Showing posts with label Okid. Show all posts
Showing posts with label Okid. Show all posts

24 November 2014

Okid Liar Menyerikan Halamanku

Okid ini daha lama saya tanam, rasanya ianya dari spesis okid liar. Okid yang berdaun tebal dan saya sangkutkan dia di dahan pokok mangga.

Apabila ianya berbunga, dahan bunganya panjang lebih kurang 2 kaki dan hampir mencecah bumi. Okid ini berbunga cantik dan seperti okid yang lain lazimnya ianya tidak berbau. warna merah, kuning, putih dan perang adalah kombinasi warna yang kuat dan terang.

Ini satu lagi pokok okid yang saya sangkutkan di dahan pokok belimbing buluh, masa ianya berbunga sama dengan okid di dahan pokok mangga. Berlainan dengan okid di pokok mangga, okid ini mempunyai bau yang sangat wangi dan baunya lebih kepada bau vanilla. Pada waktu malam terhidu baunya membuatkan meremang bulu tengkuk dibuatnya. Walau apa sekali pun kedua-dua okid ini telah menyerikan lagi halaman rumah saya.

12 April 2014

Okid Liar Berbunga

Ini adalah bunga okid liar... saya dah tak ingat di mana saya dapatkan pokok okid  ini, yang pastinya apabila okid ini akan berbunga, batang okid ini akan panjang menjela dan semua daunnya akan gugur meninggalkan batang pokok yang usang.   

Tapi jangan tertipu kerana di hujung batangnya yang nampak uzur akan berputik kuntum-kuntum bunga ungu cair yang sederhana besar. 

Bunga okid ini sangat santik dan unik sekali... ini kali pertama saya lihat okid seperti ini...

18 January 2014

Kedekutnya Golden Shower Berbunga

Hanya sebatang sahaja okid Golden shower saya yang berbunga... kedekutnya dia. Selama ini kalau dia berbunga banya dan dari tingkap bilik saya nampak macam langsir kuning berbuai apabila ditiup angin. Disebabakan okid ini cepat membiak maka saya yumpangkan okid ini di batang pokok belimbing besi. Selain dari golden shower, saya juga menumpangkan okid hutang atau okid vanilla. Pernah sekali kedua-dua okid ini berbunga dan makin cantik apabila warna kuning dan putih bercampur baur dengan haruman okid vanila yang semerbak.

03 January 2014

Bunga Okid Berbunga Lagi

Rajin betul okid ini berbunga baru je beberapa bulan yang lepas dia berbunga dan kali ini dia juga yang berbunga lagi. Saya ada tanam beberapa warna okid jenis ini tapi yang ini rajin sangat berbunga.

Kombinasi warna yang sangat menarik dan cerah. Macam bunga plastik je..