Showing posts with label Tuah Fitri. Show all posts
Showing posts with label Tuah Fitri. Show all posts

25 July 2016

Rewang Si Meow

Macam ni mereka bila saya pindahkan kibbles mereka ke dalam botol-botol dari plastik makanan yang besar. Mereka ramai-ramai berlonggok dan sama-sama menyebuk macam nak tolong.

Adik, Hero dan Tuah mengadap bekas makanan yang kosong tunggu untuk diisi.

Botol-botol yang dah sedia untuk diisi dengan makanan kering mereka.

Si Baby aka Abang memerhatikan mommy yang sibuk alihkan biskut., sementara tu Hero dan Zizi dah cuba biskut.

Mimi pula ambil tempat selepas Zizi dan Hero masih lagi makan

Keletah di meow saya yang ada kalanya rasa macam menyebuk dan ada kalanya macam menghiburkan.

Last Si Adik yang makan dan mungkin habiskan biskut yang ada.

09 February 2016

Bujang Nak Bawa Ke Mana Jubah Mommy Tuuuuu

Suatu pagi yang nyaman, hari Sabtu rasanya, saya keluarkan sehelai jubah yang saya beli di Mekah untuk disingkatkan. Elok-elok jubah tersebut dibentang ramai pula yang terus berbaring dengan selesa.

Lain halnya dengan si Bujang, dia terus menggigit hujung lengan jubah dan menggonggong dan mengheret jubah tersebut menuju ke dapur. Terkejut emak saya melihatkan aksi si Bujang. 

Bila dah sapai ke pintu menuju ke dapur, dia lepaskan jubah tersebut dan terus berbaring di atas jubah itu, rupanya dia nak kuasai keseluruh jubah tu untuk diri sendiri.

Namun keselesaan Bujang tidak lama, kerana Tuah Fitri dan Hero datang untuk berkongsi sama. Inilah gelagat anak-anak saya yang pantang bila saya bentangkan sesutu di atas lantai dalam sekelip mata mereka dan berkumpul. Apa nak buat biarkan je la....

08 February 2016

Jubah Mommy Jadi Sasaran

Macam yang saya pernah ceritakan dulu, kucing-kucing saya ni pantang jika kita bentangkan sesuatu di atas lantai, dengan segera mereka dan memilikinya dan tanpa segan silu terus berehat dan bersenang lenang di atasnya.

Itulah juga yang berlaku apabila saya nak pendekkan jubah yang saya baru beli. Bujang dan Hero yang merasmikannya siap Hero tidur dengan lena..

Bujang tentunya tidak puas hati kerana dia tak dapat duduk sepenuhnya di atas jubah itu.

Bujang sedang berfikir macam mana nak halau Hero dari jubah mommy. Kita tengok apa yang akan dilakukan oleh Bujang.

05 January 2016

Kakak Tuah Ajar Hero Memanjat

Inilah kisah 2 ekor anak kucing saya Tuah Fitri (si kakak) dengan adiknya Hero. Walaupun bukan seibu sebapa kerana saya jumpa Tuah di Tangkak dan Si Hero di MITC Melaka tetapi keakraban mereka seperti adik-beradik.

Tuahlah menjadi idola Hero, kemana sahaja Tuah ada maka di situlah adanya Hero. Tuah si kakak yang sangat sayangkan Hero menjadikan Hero buat apa sahaja yang dibuat oleh si Tuah.

Kedua-dua mereka bukannya besar pun, saiz mereka kecil, memanjat pun selalu tak lepas. Tapi suatu subuh saya terkejut bila Tuah menunjuk ajar kepada Hero cara memanjat grill tingkap bilik saya. Tengok tu tersepit jadinya Hero dan menjerit bila saya pegang dia. Rasanya dia takut jatuh.

22 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Persiapan Pergi

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat menunaikan fardu haji buat kali ke2. Kali ini saya pergi bersama dengan adik bungsu saya Hjh Ainee yang merupakan ibadat hajinya yang pertama. Saya dan Ain menerima surat tawaran sebagai bakal jemaah haji tahun 2015 pada Disember 2015. Tabung Haji (TH) memberikan masa lebih kurang 2 minggu untuk menjawab dan mencukupkan duit dalam TH. 

Jadual penerbangan kami telah ditentukan pada 4 September 2015 dan sehari sebelum itu Ain dan saya mengambil cuti untuk berkemas-kemas. Bukan saya dan Ain saja yang sibuk untuk berkemas rupanya budak-budak meow juga sibuk. 

Tuah Fitrilah yang paling seronok berlari dan melompat apabila barang-barang diangkat dan diletakkan di atas lantai dan di dalam beg. Bergolek-golek dan menyorok-yorok dicelah-celah barang. Memang perangai kucing macam tu.

Manakala Acik lebih suka duduk dalam beg dan mengeluarkan pelbagai barang yang dah disusun rapi menjadikan beg tak terkemas. Sehinggakan ubat Asthma saya pun tertinggal.

Bujang dan Tuah sama-sama menyebok membuatkan saya dan Ain sukar untuk mengemas, tapi melihatkan foto-foto ini menjadikan ianya satu kenangan yang indah. Untuk ke mana-mana sekali pun persiapan pergi yang paling seronok, ikut hati semua nak dibawa, tetapi padahnya kita sendiri yang akan penat bawa beg yang besar. Saya dan Ain bawa beg yang kecil bagi memudahkan pergerakan kami. Lagi pun perjalanan ini adalah perjalanan ibadah, tak banyak pakaian yang diperlukan hanya 4 helai jubah, seluar panjang dan 2 pasang baju tidur. 5 pasang setokin dan pakaian dalam yang mencukupi. Lagi pun duduk di hotel kemudahan dobi atau untuk basuh pakaian sendiri disediakan. Alangkah baiknya jika semua hotel yang disewa oleh TH menyediakan perkhidmatan mesin basuh secara token. 

17 December 2015

Sibuk Nak Tolong Mommy Pendekkan Langsir

Gelagat yang memang tak berpisang dari mereka. Pantang dibentangkan apa sahaja maka mereka beramai-ramai akan duduk membersihkan diri masing-masing. Ada yang siap berguling-guling dan menutupkan muka dengan kain.

Langsir bilik tidur saya yang saya pinjam dari adik saya kenalah dipulangkan. Makanya saya pun belilah langsir yang siap dari pasar raya. Sayangnya langsir ni panjang dan saya bercadang untuk potong pendek sedikit. Bila bentang je langsir di lantai Acik dan Bujang terus membaringkan diri. 

Susah betul nak gunting dan jahitkan semula. Tak sampai hati nak halau mereka saya terpaksalah gunting dan jahit semasa mereka masih berada di atas langsir.

Selepas tu datang pulak si Tuah Fitri, tengok tu dia dah siap-siap nak bersihkan bulu dia. 

Macam puteri gelap yang cantik menawan.

Kemudian Si Adik pula menggantikan Tuah. Agaknya semua kucing memang suka kalau ada hamparan di atas lantai kot????

22 November 2015

Tuah Menumpang Kasih Abang-Abang

Tuah Fitri bagaikan anak yatim piatu, masih memerlukan kasih spesis yang sama dengannya untuk bermanja. Nasib Tuah baik sebab ada antara kucing-kucing saya yang sanggup memanjakan dia. Walaupun Tuah tidur dengan saya, tetapi mungkin dalam hati kecilnya lebih selesa tidur dengan sibulus.

Tuah bersama dengan Mimi lena tidur, sedih juga saya lihat Tuah kerana terpaksa berlisah dengan ibu dan adik-adik dia masa dia terlalu kecil. Ramai manusia yang tidak melihat nyawa haiwan sebagai sesuatu yang berharga apatah lagi untuk melihat haiwan juga mempunyai hak yang sama untuk hidup. Makanya haiwan-haiwan sebegini dibuang sahaja bagaikan sampah.

Tuah lena tidur bersama dengan Bujang. Bujanglah yang paling sayangkan Tuah, bermain dengan Tuah, makan juga bersama. Saya juga belajar daripada haiwan-haiwan ini untuk melihat dunia ini dengan kaca mata yang lebih luas. Bumi Allah ini bukan untuk manusia sahaja, malahan Allah swt menguji kita untuk melihat bagaimana kita melayanan makhluk-makhluk Allah yang lain.

15 November 2015

Tuah Fitri?

Agaknya tentu Tuah Fitri dah lama tertanya-tanya mengapa saya letakkan nama dia Tuah Fitri, nama yang sepatutnya lebih sesuai untuk si jejakA. Tapi tentunya Tuah berfikir diakan sijelita tapi mommy bagi nama Tuah.... Maaf ya Tuah mommy tak tau yang tuah adalah anak dara, mommy ingatkan Tuah anak kucing jantan.

Bila Tuah dah besar baru mommy perasan Tuah rupanya anak dara. Sorry ya sayang.. tapi nama Tuah Fitri tu kan sedap didengar dan sedap disebut. Tak pelah nama tu kekallah dengan Tuah ya sama macam dengan abang Mimi yang mommy ingatkan sijelita juling tapi rupanya sijejaka lembut.

Itulah sebabnya mommy bagi nama kepada adik Hero lambat sehingga mommy sahkan betul-betul jantina dia. Maafkan mommy ya sayang Tuah.

02 November 2015

Tuah Fitri Terkini

Balik je dari tanah suci saya perasan Tuah Fitri dah besar, baru saya tahu rupanya Tuah bukan kucing jantan, sebaliknya dia anak dara sunti. Masa Tuah kecik memang saya tak dapat agakan akan jantina Tuah yang sebenarnya. 

Raut wajahnya seperti kucing jantan apatah lagi dengan bulunya berwarna hitam.Tapi apabila Tuah membesar, rupanya bulu dia bukan semua hitam sebaliknya bulu berlapis dua, hitam di permukaan tetapi putih atau kelabu di sebelah dalamnya. Bulu Tuah sangat lembut dan selesa dicium.

Tuah Fitri antara kucing yang paling saya rindu semasa di tanah suci. Saya tinggalkan diamasih kecil dan bila balik dia dah sunti.Alhamdulillah dia masih kenal saya dan tidur bersama.

05 September 2015

Pantang Bentang Sesuatu

Pantang saya bentang sesuatu, mereka akab berebut-rebut landing di atasnya. Sebaik sahaja bentang jubah saya untuk direpair belum sempat buat apa-apa Acik dah bergolek. Saya tak sampai hati nak alihkan dia maka biarkan sahaja le.

Acik siap mengemaskan diri dan menjilat bulunya macam dia nak tidur atas jubah tu. Agaknya cam tu lah kucing baginda Rasulallah saw yang akhirnya tertidur Muaze hingga baginda Rasul tak sampai hati nak alihkan dia.

Selepas tu berlari-lari pula Tuah Fitri dan terus bergolek saya dan menguit-guit jubah tu.

Jubah dah jadi macam kain buruk dan Acik pun dah pindah agaknya meluat dengan Tuah.

Tuah Fitri, nama dia je pun dah tahu dia bertuah, mana tidaknya biarlah dia buat apa pun saya tak akan marah punya. Macam dia tahu kita sayangkan dia.

02 September 2015

Salam Pengenalan Dari Bujang dan Tuah

Bujang dah dapat rasakan bahawa penghuni baru yang saya bawa balik tu yang sebenarnya adalah lauk dia. Macam kata peribahasa Melayu yang bermakna - tak kan kucing tolak ikan paling tidak menghidu. Itulah yang dilakukan oleh Bujang sekarang.

Sikap Bujang ni sedikit sebanyak mempengaruhi adiknya Tuah Fitri, apa saja yang dilakukan oleh Bujang akan ditiru oleh Tuah. Bujang mengais akurium mkanya Tuah pun mengais akurium juga.

Bujang naik akurium dan terhidu-hidu, Tuah pun buat yang sama tapi sebab akurium kecik Tuah tak ada tempat nak naik.

Akhirnya berjaya juga dia naik bila abangnya Bujang turun. Semoga Allah selamatkan penghuni baru rumah saya ni.

01 September 2015

Bila Mommy Bawa Balik Penghuni Baru

Rakan sepejabat saya, En Noorzlan beri saya 3 ekor ikan betuk atau ikan puyu untuk dipelihara. Tiba je di rumah saya pun letakkan ikan-ikan tersebut dalam akurium Amir (dulu Amir pelihara kura-kura). Itam MB dan Mimi tekun melihat pergerakan ikan tu. 

Saya letakkan akurium tu atas meja di tepi dinding, ikan-ikan tu berenang dan pergerakan itu menarik perhatian hampir kesemua kucing-kucing saya. Pada mulanya semua perhatikan je ikan-ikan dalam akurium tu dari jauh. Rasa takut dan hairan  menyelinap dalam diri mereka agaknya. 

Mereka perhatikan dulu tanpa usik kejap di atas kejap di bawah. Oky siap memanjat untuk perhatikan ikan-ikan tu dengan lebih dekat.

Manakala Tuah dan Bujang lebih berani dan lihat dengan lebih dekat, tapi Acik hanya puas hati lihat dari jauh je. Itulah gelagat 'anak-anak' saya apabila ada penghuni baru di rumah kami.