Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

30 October 2015

Dari Jendela: Suatu Tempat Cantik di KL

Cantik sungguh permandangan dari sini. Dapat melihat KL tetapi sayangnya masih lagi berjerebu jadi ada pandangan yang berbalam-balam.

Lokasinya? eeem rahsia, jadi jangan tanya

Lihat saya keindahan seni bina bangunan-bangunan yang berhampiran. bangunan dari mana saya aabil foto ini juga tidak kurang hebatnya.

24 December 2014

Alhamdulillah Kami Selamat Sampai Di KL

Berterima kasih kepada Farihan kerana telah membawa kami semua balik ke Kuala Lumpur dengan selamat. 

Pegawai-pegawai yang bersama saya balik ke KL selepas kami tamat retreat Jabatan yang diadakan di Impiana Hotel Ipoh Perak. Dari kanan Puan Hasreen, Puan Jayagowri dan Puan Yusmah.

Dan saya.

Perjalanan Pulang Yang Selamat

Setelah selesai retreat kami di Ipoh pada 30 November 2014 yang lalu, saya bersama 3 lagi pegawai wanita JPWPKL bertolak balik dalam 1 kenderaan yang dipandu oleh Farihan. Sepanjang peljalanan slhamdulillah tiada halangan kecuali beberapa kesesakan kecil yang disebabkan oleh pembinaan atau selengaraan jalan.

Matahari cantik dan permandangan yang indah ... untung saya dapat duduk di hadapan.

Pembinaan dan pembesaran jalan yang sedang dilakukan tidak menghalang lalu lintas hanya kenderaan-kenderaan perlu memperlahankan sedikit kenderaan masing-masing kerana laluan dikecilkan.

Akhirnya t dia kubah Istana Negara dah nampak maknanya kami dah nak tiba di pejabat. Terima kasih pada Farihan.

26 June 2013

Pejabatku Diserang Jerebu

Apabila sesuatu bencana melanda, apakah yang terlintas di fikiran kita? ada manusia yang berfikir bahawa ini adalah dugaan Allah, maka mereka tercari-cari insiden yang hampir sama dengan dugaan yang melanda. Atau ada yang mencari kesalahan orang/ pihak lain, supaya ada orang/ pihak yang boleh dipersalahkan. Atau mungkin ada yang buat tidak tahu saja, dan berfikir adalah nanti orang/ pihak yang akan menyelesaikan isu/ masalah tu. Agak-agaknya kita di mana?

Semalam antara hari yang terburuk jerebu melanda Kuala Lumpur dan Selangor sehinggakan Kerajaan mengambil keputusan untuk menutup semua jenis sekolah. Keputusan ini dibuat setelah IPU mencecah ke angka 200. Pada saya tindakan ini sangat wajar bagi mengelakkan ramai anak-anak sekolah terdedah dengan asap, habuk dan partikel halus hasil kebakaran yang boleh menyebabkan gangguan kepada kesihatan. Walaupun begitu hujan turun walaupun tidak lebat pada sebelah malam, tetapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan IPU pagi ini.

Semasa jerebu menyerang dengan teruk kelmarin, sekolah di KL dan Selangor telah diarah tutup. Walaupun pejabat-pejabat Kerajaan tidak terlibat dan penjawat awam terpaksa menempuh udara yang tidak sehat ini, tetapi mereka dinasihatkan untuk menggunakan topeng mulut dan hidup bagi meminimakan asap, habuk dan sebagainya dari memasuki tubuh. Terus terang saya katakan, semalam saya dan rakan-rakan pejabat merasai sakit tekak, batuk dan mata berair.

Lihatlah betapa teruknya kualiti udara. Semoga segala ini cepat berlalu dan pulih seperti sedia kala. pagi ini keadaan lebih baik dan diharap Allah swt mengasihani kita dengan mengirimkan beberapa siri hujan lebat supaya semua pencemaran udara dapat diatasi. InsyaAllah.

25 June 2013

Jerebu Di Jalan Duta Pada 24 Jun 2013

Gambar-gambar ini saya ambil semalam lebih kurang jam 11.00 pagi. Keadaan jerebunya semakin buruk menjelang tengah hari, kalau tidak silap saya Index Pencemaran Udara (IPU) adalah lebih kurang 200. Keadaan ini sangat membimbangkan saya kerana saya terpaksa terdedah dengan udara yang tidak sihat ini. Apa yang merisaukan saya adalah serangan asthma yang mungkin boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Menara Masjid Wilayah Persekutuan dan tiang lampu limpah Stadium Hoki nampak berbalam-balam sahaja, ini menunjukkan berapa tebalnya habuk, asap dan partikel terampai yang ada di dalam udara yang terpaksa disedut dan dihidu oleh warga Kuala Lumpur dan Selangor. Saya amat berharap agar pihak Kerajaan tidak leka, sebaliknya mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera.

Begitu juga dengan ketiga-tiga bangunan Kerajaan yang berada di seberang sana, nampak berbalam-balam. Adakah ini melambangkan dunia sudah hampir sampai ke penghujung? Kerana salah satu alamat kiamat adalah asap hitam yang memenuhi ruang angkasa. Sudah tentunya kita bimbang dengan keadaan ini bukan? Apa lagi insaf dan bertaubatlah semasa kita masih lagi mampu berbuat demikian.

Matahari pagi di Kuala Lumpur.... nampak terlalu sakit. Sebagai manusia yang Allah kurniakan akal dan fikiran, manusia boleh menentukan keutamaan dalam mencari keuntungan dan kesejahteraan alam sejagat. Apa yang berlaku di Indonesia perlu ditangani bersama oleh semua ahli ASEAN. Kebakaran besar-besaran yang berlaku tidak patut disalahkan kepada negara tertentu sahaja, sebaliknya kajian dan penyelidikan perlu dilakukan.... apa yang sangat saya kesali adalah sikap ASEAN yang tidak mengambil ikhtibar daripada kejadian jerebu yang berlaku pada tahun 1997 dulu.  

Saya maklum akan persetujuan dan resolusi yang terhasil di mana Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997) dicapai. Sayangnya negara Indonesia sahaja yang tidak menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada tahun 2002, mengapa perkara ini berlaku?. Disebabkan asal jerebu boleh dikatakan  bermula di Indonesia pada setiap tahun, namun banyak negara sepatutnya bertanggungjawab bersama kerana mereka mempunyai kepentingan dan keuntungan di negara itu. Maka ASEAN sepatutnya mencari jalan penyelesaian supaya perjanjian tersebut dipersetujui oleh semua negara anggota termasuk Indonesia. Ini bermakna Win Win situation di semua pihak.

Akibat daripada sikap ASEAN dapat kita lihat pada hari ini di mana pencemaran udara akibat kebakaran secara besar-besaran masih merupakan masalah pada hari ini. Maaflah kalau saya katakan bahawa ASEAN gagal dalam menangani isu alam sekitar akibat kebakaran tersebut.

21 January 2013

Dari Jendela KLIH

Pada hari Jumaat minggu lepas, iaitu pada 18 Januari 2013, saya beserta rakan-rakan dari JPWPKL yang dilantik sebagai Jawatankuasa 5S Jabatan kami telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur Internasional Hotel (KLIH). Saya sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan warna KL dari hotel ini.
Permandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang saya ambil daripada Tingkat 2 KLIH yang letaknya di Jalan Raja Abdul Aziz tidak jauh daripada Chow Kit. Nun jauh di sana kelihatan bangunan pencakar langit yang membuktikan akan kepesatan KL membangun. Tetapi di bawah tu kelihatan lagi gerai-gerai kecil kebanyakannya kepunyaan orang Melayu.

Dulu kawasan ini kalau tidak silap saya adalah kawasan perkampungan orang Melayu - mereka mewarisinya turun temurun, tetapi dengan kepesatan pembangunan - mereka terpaksa berkorban dengan melepaskan pegangan yang sangat bernilai ini, dan kini telah berkembang dengan beberapa bangunan tinggi.

Tetapi berapa agaknya bangunan kepunyaan orang Melayu.