakan-rakan dan antaranya saya terjumpa artikel ini dalam bloh Ohbelog.com. Pada saya artikel ini jarang didedahkan, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan melalui blog saya. Walau bagaimanapun memandangkan artikel ini panjang saya mengambil keputusan untuk menyiarkannya dalam 5 bahagian. Artikel ini akan disiarkan mulai hari ini setiap hari lebih kurang jam 10.00 malam, insyallah.

Namun begitu artikel ini saya olah semula dengan sedikit tambahan yang mana saya ketahui. Kepada rakan-rakan sekiranya anda mempunyai maklumat yang lain sila nyatakan di dalam ruang komen. Terima kasih.

Kepada rakan-rakan saya mengharapkan agar dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca dan 'melihat' sendiri bagaimana usaha Yahudi untuk menghapuskan kiblat pertama orang Islam ini. Pada saya walau apa sekalipun alasan Yahudi untuk merobohkan Masjidil Aqsa ini, ianya tidak sepatutnya diteruskan kerana secara realitinya masjid ini masih lagi digunakan oleh jutaan orang Islam di seluruh dunia. Lagi pun masjid ini juga adalah ikon kesatuan dan keutuhan orang Islam terutamanya rakyat Pelastine.

Adakah kawan-kawan tahu bahawa tanah yang terbinanya masjid ini dulunya adalah kepunyaan orang Islam.

Bagi mengaburi mata dunia, Israel mendakwa bahawa mereka mempunyai hak ke atas Masjid ini kerana masjid ini terletak di dalam kawasan negaranya. Mereka juga mendakwa bahawa mereka tidak berhasrat untuk meruntuhkan masjid ini tetapi mereka sedang dalam usaha mencari semula tapak Kuil/ Tempat ibadat Nabi Sulaiman, yang merupakan nabi yang diutuskan untuk mereka. Seperti yang rakan-rakan ketahui Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Ayub yang berbangsa Israel. Andainya Nabi Sulaiman masih ada sudah tentu baginda sendiri akan menghalang bangsanya meruntuhkan Masjid Aqsa ini.

Andai kata memang benar Kuil Nabi Sulaiman berada betul-betul di bawah tapak masjid, sekiranya bangsa Israel ini jenis bangsa yang berperikemanusiaan sudah tentu mereka tidak akan menyentuh masjid ini kerana seperti yang saya katakan masjid ini masih lagi digunakan bukan seorang dua tetapi beribu dan ada masanya berjuta. Oleh itu alasan untuk mencari kuil adalah alasan sahaja, sebaliknya niat mereka adalah untuk memusnahkan masjid ini.

Ramai umat Islam yang tidak menyedari akan tindakan kurang ajar yang sedang diusahakan oleh puak-puak Zionis ini. Cuba rakan-rakan lihat sendiri beberapa foto yang menunjukkan dengan jelas tindakan biadap dan rakus mereka yang telah merosakkan banyak bahagian di bawah masjid. Pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa yang cukup tragik, cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa secara langsung. Apakah tindakan negara-negara Islam, adakah hanya cukup melihat dan nanti melihat pula keruntuhan masjid ini.

Masalah ini telah menjadi krisis besar yang melibatkan agama yang tidak terhalang dengan sempadan. Oleh itu krisis ini memerlukan perhatian dunia Islam dengan serius. Adakah benar hadith Rasulallah SAW bahawa kini adalah di mana umat Islam yang berjuta-juta ramainya hanya seperti buih di lautan sahaja, kerana jika dibandingkan dengan bangsa Yahudi laknatullah yang lebih kecil kuantitinya tetapi memperlihatkan mereka lebih berkuasa. Kenapa? semua orang tidak dapat menafikan akan usaha dan kuasa networking mereka dengan Amerika Syarikat. Kita pula sepatutnya bersatu untuk menyampaikan suara melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa tetapi di mana suara itu?.


Jika sebelum ini kita sering membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri akan kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakan berlaku di merata-rata, di tiang besar, lantai dan dinding masjid. Di samping itu pihak Israel secara langsung pernah mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat yang sama akan membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah 'tahu' bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut untuk sampai ke tapak kuil tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini! Ini satu kebenaran yang mengejutkan.