Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

12 January 2014

Pusalan Angin Ribut Tropika Lingling (Agaton) atau Lekukan Tropika Agaton

Gambar menunjukkan Pusalan ribut tropika (Agaton) atau Lekukan tropika Agaton pada hari isnin ini iaitu 13.01.2014.

Radar angin menunjukkkan Pusalan angin Ribut tropika Lingling (Agaton) atau Lekukan tropika Agaton sangat dekat dengan Sandakan dan pitas pada hari isnin ini. Tempias ribut mungkin akan berlaku di pantai timur laut Sabah pada hari tersebut.

#Seberang perkembangan tentang ribut ini akan dimaklumkan oleh KCS sendiri dari masa ke semasa.

Edit picture By: KCS (Persendirian)

Sumber: Kaji Cuaca Sabah (KCS)

04 October 2011

Kenangan Bersama teman-Teman Di Kundasang - Part II

Kami beratur untuk menaiki bas ke Kem Kundasang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ramai pegawai-pegawai dari Semenanjung yang tiba daripada pagi hingga penerbangan yang tiba jam 12 tengahari.

Hari pertama - Saya bergambar bersama-sama dengan Pn Hafisah dan rakan-rakan dari Kementerian/ Jabatan yang lain. Selepas daripada kursus ini networking kami lebih luas.

Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan kami (Kumpulan 5) di meja makan. Syarat di meja makan, semua ahli hendaklah hadir - baru semua orang boleh mula makan. Walaupun nak remeh tetapi, ianya berjaya menyatukan ahli kumpulan.

Saya dan ahli kumpulan 5 sebelum sesi wacana dimulakan (sesi kegemaran saya)

Berkumpul untuk menunggu bas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu bagi teman-teman yang balik pada petang itu. Foto ini selepas mereka semua penat bershopping di Pasar Fillipin.

30 September 2011

Kobis dan Bunga Kundasang

Kobis yang masih belum cukup besar, mengikut kakitangan di BTN Kundasang, kobis ini boleh besar lagi sehingga saiz bola sepak kalau yang betul-betul sihat. Kalau macam tu tak habis makan seminggu.

Deretan kobis di tanam di tepi pokok bunga dan tepi pagar. Kalaulah boleh kita tanam kobis di KL !!!!!!

Foto-foto bunga ini adalah dari kamera Puan Hafisah, sahabat saya yang juga menghadiri kursus di Kundasang, Sabah.

Bunga-bunga ini rasanya ada ditanam di sekitar kawasan berhawa panas, tetapi ianya tidak secantik dan sebesar bunga-bunga di Kundasang.

Tengok warna kuningnya sangat menyerlah dan berseri.

25 September 2011

Kundasang Kini (2011)

Cantiknya bumi ini dijadikan Allah Taalah, melihat banjaran gunung yang terletaknya gunung tertinggi di Asia, membuatkan saya menjadi lebih kerdil. Maha besarnya Allah dengan kejadiannya yang sempurna. Foto ini diambil dari bas yang bergerak menuju ke Kundasang, Sahdunya permandangan tersebut.


Puncak gunung Kinabalu ditutupi oleh awan, boleh dikatakan setiap awal pagi hingga tengahari puncak gunung akan berawan, sukar bagi kami untuk merakamkan puncaknya yang berbatu-batu tersebut. Dari sini puncaknya nampah agak jelas jika tiada awam.


Banjaran ysng bersambung sehingga ke Gunung Kinabalu, di kawasan kaki banjaran dijadikan ladang sayur oleh penduduk tempatan.


Kawasan kampung didiami oleh penduduk tempatan.

28 March 2011

Catatan Perjalanan - Pulau Sipadan, Sabah

Kami bertolak ke Pulau Sipadan dengan Boat TLDM KD Semporna. Pergerakan bot yang laju hampir melayangkan kami. Bagi saya pertama kali menaiki boat tersebut.

Inilah Jeti Pulau Sipadan. Memang tak dapat dinafikan cantiknya pantai dan bersihnya air laut. Saya dapat lihat anak ikan yu bermain-main di gigi pantai.

Berhenti sekejap di Pulau Mabol untuk melihat keindahan pulau di mana pergembaran Filem Duyung dilakukan.

14 December 2010

Catatan Perjalanan - Terumbu Layang-Layang

Boleh aku katakan bahawa Kementerian Pertahanan adalah tempat bertugas yang paling menarik, aku boleh bertaruh sesiapa yang tidak pernah bertugas di Kementerian ini tidak akan menemui kepuasan berkerja. Di sini kami didedahkan dengan pelbagai pengalaman, ilmu, keyakinan, keberanian dan yang paling utama melihat dan merasai sendiri pengalaman seperti menaiki pesawat tentera, belayar dengan kapal tentera laut dan mengunjungi pulau dan lokasi tentera yang agak pendalaman seperti Semantan Sarawak, Pulau Sipadan, Pulau Mabol dan Gugusan Kepulauan Terumbu Layang-Layang yang dikenali sebagai Gagasan Semarang Peninjau.

Kali ini aku nak berkongsi cerita semasa pelayaran aku pergi dan balik ke Pulau Layang-Layang di negeri Sabah. Aku ke sana atas tugas rasmi (tak perlulah aku ceritakan tugas apa). Dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu (KK) aku terbang dengan MAS, tidur semalam di KK, dan keesokan harinya, di awal pagi lebih kurang jam 5 dengan menaiki teksi aku terus ke Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar KK untuk menaiki Feri Sri Gaya ke Pulau layang-Layang. Itu dia Stesen Lima, salah sebuah terumbu daripada 4 buah terumbu kalau tak silap aku lah. Walau bagaimanapun pulau ini adalah pulau yang terbesar jika dibandingkan dengan pulau-pulai lain.

Kesemua pulau ini terjadi daripada batu karang, jadi pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk menyesuaikan terumbu ini untuk menjadikannya sebuah pulau yang boleh didiami oleh manusia. Apa yang ada di terumbu ini.... agak-agaknya apa??? macam-macam ada. Oklah tak ramai orang yang nak sambut pengunjung di sini... jadi cukuplah dengan papan tanda Selamat Datang ke Stesen Lima TLDM... Ini adalah Menara Kawalan Stn Lima, sebagai medium komunikasi yang sangat berguna dalam pelbagai tugas dan fungsi.


Oklah, aku sambung balik cerita... bila tiba di jeti Pangkalan ini, kami terus melaporkan diri ke feri... rupanya ramai juga yang akan belayar bersama aku... masing-masing dengan tugas yang perlu disempurnakan di sana. Bersama aku adalah Dato' Dr Ghafar, iaitu Ketua Pengarah STRIDE dan beberapa orang lagi.

Pelayaran pergi agak aman dan tenang... kelajuan lebih kurang antara 9 - 15 knot kot... aku kurang pasti... tapi taklah laju sangat. Di bawah inilah Feri saya tumpangi pergi dan balik - Sri Gaya.

Feri ini boleh dikatakan besar juga, memandangkan perjalanan yang jauh, iaitu kira-kira 10 jam setiap perjalanan, ramai di antara penumpang yang mabuk, jadi ada yang terpaksa tidur dan ada yang duduk di buritan feri untuk mendapatkan udara yang segar. Nasib baik aku ni bukan yang jenis mabuk, jadi sepanjang perjalanan aku ok sahaja, siap dengan makan lagi.


Tapi nasib agak kurang baik apabila feri tidak boleh rapat ke jeti terumbu kerana air surut, jadi beberapa bot laju mengambil kami di tengah laut untuk dibawa ke terumbu tersebut. Semasa perpindahan dari feri ke bot amat mencemaskan aku... sebab aku takut terjatuh ke dalam laut yang sangat dalam, sementara aku sendiri tak pandai berenang.

Kami bermalam di terumbu dan keesokkan harinya kami menyempurnakan tugas masing-masing yang sepatutnya kerana feri akan bergerak balik ke KK sebelum tengahari.

Tiba masa yang dijadualkan, Feri Sri Gaya meninggalkan Jeti Stn Lima Terumbu Layang-Layang dan selamat tinggal... kalau ada umur saya berharap dapat mengunjunginya lagi.

Kami tiba di pangkalan TLDM di awal malam, lebih kurang jam 9.30 malam - aku lihat kesemua yang belayar bersama Sri Gaya nampak sangat letih termasuk aku. Bila tiba di hotel, selepas bersihkan diri dan tanpa makan malam aku terus tidur, nasib baik penerbangan balik ke KL tengahari esoknya, dapatlah ku berehat lebih sikit.

Tapi aku puas hati kerana dapat juga bertamu ke Terumbu Layang-Layang walaupun hanya sehari semalam..